Pages

Pulut Ayam



Tahun lepas aku gi Padang Besar dan aku teringin nak makan makanan tempatan dan kawan aku rekemen Pulut Ayam. Pulut Ayam ni adalah pulut dan ayam goreng. Pulut tu ditabur bawang goreng utk efek rangup. Yang menjadikan tak best ialah ayam dia dah sejuk... terus tak berapa best. Walaupun begitu sebab aku memang suka pulut maka tak la hampa sangat.


Lima bulan yang lalu aku kata...

High School Musical mencari duit dengan menyiarkan episod 3 dia di wayang. Mesti ramai yan nak tgk termasuk aku. Aku tak tahan dengan suara sengau Vanessa tapi aku suker tengok bila Ashley menari sangat comel. Aku nak ajak saper tengok wayang HSM3 dgn aku?

Hari ni...

Takde sapa nak tengok HSM3 dengan aku pada ketika aku nak tonton so aku beli la alternatifnya. Esok pagi2 aku nak tengok.


Nasib baik aku sempat merasa naik The Eye kat KL. Tapi kalau tak sempat naik kat KL kat Melaka pun boleh lagi nie. Last week aku dan partner in love gi round Taman Tasik Titiwangsa dan aku cite pada dia yang The Eye dah dicabut tapi dia tak caya. So round la dekat2 dgn The Eye itu dan terbukti dah kena cabut, takde bahagian apa pun yang tinggal kecuali tiang base dia kot. The Eye last berputar di KL pada 31 Ogos 2008, setelah habis Hari Merdeka. Lepas ni boleh pergi ke Melaka untuk melihatnya dan gi Jonker street untuk berjalan-jalan.

sesuatu untuk ditulis (kena tag dgn achik)

Achik@Sarizah tag aku pasal "15 things about me". Aku mereview apa yang acik blogkan dan tambah2 pasal diri aku sebab secara tulus ikhlasnya aku nak memblog tapi tak larat nak fikr byk2.

1) Nama panggilan : Keluargaku panggil aku dengan nama penuh. Tapi masuk sekolah menengah senior2 obses nak bagi nama pendek. (Sama lah dgn aku masa aku meningkat form 5, sebelum budak form 1 mendaftar masuk dah rancang nak panggil apa. Berbalik kepada nama pendek, bila org tanya "nak panggil apa?" Aku kata "panggil nama aku je la" dan dorang boleh kata "panjangnya nama". Maka sebab nak sangat nama pendek ada lah yang start panggil Nadh.

Nick aku antaranya ialah; Nadh, Ned, Nat, Nader, Rara dan Mizzy N – serta nick paling tak faveret ‘gedh’.

2) Dilanggar kenderaan : Aku pernah dilanggar kereta masa darjah lima sebab tak tgk kiri kanan sebelum lintas. Sebabnya kapla aku terfokus pada payung yang tertinggal kat busetop pagi tu. Takut wo nanti mak marah payung tinggal. Akibat dilanggar itu aku dapat luka kecil dua tiga. Nasib baik kereta tu slow sebab dekat dengan lintasan kuda belang, kalau tidak?

3) Lesen memandu: Aku takde lesen kenderaan ape pun. Aku aim nak ambil lesen kereta/motor tahun ini dan juga lesen memandu bas dalam masa 10 tahun akan datang. Akulah manusia paling gembira kalau boleh memandu bas sebab aku sangat obses terhadap bas. Ana uhibbu alhafilah. Ahaha!

4) Aku dan Motorsikal : Aku ada parut ekzos motor di betis. Aku tak ingat bagaimana boleh kena tapi aku ingat part sakit je. Masa kecik2 aku kata dengan kakak kalau aku hilang dan dijumpai semula, mak boleh identify aku dgn parut ekzos tu. Ni semua pengaruh daripada drama zaman dedulu yang gunakan tanda lahir untuk kenal pasti long lost father, son, mother, daughter dan segala lah. Tapi parut tu dah makin hilang ditelan usia. Zaman ni guna dna je.

5) Sukan@Sekolah : Zaman sekolah rendah aku masuk tarik tali je wakil rumah sukan. Bila masuk sekolah menengah form 4 kena paksa-rela untuk masuk acara larian. Yang bestnya pernah menang plak tu 800m - gangsa, 4X400 - perak, merentas desa no 12. Pasal sukan sekolah ni aku paling kagum mereka yang lari 100 meter pastu rebah di garis penamat. Lepas sejam dah ok lari relay 4x400m plak. Memang menguji kemampuan maksimum la.

6) Hobi lama: Aku pembaca novel hardcore suatu masa dahulu. Masa masuk sekolah menengah lagi la menjadi-jadi sebab kat library ada koleksi novel Fear Street dan macam2 lagi. Tapi sekarang aku baca buku kadangkala dua bulan satu buku. Namun aku masih giler membaca majalah dan surat khabar. Membaca memang dah tabiat dalam diri ini.

7) Belajar : Zaman sekolah dulu aku pelajar average di sekolah atas bukit itu. Unlike Sarizah yang suka tidur dari stay-up untuk belajar, aku stay up utk berborak je lebih. Study tu selalu last menit dan memang terbukti tak baik utk kesihatan keputusan peperiksaan.

8) Lagu memori : Lagu yang aku suka kecik2 dulu ialah lagu yang kerap keluar tv , maklumlah itulah medium utama hiburan dulu: Roxanne-It Must Have Been Love, Guys Next Door-I’ve Been Waiting For You, Elton John-Sacrifice, Mariah Carey-Vision Of Love dan Wild Orchids-Talk To Me.Tapi masa aku darjah dua cam tu tv aku dipanah petir dan aku mula mengenali radio. Aku dengar Red 104, Radio Johor, dan radio singapura Ria dan Warna. Aku ingat lagu2 memori masa tu lagu Cinta Kenangan Silam dan lagu tak faveret aku Antara Gadis. Tapi sebab lagu2 tu 180 kali keluar radio so tanpa lengah aku pun rajin dengar dan terhafallah seni katanya. Do you have a song stuck in your mind?

9) Me, Irritating? : Orang kata aku jadi irritating sebab tak banyak cakap. Kadang-kadang aku berfungsi sebagai pengiye statement je. Ok juge sbb kadang2 cam tak tau nak cakap apa.

10) Keturunan: Mak aku nye moyang perempuan asalnya dari Kelantan/Siam yang datang ke Johor dan berkahwin dengan orang Jambi. Ada yang dakwa moyang itu org siam. Belah bapa aku pula ada jaringan kekeluargaan dari org minang asal indonesia. Hmmm, yang pastinya semua rumpun Melayu. So aku Melayu la.

11) Me Perangai : Aku suka perhati tabiat orang2 yang rapat dengan aku, rasa cam behavioural scientist plak. Ngwa ha ha ha.

12) Mesra Kanak-Kanak : Aku dah pandai layan kanak-kanak dua tiga tahun ni sebab banyak betul latihan dgn anak kawan2. Sebelum ni cam kekok sikit dgn mereka ini. Tapi bab kanak2 ni acara faveret aku ialah merenung kanak-kanak yang perhatikan aku di tempat awam dengan tenungan maut. Bagi budak-budak ni cuak.

13) Aku hanya tengok wayang, gi karaoke dan main boling lepas umur aku 21 tahun.

14) Aku suka sangat nasi ayam, nasi briyani dan nasi minyak. Aku ambil nasi lebih-lebih lagi kalau ada can.

15) Aku teringin nak naik basikal dari KL ke Johor sejurus selepas aku fitkan badan aku. Sekian, tima kasih.

Aaaa, berjaya juga akhirnya. Masuk point ke 13 dah sejuk giler duk beku idea. Aku tak mengetag sesiapa ye.



Replika bangunan dari biskut ini disaksikan kat One Utama. Tajaan syarikat biskut. Antara bangunan yang dapat aku kenal pasti ialah Menara Eiffel, Sydeny House Opera, Menara Berkembar KLCC dan Tembok Besar China. Lain-lain tak cam la. Biskut, makanan faveret di kala nak mengunyah.

Hari Raya lagi seminggu

Untuk persiapan raya dah ada baju dengan kasut yang akan dibuat uniform pergi kerja pula pasca raya. Manakal baju raya suka2 pula takde lagi, tetapi seluar pakai je apa ada nanti. Mungkin tak banyak berjalan di hari raya tapi tradisi menyediakan baju untuk raya adalah sebahagian daripada kegembiraan untuk raya. Semarakkan raya, tapi penuhkan puasa dulu. Raya dah nak dekat...


Cupid, Prancer dan apa tah lagi nama rusa bertanduk Santa Claus tu. Selakan di google kata nama mereka "Dahser and Dancer and Prancer and Vixen, Comet and Cupid and Donner and Blitzen". Ada lapan ekor semuanya, hmm aku ingat ada tujuh ekor. Anyway kat Taman Haiwan yang duduknya Sugar Glider itu ada rusa. Inilah tarikan utamanya. Sebelum masuk ke kawasan Rusa kita akan diberikan sebakul buah yang dah siap dipotong. Bila Rusa nampak je dia akan serbu kita sebab dia tau kita nak bagi dia makan. Aku rasa cam takut bila dia serbu beramai-ramai, tapi best sebab dapat duk dekat2 dengan makhluk Tuhan berlainan spesis ni. Rusa ni bila kita pegang makanan je dia nak dekat kalau tak dia duk jauh-jauh tak heran pun kat kita.

Sorang je ke?

Sorang je ke?

Ini bukan ayat nak ngorat awek kat shopping center, bus stop atau aaa... chat room? Ini ialah ayat yang selalu dituju pada aku kalau aku round kantin/ pusat sumber/ er er mana-mana lah yang nampak cam aku sorang. Owhh, setakat area ofis ni aku berani je sowang2 tapi nak jalan ke luar sana sowang2 "oh tidak!"

Zaman 2001 ke 2002 dulu ada masa aku jalan sorang2 sebab lebih senang nak window shopping lama2? Aku buat kesimpulan ini setelah ikut kawan2 gi shopping dan dorang komplen nape kawannya shopping lama sangat? Ada sekali tu yang nak beria shoppingnya sorang je, yang lagi empat nak jalan2 je. Kawan yang aktif mencari baju tu nak beli sehelai baju fancy je dan dia round satu Mid Valley, hasilnya sorang kawan yang tak sanggup menangis jadinya. Aku selalu juga jadi escort orang shopping macam miss Out Of My Mind yang agak memilih itu tapi bleh tolerate lagi la.

Oh, balik kepada sorang aje? Aku rasa sebab naturally aku anak tengah so aku lebih cenderung duk sorang-sorang. Masa bersendiri dapat menstabilkan hidup aku, ia memberi peluang untuk reflect diri dan tidur juga. Suatu masa dulu aku balik rumah mak bapa tapi duk dalam bilik je 36 jam pertama. Sekarang aku dah bersosial dgn mak aku, hingga mak tertidur2 depan tv sebab aku borak dengan dia.

Sorang je? Aku suka berada dengan kawan-kawan tapi kadang kala segan nak ajak kawan ke hulu hilir. Selagi logik baik aku travel atas bukit ni sorang2, matahari bersinar alam ceria. Kadang2 kalau lapar sangat aku lepak kat kantin dengan majalah dan makan sorang2 dan ramai la yang tanya "Makan sorang je ke?". Miss Out Of My Mind jom makan kantin?

yang dalam ditayang-tayang...

Tadi aku menyinggah kat Pusat Sumber kejap sebelum jejak ofis. Aku nampak minah dari ofis lama aku dan hi-hi la kami. Aku capai majalah Wanita ke Nona tadi ek, duk sebelah minah tu dan mula membelek. Sedang aku selak-selak majalah itu aku nampak iklan bra dan minah sebelah tegor. Aku tanya "a?" sebab tak dengar kan apa dia kata. Dia kata "iklan bra?" sambil nak tergelak. Aku kata "majalah perempuan kan?" dalam hati kata "Kenapa?". Adakah dia rasa cam itu sesuatu yang taboo? Aku rasa tak sangat kot masa ini.

Zaman sekarang iklan bra, tuala wanita dan segala yang dulu cover2 nye produk dah jadi benda biasa je. Sekarang ni iklan boleh siap tunjuk2 lagi tahap kegagahan tuala wanita serap cecair. Kalau dulu nak tunjuk tualanya pun segan. Kalau beli pad kat kedai mesti kena balut dalam surat khabar, sekarang selamba jek aku bawa ke hulu hilir dalam plastik. Ala la la lumrah alam kan, selumrah mengeluarkan angin dari mulut atau arse.

Tapi ada gak yang gelak2 bila tgk iklan bra. Gelak aku reserve untuk lebih hebat dari iklan bra. Siapa kata mata dia (dari sudut pandangan) masih dara? Heheh ni mesti tak pernah melayari sesawang lebar dunia.


Pada 4 Jun selepas Pak Lah umum minyak naik daripada RM1.92 seliter ke RM2.70 seliter rakyat Malaysia yang berkenderaan semua sibuk mengisi minyak harga rendah sebelum pukul 12.00 malam. Mulai 12.01 pagi esoknya minyak naik ke harga baru yang dianggap sangat membebankan. Di sepanjang Jalan Klang Lama tu je penuh dengan kenderaan yang beratur di stesen minyak.

Aku pun mengikut kawan aku isi minyak. Nasib baik tengah hari tu kami isi minyak RM30 sebab tangki memang dah jerit2 kata hampir kosong. Oleh itu pada malam itu isi lagi separuh je la, tapi nak beraturnya lama sangat. Kami mula beratur lebih kurang beberapa minit sebelum pukul 11 mlm. Seperti biasa ada pula yang mengambil kesempatan nak potong barisan macam dia sorang je yang nak isi minyak dan ada pula tukang marahnya. Alhamdulillah hasil sabar beratur tibalah ke pam minyak pukul 11.40 cam tu. Sekarang minyak dah turun 15 sen untuk RON97 bersamaan RM2.55 seliter.

5 Things

Out Of My Mind ngetag aku, so...

5 benda bermakna yang aku buat Dlm bulan nie..
Bulan ni baru 10 hari berlalu, aku dah;
1. Hantar surat nak confirm maka selangkah lebih dekat nak confirm kerja.
2. Belajar bersabar... peace upon to you...
3. Berbaik-baik dgn bos pada ahri tertentu, hehheh
4. Projek translate Kembara Amira peringkat masuk data tiba Chapter 4, dah maju setapak la.
5. Beli contact lens, tak rabun lagi (spek stand alone masih berfungsi gak.)

5 Benda yang aku asyik ulang siar (selalu kuar dr mulut aku la)
1. Entahlah
2. Eh, aku lempang gak kang _____ ni (bila marah kat bas, teksi dan segala enemy kat jalan raya even though aku penonton je)
3. Saya kat RTM World lagi la, tapi dah tukar nama... RTM Online.
4. Bangun?
5. Sejuknya (air cond beku)

5 benda yang aku nak buang tapi tak buang2 gak@bagi kat orang lain (ubah sket)
1. Kerusi rotan dua biji dalam stor
2. Lampu malam yang dah k.o
3. CD Rempit, cam ne tah aku bleh terbeli
4. Surat khabar lama
5. Kasut hujung tirus, ada lagi bawah katil.

5 benda yang aku cuak giler
1. Bila aku rasa cam ada orang ngikut belakang aku kat tempat2 awam
2. Salesman kedai yang muka macam nak makan orang, rasa rendah diri lak nak masuk kedai
3. Bila shopping kat Watson Mid V dan pastu masuk MPH, silap2 bunyi alarm kat tag sekuriti barang watson sbb tak dimatikan bebetol. Malu bila sensor bunyi nit not
4. Orang yang kata aku spineless
5. Bila bangun pagi di hari kerja dah pukul 8.00 am ... waaaa!

5 benda yg aku bangga giler dgn diri aku
1. Boleh menghasilkan teddy bear kecik dgn jahitan tangan
2. Aku boleh melukis lebih daripada orang lidi
3. Orang pernah kata aku kamus bergerak, wah wah
4. Naik Solero shot dua kali dalam masa 30 minit.
5. Berkhidmat kepada masyarakat selagi boleh

5 benda yang aku x mampu lagi nak buat
1. Belajar masak resipi serius-nak-kahwin
2. Bawak beskal (mari beri tepukan gemuruh pada aku)
3. Pakai kasut tinggi empat inci
4. Berenang
5. Keberanian untuk ambil LASIK, boring a rabun je manjang

Aku ngetag azyze and Achik la

APA ITU? CUBA TEKA!



Hantu di siang hari. Semua orang nampak tapi buat bodo jek. Namun bila semua orang ambil gambar dia dan dia bergerak ke arah mereka, mereka berundur selangkah tanda terperanjat jugale.

Ni gimik citer hantu apa tah masa tu kat Cineleisure M.D.
Sila lah vote untuk Encik Ahmad Fuad Osman sempena SIGNATURE ART PRIZE 2008. Sila undi!.

Terima kasih!
Pada Hari Merdeka baru-baru ni aku berjaya juga sambut Ambang Merdeka kat Dataran Merdeka. Selepas je habis kiraan turun dan tengok bunga api grande-mande aku pun nak balik tapi ramai orang tgh berjalan so lepak la tunggu line clear. Masa tgh tunggu tu la nampak family nie.Mula-mula aku spy je sebab segan nak ambil gambar dia. Tapi pas tu ada plak orang ambil gambar mereka so aku pun join sekaki. Tima kaseh kak. Sungguh patriotik kamu. Merdeka!

In the Name of ALLAH, Most Gracious, Most Merciful

Ya Allah berkatilah Ramadhan kami.

Amin

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah