Pages

Lagu yang melekat di kepala

Dah dua muzikal Tamil local aku tengok yang menampilkan orang nyanyi lagu ini. Rentak dia sedap jadi aku agak tertagih dengannya. Lagu ni drpd sebuah filem Tamil yang aku tak pernah tengok.

Dipersembahkan ,
Lagu : Thaen Thaen Thaen
Filem : Kuruvi
Pelakon : Vijay,Trisha dan lain-lain


(Sebenarnya ni kali pertama aku tampal youtube kat sini, senang je pun rupanya)

Lirik dia : Thaen Thaen Thaen

Pompuan :
Thaen Thaen Thaen
Unnai Thedi Alainthen
Uyir Theeyiyai Alainthen
Sivanthen

Laki :
Thaen Thaen Thaen
Ennai Naanum Maranthen
Unnai Kanna Thayanthen
Karainthen

Pompuan :
Ennavo Sollai Thodainthen
Ededo Seiya Thodainthen
Unnoda Sera Thaane Naanum Alainthen

Thaen Thaen Thaen
Unnai Thedi Alainthen
Uyir Theeyiyai Alainthen
Sivanthen

Vallavarum Kayai Raasithen
Aalavarum Kannai Raasithen
Adangamal Thavum Unden Anbai Raasithen…

Laki :
Kothavarum Poiya Raasithen
Mothavarum Meiya Raasithen
Urangamal Engum Undan Ullam Raasithen

Pompuan :
Nee Sollum Sollai Raasithen
Edhum Sollum Adheyum Raasithen

Laki :
Nee Saiyum Yaavum Raasithen
Edhum Seiyadhedeyum Raasithen

Pompuan :
Unnaale Thaane Naanum Ennai Raasithen

Thaen Thaen Thaen
Unnai Thedi Alainthen
Uyir Theeyiyai Alainthen
Sivanthen

Pompuan :
Aaaahhh
Aaaahhh
Aaaahhh

Laki :
Selaiyil Nilaave Arinthen
Kalile Siraage Srinthen
Kanavile Kadhal Endru Meril Arinthen

Pompuan :
Thirudane Unnai Arinthen
Thiridinai Enna Arinthen
En Unnai Thiruda Thaane Aasai Arinthen

Laki :
En Pakkam Unnai Arinthen
Pala Sikkal Unnal Arinthen

Pompuan :
Un Thendral Unnal Arinthen
Adhil Thosam Pinbai Arinthen

Laki:
Nee Nadamanum Rachai Thottam Ediril Arinthen

Pompuan :
Thaen Thaen Thaen
Unnai Thedi Alainthen
Uyir Theeyiyai Alainthen
Sivanthen

Laki:
Hey Thaen Thaen Thaen
Ennai Naanum Maranthen
Unnai Kanna Thayanthen
Karainthen

Amma! Kalau buat CMT bes gak ni.

NaNoWriMo

NaNoWriMo atau Bulan Menulis November Kebangsaan lagi dua hari je. Entah apa aku nak nulis ni tak konpom lagi. Setakat ni ada beberapa idea untuk menulis. Aku kena tulis 50000 perkataan untuk join sekaki aktiviti ini. Apa tu NaNoWriMo? Tengok sini! .

aku emo...

aku seorang yang kadang2 emo. aku sendiri penat melayan perasaan sendiri. maybe sebab aku tak jumpa mak aku lama kot. emo.. nemo.. limo limosine

Diwali dan TV: Meriahnya Otot Shah Rukh Khan & Kelakarnya Lawak Tamil

Salam Deepavali kepada mereka yang sambut deepavali. Malam Deepavali tu aku tengok Om Shanti Om dan kagum dengan bentuk fizikal tubuh heronya. Selama ini aku menganggap Shah Rukh Khan setaraf dengan Rosyam Nor, dua-dua pelakon matang dan terer dalam bidang seni masing2. Tapi tiba-tiba pula Shah Rukh Khan kini nampak berganda2 lebih hebat daripada Rosyam. Aku terkesima...

Gambar-gambar ini tak seindah visual sebenar.

Dalam area-area hari Deepavali itu juga aku menonton Shivaji the BOSS. Kelakar gile aksi baling syiling dia. Aku ni dah lama tak tengok cite Tamil dan Padaiyyappa pun tak sempat lagi nak tengok. Bila menonton cerita Tamil rasa gembira sebab lawak dia bodo-bodo je tapi tak bahlul cam lawak tempatan yang kadang2 tu bukan kelakar tapi wujud perasaan menyampah kalau tengok.

Sama aje aksi si Rajnikanth ni dalam Padayapa/Padaiyappa/Padayappa dengan Shiavji the Boss... Satu lagi Kanth selain Shah Rukh Khan dan lain-lain Khan

Fakta :
1.Cerita India faveret aku - Dilwale Dulhania Le Jayenge
2.Cerita India tak pernah tengok - Bobby
3.Cerita India aku tengok tanpa subtitle, zaman VHS dulu - Dil To Pagal Hai
4.Hero Faveret aku - Shah Rukh Khan, Akshay Kumar
5.Hero pompuan faveret aku - Mahima C, Rani M & Urmila (minah ni cam tak tua2, Juhi C
6.Hero x faveret - Sanjay Dutt, Salman Khan dan Abishek B.
7.Hero pompuan x faveret aku - Karisma dan Madhuri dan hero pompom zaman sekarang

sedih sangat

Malaysia pun turut berbangga ...

Pada posting bertarikh 5 haribulan 9 tahun n1, aku telah berkempen untuk kita mengvote encik Ahmad Fuad Osman, ahli seni dari Malaysia untuk bagi dia lebih can menang dalam 'The APB Foundation Signature Art Prize'. Selain menjadi satu-satu nya orang malaysia yang tersenarai sebagi finalis dalam pertandingan itu, beliau kini telah mengharumkan lagi nama negara dengan memenangi satu daripada Juror’s Choice Awards di acara itu. Meh baca sini artikel dari nst. Saudara dan saudari juga boleh melayari laman web encik fuad untuk mengetahui lebih lanjut mengenai siapa itu encik fuad.
taggedDan lagi satu ...
1. The person who tagged you ?
= Aida Y

2. Your relationship with her is?
= kawan sekerja, merangkap kawan serumah dan kawan berhibur

3. Your 5 impressions of her?=
a. talkative and loud (Level 6 dari 10)
b. perasan muda (hahha, meh la marah aku)
c. determined, apa dia nak dia akan cuba dapatkan secepat mungkin (Kecuali jejaka idaman dia, apa ni beb dah 8 tahuun)
d. garang but nice
e. honest

4. The most memorable thing she had done for you?
= ajak aku gi jalan Langkawi Mac lalu, aku kepingin sangat pergi sana

5. The most memorable thing she had said to you?
= "Aku bagi ko RM50 ye" masa dia dapat duit ot juta2 aritu. Besnyer klu terjadi selalu.

6. If she become your lover you will?
= Tak keruan sebab duduk serumah sebab mesti dah lama aku gomol, wahahah, tapi kami bukan lesbo ye. abang pyan, I lup u! hehheh

7. If she become your lover, the thing she has to improve on will be?
= jangan guna perkataan mangkuk, benci perkataan itu!

8. If she became your enemy, you will?
= buat bodo

9. If she became your enemy, the reason will be?
= sbb aku rampas boipren dia, hahhaa (nasib baik kanda Sca bukan taste aku)

10. The most desired thing you want to do for her now is?
= alter baju kurung khemah yang dia tempah dgn my mum

11. Your overall impression of her is?
= tough cookie dan tender ice cream, nampak cam tough + mengandungi adegan2 ganas, tapi sebenarnya rating dia umum je, malahan sesuai untuk semua. Papepun sekepala dengan aku yang pentingnya.

sampai sini jek aku jawab sebab yang lain dah jawab semalam.
Dan cik daia telah mengetag aku, (Daia, aku baca blog ko daia)

1. The person who tagged you ?
= Daia

2. Your relationship with her is?
= kawan sekolah menengah, Mozac 1995-1999

3. Your 5 impressions of him?=
1. childish
2. female
3. small
4. young
5. sebenarnya aku jumpa daia 8 tahun lepas dan tanggapan aku berdasarkan ingatan itu.

4. The most memorable thing she had done for you?
= being a kawan .

5. The most memorable thing she had said to you?
= aaaa tak ingat

6. If she become your lover you will?
= do nothing sebab aku tak nak berkapel dengannya

7. If she become your lover, the thing she has to improve on will be?
= tak taulah saya

8. If she became your enemy, you will?
= harapnye tak lah jadi musuh, nak jumpa pun jarang ni nak bermusuh plak

9. If she became your enemy, the reason will be?
= dia kata idea untuk filem itu sebab aku cilok idea dia hahahha (aku nak jadi pengarah filem)

10. The most desired thing you want to do for her now is?
= be a fren la

11. Your overall impression of her is?
= kawan sekolah lama yang dah kerap dicontact

12. How do you think people around you feel about you?
= biasa je kot, ada yang pelik camne nak approach aku sebab aku kurang berbicara

13. The character you love about yourself?
= aku loyal dan quirky kot

14. On the contrary, the thing you hate about yourself is?
= suke melengahkan buat benda, hik hik

15. The most ideal person you want to be is?
= a good leader and partner, tak kisahlah bisnes partner ke, sosial ke, mende ke tapi bukan partner seks luar nikah.

16. For the people who care and like you, say something to them:
= hello dan terima kasih, i lap u!

17. Pass this quiz to 10 person that you wishto know how they feel about you.
1 hingga sepuluh - sebab aku baik aku tak nak tag sesape

18. Who is No.6 having relationship with?
= taktau?

Untuk soalan 19 hingga soalan 38 tu tak boleh nak jawab sebab aku tak tag sesape. Sekian, terima kasih. Tapi tetiba saat aku malas nak mengetag, Miss OOMM plak minta di tag so sambung la balik.

17. Pass this quiz to 10 persons that you wish to know how they feel about you.
1. aida Y (aku dah tag, sila jawab dan pass)
2. azyze
3. adik aku
4. kakak aku
5. ijang
6. achik
7. daia (tag ko balik)
8. saliz I (tapi aku pasti dia takde blog, lantak la)
9. emilina
10. bf aku

18. Who is No.6 having relationship with? (Achik)
= Entah ek, single lagi kot. Dia berhubungan dengan aku melalui blog je kot..

19. Is No.9 a male or female? (Emilina)
= female

20. If No.7 and 10 are together, will it be a good thing? (daia, bf aku)
= Oh tidak mungkin kan terjadi

21. What is No.2 studying about? (Azyze)
= life kot

22. When was the last time you had a chat with No.3? (adik aku)
= hari raya

23. What kind of music band does No.8 like? (saliz I)
= lagu zaman 70s dengan 80s kot

24. Does No.1 have any siblings? (aida Y)
= satu adik pempuan dan dua braderz

25. will you woo No.3? (adik aku)
= takyah penat nak woo, dia adik aku dia sanggup je buat pape untuk aku (dgn yakinnya)

26. How about No.7? (daia)
= tak kot

27. Is No.4 single? (kakak aku)
= tak, nak kawin tahun depan, InsyaAllah

28. What is the surname of No.5? (ijang)
= takde surname, nama ayah je ada

29. What’s the hobby of No.10? (bf aku)
= nonton muvi dengan gi date dengan aku

30. Does No.5 and 9 get along well? (ijang, emilina)
= walaupun dorang duk sejabatan tapi lain bahagian tapi aku pasti tak de can nak bersosial, kalau dia orang ada berjumpa sehaluan je kot.

31. Where is No.2 studying at? (azyze)
= dia pernah belajar kat universiti tempatan

32. Talk something casually about No.1? (aida Y)
= yele, benda2 karut dan normal juga

33. Have you tried developing feelings for No.6? (Achik)
= feeling nak berkawan je le

34. Where does No.9 live at? (Emilina)
= KL

35. What colour does No.4 like? (kakak aku)
= aaaa, entah ek tak nah cek pulak.

36. Are No.5 and 1 best friends? (Ijang, Aida Y)
= tak, jumpa pun belum pernah

37. Is No.7 the sexiest person in the world? (Daia)
= tak.. (daia, ko marah tak?)

38. What is No.6 doing now? (Achik)
= tengah tidur kot

Spekmordesma


Spek aku dah patah bingkai sebelah. Gambar di atas ialah masa dia tengah sihat. Maka akhirnya malam semalam aku pun pergi MidVeli order spek baru. Selepas cek power (mizzyn tambah power!) cik penjual kat kedai tu kata "u punya power tinggi, u guna kanta spesel la." Harga spek + kanta spesel ialah rm8++. Mahal sangat la pada aku, so aku pun ambil je la yang biasa iaitu RM5++. Menjadi rabun memang mahal le.

Aku tengah tunggu orang kedai call aku untuk ambil spek, tapi katanya Isnin nanti siap la. Saya sangat tak sabar nak pakai spek baru.

aku maksimum sakit hati

Aku sakit hati sebab tengok Max Payne (Maximum Pain?). Aku ingatkan dia cerita aksi cam Wanted tapi aksi aksi dia sikit2 je ada. Aku nak gi tengok Fury la bila ada can. Moga2 aksi dia banyak.

Evangelion 1.0

Aku beli DVD lagi cepat daripada aku menontonnya. So di pagi yang indah pada suatu hari, sebelum pergi kerja, aku menonton DVD yang aku beli 2 bulan lepas yang bertajuk Evangelion 1.0. Aku pernah baca pasalnya dalam Gempak awal tahun dulu dan terfikir nak tengok. Ia anime Jepun pasal bumi yang diserang alien gergasi bernama Angel. Sebagai langkah mendefend bumi, Jepunese di pusat Nerv ni mencipta robot gergasi bernama Evangelion Unit-01. Pemandu Robot ini ialah Shinji Ikari yang juga anak ketua Nerv sendiri. Sebagai padanan ada watak gadis sebaya bernama Rei Ayanami yang memandu robot besar lagi satu - Unit 00.

Ikari ni asyiklah duk memikirkan nasib diri dia yang malang tu, sebelum tidur, masa memandu robot dan bila lapanglah. Dia sedih sebab bapa dia panggil dia ke Nerv semata-mata untuk keperluan negara walhal dia nak lah mesra-mesra dengan bapanya setelah lama diabai. Rei pula seperti watak tipikal anime perempuan, memiliki payu dara yang besar. Dia ni gadis tiada perasaan. Tukar baju sekolah depan Ikari pun selamba je. Nak tahu lebih lanjut boleh baca kat wiki!.

Keminatanku terhadap anime taklah sehebat kakakku yang pernah mempengaruhi kami adik beradik menonton siri Naruto dua tahun lalu. Kitaorg tengok versi cakap Jepunnya yang lebih orait dari kat TV tu. Suara dabbing Naruto, Sakura, Sasuke dan Kakashi darling jadi macam tak cukup oksigen. (Kakashi darling sebab watak misteri yang comel, dahle tererre!). Ey, sebutan chakura dia pun dah cukup menyakitkan hati aku. (Pada pendub: Cakra le darlzz, bukan Chakura. Itu macam nama kuih je)

Dan selain Eva-01, DVD dalam koleksi yang belum tengok lagi ialah Mighty Heart dan Batman Empatology (zaman muvi batman cam kartun bukan era serius Dark Knight).

K a babe, wa nak chow pergi shopping ni. Kita Zoom ke ......

Triposting #

INI AKU YANG TELAH DIYEARBOOKKAN
Sangat macam sesuai kan? Geografi muka aku sesuai nak jadi African. Dan setakat ni dah dua kali aku telah disalah anggap sebagai foreigner. Adegan salah sangka pertama berlaku kat kedai makan Pasar Seni, me n my pal pakai slendang and duduk lah nak makan. Pelayan tu datang dan tanya order dalam bahasa Inggeris, kami kata le, "takyah la spikin spikin, kami ni malaysian." Uncle pelayan tu jawab "Awak berdua berpakaian seperti foreigner la". Wakakaka. Adegan kedua berlaku kat kedai mag CM, ala kedai buku seken hand tu. Aku tgh browse majalah2 kat luar dan ada sorang lagi lelaki join aku tgk majalah. Setelah beberapa menet dia toleh ke arah aku dan tetiba kata "La, saya ingatkan awak bukan org mesia." Erkk? Aku rasa dressing pun membantu adegan salah sangka ni. Aku ok je mengenai perkara ini.


PERTAMA KALI AKU NAIK BAS DWE TINGKAT

Ni aku di dalam bas dua tingkat.


Dalam dia tak berapa beza dgn bas setingkat. Aku naik bas Transnasional ni dari JB ke KL. Aku duduk depan sekali tingkat atas sebelah sorang jantan yang duduk mengangkang dengan lebarnya dan peha dia masuk personal space aku. Ia membuatkan aku kurang selesa. Aku bagi hint2 supaya dia mengurangkan luas kakinya tapi dia buat derk je. Kalau aku luahkan secara lisan aku tak tau apa ayat nak guna. Tak sesuai la kata "Encik boleh tolong kecikkan kangkang tak?". Kalau ni "Kaki tu rapat sikit boleh? Saya x selesa la laga2 peha dengan encik." seriusly bunyi cam gile khinzir sux. Duk depan tak rasa sangat hawa dingin dan terdedah pula kepada nur shamsiah lagi la panas, nasib baik ada cam blinds kat depan tu yang bisa ditarik kebawah. Orang sebelah aku ada bayi yang lebih kurang empat bulan umurnya, mula2 bapak dia sarung tudung pada bbnya tapi sbb keadaan suam kuku last2 tudung itu dibuka. Lagi x best psl bas dua tkt ni TV dia diset selari dengan seat aku, so boleh dengar audio je la dan org belakang yang dpt tonton. Pandangan ke jalan raya pula taklah menakutkan sebab sama je rasa macam duk seat depan kat bawah.

NAMPAK TAK KLCC? NI PANDANGAN DEKAT

Ni masa tgh serbey motor di bandar sebelah sana, dekat2 dgn Gombak cam tu la. Waktunya petang2 nak dekat maghrib. Pemandangan yang sebenar nampak sangat 'spectacular' tapi bila ditangkap dengan handphone lari la efek ajaibnya. By the way saya berplan nak beli motor ni, antara skuter Ego atau Suzuki je pilihannya.

PS: Dan hari aku patut makan bubur nasi kejap lagi. Tapi opismet aku yang bawa nasi tu ada hal so tengahari baru dia tiba dan aku dan kawan dah selamat brunch kat kantin. Pastu aku rilek opis kawan aku dan makan buah anggur. Gambar2nya tak dapat diupload sebab aku bluetooth ke pc tapi tah mana le pergi. Okla bebeh selamat puasa enam dan pergi rumah terbuka kawan2 dan klien biznes anda. Ciao.

Kembali ke KL

Hi, masih sempat lagi untuk mengucapkan Salam Eid Al-Fitri pada semua2 yang baca blog nie. Hepi selalu. Sekarang ni I tgh upload program2 raya kat rtm.gov.my. Cek la program2 raya di sana. Tata

Tandas



5 cerita tentang tandas:
1. Simbol tandas wanita pakai skirt tapi simbol tandas jejaka tak pakai apa-apa.
2. Ada dua jenis tandas wanita, tandas duduk dan tandas cangkung. Ada juga ala-ala urinal lelaki tapi aku tak pnah guna lagi.
3. Jika boleh jgn keringkan tangan dengan pengering tangan sebab ia guna udara yang berkitar dalam tandas je, maka gunakanlah tisu utk lap kalau ada.
4. Tandas selalu dikatakan tempat yang berhantu, tapi dia memang tempat lepak syaitan kot sebab kotor. Oleh itu baca doa sebelum masuk tandas.
5. Tandas hotel 5 bintang kat Malaysia dan tandas awam kat shopping center selalu ada air pancut je untuk beristinjak. Alternatif lain apabila terdesak ialah dengan gunakan tisu yang dah dibasah siap guna air daripada sinki.




Langkawi yang indah
pergi merayau-rayau di Pulau Dayang Bunting
Mandi-Mandi di Pulau berpasir putih
Berair biru yang jernih
bestnya Langkawi
Harap dapat datang lagi

Sugarglider

Lama tak tengok internet tanpa batas ni. Bizi u sebab buat keje sorang2 takde masa nak bersuka ria... Ahhh, k sambung balik... Ini ialah,




Makhluk comel ni aku jumpa di Taman Haiwan persendirian kat area Temerloh. Bayaran masuk sorang RM5 rasanya, tak ingat sebab lama dah.

Sugar Glider ni ada kulit lebih dari bawah tangan dia hingga ke kaki macam tupai terbang. Jadi ia bergerak dengan melayang dari satu pokok ke pokok ala dan aku rasa dia suka benda manis jadi ia diberi nama Sugar Glider. Si Sugar Glider ni ada pasangan dan anaknya, dan menjadi tarikan terbaru di sini. Tuan Empunya Taman ni kata dia beli dengan harga 200 dolar sepasang.

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah