Pages

Lagi beberapa hari lagi nak merdeka dan puasa

Dalam kesibukan nak pilihan raya di permatang pauh, olimpik, tilawah Al-Quran dan maha, aku kadang2 terlupa hari merdeka nak dekat. Momentum ingatan tu menghentam jiwa bila ternampak bendera malaysia gantung2 kat tepi jalan di sekeliling ofis aku. Masa ni la terfikir oh aku tak rancang lagi nak buat aktiviti patriotik apa tahun ni. Tahun lepas duduk kat rumah je masa malam merdeka dan pagi Hari M tu. Tahun ni nak pergi dataran merdeka pagi 31 ogos tu dan join sekaki apa2 sambutan yang dorang buat kat situ. Untuk pra-sambutan malam ni nak gantung bendera malaysia kat tingkap luar rumah iaitu bendera sama yang juga digantung tahun lepas. Dan nampaknya setakat ni rumah lain tak de gantung lagi. Biar kami jadi yang pertama.

mamamiahereigoagainmymyhowcaniresistyoumamamiahereigoagainmymyhowcaniresistyou

Ni memang sesi bitching sebab aku rimas glerr dengan minah sorang ni.

Senarionya: Aku gi satu expo besar ni dan aku tau dia plan nak pergi juga so aku call dia, tapi dia tak jadi pergi sebab dah ptg sangat alasannya.

Lima minit lagi dia call balik. Dia suruh aku beli satu item ni. Semua orang yang gi event ni juga sibuk beli item ni. Murah dan kualiti la sebabnya. Aku kata tak cukup duit la aku nak beli item tu. Balas dia, takkan tak cukup duit kot. Pinjam la kawan ko ke apa.

Aku terus hangen and fikir, banyak cantik ko nak order2 aku sesuka ati ko and aku terus tak belikan dia item itu padahal aku boleh sangat pinjam ongkos sesaper utk gi beli. Secara terang dan nyata aku kata aku tak boleh nak beli tapi suka2 ati dia je nak pakse. Kebulur sangat ke ko nak item itu hingga aku mesti dapatkannya walau apa jua...

Tolonglah aku tak sudi nak lakukan sesuatu itu kalau ko buat taktik paksa2, rimas tau. Even makcik rambut baru pun tau limit nak paksa2 aku. EEEEEE, baru habis geram.

mamamiahereigoagainmymyhowcaniresistyoumamamiaahereigoagainmymyhowcaniresistyou

Hari ni ofis aku buat potluck sempena farewell beberapa offismate aku. Aku mensedekah air oren dan air batu yang dibeli pagi ini daripada koop ofis. Bukan selalu dapat bekerjasama macam ni. Farewell to miss A - tercapai gak plan ko nak masuk situ, Mr M pula ingat2 lah mesia dan dia dah siap offer jadi pemborong di US nanti dan Mr K pula yg dah blah awal berjaya juga datang ke ofis utk makan sekali.

Hello, Farewell, it's time to say goodbye aye...

Movies Galore!

I watched Wall-E on Saturday night and Susuk on Sunday evening.

Let me start with Wall-E.
1. There's a cute short story shown before the movie.
2. Wall-E reminded me of No.5 the robot from Short Circuit.
>It's reviewed here at screenrant.com.

3. Eee-VAA! Utter cutenesss.
I don't want to reveal more about it, watch it yourself. Now go book the tickets online.

It's susuk time.
1. The movie is one heap of a jigsaw puzzle. It's been almost 48 hours since I watched it and I am still trying to rearrange the story inside my head. I am googling for reviews to clear me mind.
2. Someone wrote in his review that the Dukun Dewangga played by Adlin was like Batman as he appeared out of nowhere to save the damsels in distress. We were wondering how he got around and one scene answered our query. The one where he exited the house at Soraya's village, pure CGI.
3. The killing scene uses a lot of chickens. And there wasn't even a coop of chicken to explain their origins. How did the killer transport the chicken from his/her secret quarters to the killing scenes? Are the chickens real or holographs?

Yesterday...



Yesterday was Marini's and Wacha's kenduri on Wacha's side. Both are Mozac residents. They have been together since a decade ago. Seeing those two on the dais was also symbolically seeing ourselves (x-Mozac99) growing older since we left school years ago. This December will be our ninth year of being Mozac almuni.

To Marini and Wacha, congratulations and till death do u part ala semoga bahagia ke akhir hayat. I arrived a bit later than the others so I wasn't able to get some digital moments, however I still sempat tangkap a pic with the newlyweds.

Feel like singing an old song, the school anthem but this darn office alarm disrupts my memory recollection process. I'm geting out of here and until my next blabla. Ciao.

Freaking Friday vs Fresh Friday

My Friday starts with bangun lambat sbab I couldn't hear the alarm.
I think it lulls me to sleep deeper.
Despite that I went to work on time courtesy of kaki jalan.
This was great especially after my boss memoed the whole office about our Time In.
She noted "Although you are non-regular staff, please adhere to the working time of either 0730 to 1630,or 0800 to 1700, or 0830 to 1730."
Our usual theme was 9 hours in the job and we're out.

Meanwhile colleagues kept assuming I will transfer back to my old office as I kept showing up there (it's because of the Maxis Broadband la babe).
And a few days ago the new boss in my former office asked me whether i'd want to be back there.
I said "NO" because it feels traumatic.
It feels second hand to be back where I was, a place where I don't officially belong... Haaaaa, enough of my cecehs.

Since I am transferred away therefore I should instead be transferred somewhere else in the same location, to gain other experiences I say.

Presently, my job is mundane and time consuming but it's my life for now. My mantra should be back to basics I think that is to work because of God, therefore I shouldn't spare a second more and better get back to my relaxing work. After all Friday is the Penghulu Day for all days, so start afresh. miu miu
Bowling Berakan-rakan

Pada 26 Ogos 2008 yang lalu, saya dan bffku OOMM, dan partner-partner bowling baru, Adik Sally dan adik Ikhwan pergi main boling kat Berjaya Times Square. Main start pukul 9.00 malam sampai habis sorang main dua game. Kami tiba dalam 8.00 malam ke lokasi dan Encik Khairul aje yang sapa kami. Dia inform daftar dengan Encik J yang menjaga kaunter pendaftaran. Lepas daftar dapat freebies dan tunggu 9.00 malam baru start main boling.

Masa round pertama sangat la tere aku, first time dapat 118 markas. Tapi masuk second round dapat 70 lebey aje. Ni mesti Adik Sally curik susuk aku ni :oP. Anyway my rerakan bowling mengenjoy je diri kami, walopun ibarat main boling syok2 sendiri je sebab tuan rumah takde datang jenguk pun.

Baru nak umpat sikit je kak Yati dari geng tuan rumah datang ke lane kami dan join sekaki menyorak kami. Sorak beriye2 je, aku tak pernah sebising ni sejak last sorak orang lari2 kat padang sekolah menengah dulu. Lantak la, takde orang nak entertain kite, kite entertain diri kita kan cik Aida? Oh ya Kak Yatie baju kaler kuning tu yang comel2 tu. Tapi lagi comel yang pakai baju merah sekalian.

Gi main boling baju kaler merah, tetiba team News pun pakai baju merah, tapi diaorang duk lane jauh sket so takde la nampak cam sama sangat. Tapi kami lagi menang bab volume suara sorak tu. At the end of the day dah pokol 11 tu lepas lenguh tangan dan peha, kenyang makan sumi, 100 plus dan McD yang diseludup masuk maka baliklah kami.

Lepas ni kena belajar main boling dengan lebih banyak sebab ni le acara sukan paling kerap diadakan di kalangan warga media. Lagi2 untuk warga yang tak geti main game padang macam aku. Boling ni pun aku baru start main last year, wahahhahha. Majulah boling untuk menggalakkan interaksi antara orang2 media.

Projek tak de keje serius

Hello semua orang. Sekarang nie aku sedang menambah satu lagi aktiviti masa lapang yang melibatkan novel "Kembara Amira" oleh Amir Hmzah dan software menterjemah bahasa. Aku berimpian masuk contest anjuran Utusan yang deadline dia 12 Feb 2009. So ada lagi lebih kurang 7 bulan nak berkecimpung dalam benda ni. Setakat ni aku baru berjaya menaip dalam 5 helai novel tu je untuk masuk dalam software terjemah nanti.

Selain itu juga bulan November ni adalah bulan menulis novel. Kalau nak tau cuba cek http://www.nanowrimo.org/ Sesape je bleh masuk, syaratnya cuma kena tulis novel daripada 1 November 2008 hingga 30 November 2008 yang mengandungi 50,000 patah perkataan. So secara purata sehari kena taip 1666.67 perkataan. Selepas tu email pada organizer untuk pengesahan. Senang je bendanya tapi takde hadiah pun utk sesaper yang join. Walaupun takde hadiah tapi kita dapat merasakan kepuasan minimum dengan menghasilkan sebuah karya, walaupun mungkin entah paper citenye.

K a babe, dah petang. Dah berjaga dari subuh ke senja so kena sibuk2 nak balik nak selesa2kan diri di rumah sana. Ciao!

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah