Pages

AkuDIadanLAgu di KL@SIK N@SIONAL

Kawan aku penerbit di R@dio M@laysia Kl@sik N@sional menjemput semua orang untuk berkongsi coretan, luahan hati, kisah yang menggamit jiwa dalam ruangan Aku Dia dan Lagu - 'ADILA'. Program ini disiar setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 5.20 petang hingga 7.00 di Klasik Nasional. Frekuensi radio nie kat Lembah Klang ialah 87.7fm.

Coretan boleh ditaip atau ditulis tangan tapi kena la terang dan boleh baca ye. Panjang coretan tak lebih 400 patah perkataan beserta 3 lagu permintaan. Lagu semestinya kena lagu bertema malaysia. Korang boleh hantar coretan korang kat sini www.facebook.com/klasik.nasional

So aku yang rajin pergi la menyumbang story pada kawan aku tu. Ini story aku, tak diedit lagi tau.

"Pada musim haji ini tepatlah arwah datuk saya meninggal semasa mengerjakan ibadah haji 5 tahun lalu (aku hentam aje tapi sebelum aku keje arwah meninggal jadi tambah tolak 5 tahun la). Arwah datuk saya bekerja membawa orang pergi haji jadi dia memang selalu la ke sana. Semasa muda pun dia pernah belajar dan tinggal di sana, malahan dia sangat fasih berbahasa Arab. Arwah merupakan bapa kepada ibu saya.

Walaupun saya tidak dapat melihat jenazah arwah atuk untuk kali terakhir kerana dia disemadikan di sana namun saya berasa gembira. Kerana orang kata meninggal di Tanah Suci ialah sesuatu yang istimewa. Tambahan pula dia meninggal semasa menjalankan ibadah yang beliau suka lakukan.

Semasa hayatnya saya hanya berkesempatan berjumpa beliau berapa kali setahun sebab saya belajar di sekolah asrama. Apabila raya puasa baru saya berpeluang berkata-kata dengan dia. Selalunya dia akan bagi duit raya RM10 dan memberi nasihat yang sama iaitu belajar rajin-rajin dan tolong ibu setelah dah bekerja nanti.

Semasa kecil arwah berniaga menjual kopi di pasar besar Johor Bahru jadi selepas kami pergi membeli belah di bandar kami akan singgah jenguk dia. Jarang kami pulang tanpa kopi yang dia berikan kepada kami untuk bawa balik. Kerana dia jual kopi juga kami adik beradik menggelarnya Tok Kopi untuk membezakan dia dengan datuk sebelah bapa. Mungkin kerana itu juga saya suka minum kopi sehingga sekarang. Sentimental rasanya huhuhu.

Arwah juga mengajar mengaji dan ramai orang-orang tua di JB yang belajar dengan dia mengenalinya sebagai Ustaz. Malahan ibu saya dan adik-beradiknya dikenali sebagai anak Ustaz.

Arwah meninggalkan 12 orang anak dan ramai cucu. Saya tidak berapa kenali dia jadi selalu tanya pada ibu mengenai hidup dia seamsa muda. Arwah berasal daripada Segamat dan jika kami ke sana apabila ada kenduri kahwin kami akan melawat rumah lamanya yang hampir roboh. Ibu beliau dikatakan datang daripada Siam dan menetap dan membuka tanah di Johor bersama suaminya. Saya suka membuat lawak dengan mengatakan saya berketurunan Siam di sebelah ibu.

Raya Haji keluarga kami akan disambut secara sederhana tahun ini kerana jatuh pada hari Rabu. Semakin dekat Aidil Adha semakin ingat saya pada arwah atuk. Walaupun saya tidak mengenalinya namun darahnya mengalir dalam badan saya. Saya doakan arwah ditempatkan di kalangan orang beriman, InsyaAllah."

Habislah cerita.

2 comments:

DrSam said...

kenangan mengusik jiwa

Darling Pya said...

acu tak berkesempatan langsung berjumpa dengan atuk acu...baik atuk sebelah mak mau pun atuk sebelah ayah...

hELLO

hELLO
:D

Followers