Pages

Orang nyanyi marah saya

Perempuan ini marah saya sebab upload suara dia menyanyi di blog ini pada 26 April haritu. Disebabkan dia dah ugut nak buat rekording lain sebab rasa tak puas hati dgn suara dia sendiri maka saya tarik dulu video ini. Tak apa, ada bas ada lori, ada hari boleh pos di lain hari setan.


Untuk yang dah terlepas dengar video in, orang marah ini telah menyanyikan lagu Reflection yang asalnya didendangkan oleh Christina Aguilera.


"Reflection"

Look at me, You may think you see, Who I really am
But you'll never know me, Every day, It's as if I play a part
Now I see, If I wear a mask, I can fool the world, But I cannot fool my heart

Who is that girl I see, Staring straight back at me?,
When will my reflection show, Who I am inside?

I am now, In a world where I, Have to hide my heart
And what I believe in, But somehow, I will show the world
What's inside my heart, And be loved for who I am

Who is that girl I see, Staring straight back at me?
Why is my reflection, Someone I don't know?
Must I pretend that I'm, Someone else for all time?
When will my reflection show, Who I am inside?

There's a heart that must be, Free to fly
That burns with a need to know, The reason why

Why must we all conceal, What we think, how we feel?
Must there be a secret me, I'm forced to hide?
I won't pretend that I'm, Someone else for all time
When will my reflection show, Who I am inside?
When will my reflection show, Who I am inside?

May God bless you my dear.
I love you and Friends forever.


ps : holy golly molly

Skuter : Part 1

Suatu ketika dahulu ketika adik aku berkapel dengan mat skuter aku selalu jugak tengok budak-budak remaja bergaya sakan dengan skuter kat Uni di KL tu. Bawak skuter mesti nak berkonvoi dan yang berawek pastinya dressing comel-comel duk belakang. Skuter pulak dipasang radio jadi berkumandang la lagu pop terkini masa tu sambil memulas enjin menuju ke destinasi. Sekarang ni nak tengok skuter pun payah sebab dah banyak motor automatik. Skuter faveret aku mestilah suzuki comel . Kat kedai area rumah aku tak jual dah, diaorang nak promo Nuovo dan Ego je jadi kalau nak Suzuki macam payahlah sangat nak order. Haritu pun aku beli kat Bangsar.

Kemanakah pelapis mat skuter ni semua agaknya. Kalau dulu ada vespa, lambretta dan adik beradiknya tapi sekarang ni tak berapa nampak mereka ni semua. Aku tak pernah berkecimpung dengan mereka jadi aku tatau la apa jadi pada mereka. Tapi tekaan aku geng budak skuter ni dah diganti dengan adik-adik yang memandu kancil dan kereta compact lain. Beruntung budak zaman ni dah mampu mak bapak bagi pakai kereta. Teringat budak sebelah blok aku dulu, sorang ada kereta Gen-2 dan naik ke kelas beramai-ramai. Sangat ekonomi dengan bergerak secara car-pool.

Okeh, balik ke skuter. Ia memang nampak comel bila dimekapkan. Dulu kalau bf aku punya housemate tak keluar malam, aku selamba minta dia pinjam kejap skuter Suzuki kawan dia yang berwarna jingga tu. Naik untuk round dekat-dekat aje atau menyinggah di kedai mamak untuk mengeteh. Seronok sih naik, sekarang ni sepatutnya dah kena naik sendiri tapi itu bukan cerita untuk hari ini tau sebab aku nak tulis pasal cover motor fancy je jadi jangan komen pape pasal skuter itu dulu di sini ya my dear.

Kalau nak tengok Skuter fancy schmancy ni masa pertandingan hias skuter la paling best. Sebenarnya aku pernah tengok dua kali je pertandingan skuter, sekali kat Dataran Shah Alam tahun 2007 dan sebelum tu kat Summit USJ masa praktikal tahun 2005 dulu.

Hiasan skuter ikut selera tuannya. Kalau masa pertandingan skuter siap la keluar hiasan-hiasan tambahan yang memang tak wujud di jalan raya. Ada perempuan yang suka warna pink macam nie. Agak tak tahan hiasan bulu pink kat bontot skuter tu.

.

Dengan pink panther dan bakul baju lembik
kaler pink tu memang gaya nak pergi tidur.


Yang ni ala-ala pumpkin jack yang sengih jahat di malam halloween itu.
.

Gelakan jahat nampak taring

Ada yang suka hijau.



Yang kecik tu bukan skuter. Motor racing kecik.

Ada yang maksimum gila pooh.
Baru aku perasan helmet dia pun warna setema dengan badan skuternya.



Dan ada tuan empunya skuter yang suke keropok.
Keropok? Keropok barbeku perisa keju.



Adakah dia ini ada dapat share daripada Twisties?
Wallahualam.

Kalau tadi gayut panther, ni pulak simpan rimau bawah helmet.


Bawak tigger ke mana sahaja skuternya pergi.

Dan ada jugak yang, ermm... pink.

Kalau boleh curi nama blog adik Si Hanis Zalikha tu
aku curi dan letak nama itu pada skuter ni.

Monster Jambu



Karut Quote : Too much bulu is unattractive, so start shaving like crazy and a few days later itch like crazy sebab rasa gatal bulu nak tumbuh. Masa pesta ngabehkan duit kat Baling hari tu aku beli feather boa kaler merah dengan harga RM9. Aku rasa dah lebih kurang 7 kali aku nampak benda ni kat JB, KL dan Baling tapi kedekut nak beli. So las-last aku beli jugak sebab dah masuk kali ke-8 masa tu. Oh ho ho.

Dan sebagai penutup part 1 ni , kartun faveret aku.

2D daripada Gorillaz.
love Oww, nak letak jugak ni!


Ni aku tengah interview pemilik skuter pada tahun 2005 masa follow roomie aku gi bekerja. Masa ni berlakon je lebih sebab maklumlah masih belum bergelar kakitangan sini lagi.(praktikal je). Muka tak masuk video ye cuma mikfropon aje. Sekarang ni aku dah bergelar stap sini pun tapi tak de can lagi nak buat benda cam ni. Tunggu dan lihat bagaimana pula nanti.

Tag - dengan award., (Yuhu Lily, aku tak sure mana award yang aku dapat nie. Aku letak je dedua boleh?)

Alos, aku ditag oleh Lily.

award rules :
1. Insert this badge or the pic above to inform u have been awarded.
2. Make sure u take the pic n said it is from.
3. You should tell 10 facts or hobbies about yourself.
4. You should choose 5 other bloggers (easier the ones who follow you) and tell their names in your blog
5. Dont forget to go to their blog and tell them they have been tagged !!!


10 hobbies of mine;

1 - Watch movies
2 - Day dreaming.
3 - Sewing and doodling.
4 - Gossiping
5 - Surfing
6 - Shopping@Holiday Plaza JB, City Square JB, Berjaya Times Square, Sungei Wang Plaza and Baling town.
7 - Dine at Pizza Hut
8 - Cam WhOreeng
9 - Watch booties and boobs at public places.
10 - Rolling in Newly Laundered Clothes


Ok aku tag mereka ini.
- NY-mind - Eliz Free Spirited - Azyze Bukan Lennon - N00r33N wanderwoman - Pakcik Vida

ps: Word Verification ialah gabungan pelbagai huruf secara rawak je. Tapi dua hari lalu aku dapat kombinasi word verification paling best masa nak komen kat Lily. Ni dia.


Beraks! Skareb! takbole

JB, I love you!

Esok nak balik Jay Bee ye ye! Jumpa mummy, serbu pizza hut yang ada sedikit memori lama (sambil kenen-kenen kawan lama yang dah upgrade jadi assistant manager untuk belanja :-P), pusing-pusing tempat tipikal macam Holiday Plaza dan juga beli rempah briyani yang bos aku pesan 120 hari yang lalu.

Oh Jay Bee, I love you!

Pilem, sebab orang dulu-dulu kalau sebut F mesti nak jadi P. Last2 mak sedara aku bernama Pathiah.

People should watch Caramel. Cerita ni tak penat dilihat dan sambil tu kita boleh tengok cara hidup wanita di Lebanon. Bahasa pertuturannya filem ni Arab dan ada sikit-sikit French. Cerita dia pasal dilema cinta wanita dan antara dilemanya ialah kepentingan dara, bercinta dengan suami orang, antara keinginan diri untuk bercinta dan tanggungjawab kepada keluarga dan perasaan kasih kepada jantina lain.

Minah ni ialah Layale. Aku nak rambut macam dia, lebat gila. Wajah dan raut muka dia ni mengingatkan aku kepada Kim Kardashian. Melalui cerita ini juga aku baru tahu yang karamel boleh diguna untuk mencabut bulu roma.

Banyak juga movie aku tengok setakat nie tapi Unborn tetap terlepas tengok. Filem wajib disokong ialah filem melayu. Aku agak anti juga filem Melayu sebab emosi drama je lebih tapi sangat klise. Lepas tu promo sikit punya gah tapi bila tengok tak best pun . Tapi aku tetap rajin melayan cerita Melayu sebab aku orang Melayu dan satu perenam daripada bajet tengok wayang aku khaskan untuk tengok cerita Melayu. Mari sapot cerita Melayu.

Mukadimah panjang ni sebab nak nak cerita pasal Jangan Tegur.

Ni poster dia yang dicilok dari Sesawang Seluas Dunia.


Poster ni tipu sebab muka orang kena sampo (kiri) warna biru macam pixie. ni kaler kelabu asap nie dan mata punya biji kecik je. Aku tengok dalam filem mata biru metalik. Masa Tasya (Julia Z) meroyan lepas koma tu aku duk ingatkan Sharifah Aleya pulak.

Mekap paling tak pro dalam filem ni ialah mekap muka pompuan ni, Baizura (Nadia Mustafar) masa kena rasuk. Macam rupa tepek bedak sejuk kan.

Paling seram bodo ialah scene hantu nenek main cak-cak dnegan Baizura. Satu panggung memang gelak sebab rasa bodo akibat seram pada scene itu. Tapi masa scene ni ada satu saat tu sangat tak logik. Scene dia bila jenazah nenek ni dibiarkan tanpa bacaan yassin. Aku jarang la melawat jenazah tapi mesti kena baca yassin sambung-sambung kan? Huhu arwah nenek dengan arwah atuk aku meninggal masa aku kat sekolah, tak sempat nak jenguk...

Cerita jangan tegur ni diarah oleh Encik Pierre Andre, lakon layar oleh dia dan dia juga jadi laki si Julia Z. Aku baru perasan hero cerita metrowealth banyak stail pompuan manja2 l3mb3k macam Intan Ladyana dan sekarang nie Julia Z.

Satu pagi tu aku bercerita on the way ke office pada housemate aku pasal Jgn Tego tu dan lepas habis cerita dia tanya, "Apa Yang Jangan Tegurnya tu?" Frankly I don't know dear.

Ok, cerita second nak ceceh ialah Shopaholic. Aku ada buku Shopaholic and Sister dan pernah baca yang lain-lain tu. Walaupun Becky nampak macam bodo-bodo alang dalam cerita ni walhal dia wartawan tapi ok la cerita nie. Pesen baju dia memang mengingatkan aku pada Carrie Bradshaw, ini mungkin sebab aritu aku baca review yang kata Patricia Field yang sediakan baju untuk watak dia. Patricia Field juga menyediakan baju untuk Sex And The City.

Aku sangat suka Isla Fisher sekarang. Dia sangat comel dalam ini dan dalam Definitely, Maybe.

Ahad lepas pulak aku pergi tonton Shinjuku Incident sebab nak tengok Unborn lewat sangat waktu tayangan die. Masa beratur tu partner in love aku kata yang dia dengar cerita ini ialah cerita Jackie Chan yang paling ganas. Lepas tu kami beli tiket dan tengok wayang.



Dari kiri poster nie, Inspektor Jepun yang membantu Jackie dalam cerita ini, Jackie atau Steelhead dan Jie, kawan dia dalam cerita ini.

Cerita ini merupakan julung kali aku tengok filem Jackie dalam wayang. Dulu aku nak tengok police story 4 tapi macam skeptik aje sebab nampak ganas. Sekali lepas tu aku gi tengok kat DVD terus menyesal sebab tak nak tengok wayang. Superb gile Jackie beraksi dlm PS4.

Memang cerita ini ada aksi ganas seperti aksi tangan dipotong dan muka ditoreh tapi jangan harap nak tengok Jackie Chan dengan aksi sebegini.


Jackie lebih serius dan


berdrama daripada komedi dalam ini.

Filem ini ada feel macam cerita yang diinspirasi oleh peristiwa betul pula sebab ending dia tak happy ending.


Tapi Encik Jackie memang hebat!

Seterusnya nak cerita pasal rempit kereta pulak. Tagline, when the GPS call, you answer! Lebih kurang gitu la bunyinya.

Aku tak nah tengok fast and furious . Seriusly, kat wayang mahupun tv. TAXI (versi French) pun aku beli CD tengok kat rumah dan masa tu lama dah lepas dia glamer di wayang dan siap dibuat versi Amerika plak.
nie tak pernah



nie tak pernah


kaler2 kereta macam gegula.


nie pun tak nah, cun a poster ni.


tapi aku dah tengok dah cerita ini.


ps : sebelum shinjuku incident bermula ada tayang trailer cerita seram baru ni. Aku pun upload gambar daripada filem itu dan masa aku upload aku isi la masa dengan karang-karang isi post nie. Tengah aku taip tetiba gambar dia muncul (sebab dah habis upload kan) kat atas page sebab dah abis load, terperanjat seminit aku. Terus aku siap2 cepat pergi tidur dan lagipun masa dah 1.30 pagi.

Tajuk cerita tu Drag Me To Hell, tagline dia macam 'keseraman sejati muncul kembali'. Makcik ni pandai jaga gigi la, ada je semua gigi dia walaupun dah pecah2. Er, ni bukan hantu ia adalah wanita yang ada sumpahan.

Three things I regretted not saying.

1. My female friend asked me to accompany her to meet a guy Internet friend whom she never met before and although I was reluctant I still went with her. So we met him in front of the rented building where our class was held (safe la konon). Upon meeting I quickly sized this guy up. He has thick moustache and looked like a mean Magnum PI (Tom Selleck). In mere minutes he said he wanted to be her boyfriend and she agreed. Then she started listing all kinds of things she expected from the 'relationship' and even started referring to herself as Ayang. I was disgusted and walked away, but not too far as to keep an eye on her.

I regretted not saying to her "are you really that desperate that you are hooking up with a guy you just met 5 minutes ago?" And adding to that I also wanted to say "Stop this crap about meeting guys online and start living realistically."


A week later she told me that this guy was already engaged and about to get married. He was obvioulsy only fooling around with my friend. I pity her and I regret not saying anything.


2. I was the secretary of a meeting held about a year ago. This meeting was chaired by the Big Boss of the building and all the members were small bosses of units operating in the building. In one agenda, one Small Boss informed that one of her subordinates (Sub) was away on a Japanese language course for two weeks. Upon hearing this the Big Boss said that the Small Boss shouldn't send her Sub to that course which has no benefit whatsoever to our line of work. Big boss added that as bosses they should be sending their subs to courses that can enhance our work performance.

I regretted not saying "Big Boss, what you said is not true. This Japanese course is relevant to our work because as communicators we have to be multilingual. Furthermore if the course is not important why do communication students have to take third language subject in universities?"

But I kept my mouth shut along with the Small Boss.


3. Me and a guardian were on my way to the school hall to fetch my PMR results. As my school is located on top of a hill we had to climb many stairs to reach it. On the last flight of stairs this guardian said to me "You won't be getting many As and the most you will get will be 3 or 4 As. I know that because you are not at all hardworking." I felt discouraged but continued climbing the last steps and rushed to the school hall.

With my heart thumping I opened my sealed envelope and at the sight of the results I screamed in euphoria. The teacher was shocked and the guardian looked at me with mouth wide open (I still remember the dumb expression on his face). I told him my results and he started reciting gratitudes to God.

I regretted not saying "Tell them what you told me just now. Okay, I may not have straight As and not be at all hardworking as you said but that does not give you the right to blow my bubbles at the most inappropriate time ok!
Who has the last laugh now hah?"

I felt like shoving this person down the stairs on the way back but I will be charged with assault but I am not hardworking enough to live life in reform school.

Tengok Exora 10.15 pagi.

Pagi-pagi lagi aku dah pergi tengok Exora tadi. Aku cuma lalu depan kedai dia untuk ke sekolah. tapi alang-alang dah lalu depan kedai mestilah masuk sekali dan cek apa yang patut.

Cantiklah design dia. Bangga pulak aku Malaysia boleh menghasilkan kenderaan secantik nie. Biasak le yang cantik mesti nak belek-belek dan puji banyak tapi spek dia belek juga tau.

Ini bahagian letak barang dia. Kalau nak lagi luas bukak la seat belakang tu.


Cuba teka ni apa? Ahax. Tak ada hadiah untuk tekaan betul.


Perkara wajib ialah berposing sama kereta baru Malaysia. Yang ni aku memang confirm poser. Orang jual tu kata kalau handphone ko ada bluetooth boleh guna handsfree kereta ni dan suara pemanggil akan dengar melalui speaker kereta. Adakah agaknya nanti rasa macam bercakap dengan KITT.


Penutup bahagian enjin kereta, bagi tujuan membanyakkan gambar.

Enjin dia. Orang yang jual tu tanya aku nak tengok enjin ke? Aku cakap tak yahlah sebab aku bukan tau apa pun pasal enjin kereta nie. Lepas tu rasa macam nak tepuk dahi sebab baru je mengaku kelemahan I.


Posing seksi Exora, tapi sayang tak sharp la pulak.


Boleh buat parti la Proton lepas nie sebab ada kereta baharu (Ely, jangan jengkel). Ia akan memberi saingan kepada pengeluar lain di pasaran kenderaan pelbagai guna. Alahai aku baru perasan yang aku tak ambil gambar badan Exora. Tadi tak sempat nak tengok lebih-lebih. Kalau nak tengok lebih banyak butiran pasal Exora pergi sini tapi ada rangka je lagi. http://www.proton-edar.com.my/exora/

Tata!


ps: op op, ni ada gambar exora sebab rembat dari pakcik johnjenin. pakcik, saya curi nie.

Ah the seterok

Malam yang tak jadi nak hening. Bunyi AF season 118 melantun-lantun ke dinding ruang tamu, ada yang terlepas masuk ke dalam lubang telinga aku. Merdu la jugak.

Telinga aku terAF tapi deria lain aku pula khuysuk menerawang dalam dunia siber. Manakala jisim badanku bersila di atas kerusi meja makan sambil itu juga jari jemari milikku pantas mengetap papan kekunci komputer ini. Gembira jari aku dapat mengurut komputer kesayangan aku.

Namun jari-jemari lain yang marah menekan-nekan punat lain pula.


"Ah Fak lah!" kata Nur Edah kepada tivi itu.

Ah Fak. Nama baru? Fikir akulah.

Sekali lagi Asterok hilang siaran. Masa itu juga Nur Edah punya strok kemarahan timbul dan terus pergi masak megi. Megi kari ya. Aku pun turut serta tapi aku makan assam laksa. Tiba-tiba I miss my mak punya kentang goreng berlada.

Malam malam makan megi.

JANGAN TEGOR HOI@ Hoi hoyya hoi.

Pagi ni aku dok bercerita tentang tengok



1. Cinema dot com kata run time jangan tegur sejam 23 minit tapi aku rasa cam sejam seploh minit aje.


2. Masa awal cerita mayat nenek main cak cak dengan nadia M dan satu wayang keseraman sambil gelak gelak bodo. Lawak plak senario itu.


3. Orang belakang dengan suara ala noks berkata "Eee, kalau aku tak tengok." Aku pun SYYYHHH dengan kuatnya dan terus senyap lepas tu. Orang sebelah aku pulak dok "Stupid, Stupid" kan karekter dalam citer itu.


4. Oh my Julia Ziegler sangat sedap di mata jejaka.


5. Banyak close up muka Julia Ziegler yang menampakkan tekstur kulit dia. Heheheh takde la licin mana kulitnya, tapi aku rasa kulit nampak merana sebab mekap hantu yang tebal dan stress berlakon.


6. Kerasukan yang comey! Blue metallic lenses.


7. Pelakon utama, pengarah dan penulis skrip dia semua orang yang sama.


8. Muka Julia Ziegler masa baru sedar koma macam Sharifah Amani/Aleya dan masa-masa lain macam Raja Azmi plak.


9. Pelik la sebab jenazah tak dibacakan yassin secara terus menerus.


10. Huih, aku ni duk bercerita pasal muvi dengan bosannya pulak.




Ok la aku cerita dengan berhemah sikit.




Selepas dengan rajinnya aku cerita secara padat pada ny pagi ni masa dia tengah oles gincu kat depan cermin bermentol kaler2nya macam cermin primadona tu dia tanya jangan tegur tu apa?




seram dude nak balik naik lif, rumah dekat dengan tangga emergency. jiran aku dah blah tanpa pesanan pula tu. itu pun selepas setahun lebih kata nak pindah.

Air hujan rintik-rintik atas kepala aku

Tengah dengar lagu Raindrops Keep Falling On My Head dendangan Allahyarham Ahmad Daud. Old skool gile ko.

Raindrops Keep Falling On My Head

Raindrops are falling on my head
And just like the guy whose feet are too big for his bed
Nothing seems to fit
Those raindrops are falling on my head they keep falling

So I just did me some talking to the sun
And I said I didn't like the way he got things done
He's sleeping on the job
Those raindrops are falling on my head they keep falling

But there's one thing I know
The blues they send to greet me won't defeat me
It won't be long 'til happiness steps up to greet me

Raindrops keep falling on my head
But that doesn't mean my eyes will soon be turning red
Crying's not for me
'Cos I'm never gonna stop the rain by complaining
Because I'm free
Nothing's worrying me

It won't be long 'til happiness steps up to greet me

Raindrops keep falling on my head
but that doesn't mean my eyes will soon be turning red
Crying's not for me
'Cos I'm never gonna stop the rain by complaining
Because I'm free
Nothing's worrying me


source : http://www.lyricsbox.com/b-j-thomas-lyrics-raindrops-keep-falling-on-my-head-8mt8jj5.html
cerita berkaitan 1 : http://www.songfacts.com/detail.php?id=
cerita berkaitan 2 : http://en.wikipedia.org/wiki/Raindrops_Keep_Fallin'_on_My_Head


Nie versi asal nyanyian Burt Bacharach. Visual die tak best sangat.


Ni plak versi B.J. Thomas.



Versi Allahyarham Ahmad Daud tak boleh keluar sini nanti aku kena saman plak.

X O X O

MizzyN


ps: Emosi gembira.

Nampak tak Obama kat skrin kamera tu?

‘To Whom It May Concern’, oleh Ahmad Fuad Osman. Ia adalah satu daripada kerja-kerja seni Matahati's (ahlinya ialah Ahmad Shukri Mohamed, Bayu Utomo Radjikin Hamir Soib, Masnoor Ramli Mahmud and Ahmad Fuad Osman) yang tengah dipamerkan kat Galeri Chandan di Bukit Damansara, Kuala Lumpur sehingga 25th April 2009



ps: kadang-kadang ternampak Ahmad Fuad kat kedai pakcik ny tapi segan nak tegor.

Garfield ke belakang tu?

funny pictures of cats with captions

ps: I'm so lega my man.On the other hand, Baibai to ex-mentri penerangan. Welkam new menteri.


My motto.

Aku cuba untuk mengemudi hidup aku dengan tema "Aku ialah diri aku sendiri. Aku tak boleh puaskan hati semua orang jadi aku kena follow instinct dan sentiasa mereflek apekenbenda yang aku lakukan dalam diri aku."

Kadang-kadang tak dapat pun nak ikut motto ni tapi cuba la juga. Ada masa kena ikut juga ke mana air mengalir dan tidak melawan arus.

Korang pula apa motto hidup ye?

Motto lain
chics-closet.blogspot.com: expect the best, be prepared for the worst, f**k what others think and do your own thing.

Parti hari raya ke parti o?

Aku daripada LG nak naik lif ke tingkat 3. Depan lif ada dua minah tunggu lif sekali. Kami naik lif dan sorang pergi Tingkat G, tinggal satu minah dan satu MizzyN. Minah satu lagi nampak kat G tu meriah je dan dia tanya aku dengan nada skeptik "Ada apa ah?" Aku auto jawab "Mesyuarat Puspanita". Dia respon "Owh." Dalam kepala otak aku duk fikir, "tanya dengan tak sopan langsung". Nak je aku jawab tadi "Parti Orgy" atau variasi sopan sikit "Parti Hari Raya". setan Minah ni pun tekan tingkat 1 dan aku fikir "ceh budak news ke?" Tanya cam best je.

Bukan lagi MOI aje.

Hua ha ha. Barisan kabinet baru je diumum. Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim jadi Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Warisan. Wau panjangnya nama baharu Kementerian aku nie. Hmmm. Kalau silap aku adjust karang. Babai.

ps : update : kementerian penerangan komunikasi, kesenian dan kebudayaan.
jadik MOCIAC?
Ministry of Communication Information, Arts and Culture?
Better check esok dlm the star ek.
update 10 April 2009 - Sumber : The Star - Ministry of Information, Communication, Arts and Culture.

Random pics from SP and B of Qedah.

ILY
Hello, peace upon to you. It's 3 something in the morning but my hands itched to blog. So here are random pictures from my adventures in Sungai Petani and Baling. I was there courtesy of my 'reporter' friends who were in Bukit Selambau for the by-election. As for me, it's been dull in KL so when the chance to Baling came I just had to say YES.

Dolls
I was waiting for my pal outside this shop when I took this. The dolls hanging from the ceiling are super creepy to me especially after a similar doll was linked to a famous kidnapping incident. Back in 2000, a friend also received a similar dolll from her chat friend. This friend is lanky and about 1.68 cm tall. Me and my dormmates kidded that maybe the chat friend knew how she looked like and bought a doll resembling her.

Lunch
This is a cute surprise from Sungai Petani. My lunch only cost RM2.20 which is super cheap compared to KL/JB. My meal consist of rice, two small fried fish (It's Sela Kuning kot), kangkung and papadom. I know my meal looked bland and someone even said it looked like hospital food. I am not a huge fan of hot food thus the bland looking meal.

Chicken
We dined at Radix Fried Chicken the night we arrived in Sungai Petani and ordered spicy chickens but the chickens were not spicy enough for us. I was also disappointed with their Aiskrim Pisang. What? Aiskrim Pisang? Yes, that was what NY heard from a lady in front of us. A local spin on the displayed omputeh name of Banana Split.

Insufficient
A critical but unique moment in SP was when the petrol needle reached the red zone.

Poll
The only moment 'schools' are involved in the political game are during elections, This is one of the 22 polling stations in Bukit Selambau but I didn't manage to catch the school 's name.

Perspective
Enjoying the view of 'perayu undi(s)'in Bukit Selambau from the backseat. With 15 candidates there are plenty of them around.

Butterfly
Butterfly engraved concrete drain cover in SP.

Dramatic
Our witness said this car may have collided with another car before it burned. It was a fiery blaze but there was no safety personnel nearby but of course plenty of onlookers/busybodies. I only managed a long shot because my 4.3 years old digicam was slow to response on a drive through shoot. I think it's time I survey for a new compact camera.

ps: My frens told me a company set up a chain of hotels around SP with the name WIFI, 3G and SMS. I only saw the wifi and 3g but not the sms one. Cute.

Kancing butang baju tidurlah, ngantuk to the maksimus.

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah