Pages

Yoon See passed me a simple tag

Semua yang kena tag sangat blur jadinya dengan tag ini. Ok macam nie, aku kena tag dengan yoon see yang dapat tag ini daripada kak emila yusof. Gini ceritanya, korang copy macam dalam arahan bawah ini. Kita nak buat senarai blogger panjang ni, jadi korang kena tambahkan nama korang pada senarai blog ini.

Contohnya aku nombor 15 jadi korang nombor 16 la. Lepas tu korang tag kawan korang dan dia akan jadi no 17 pula, blogger seterusnya yang dia tag akan jadi no 18 dan seterusnya. Dah faham sayang? Ok cuba buat. Kita nak bagi senarai ni panjang dan panjang.

*Start Copy Here*

You do not have to be tagged to play along.
The game is simple and so are the rules.
1. Copy from *Start Copy Here* through *End Copy Here*
2. Add your site(s) to the list. Just be sure to post at each site you add.
3. Tag as many bloggers as you like so the list keeps on growing.
4. Let me know your blog’s name and url by leaving me a comment HERE. I will add you to the master list.
5. Come back and copy the master list back to your site, often. This process will allow late-comers to get as much link benefit as the first ones in.
We Are The World Bloggers Master List:1. Emila Yusof 2. The Other Side of Emila 3. Mariuca 4. Mariuca’s Perfume Gallery 5. Meow DiariesUnlisted One 7. Spiff, the Spaceman 8. My Sweet Escape 9. Nota Nurul 10. Life’s Tapestry 11. Spontaneous Insignificancy 12. LadyJava 13. Miss Igorota 14. Yoon See 15. mizzy N

*End Copy Here*

Gue nak tag semua dak mozac
- lily
- inurz daya
- wawa
- achik
- ninie
- zura
- nooreen

dah cepat buat kawan-kawan.

me mere mortal making emos

I like to emo, but only to people close to me.Hell yeah, happiness can sometimes be stale so a little drama is needed to spice up this life. As action speaks louder than words my emo act can also sting and despite that my father still tells people that I am as innocent as I look. On the other hand maybe generally I am that.

I am just substituting Monday Blues with Monday Grrrrr. Grrrrrrr... with a lot of rrrrrrs.

Right now I am still on a emo high. A shout out to my emo victim/friend


AdibEdi,
You don't have to put up with me for long anyway so this emo girl will soon go away. Furthermore I hope you get to further your study soon and beat those angry aunties and step up the career ladder.
Bye bye.

Oh darn if I continue feeling like this I might just end up like them angry aunties, only that my frustrations script will be a mile longer. Even after she had landed in a foreign land and started her semester I would still be babbling about what I could have been and could have done, things that I could accomplish and etcetera etcetera.

Adoi la, my mother's astro bill is smiling at me and I just hope that I can emo at it, let it be angry and desert me like AdibEdi will or won't do. But the bill is here to stay and so I'll have to reactivate my tiger account and pay it like the rest of us do. Darn.

Pakcikku, MJ dan Farah Fawcett sudah meninggalkan dunia buat selama-lamanya.

Minggu ni aje ada tiga kematian orang yang aku kenali.

Pertama - pakcik J.A aku.
Nama arwah pakcik aku ni J.A. Isteri dia ialah adik mak aku. Dia pergi meninggalkan isterinya, anak perempuan sulung (plus menantu dan baby), anak lelaki (awal 20an) dan anak bongsunya yang baru form 3. Aku kesian kat anak bongsu dia sebab kehilangan bapa di usia muda.

Dulu aku pernah sekali ajar anak bongsu dia sains UPSR tapi sebab sains UPSR ada banyak term yang aku tak tau jadi percubaan menjadi guru itu sangat fail. Macam mana nak menerangkan apa itu inferens dan hipotesis pada budak 12 tahun dalam bahasa malaysia (lingua franca masa tu)? aku belajar statsistik pun english style.

Pakcik ini sebenarnya dah dua tahun aku tak jumpa. Manakan tidak masa anak dia kahwin tahun lepas pun aku tak datang. Anak dia satu sekolah dengan aku sampai dia form four aje. Jadi masa tu aku pernah tumpang kereta dia balik ke sekolah kat Melaka tu selepas habis cuti sekolah. Nooreen, ko tau siapa dia kan, dia ni ayah si Zeera tu. Menurut mak aku, dia dah sakit setahun lebih dan antara penyakit dia ialah kenicng manis.

Aku rasa aku sedih tapi tahap gitu-gitu aje feelingnya. Ada nampak macam jahat atau seperti kurang emosi ke? Tapi aku rasa ok kot feeling begini sebab aku lama dah tak jumpa dia dan memang jarang jumpa dan bercakap pun masa zaman aku melepak jb.

Pakcik J.A, ku sedekahlan Al-Fatihah untuk roh mu. Moga berada di kalangan orang yang beriman.


Kedua - Michael Jackson
Aku tau MJ mati awal sebab Shimmy (housemate aku) guna bilik air lama-lama masa pagi Jumaat tu jadi aku gi cek internet dulu. Dah lama tak shut down laptop sebab sekarang aku gila kat tenet. Okey terus pada story.

Macam biasa bukak yahoo nak cek email dan nampak highlight pasal MJ mati. Lima belas minit seterusnya housemate aku keluar bilik siap berbaju nak gi office, aku dengan tak mandinya kata "MJ mati dah". Kawan aku boleh kata "Tak sempat nak buat konsert". Cheh. Aku mula-mula tak caya tapi aku cek kat CNN untuk kepastian. Shimmy keluar bilik air dan aku pun nak pergi mandi tapi azyze pula mesej aku untuk beritau pasal MJ mati. Tak pernah2 dia mesej aku kalau tak de cerita hebat tapi hari ni dia mesej pula, nampak sangat lah dia pun sedih MJ mati.

Aku ni memang bukan kaki muzik tapi MJ ialah satu kewujudan sampingan yang tetap dalam hidup aku. Dia macam gosip yang tersebar luas seperti cerita Tok Ti yang kalau ko tak nak tau pun ko akan tau juga sebab ia berada di mana-mana. Sejak kecil lagi aku dah dipersembahkan dengan Thriller dan sibuklah juga cerita Tamil nak tiru video klip tu untuk aksi menyanyi filem dia.

Aku ingat masa pertengahan 90an ada special program Michael Jackson yang di mana akhirnya dia kena kejar polis jadi dia transform jadi jet. Huhu gile pelik tuuu. Oklah, aku nak menulis pasal MJ lebih-lebih pun aku tak terer, cuma masa dia meninggal aku terfikir dua benda aje.

1. Cara dia dikebumikan
2. Siapa akan jaga anak dia

Aku harap moga-moga perkara yang terbaik berlaku kepada keluarga dia.


Ketiga - Farah Fawcett
Aku tau masa pergi office hari Jumaat tu sebab officemate aku beritau. Dua tiga hari sebelum dia mati ada cerita pasal boyfriend dia Ryan O'Neal yang kepingin nak menikahi Farah sebelum dia mati. Aku ingat Farah sebab dia berlakon dalam cerita glamer tu, Charlie's Angels. Lepas semak web baru aku tau yang dia memang poster girl untuk keseksian zaman itu. Huhu, zaman dulu wajib ada gambar pompuan pakai swimsuit berlubang sana sini dalam bilik anak bujang. Aku selalu terperasan kalau tengok cerita mat salleh, lagi-lagi kalau ada scene dalam bilik tidur anak bujang.

Rasanya itu je aku boleh tulis pasal Farah, sebab itu je yang aku tau.

Rest in peace ye Farah Fawcett.

Sembang Limah Bersama MizzyN@Kakak Cover Baik Punya Sampai Aku Rasa Macam Dipukau

Har har har

Kena mula dengan gelak sebab selepas berborak dengan Limah tu aku rasa macam kena pukau beb.

Begini sambungannya daripada cerita
out of my mind.

Maka aku pulas la tombol ofis dan nampak lampu terbuka. Aku teringat la Ida kata opis dia kunci rosak jadi aku buat bodo la, tapi aku pelik kenapa lampu bukak sebab maksudnya mestilah ada orang. Dan-dan masa aku masuk office tu Limah pula keluar daripada sudut belakang office itu. Aku fikir dia ada jumpa sesiapa ke kat belakang itu?

Aku berhenti kat mesin potostat yang terletak dekat pintu masuk untuk mengcopy mykad, Limah dengan segera datang pada aku dan beria-ia ni kata dia memang cari aku. Aku kata la "Saya bukan office nie la kak."

Dia kata "Ye ke? Selalu nampak kat sini?"
Aku jawab "Memanglah, tapi saya datang nak melepak aje. Dulu saya office sini tapi dah lama dah pindah ke unit yang bangunan dia hujung dunia sana."
Limah skeptik lalu mempersoalkan statement aku "Eh, ye ke? Tadi akak nampak awak lalu sini tapi pakai baju lainla. Itu yang akak datang cari?"
Aku mendefend la diri sebab ia tidak benar "Mana ada kak, baru sekarang ni saya datang office ni dalam hari ini."
Limah "Eh, ye ke? Akak nampak kelibat awak lalu la tadi. Tu yang akak ke mari. Tadi panggil-panggil nama tapi tak de orang pun rupanya."

Dipendekkan cerita dia cari aku sebab dia satu kumpulan dengan aku untuk satu kursus ni dan kononnya nak tanya bila daftar kursus? Aku akui la aku mana tau pasal bila nak daftar untuk kursus tu. Dia kata pada aku, kawan dia beritau dah boleh mendaftar mulai hari ini. Aku jawablah, agaknyalah tu kot. Lepas borak dalam lima minit dengan siap dia ajar aku cara nak fotostat ic depan belakang menggunakan kaedah spesel tu, maka dia pun blah balik office dia.

Lepas tu aku sambung lepak office ida dan ida komen pada aku. Kata dia akak tu beria-ia defend diri dia dengan mendakwa bahawa dia nampak aku dengan yakinnya tadi berbaju lain. Masa tu baru aku terperasan:-

1. Kalau betul dia nak cari aku, kenapa dia mesti cari sampai dalam-dalam office Ida. Bukan ke kalau tak de orang ko bagi je salam dan jerit "Ada orang ke tak?" dengan kuat2 dah cukup?
2. Kenapa beria-ia kata dia nampak aku pakai baju lain tadi? Aku ada pendua ke macam kunci? Atau aku dah amnesia mana aku pergi tadi?
3. Aku dengan dia lain kumpulan untuk kursus tu, kenapa tetiba dia nak cari aku pasal nak info bila daftar? Tak ke ko boleh call ahli kumpulan ko untuk bertanya? Tak pernah-pernah ko minta extension office aku ke tetiba ko kata ko cari aku hari ni?
4. Dan kenapa, bak kata idalah, dia beria-ia mengdefend diri dia pasal kata nak jumpa aku tu? Padahal rilek je la nak borak tu kan, nie cerita macam cari aku berhari-hari tak jumpa tapi baru ni ada peluang. Agak penuh dengan bulls**t jugek gayanye.

Misteri siut gelagat Limah tu. Aku rasa macam kena pukau sangat tadi sebab masa berborak lupa dah persoalan aku yang mula-mula itu -
kenapa dia yang daripada office lain tetiba ada sorang-sorang dalam office ini di petang begini. Padahal office ni terbuka gila, kalau ko jerit-jerit lima nam kali daripada pintu depan pun orang dah boleh dengar jadi tak yah ko nak cari sampai dalam-dalam sana la Limah oi.

tagged by yoon see

I've been tagged by Yoon See. Here is the tag.



If you are interested in doing this tag. Go here >>>http://yoonsee.blogspot.com/2009/06/picture-tag-kiwi.html

Misteri

Semalam post klinik aku hilang. Mana pos aku tu ye? Aku pun tak tau kenapa dia tak mucul. Dia hilang sebentar, tapi nanti dia muncul kot.

KLINIK, DI MANAKAH ANDA!

Mimpi aku baru je nak mula masa pintu bilik aku diketuk dengan lantangnya. Aku buka pintu secara automatik sebab dah biasa la dengan ambush malam (spot check) masa zaman duk hostel dulu. Ku pulas tombol tika detik jam 4 pagi lebih. Oh rupanya ada orang nak minta teman pergi klinik sebab sakit perut pulas-pulasan. Dan memang teman ajelah yang aku mampu buat sebab wa tak reti drive. So orang sakit perut pergi la drive kereta ikan dia dengan aku sekali cari klinik kat Jalan K Lama tu tapi takde yang buka, bukit angkasa punya pun tutup dan nasib baik ada kat Bangsar nun. Ini memberikan aku peringatan, pertama - belajar drive la, kedua - sediakan duit dalam poket extra sikit sbb mana tau ada emergency macam ini pada diriku jua dan ketiga - kenal pasti klinik 24 jam di rumah saya.

ps : Masa pergi klinik pertama tu aku hampir tertengok luka orang kena tetak benda tajam kat wad kecemasan klinik tu. Darah dia menitik-nitik atas jubin lantai bilik kecemasan tu. Seram siut, patutlah aku tak jadi doktor/nurse. Ala layak ke nak jadi, Bio pun 3 aje takbole.

flat rumah lama

Masa aku balik Jay Bee hari tu mak aku dah kehabisan sabun basuh, jadi aku pergi la cari, sebab aku kena membasuh baju nan 3 bakul malam tu juga. Kedai kat rumah aku dah selamat tutup pukul 7 petang jadi aku fikir sambil membeli sabun basuh tu boleh pergi jenguk kawasan rumah lama aku -imbau kenangan silam la kata.

Dulu aku duk sini bermula sebelum aku masuk tadika sehingga 17 tahun lamanya. Buruk kan dinding luar dia, tapi sekali dia cat kemas la jadinya tetapi seperti flat lain tempat letak kereta dia memang mimpi seram. Flat ini 16 tingkat dan lif dia pulak ada dua aje, satu ke tingkat nombor ganjil dan satu ke tingkat nombor genap. Nasib baik aku duk tingkat dekat la juga dengan tanah jadi tak ada la penat sangat nak turun naik bangunan kalau lif rosak.

Dulu masa duduk sini mak aku selalu suruh aku pergi kedai runcit Ah Seng kat bawah nie. Dalam banyak-banyak kedai, kedai dia paling lama kekal sementara kedai orang lain dah tutup dah. Aku beli sabun basuh aku kat sini la juga masa ni.

Makcik-makcik memang suka pergi kedai dia sebab dia mesra pelanggan. Kalau dia datang rumah nak hantar gas masak dia akan bagi salam, lepas tu kita pula yang serba salah nak jawab ke tak. Aku ingat dulu masa hari raya pertama dia buka kedai dan kadangkala siap pakai baju kurung sedondon dengan isteri dia sempena hari raya. Orang yang datang kedai dia semua sibuk ajak ke rumah beraya.


Gambar nie aku ambil masa awal bulan Jun ni tapi aku tengok taktik mengira Ah Seng ni tetap sama. Pelanggan akan ambil la barang dan longgok atas kaunter dan dia akan kira semua harga barang tu atas keratan kertas karton rokok. Kalau membeli barang banyak-banyak hujung tahun dapat kalendar kuda free, kalau lupa minta siaplah mak aku dok tanya suruh minta next time.


Aku baru nak kata aku tak tau apa nama Ah Seng ni tapi sini terang alam kat papan tanda tu tulis Hock Seng.

Masa aku tangkap gambar ini ada satu makcik tu kecoh, "Kenapa ambik gambar?" Aku cakap la aku pernah duk sini dulu. Lepas tu ada pakcik sebelah makcik tu tanya makcik tu pasal apa ke hal dia bising-bising. Makcik tu pun cakap dengan penuh bengang pasal aku ambil pic. Aku malas nak layan terus blah. Suka hati aku la makcik sebab bukan aku ambil gambar dalam rumah orang pun tapi tempat awam le.

Father's Day

Happy Father's Day Abah.


My father is 60 something and I can't believe how time flies. It's kind of scary noticing the people around you growing old and realizing that they won't be around you as long as you would want them to be.

I remembered looking at my late grandmother's eyes and seeing the wrinkles and the grey rings around her pupils, the characteristics of old age. It seems natural looking at my granny in her old age as that was the way she was when I started realising her presence in my life.

But seeing my mother's wrinkles and realizing that she was not as agile as before made me think about the time that went by and also the things I did to her. Somehow some of that wrinkles must have caused by me, maybe during my youth, worrying her remotely from the school up on the hill. It was said that 4o winces cause a wrinkle and that means 4o episodes of naughty Nadhs for every permanent crease in her face. senyum ros

pikir sambil: My sister said Crow's feet are cute, and only now I can see why. Think George Clooney.

Positivity



ps : On the other hand the broadband has gone abroad. Lembap betul.

I Finally Felt It

Yep. This is how I felt it. I bought the trio at Art Friend. There were two kinds of felt, these are the RM1.70 ones and the other ones costs RM2.50 apiece. The one in the picture is 9" x 12" and is coarser than the 250 cents one. As this was my first time experimenting with felt i decided to buy the muraher one.


If you are wondering what the heck is felt, I would say that if it's any coarser it's just like the green coloured periuk sentaler. The ones I bought said that it is "polyester made from recycled post-consumer plastic bottles". I read in burdastyle and craftstylish that they can be made into bags, gadget cases, key chain items and many-many more. Browse the net and you'll see.

Actually I wanted to make something for my sister's wedding next month. I am thinking teddy bear, hence the brown felts. The yellow one is for the teddy's bows. I am still outlining the bear's shape and the easiest way to sew em. When it's something for a wedding the quantity that I am about to make is like hundreds. Well I'll see what I can come up with tonight, something cute, easy to sew and doesn't make me want to throw a hissy fit. ;O)

ps : I read yahoo's 8 Tips for liking someone better and I think it's great.

Kenapa bukan hari ini?

Hari ini bukan harinya kerana ia perlu perancangan
Hari esok juga bukan hari penentuan kerana masih terlalu awal, orang kata cepat sangat!
Nak buat sesuatu kena beradat, macam nak masuk hutan kena tahu apa ada dalamnya
Di sini kena ikut rima mereka berdansa dan pelajari cara mereka menyusun gerak
Tapi peluang yang mungkin muncul tu boleh berlari ke ufuk barat
Risau ko tak sempat bersaing dengannya ke arah sana seiring dengan matahari terbenam
Macam ending cerita-cerita lagak hebat
Berjalan bergandingan dengan aura jingga merah
Takut peluang kau hilang dan tak adalah 'happy ending' nanti
Oleh itu bila ia akan tiba?
Mungkin Khamis, mungkin Isnin atau Rabu
Tapi hari-hari terdekat ini bukan hari kau
Ia akan datang setelah engkau bersedia
Mungkin pada hari itu yang hanya Tuhan tahu bila
Hari itu akan tiba, percayalah
Ya, setelah hari-hari bertangguh itu berlalu

ps : tetiba nak berkarya! and i continue to procrastinate

love and hate

Teringat tajuk lagu Love Me Butch "Love and Hate" yang dipileh oleh azyze utk projek video klip dia suatu masa dulu. Aku dulu pileh lagu minah bunga aje, haha. Lagu aku "Ku Rindu Padanya" by bunga wanita Camelia.

Ok, stret to cerita aku. I love and hate what i'm doing right now. Love and hate, it's perfect yet it's bosan. Tapi kalau orang lain boleh menyesuaikan diri kenapa bukan aku. Redha je la. Allah Maha Mengetahui mana yang best untuk aku. Bak kata mak aku "Kita buat dia".

kena rijek

kena rijek sangat memarahkan aku, katanya tidak relevan. menyampah la, rasa mau hantam kursus bahasa asing due bulan je tapi rasa dah lepas dah kursus tu. huh. menci.

kamera orang

Di kala semua belia dan belia tua berjinak-jinak ke arah digital SLR aku menuju ke simpang lain pula. Aku plan nak try berkamera lama balik, ok kamera itu tak la lama umurnya dalam sedekad aje. Eh perkenalkan ini Nikon FM2, SLR terulung yang aku separa miliki. Ia orang lain punya tapi aku tompang guna dan this baby is 1oo peratus manual.



Sedihnya ia dah lama tak guna jadi kena servis dulu la. Aku nak beli flashnya dan beli bateri baru dan lepas tu 'klik, klik' eksperimen. Dulu masa aku belajar asas foto guna kamera semi-auto yang aku sewa daripada senior sebab senang nak belajar dan buat assignment tapi sekarang nyesal pulak tak beli sendiri je kamera. Kamera ini pun aku tak pegang sangat sebab payah nak study, maklumlah dulu gelabah nak lulus je, tak fikir long term punya pekdah. Tak pe la, masih ada ruang dan waktu untuk menguasai ilmu foto ini kan.

tagged by lily

Kena tag dengan lily. Tapi sebenarnya nooreen dah tag gue dalam fb.
Ok layan la.

TAG 1

Mari menjawab soalan dalam Bahasa Malaysia.
1. Bekas kekasih saya adalah : orang lelaki
2. Saya sedang mendengar : Pengantin Bersanding oleh Jasni
3. Mungkin saya patut: Transfer HIDS saya setelah mesin clear
4. Saya suka : makan
5.Sahabat-sahabat baik saya : semua saya sayang
6.Saya tak paham : sejarah
7.Saya kehilangan : shawl kesayangan saya dalam teksi
8.Ramai yang berkata : pukul berapa balik ni?
9.Makna nama saya : yang terserlah
10.Cinta itu adalah : lesen untuk percaya
11.Di suatu tempat, seseorang sedang : ketuk story
12.Saya akan cuba : settlekan tape aku hari ini jugak
13.Ayat SELAMANYA membawa maksud : lagu Innuendo
14.Telefon bimbit saya : polifonik
15.Bila saya terjaga dari tidur : Saya ukur kadar keterangan dunia dan ukur kemengantukan sama ada nak tidur balik atau bangun dan buat kerja
16.Saya paling meluat apabila : terkunyah cili padi, pedas siut
17.Pesta/Parti adalah : makan-makan, berdansa dan lagu-lagu
18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : kucing.
19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : 20 an
20.Hari ini : Selasa, hari tengok Ugly Betty
21.Malam ini saya akan : tengok tv
22.Esok pula saya akan : bekerja
23.Saya betul-betul inginkan : keamanan dunia, semua orang hidup bertolak ansur
24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini : sebab nak cuci muka
25.Pusat membeli-belah atau arked permainan : pusat membeli belah
26.Makanan Barat atau Jepun : barat
27.Bilik yang terang atau gelap: terang
28.Makanan segera adalah : KFC
29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? Tengok gambar.
30.Siapa yang anda nak Tag? Kejap ek, tengok kat hujung nanti.

TAG2
1. Apakah perasaan anda sekarang? Lenguh la sbb duduk depan pc sehari.
2. Saya nak makan? KFC lagi.
3. Saya tak suka? Jagung, petai, jeringm, togeh dan betik.
4. Impian saya? Nak buat bisnes yang sesuai dengan jiwa saya
5. haiwan yg saya tak suka? cicak dan lipas.
6. Saya harapkan? naik pangkat secepat 200km sejam.
7. Jika boleh putarkan masa? saya teringin nak tgk saat JFK kena tembak, sejarah oo.
8. Saya pada 10 tahun akan datang? Dah berumur 10 plas
9. Handphone saya adalah sebuah? nokya.
10. Saya pernah bercinta sebanyak? hihihi
11. Kawan-kawan saya? semua dah tua hahha
12. Pernah dikhianati? takde
13. Apa yang hendak anda lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda? Buat bodo

14. Senaraikan 8 orang untuk di tag?
Ha sekarang baru bleh tag mereka.

1. Farah Syhh yang suka bisik-bisik tu
2. Yoon See, kawan siberku yang kreatif!
3. Noridah Che Yunos, sebab dia malas layan tag.
4. Dayah
5. Fariena yang follow aku
6. Cikgu Zura
7. Ely, layan mana yang tak layan lagie la.
8. Hana!
9. Wawa, bakal ibu,

Giveaway by Lil Stitchy

Hi darlings.

I went to Yoon See's blog and saw that Lilstitchy is doing a giveaway. She is giving away
this reversible pouch.



So the rules are:

1. Leave a comment in her blog.
2. in the comment ,tell her about what i've been crafting recently and suggest her my favourite crafts
3. Make an entry in my blog for the giveaway (here it is)
4. copy and paste the icon below for my entry in here!


Done!

The winner will be chosen randomly and this giveaway lasts until this June 19th 09. Go on try your luck.

Hugs and Kisses
MizzyN
Selepas mengespend seminggu lepak office melihat program dahulu kala aku nak spend malam-malamku tengok astro yang aku bayau RM30 sebulan itu dengan jayanya (RM30 sebab kongsi2 gitu). Oklah maybe I'll be skipping some nights because of some personal errands but I must vary my entertainment, my which is my mind food, as all work and no play makes N more nerdie.

Yesterday while waiting for the floor to dry after mopping it I watched Hallmark and just noticed the fillers they have in between programs. These are short stories within 5 to 10 minutes in length. I saw one about a stranger doing something frightening to a taxi driver and then changing taxies and maybe doing that frightening thing again to the next taxi driver, and also another one about a girl hiding a fugitive in her mother's barn. Unfortunately my senses were also engaging in some websurfing and so I didn't know what they were all about hence the vague description. Multitasking is meletihkan.

Today I am going to watch some CSI before I go out and yesterday I finally caught up with Gregory House.

Kejut

Py : Esok kejutkan saya dalam pukul 7.30 pagi ya, nak buat kerja lah.

MizzyN : Ok.

Py : Macam mana saya nak pastikan awak kejut saya pukul 7.30 pagi tu?

MizzyN : Awak bangun 7.30 awak kejutkan saya, lepas tu saya call awak balik.

Py : Ahaha.... :(

MizzyN : Heih saya pasang alarm pukul 7.30 la sejurus selepas nie.

Py : Ok! :)

jahatnya ko!

HENFON AKU : Ninininononnunununannanennenonenone

AKU : Allo?

CUPCAKE : Ko rasa aku patut rebond rambut tak?

AKU : Ye patut, rambut ko buruk. Bla bla kutuk2 kutuk2.

CUPCAKE : Eeee, jahatnya. Boleh kata macam tu?

AKU : Ko patut berterima kasih sebab aku jujur.


AUMMM!!

Nasib baik ko jauh perempuan, kalau dekat aku dah lari sebatu! Taring kecik!
Mari berkata jujur terhadap kawan kita. Pesanan khidmat persahabatan ini dibawakan kepada anda oleh mizzy N.

Krispy Kreme - apekebenda donut nie.

This donut looks yummy that I had to buy too!


Sekali ko gula dia manis mengalahkan gula sejuk kat kuih keria.
Ini perasa apa tah ini namanya. Biskut & Krim?


Krispy Kreme boleh dijumpai kat Brjya Tms Squyare.

Kenduri Kahwin Cuti Sekolah : Part Tiga

Semalam aku pergi dua wedding, courtesy of OOMM tour and travels.

Day tour pergi kak Hanie's wedding in Selayang, Selamat Pengantin Baru Puan Hanie dan Encik Mizi. Thanks for inviting! The bride used to dj for Klasik Nasional not long ago. She's now a producer in the TV division.


Night tour pula aku pergi wedding KLfm DJ, Nazie & Cikgu Iznan.
Selamat Pengantin Baru to you too!

Hari ni nak pergi FRIM. There should be a lot of photo op there for someone to sharpen her skills. Eh, fotografi skill la tau. Ok tata.

read malaysia at miecc

Tomorrow is the last day of read malaysia at MIECC. Read here for information : http://readmalaysia.my. According to a reliable source there are 130 exhibitors occupying the 500 booths.

A view of the book fest.

We found oldies but goodies books at the DBP booth.

This one's illustration is so old primary school library.

for the love of books i bought this.

and I bought these too. They came from the DBP and MPH booth.
The malay language novels are all RM1 each, cheap!


Ida bought these.

I just noticed the CD. What is it ah?

Anyway I wonder why the novels are all showing their arse instead
of their pretty illustrated faces jelir


ps: i should be blogging about mills & boons next time since two of my blogger friends here read them.

Kenduri Kahwin Cuti Sekolah : Part Deux

Salam muhibbah saudara, kita dah sampai ke bahagian kedua kenduri cuti sekolah. Episod kedua ini ialah pasal lawatan aku ke Pasir Gudang untuk ke kenduri kenalan baru aku. Ini semua berlaku minggu lepas.

Masa bertolak nak ke kenduri dah pukul 2.45 petang, apa yang aku tau nak pergi ke Pasir Gudang je tujuannya. Taman apa tak tau, no fon peribadi pengantin tak disimpan, no henpon kerja pengantin pulak off, manakala kad pengantin pula tah ke mana. Jadi kami guna GPS suka hati cari je la mana rumah pengantinnya. Untungnya kat Malaysia nie pengantin suka letak signboard pengantin kat simpang jalan utama jadi itu banyak membantu, terutamanya musim cuti sekolah yang banyak kenduri ini. Ia memudahkan kita cari lokasi kenduri tapi yang penting ko kena tau la nama pasangan pengantin itu kedua-duanya.

Cara nak ke kenduri ini ialah melalui jalan nak kempas. Sampai aje Pasir Gudang kita cuba ingat taman apa agaknya dia duduk. Menurut teman serombongan rumahnya di taman bernama bunga jadi kami pergi ke taman bernama bunga, round-round jumpa satu Taman Bunga-tak-ingat-apa-nama-tapi-mawar-kot dan terjumpa sign Sera&Sam aje. Sah bukan pengantin yang dikehendaki sebab nama mereka Dayah&Joe, jadi pergi depan lagi dan jumpa taman bukit dahlia. Ini taman nama bunga juga jadi masuk la dan jumpa sign kenduri Wati&Sany dan Dayah& Shah pulak, satu nama dah betul tetapi pasangan lelakinya lain nama.

Aku nak call pengantin tapi ada unsur degil timbul jadi guna naluri amazing-race terus terjah ke depan dan depan lagi. Masuk depan lagi jumpa Wati&Sany, Dayah&Shah dan dibawahnya Dayah&Joe pulak! bull's eye bebeh.

Ikut la signbod itu yang ada ditulis nama jalannya, jalan kulit kayu manis 2. Tengah-tengah jalan ternampak pula ini.

roda itu sangat tak sesuai...

Walaubagaimanapun saudara, agenda kami diteruskan selepas mengutuk dan kereta dipandu laju mengikut arah signboard tulisan tangan itu. Alhamdulillah sampai juga ke kendurinya dalam pukul 4 petang, gilerr lambat dahh tapi ada yang juga baru tiba saing aku. Jenguk-jenguk rumah pengantin dan tanya kat mana pengantin? Rupanya mereka tengah berfoto di tepi rumput panjang.


Kami ahlan wasahlan dan snap-snap pic lepas tu pergi makan nasi minyak dia.

Masa makan aku tertarik dengan deretan tong minyak digantung kat pagar dawai rumah dia.

Banyaknya!


Lepas tu baru aku sedar yang pagar itu ialah milik rumah sebelah dia yang kosong. "One man's loss is another man's gain", okla pengantin ada ruang lain nak buat kerja masak-masak selain rumahnya.


Lepas makan aku mencuba pelamin pengantin. Teringin plak aku nak jadi pembina pelamin, dan habihlah nangis semua pengantin tengok pelamin ciptaan aku sebab terlebih kreatif. Pelamin aku pulak kalau boleh aku nak orang tengok dan kata "Pelamin ke tu? Ok kot pelamin macam tu," sambil makan nasi dengan fikiran bingung-bingung sikit sebab pelaminnya lain daripada yang lain.


Nak blah tu kami naik atas ke bilik pengantin untuk ucap babai dan terima kasih dan lihat pengantin tengah melompat-lompat kegembiraan atas tilam.


Comel tangkap gambar macam nie!


SELAMAT PENGANTIN BARU DAYAH & JOE.

Dayah ialah reporter kat Negeri Sembilan, kalau nampak kereta kecik warna merah tengah round-round kawasan situ silalah lambai pada dia nie.

xoxo

MizzyN

ps: hari ni aku dah siap berbaju kurung pukul 7.30 pagi nak pergi kenduri tengah hari karang. Semangat tak?

Kenduri Kahwin Cuti Sekolah : Part 1

Cuti sekolah ialah masa kegemaran orang buat kerja kahwin. Minggu lepas aku ada dua jemputan kahwin, satu kenduri brader out-of-my-mind dan satu lagi kenduri Lini budak x-mozac (nama manja sekolah menengah aku). Sayangnya aku boleh pergi satu aje sebab jarak antara duanya jauh, satu kat Kluang dan satu kat Melaka. Sebab aku balik kampung jadi hari Sabtu tu mengembaralah aku dan family daripada jay bee ke tengah Johor
untuk sesi kenduri di cuti sekolah.

Pengantin nikah pagi itu dan bersanding pukul 2.30 ptg. Kami tiba di lokasi dalam pukul 1 lebih jadi menunggu la pengantin lelaki bersiap dulu. Pandai pengantin perempuan lukis peta, senang je jumpa rumahnya berdasarkan peta.

Haha, aku edit pic nie sebab out-of-my-mind sibuk edit pic tadi. Sangat aku terpengaruh tatkala itu. Ni aksi mak andam tengah memakaikan rantai kat pengantin.

Sebelum bergerak ke rumah perempuan, pengantin lelaki yang segak
berkeris bergambar kenangan dengan mak sedara dan kazennya.
Mak pengantin berbaju pepel pula memerhatikan dari jauh.


Sambil tu aku posing dengan abah dan mak aku. Lepas jam jejak je pukul 2 petang
aku terus bertolak ke rumah perempuan.


Dah tiba dekat rumah perempuan tunggu lagi tapi jam 2.30 petang tak berarak-arak juga pengantin lelaki, katanya cue dari pengantin perempuan tak dapat lagi jadi tak boleh mula acara. So tunggu la lagi, ambil gambar eksperimental la, borak la, dan lain-lain.

Sandarkan diri pada sister pengantin yang berbaju baru rona hijau kotak-kotak ditempah khas dari Kedah. Baju aku hasil kombo kebaya jalan TAR dan kain batik Sarawak. Nie la rakan emo, rakan gosip, rakan wayang, rakan shopping baju dan kini rakan niaga masa kini. Suka aku emo-emo dengan dia sebab dia layan aje selalunya, haha, mengada kan aku.

Ini tengah bercerita dengan mak aku pasal apa tah, yang penting cerita pasal bilik bersepah aku pun ada, siut je. Imejnya nie tinggal tak pakai barangan emas je, kalau tak dah confirm membawa imej stereotaip anak mami bling bling. Perkataan Balloon dalam caption tu silap la, tak daya aku nak betulkan.

Tunggu 'masjid' orang dah siap kite menunggu 'masjid' aku dibina pula nanti.
'Masjid' ini coming soon ah... O jewawat aku besar siut.

Mere mommy comel dan papparazzi import.


Tunggu dan call dan tunggu lagi, akhirnya pengantin sampai selepas 20 menet macam tu.
Datang dengan penuh gaya naik motor beso, bak kata lecturer aku dulu "Fashionably late!"

Mak aku selamba je jalan celah-celah pengantin dan motor.

Pengantin jejaka sudah mari. Ketar lutut aku sebab mencangkung ambik shot nie.
Ini shot glamer nak menunjukkan kegah-an pengantin dan suasana hepi-hepi, ambil shot daripada angle bawah nie.

Kompang di pukul jejaka pengiring yang mengeskort pengantin.


Rider motor besar tadi dengan penuh gaya pun turun daripada tunggangan untuk
menjamah nasi minyak jua, siap t-shirt berlabel khas lagik. Ini trend kenduri sekarang nie aku perati.

Sesuai dengan nama Raja Sehari, pengantin dihidangkan dengan halwa mata/telinga, tarian zapin. Walaupun pengantin dah ditemukan di meja santapan beradap tapi lepas tu kena dipisahkan pula sebelum naik pelamin sebab nya ada...



TOL!

Nie tol kedua nie (kat pelamin), tol pertama kat pintu masuk rumah. Suka sangat orang Johor ni dengan tol-tol sebab seronok usik-usik pengantin lelaki tapi kadang-kadang melemaskan pada mereka yang tak biasa. Lagi-lagi pula kalau keluarga penganti lelaki orang jauh dan nak rempit balik rumah nun jauh hari tu juga. Masa nie orang-orang Utara semuanya merana sebab banyak sangat tol nak dilalui. Cian mereka.

Selamat dah majlis pihak lelaki aku ucapkan
SELAMAT PENGANTIN BARU APUI DAN LIN!
Semoga bahagia ke akhir hayat.

Kenyang perut suka hati.
Aku dan la familia blah pukul 4.00 petang.
Sambar sepotong tembikai dan salam keruk
(salam sambil bagi hadiah duit pada mak pengantin).
Naik kenderaan dan blah ke selatan balik.

Tapi dah tiba rumah belek gambar kek ni baru perasan
tak makan kek masa kenduri tu. Uhuhu, kecewa sedikit.

Tiba je kat rumah bersaing plak dengan adik aku yang juga baru balik drpd kenduri kawannya.
So berposing le sementara stok masih ada. Nasib baik dalam ni tak nampak yang baju aku
sekaler dengan dinding rumah.


Touch up sikit, tambah kerawang dah boleh buat kad raya nie. Oh dan letak efek vignette sikit.
Tulis situ "ikhlas daripada MizzyN dan Bubul".

Okla, papai!



xoxo
MizzyN



ps: quote tipu "i'm sorry honey, not tonight"

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah