Pages

wakakaka

Bos aku gi meeting kot pagi ni, dengan beg dan bekas handpon fancy dia, dengan buku diary korporat dan ekspresi wajah bizi beliau. Lepas tu officemate aku beransur-ansur keluar. Ketika ini aku sahaja yang berada di office. Ajaibnya, selalu aku yang hilang. Oh, officemate aku ada sorang baru balik dari lavatory. Hmmm, jaga ofis.

Kepala aku rasa cam nak pecah sebab aku drowsy dan benda yang aku menggedik nak beli semalam tak tercapai, esok kot baru beli

kasut baru


I am wearing my new shoes, it's black with red heels and the tak tahanness factor is the ribbon with the red bow. My friend said it looked so girlish, so berangan I say. It's on sale so my pocket wasn't crying when I bought them. Now it shares the space under my office desk with my other shoes which can be seen in the backgorund.

From left is my brown peep toes, my plastic yellow peep toes(they cost only RM20, cheaper than other shops which sold them at twice that price), silver vincci peep toes and my putus talinya red strappy shoes. I love peep toes because they are comfy and reminded me of the shoes my mum used to wear in the 80s to 90s.

My next buy will be a pair of flat shoes for work and a pair of snazzy boots. Boots are made for walking but certainly not in Malaysian weather where yer foot will cry and sob as they heat up.

My wish for all shoe shops in the world is that they stock shoes in large sizes. But if they don't we still have Vincci and Voir to run to.

Gambar Aneka Episod 1

Rupanya macam ketua pengawas sekolah aku masa aku form one dulu, sagat berkarisma. Ni actuallynya ofismate aku. Cuba teka siapa?


Ni ialah kakak aku dan aku. Orang kata tak serupa, aku rasa sama je cuma part tona kulit tu aku menjurus ke arah tan la kerna hasil sun bathing bertahun lamanya.


Ini wallpaper handphone aku ada satu kala tu. Kadang-kadang rasa cam pelik tengok muka sendiri dalam phone tersengih. Rasa eerie bila tengok aku tersengih perasan dalam keadaan kaku.


Ni ialah hobi aku sekarang ni iaitu mempapparazzi subjek-subjek menarik di keliling aku. Kadang-kadang rasa macam jahat menampal muka orang dalam ni sebab orang tu tak tau yang imej dia ada di cyberspace. Untuk mengelakkan rasa bersalah aku kotak orenkan muka diaorang ni semua. Gambar ni sebenarnya gambar orang tengah flirting-flirting gitu.


Aku kagum sebab lif old school ni takde butang tutup. Ada butang 'buka' sahaja. SO SIMPLE AND BRILLIANT. Lif zaman sekarang ni ada butang tutup maybe kerna orang sekarang nak cepat so kena tutup pintu dengan segeranya. Tapi lif bodo cam kat apartment aku tu kalau takde butang tutup pun takpe sebab dahlah tak de sensor pas tu pintu tutup cepat aje. Kadangkala tersepit la mangsa-mangsa penghuni apartmente kat pintu dan sakitlah bahu kena kepit pintu lif.


Teka-teki.
1. SOALAN: Ada seekor gajah yang tengah duduk mengadap pisang, kenapa gajah tu tak makan pisang itu? SEBAB: Pisang itu pisang olok
2. SOALAN: Ada Gajah dan ada pisang betul, kenapa Gajah tak makan pisang? SEBAB: Pisang dalam tv so Gajah tak boleh makan
3. SOALAN: Gajah dalam tv dan pisang pun dalam tv, tapi kenapa Gajah tak makan pisang? SEBAB: Gajah kat TV1, Pisang kat TV2

I LOVE YOU!

I spread a little love this morning through the sms. My mum replied my message first. GOD, I LOVE MY MUM! She's the best and she loves me unconditionally! I feel all tingly and warm inside and I think my ngantukness have subsided. Me in ngantuk mode is sometimes good as it prompted me to do lots of things I usually hold back doing.

Ngantuk-ngantuk go away, please come later later today. It's Monday and I am so ngantuk. Drowsiness disorients damsels. Revving up my engine, got to move it, move it. I am so damn ngantuk like cheese cake.

And I have always wanted to say this (or blog it) out loud.
BITCHES OF THE WORLD, SPICE UP YOUR LIFE.
aaa...

Hari ni aku.... derema dedara

Hari ni konon-kononnya aku nak menderma darah. Tapi kan tak cukup syarat so aku buat aktiviti lain iaitu meneman orang derma darah.

Kiri ni orang yang menderma itu.











Bawah ni plak efek ganas 18 nurse mencucuk penderma dan hasil mencucuknya pula di bawah sana. Warnanya merah dan penuh dengan zat besi.



























Aku tak cukup zat besi dan darah aku terapung dalam cecair biru tu. Sedeynya. Kerna itu aku tak leh menderma.



Marilah kita menderma dara(h) dan jangan menghisap dada(h)











Ni makanan yang diberikan kepada penderma berjaya, siap ada sijil lagi. Korang takkan nampak dengan jelas sebab gambar lagi lawa aku dah ter'delete'.

sambung lagi I ke P

I untuk Ibu
Ibu@Mak aku umurnya 54 tahun ini. Beliau sangat banyak membantu aku dalam kehidupan ini. Pengorbanan mak paling best sebab dia cekal membesarkan tiga orang anak yang bersekolah asrama pada suatu masa. Yang penat tu tang poket ibu la sebab dia nak bayar yuran masa awal tahun. Yuran sekolah aku je dah 600++ dan nasib baik la dapat BKP so dapat la diskaun 3 rat. Tu belum lagi nak duit belanja bulan-bulan la nak beli itu ini dan nak duit tambang balik JB jumpa la familia. Adik aku paling untung la sebab dia sekolah sejengkal je dari rumah aku so mak aku mengespend lebih kat dia. Hampir setiap weekend melawat dia lagi2 masa dia nak SPM tu (ko kena bersyukur tu gemok!). Aku dengan kakak kadangkala ibu@mak wakilkan ke sekolah adik kami. Time ekstra rajin tu kami pergi jalan kaki sebab perjalanannya dalam 20 minit jua.


J untuk Jovial Jonquil
Ni ialah nama dorm aku masa form five dulu. Nama ni ilham dari belek-belek kamus dan usaha suai padanan yang sesuai. Dorm aku nama rasmi dia Dorm J so kitaorang cari nama2 yang ada huruf J untuk jadi nama dorm suka-suka. Jovial maknanya gembira dan Jonquil tu menurut kamus ialah sejenis bunga kecik kaler kuning. Rumah sukan kami plak memang kuning so sangat cocok. Nama dorm paling seram kat sekolah aku ialah dorm pengawas iaitu Dorm H yang tagline dia Hierarchy Spirit. Makcik rasa cam duk kat organisasi junta je dengar nama hierarki ni. Wid wid (bunyi pelik sebab cam seram)... Nama lain yang pernah lekat kat dorm aku Junior Bats (Form 1), Jxxxx Jasmine dan Jannatul Naim. Aku duk teringat Juniper berry dengan jodphurs je kalau sebut pasal huruf J ni.


K untuk Kasut
Aku suka kasut kalau boleh nak beli pelbagai warna dan bentuk tapi bila bab nak beli mesti jadi berhati-hati plak. Last-last kasut aku banyak yang leper dari yang tinggi. Realistik la pilihan aku sbb aku duk office yang kerjanya asyik nak kena menapak ke sana sini so pakai flat baik untuk kaki. Kasut aku banyak asal dari Vincci. Taste aku lak pelik2 sikit dan selalunya aku dah set satu imej kasut dalam kapla otak dan bila nampak objek yang serupa dengannya aku beli jek. Dulu kecik2 dari darjah tiga dan ke atas sibuk membeli kasut tinggi untuk raya. Dahlah kasut aku mesti sama degan adik atau kakak aku sebab masing2 nak design tu jugak. So lantak ko lah, nasib baik aku duk jauh dari mereka (akak dgn gmox).


L untuk Lembaga
Dulu-dulu kan TNB nama dia Lembaga Letrik Negara (LLN) pastu dia cap LLN kat tiang letrik seluruh Malaysia. Masa kecik2 aku lak rajin baca majalah Variasari yang ada Siri Bercakap Dengan Jin tu. Dalam cerita tu mesti ada sebut pasal Lembaga dan deskripsyen lembaga gelap dan hitam dan berbulu dan besar dan tinggi. Jadi setiap kali aku tengok nama LLN tu aku terpandang nama penuhnya Lembaga maka karut-karutlah aku fikir. Kalau bapa aku dapat surat LHDN pun sama lah efek dia. Dahlah tiang letrik mesti ada semak sebelah dia, rumput2 panjang yang menyembunyikan misteri Lembaga.... Letrik Negara.


M untuk Malaysia
I love Malaysia walaupun I hate the politik people, cam banyak sangat bs dari yang logik. M juga untuk Melaka tempat aku mempelajari segala mak nenek untuk PMR dan SPM aku. Suatu hari my fren n me drive dari KL ke Melaka semata-mata nak pergi Jonker Street dan balik malam tu gax. Orang lain duk kata membazir dan tak logik. Pada aku sama je motifnya kalau nak gi kenduri kawan kat negeri sebelah yang 2 jam away, balik hari gak, keluar duit minyak n tol gak.


N untuk Nama N
Adik beradik aku semua nama mula dengan huruf N. Ia adalah ilham ikhlas daripada Allahyarham datuk maternal aku. Walaupun aku tak rapat dengan datuk tapi dapat gak la sesuatu darinya dengan nama ini. Terima kasih datuk Jaafar ku, semoga dikau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Nama kakak aku sangat disukai oleh satu sepupu mak aku jadi dia bagi nama anak kedua dia dengan nama variasi Nabihah. Nama adik yang sebenar sangat tipikal dalam Malaysia ni. Masa dia masuk UTM dulu dapat pula rummet ikut senarai nama so ada Nurul, Nur dan Nor dalam tu. Nama aku selalunya nama huruf N pertama dalam mana-mana senarai so senang nak cari, tapi ia datang selepas deretan semua Encik Muhammad dan Mohamad. Berapa riban orang nama mula Muhammad dan Mohamad, banyak ko.


O untuk OwMyGod
Aritu aku gi jalan dari Wisma Radio ke Wisma TV dengan berbaju kaler pepel yang pesen baby doll tu dan ada tali kat belakang boleh ikat reben. Pastu tengah jalan kat foyer Wisma Radio tu tetiba ada satu minah rambut dye kuning terhenti, tengok aku dan kata "Oh My God!" Aku pun berenti, tengok dia dan tertanya2. Dia kata "I ada baju sebiji macam ni, tak nak pakai pergi office la macam ni." Mukanya drama queen sungguh dan dia pun terus blah masuk Wisma Radio. "Stupidnya!" ujarku dan aku pon blah. Padan muka dia, aku bukan berpusat kat Wisma Radio pun so nak risau baju sama kenapa? Aku ada satu baju kaler merah beli kat blook, dahlah beli sama-sama dengan kawan aku. Orait je ehhehe. Sebenarnya ada banyak lagi yang sama dengan dia, taste sama dan sama-sama degil so beli je lah. Tapi kaler lain tau. Bila nak pakai kena buat spotcek dulu.


P untuk Petrina
Masa aku darjah satu kakak aku pula darjah empat. Dia ada kawan sekelas nama dia Petrina. Dia ni berambut sedikit perang, tinggi dan kurus je orangnya. Kaler kulit nya cam cerah gak la dan dia juga faveret student cikgu matematik aku, Mrs Tan. Kadangkala cikgu aku suruh kami gi panggil Petrina ni datang kelas kami nak jumpa. Bila Mrs Tan cakap dengan P mesti muka dia senyum ceria tapi bila dia ajar kami mesti garang glerr. Masa tu kami sebagai kanak-kanak fikir mesti cikgu suka dia sebab dia cantik. Kenapa aku cerita pasal dia? Sbb imej dia datang melawat ke kelas aku ketika kami tengah buat latihan maths masih terpahat dengan jelasnya sampai sekarang.


Perempuan ini dah writer's block plak so sesi P ke Z sambung tulat la. K wa lapar so nak makan dulu. TTFN.

A ke H

Aku ada lebey kurang sejam nak spend sini sementara zoom in ni run so aku akan merepek panjang2 berjela la. Topiknya ialah A ke Z.

A untuk Aishah
Sekarang ni aku tengah half menonton Zoom In @ RTM Aishah (ni kerja tau). Akak ni popular kerana suaranya yang lemak merdu. Selalunya aku bersifat neutral kepada lagu-lagu nyanyiannya kecuali lagu raya dia tu. Kalau dengar lagu Pulanglah tu konpom rasa sayu... time tak raya punsedey juga.

B untuk birthday bapa saya
My daddy sambut birthday dia ke-61 hari Isnin hari tu. Tahniah Abah! I love you so much.


C untuk camwhoring
Pagi tadi aku teman kawan aku masuk tv. Dia kata dia julung2 kali keluar tv, tipu tu sebab sebelum ni dia keluar dalam promo raya RTM kat rtm 1 dan rtm 2. So pompuan ni start senin hari tu lepas konpem nak kuar tv hari-hari dia buat dry run. Berikut ialah rekod kegiatannya pada pagi tadi.
Ni aku sebagai kamera-gal rasmi yg turut camwhore.
Ni bukan ambil sendiri tau, Adi dari promo yang klikkan.


Up, close and faraway - dah tau nama dan rupa kalau jumpa dia minta autograf ye.

Dari kiri - Minah tu compere SPM, Abang Khalim Rohani bos PnP Radio,
Kawan aku dan Tetamu dia.

Tangan efek motion blur.. cam citer kung fu plak


Ni komposisi shot faveret aku sebab aku yang compose.

D untuk doggy
Aku suka anjing dan masa sekolah rendah mak aku marah sebab aku suka pinjam buku cerita pasal anjing. Katanya gambar anjing haram disimpan dalam rumah. Tapi itu tak mematikan minat aku nak mengenali jenis-jenis anjing. Semalam aku first time nampak ada seekor Dalmation kat tepi jalan tengah merayau-rayau. Aku terfikir pasal tuannya, macam mana boleh terlepas sebab dia jenis pedigree kan... Sebaris dengan rumah aku kat JB ada jiran bela anjing, sekor tu bulu kembang apa jenis tah manakala sekor lagi tu dachsund warna coklat. Yang bulu kembang tu nama dia Lucky dan dengarnya dah mati. Kesian dia. Aku ingat dia sebab dia suka menyalak kat kami kalau lalu depan rumah time nak gi pasar malam. Lepas dia nampak kami, kami tegur dan dia senyaplah dan buat bodo. Tapi kadang-kadang dia menyalak macam tak kenal sebab dia jarang nampak aku kot.


E untuk embrio
Minggu lepas aku menonton program pasal embrio adoption kat saluran DH&H. Kaedah ni hangat di kalangan mereka yang tak boleh dapat anak sendiri tapi boleh melahirkan. So dia akan guna khidmat servis satu organisasi ni yang akan padankan dia dengan ibu bapa yang ada embrio lebih. Kaedah ni wujud sebab parents yang tak boleh ada anak secara naturalkan buat In Vitro Fertilisation dan selalunya embrio yang dihasilkan ada banyak. Setelah dorang berjaya ada baby dari embrio itu mereka akan bekukan yang bakinya. So diaorang boleh buat baik dengan memberikan hak penjagaan embrio ni pada orang lain yang perlukannya. Macam ambil anak angkat tapi ni embrio. Yang memeranjatkan pasal stail ni ialah ada sorang baby ni umurnya 2 tahun dan dilahirkan melalui kaedah embrio adoption ini, dan jeng jeng jeng dia ada kembar segen yang berumur 4tahun. Weird kan? Macam aku serupa dengan kakak aku yang lagi tua dua tahun! Macam mana nak sesuaikan diri?


F untuk Fahrenheit
Aku gila kejap kat kumpulan Fahrenheit sebab last year aku terpengaruh dengan citer Hanazakarino Kimitachi E (Hanakimi), ahahah lebih kurang gitu tajuknya. Aku sker kat WuZun dgn Jiro tu je, yang dua jantan jambu tu tak kenal pun. Alangkah bestnya kalau aku paham bahasa Mandarin. Aku suka lagu Chao Ji Xi Huan Ni.


G untuk Gemok
Ni adalah nama panggilan aku kepada adik aku. Yang tukang mengilhamkannya ialah kakak aku sebab masa dia umur empat tahun ada satu gambar dia dari low angle yang mana menampakkan dagu nya yang berdabel dan perutnya yang buncit. Walaupun itu cerita zaman dia baby tapi sampai sekarang lekat. Kesian dia, kadang-kadang dah besar ni pun aku suka2 je panggil dia dari jauh dengan nama tu. Aku tengok dia cam tak kisah je, tapi tak tau la dah besar ni terasa kot. aku dah terbiasa panggil dan kerana itu kadang-kadang terlepas juga di tempat awam.

H untuk Harry Potter
Aku fed up tul nak tunggu movie ke 6 harry potter ni. Ey, ke enam ke kelima? Entahla, dah fedup maka tak ingat. Boleh dia postpone dari bulan November ni ke Julai 2009. Nasib baik ada Madagascar dengan HSM3 untuk melepaskan tensen.


Hmmm, sampai sini je sempat aku menaip. Aku tak boleh nak sampai Z la. Ok la, sambung esok atau tulat. Taaa!

pembelian termahal aku


ini ialah pembelian aku yang termahal setakat ini. aku belinya kira-kira tiga minggu lalu. rupanya yang comel lebih kurang cam ni la tapi ni 125 punya. Gambar ia akan saya rakamkan setelah cik aida y beli kamera. sila nantikan gambar cik biru saya ya. tata.

tenet fail tul...

aku betul2 terketinggalan dunia tenet dua tiga hari ni sbb tenet ofis slow dan asyik putus aje. Memang membantutkan sebab sampai nak email benda kerja pun tertunggak dan last2 aku faks dulu sebelum try lagi email esok pagi.

Kisah gembira terbaru : Aku rasa cam gembira sebab gembira lah... sukar nak terangkan sebab tak tau apa penyebabnya. Yang penting hujung bulan ni aku nak beli beskal untuk pembangunan diri sendiri. Maybe itu yang menghidupkan mood aku kot.

Kisah sedih terbaru : Bos aku tegow coz datang lambat banyak hari. Nasib baik das2 dia lembut dan aku dah memang sedia nak terima hakikat kena tegur. Ye bos, I rajin2 kan diri gi ikut masa yek. Itu la fungsi akan datang baby blue I!

Esok aku kena gi latihan sms kat glenmarie. Ahahah, sambil2 latihan bleh cilok wifi ke sini kot. Aaaa, bladder aku ni asyik nak nulet je. K a ciao and out.

Suara tanpa video


Gambar orang berkursus Radio Interaktif, semua daripada semalam punya kelas


yang kat depan tu encik azli paat, orang kuat dapat vista aka cikgu kursus. Yang tengah ambil gambar tu daim. Yang back shot tu tah sapa.



Aku yang rajin sangat pergi kursus, awal tahun(januari) dan hujung tahun (oktober)

kak lin yang duk depan aku.

Orang sebelah aku, ida-san.

orang row belakang yang juga konsentret

suku daripada student kursus

peralatan berkursus


paparazzi dari ASYIKfm


berbincang tentang keamanan dunia

pelajaran hari khamis - menampal audio file di blog

menampal map kat blog


View Larger Map

edit audio streaming ke height=60








height 60 dan width 150








pelajaran letak radio broadcast kat blog








skaip

Tampal Skype ke Blog



My status

Hari ni pula belajar nak broadcast kat internet. Broadcast dari komputer. Pergi ke Windows Media Player > File > Open URL > dan masukkan address di bawah dan klik ok
IP Address : http://172.16.37.64:8080

rupa baru

hari ni aku memlih kaler pink untuk hiasan blog ni untuk menyokong secara jauh usaha menghindari kanker boobies. Sekarang semua orang ada can kena kanker boobies jadi kita kena rajin buat cek up.

Yang tak bestnya pasal nak guna template baru ni ialah ada gadget akan dipadam, dan sedihnya aku tak pandai nak edit template ini. Maka kena la edit balik. Kerja sangat remeh.

raya 2008

ni gambar beraya kami tahun ni. Aku rembat dari photopages kakak aku.










kenapa saya suka icanhascheezburger

Aku suka gile kat website icanhascheezburger.com sebab dia ada banyak gambar kucing. Selain kucing ia juga ada gambar anjing, arnab, harimau dan walrus. Antara lawak yang sering dipost ialah pasal si walrus dan baldinya. Walrus bermata besar sangat berekspresi

Lawak lain yang aku suka ialah

dan yang paling hebat ialah Ini ibarat dewa baik dan dewa jahat le.

testing 1 2 3

Hello, ni adalah pelajaran pada pukul 10.28 pagi. Objektif dia ialah mebuta post daripada email. Ok see u in mizzyn post.

Kursus Radio Interaktif

Hari ini hari kedua kursus dan rakan2 sekelas aku semua buat blog masing2. Yeah, kita meramaikan cyberspace. Klik alamat blog dorang untuk link.

ELAINE - elaine's take
SYAH - 3dotdotdot
LYNN ANIM - saggiebee
ELY - sensasiperak
JAMILAH - ehm sedapnya negeri fm
RAMLAH - tanjung69
NAZRIE - marabahayazz
SALLEH - sallehfauzi
DAIM - daimz
DENIS - donismook
HALIM -
RISHAM - titi besi
AZIZI - noriman adnan

Mana yang takde blog lagi ni nanti aku update kat sini je le ye.

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah