Pages

Laga Booty

video

Cerita Seram Aku Di Atas Jalan Raya

Bukan seram hantu tapi seramla juge.

Kisah Seram 1


Kami dalam kereta - Aku dengan kawan aku (pilotnye), makcik dan sepupu dia. Masa itu kereta tengah berhenti sebab lampu merah dan jalannya sangatlah panjang maka berhentinya lama la sikit. Dah berhenti lama tu borak2 dan memerhati jela ke hadapan.

Tetiba aku dengar bunyi cermin kereta dipecah dan masa itu baru terperasan dua mat motor nie tengah mengambil sesuatu daripada tempat duduk penumpang hadapan kereta di depan. Kereta itu terletak di depan kami tapi sebelah kanan, kami di belakang sebelah kiri (diagonally la). Belum sempat nak jerit ke apa, motor tu dah memecut ke hadapan. Sejurus lepas itu kereta semua jalan balik dan aku terkedu sebab tak boleh nak buat apa.

Apa yang aku nampak? Cuma kelibat dua mat motor atas satu motor nie.
Platnye pun tak nampak dan malahan model motor pun tak perasan.
Hanya mampu menjadi saksi tak bersuara.
Aku keluarkan henpon dan mesej kaum kerabat aku dengan pesanan hati-hati di jalan raya.

Kami maju ke depan dan melepasi kereta yang telah dipecah masuk. Kawan aku potong kereta itu dan memang betul la ia kereta itu sebab cermin dia pecah. Wajah pemandunya seorang perempuan sekitar 30an ada iras-iras orang Cina. Jika aku boleh labelkan wajahnya ada ekspresi keliru, takut dan mungkin tak tahu nak buat apa barangkali.

Macam biasa la kalau dah nampak benda mcm nie mula la nak buat analisis. Mungkin pemandunya ada meletakkan barangan nampak mcm boleh cilok di atas kerusi penumpang hadapan. Dia pula pemandu perempuan tunggal dan masa tu tengah statik macam itik melepak atas tasik. Si pemburu membidik dan menghentam sasaran. Ibarat kata omputeh easy target, a sitting duck.

Sorry makcik. Kalau la aku dapat menolong selain daripada melihat sahaja.

gigil


Kisah Seram 2

Aku baru sahaja tiba di Terminal Bas JB daripada KL naik bas. Masa tu belum lewat sangat baru pukul 11.30 malam la dan pastinya kena naik teksi balik rumah sbb bas ke rumah aku dah pupus. Al maklumlah tak ada pelanggan maka tak ada lah bas nak layan. Oleh sebab dah sampai lambat kene la naik teksi. Teksi kat JB nie ada banyak spesis, spesis pasang meter dan ambil bayaran ikut meter, spesis pasang meter tapi ikut 'harga biasa suka hati' dan spesis tak pakai meter dan harga ikut hati saya la (konon harga biasa).

Perhentian teksi pula di seberang bangunan Terminal jadi daripada jauh aku dah nampak tak ada teksi. Fikiran aku dah saspek mesti pemandu teksi ini akan caj lebih sebab tak ada saingan dan dah nak dekat 12 mlm pula tu. Sedang aku dekati perhentian bas itu muncul la teksi nie. Masa aku tahan aku perasan ada satu kereta Wira hitam dengan dua mamat dalam dia. Aku buat bodo je la sbb nak naik teksi dah nie.

Maka aku pun mendekati teksi dan buka pintu belakang. Aku nyatakan destinasi aku dan pemandu lelaki ini minta "RM14 la dik dah malam nie". Spontan je aku kata "Takpelah bang" dan terus tutup balik pintu itu. Aku jadi berkira sebab siang hari pun tambang baru RM4.50 dan ini ialah harga sebelum naik haritu.

Semasa itu juga aku perasan Wira hitam nie memandu dekat dengan teksi itu dan berhenti. Drebar die jenguk kepada aku dan kata "Oh nak pergi sana ke? Kita satu laluan, abang ambil murah - RM5 aje" Seram sejuk aku dengar jemputandia.

HELLO BRO? Pukul 11.30 malam? Aku ialah gadis keseorangan? Muka ko crook dan kereta ko kaler hitam dan tak ada orang perasan pun kalau aku naik? Bongokla aku kalau nak ikut dia. Hindari perkara ini!

Aku paling ke arah Terminal Larkin balik dan cepat2 blah.

Bro mcm crook sound. "Sombong betul"

Baik sombong daripada ....

Selepas itu aku teringat plak nak call adik aku dan nasib baik dia tak tidur lagi jadi dia rempit amek aku. Lain kali jangan gatal2 balik lambat ke JB. Seram....

adus


Kisah Seram 3

Aku dengan OOMM tengah berada di atas tempat letak kereta Central Market. Kami baru tiba dan nak keluar kereta la nie. OOMM tengah berkata sesuatu dengan aku dan sambil tu dia unlock kereta untuk keluar. Tetiba guard berpakaian biasa kat CM tu jerit2 di hadapan dan ada orang berlari dengan lajunya. Orang tu pula menyelinap di ruang antara kereta OOMM dengan kereta sebelah dan lalu di pintu belah penumpang. Lagi sikit aku nak buka pintu pasti terkena si pelari itu. Hahah sangat menakutkan. Tergezut kami sebentar di dalam kereta.

Kami keluar bila pasti keadaan dah terkawal. Depan CM si pak guard lagi satu tengah kutip satu selipar atas jalan raya yang pastinya dimiliki oleh si pelari pecut. Apa kes?

jelir

Mata Raga

The day I met Yoon See we promised to wait for each other at CM's entrance. While we waited I looked around and noticed a lady taking pictures of the decoration hanging on the doorway. A minute later this woman spoke to us and it turned out to be Yoon See. If you visit her blog you can see that she loves arts veru much - Greener Pastures.

Usually when I follow OOMM update her weekly novel stock at CM we would have lunch at the rooftop food stalls but that day we decided to eat at the newly renovated first floor food court.

The new interior decoration is infused with traditional elements.
It's like sitting in a wooden house.


And meeting Yoon See also made me look around for these artsy things.

Just take a look at this lamp case.


If I flip it sideways it will look like an eye socket.


Double it up and it looks like a pair of robotic eyes.



This is dedicated to Yoon See.

Nice meeting you dear YS.

Dating dengan Yoon See di CM

Setelah berbulan bulan merancang nak jumpa Yoon See akhirnya aku jumpa juga dia di Pasar Seni haritu. Hi Yoon See, nice knowing you! Dia ialah tuan tanah greener pastures. Klik la klik la.

CM mcm gitu la rupanya.

Slalu pergi ikut oomm beli stok buku sewa/beli dia di Kedai Buku Uncle.



Sesi pertama - memecah ais.



Ni Yoon See in black and white.



Yoon See in colour.


Sesi kedua - Yoon See bagi aku hadiah.


Adegan aku membuka gift dengan efek sumbangan OOMM.


Aku dapat sebiji hand rest untuk masa guna mouse.
Thanks my dear new friend


Oh yeah in turn I gave her the book she won in my first give/away.



front

back



Last last,


sebelum buhbye bagi peace-peace pada camera.


Peace, peace dan peace!


Buh bye!

Entry ke 301

Wahh dah entry ke 301, rajin jugek aku memblog.

Jangan tertipu dengan email lagi2 loteri - lagipun main judi kan haram

Opismate aku yang duduk depan pc bertanya pada aku tentang email yang dia dapat. Aku pun jenguk la skrin pc dia dan ada tulis Microsop Lottery bla bla bla.

"Tipu tu" kata aku.
"Eh bukan ni, aku ada bagi email aku pada mereka masa aku kursus Microsop dulu" kata opismet aku.
Aku sambung lagi "Selalunya kalau dia minta email paling paling pun dia akan email pasal kursus ke takpun produk dia kot."
"O yeke"

Aku akui aku main bantai je explain tu tapi betul apa. Kawan aku tu dapat email mengatakan dia mungkin ada can untuk menang loteri dan meminta opismet aku emailkan butiran dirinya. Aku kata juga pada kawan melainkan kalau kau sendiri yang apply nak menang loteri tu ada la kot cannya. Ini dia yang minta butiran ko dan perkara ini berbau fishy.

Semalam aku dapat email ini.

Ni versi ada attachment plak. Seramnye nak buka mana tau virus yang ganas.

Hohoho.

Lagipun kalau menang sekalipun mana boleh main kan. Loteri = Judi, Haram tu.

Sila baca report di Hoax Slayer ini dan juga pasal Microsoft email scam here.

Bye

Tiga tahun lalu setelah bertahun memakai nombor maxis aku beli nombor telefon baru

Tiga tahun lalu setelah bertahun memakai nombor telefon bimbit yang ini (masa beli harga prepaid dia RM130 hohohoh mahalnye prepaid dulu) aku beli nombor telefon baru sempena nak mula kerja baru. Nombor baru, ofis baru dan juga alam baru la konon. (harga prepaid pun rm10 je)

Selang beberapa bulan aku guna mulelah aku dapat panggilan daripada perempuan-perempuan dan lelaki-lelaki mencari Badrul Zaman. Aku fikir ini mesti nombor second hand ni jadi aku seperti biasa la menjawabnya. Individu yang menelefon ini pula ibarat mcm kawan nak mencari kawan lama jadi aku kata "Ini sekarang nombor saya bukan Badrul Zaman punya"

Selepas setahun berlalu tu jarang pula orang call Badrul Zaman. Kalau ada pun daripada bank sana dan bank sini yang mungkin nak kutip hutang. Aku semakin rilek sebab panggilan pelik ni datang dalam dua bulan sekali. Kadangkala juga aku dapat sms daripada astro suruh bayar bil astro yang tah siapa punya, jadi aku call balik dan minta dia padam nombor aku daripada rekodnya. Tapi orang di talian astro itu kata dia tak boleh buat apa-apa.

Ok ke K.O?

Dan klimaksnya semalam ada sorang lelaki telefon dengan nada bisnes daripada mana tah.

LELAKI ITU : Hello, boleh saya bercakap dengan Encik Badrul Zaman?
AKU : Tak, ni nombor saya nie.
LELAKI ITU : Ini bukan nombor 01X-222 ....?

Belum sempat dia habiskan ayat dia aku pintas.

AKU : Memanglah ini nombor tu tapi ini nombor saya yang guna sekarang.
LELAKI ITU : Dah berapa lama cik guna nombor ini?
AKU : TIGA TAHUN DAH!
LELAKI ITU : Owhh, terima kasih cik.

haPE Kess NaK TANya GitEWWW?

BADRUL ZAMAN may u rot in earth kalau aku tau sape kau. Terer sungguh dia dalam masa tiga tahun ni jual nombor aku untuk tujuan ntah hape hape. Ini yang kadang-kadang nak melakukan transfromasi nombor TELEFON ni. Namun begitu pabila berfikir panjang semestinya akan menyusahkan plak sebab nombor ni la nombor rasmi aku. Segala-gala kawan, bank, landlord, mak. mak mentua dan bisnes kontek nak kena bagitau.

Huhhhh so annoying.

SANGAT sedikit je hehhehe tapi permainan emo kena lebih TERTEKAN DAN NAIK PARAS DARAH

Curik tema jap oit idy biddy.

Out Of My Mind bila ada satu kawan aku nie boleh buat face off dengan sorang caller x dikenali yang tetiba call dia dan tuduh kawan aku curi telefon dan nombornye. Kawan aku ni pulak jenis melayan, makenye mereka pun berjumpa di tempat awam. Masa mereka berjumpa ni minah x dikenali nie tengok handphone kawan aku dan kata "Haaa handphone ni sama la dengan handphone saya".

Boddo gile, macamle die sorang pakai brand nokia tu.

Kesimpulannya ikut pesan mak Don't talk to strangers. Oh yeah and layan them too.



ps: Nombor maxis aku telah dicuri seorang jepun yang MIA. Sob sob.
Nak gi claim balik la?

Photography Course by MARA and Abas Hassan

Last week I went to MARA for a photography course.
It was a one day course with Encik Abas Hassan
a very experienced photographer.
Look at his blog.

He taught us about the manual functions of a digital SLR camera.


That is him teaching us.


This is me listening intently.


And this is my friend and landlord of out of die punya mind who told me about the course.
She is holding the notes Encik Abas provided.


Heck, I also met another friend there.
The one giving the blurry peace sign.


There were also other aspiring photographers who came with super big and mean looking lens.


Nevertheless everyone sangat humble and eager to learn.


In the morning session he taught us the main functions of the SLR camera
such as aperture, shutter speed and iso.
We used him as a subject.

I was also used as a subject, and so is my friend.
Mr Abas went around the room to assist everybody should they need guidance.

Then after lunch we went around MARA's compound for
a photoshoot to test our newfound knowledge.


Too bright there.
Hehehe


Digitizing the friend in 1,2,3!


Everyone with their mechanical best friends.


Trying to frame the MARA sign with flora.


Cuba and try.What the heck just try and smile.


Injecting artsy point of view, the blurry foreground.


Injecting slow shutter speed element, motion blurry feet.
Too bright ahhhh. Must raise the aperture.


How low can you go with a camera?
Indefinitely.


Still so bright one. Practice more.


Can you spot the photographers?


Injecting another fancy shot of the MARA sign.


Injecting camwhore attitude. If you have a camera you can't help be one.
I know you do it too.


Flowers for foreground.


Must also put super colorized pic of me.
I look like an ice cream.


Set the lens to manual and it didn't focus so I got this.
Who is that? Can you guess?


Another camwhore I see. Ngehehehe.
The makcik cleaner did not sweep her away.


Slow shutter speed to capture the motion.


The relentless hunter on the prowl in stripes.


Then at 3 pm it is back to the classroom for review (yang mana sempat) and some more tips.


Happy + sore feet.


Everybody flexing their muscles before the course ends.


And tadaa...
after all the rolling, squatting, crouching around the MARA building
I received my certificate.
Yeayyy.

Tata


ps: wanna hire me? I have no camera lorrr. But waitee waitee here ok.


Kak Emila Yusof Birthday Giveaway

Kak Emila Yusof is holding a birthday giveaway (click here) and the closing date is on 12.30 midnight, 21st October 2009 (the exact time and date of her birthday)

I want Kak Emila’s cute handmade dolly because a cute person, warm and kind person made it. I only communicated with her through emails and comment box but she takes care to correspond back. I have bought her cards through post and she gave me this cute heart that made my day and purchase even special.

Since she is inching towards a new birthday this 21st, I wish her a happy happy birthday. May her creativity multiplies in leaps and bounds and let her blog forever. Her creations brightens the sometimes mundane blog world. Stopping by her blog sometimes feel like smelling the roses virtually. With that Kak Emila I want the cute handmade dolly.

Sekian, terima kasih.

Lucky Draw from 5577studio.com

Frankly I never visited this blog until I read about it in fauzus' blog. 5577studio.com is extending her give away until this 31st october so if you want to join this contest the details are here.

I think the blog's layout is very nice. The landlord's daughter's name is identical to mine so reading the posts about her felt kind of awkward hehehe. I haven't looked far into the previous posts and I will do that later on. I want to slim the chances for everyone there to win the lucky draw so I am inviting all of you to join it too.


The winner gets these. All so yummy and mouth watering.


Ok good luck to me.

Happy Diwali



imej ini aku yang punya
ia telah dirakamkan di 1 utama 18.11.2008

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah