Pages

Pesanan kepada bakal pengantin

Aku, apabila berada di majlis kahwin lagi-lagi kalau kawan rapat kadangkala perlu berperangai macam pembantu pengantin. Lagi-lagi bila aku boleh bersuara kepada pengantin dan minta dia buat sesuatu untuk penambahbaikan majlis itu.

Aku bukan nak tunjuk tere sebab aku pernah jadi pengantin tapi aku nak berpesan kepada pengantin baru kerana banyak kali dah berlaku perkara berikut semasa kenduri kahwin. Ini semua berdasarkan pengalaman beberapa kali menjadi jurugambar majlis kahwin. Oh dan aku bukan jurugambar orang kahwin yang meletop mahupun nak tunjuk tere. Kalau rasa perlu sila la share-share.

Perkara ini berlaku kepada majlis yang diadakan di rumah, kalau majlis secara formal selalunya ada juru acara yang akan mengemudi majlis tu supaya laju dan terancang. Sudah tiba masa majlis kahwin orang Melayu lebih tersusun dan lancar perjalanan.


1. Apa nak buat selepas bersanding?
Pengantin berarak sampai ke pelamin dan duduk bersanding. Selepas duduk bersanding dalam 10 minit dan setel dah orang nak ambil gambar bersanding pengantin sendiri terpaku kerana tak tau apa nak buat. Selalu pengantin akan panggil jurugambar sebab kami suka melilau depan pengantin mencari sudut unik untuk menembak da bertanya "Nak buat apa lepas ni?"

Jika ada mak andam aku tanya pada mak andam nak buat apa. Tapi zaman sekarang ni mak andam lebih kepada jurumekap semata-mata jadi semasa bersanding mereka buat tak tau. Kalau bolehlah kan pengantin lantiklah pengapit untuk menjadi pembantu dia dan uruskan pergerakan di sekitar majlis itu.

Aku tengok kadangkala pengapit macam pengepit je, berkepit dan mengipas pengantin. Selepas habis bersanding habislah peranan mereka. Pada aku kalau pengapit diberi kuasa untuk menggerakkan majlis, takde orang boleh marah. Tak kisahlah kalau pengapit tu muda belia berbanding orang kelliling mereka. Masa ni la nak prektis jadi pengurus ke mcm gitu. Si pengantin akan duduk keras senyum simpul aje. Jadi lepas setel orang habis amek gambo tu cik pengapit boleh minta kaum keluarga pihak yang berkunjung untuk merenjis/tepung tawar pasangan mempelai.

Masa aku kahwin dulu lepas aje bersanding dan nak ke meja makan tetiba semua orang yang sibuk-sibuk depan aku hilang. Aku ngan suami berjalan sendiri ke meja makan. Kelakar masa tu sebab tetiba semua orang hilang. Hahahhahhaha.

2. Sesi bergambar keluarga dan pengantin.
Seperti yang aku selalu tengok mak, ayah dan ahli keluarga di sebelah pihak yang buat majlis mesti payah nak berkumpul untuk ambil gambar. Ibu dan ayah pengantin berposisi di hadapan khemah untuk sambut tetamu. Adik beradik pula terlibat dalam pelbagai aktiviti melayan tetamu. Maka apabila sesi nak mengambil gambar mesti sukar mereka nak tinggalkan kerja mereka dan bergambar dengan pengantin.

Aku rasa pengantin kena brief pada ahli keluarga dia untuk bersedia untuk diambil gambar. Maklumlah bukan selalu dapat bergambar satu keluarga kan. Jadi amatlah cantik jika selepas bersanding tu terus aje ambil gambar keluarga. Lepas tu silalah pergi sambung tugas anda.

3. Sila bagitau kepada jurugambar pukul berapa nak outdoor shoot supaya tidaklah ternanti-nanti.
Aku tak taulah ini dilemma aku ke atau orang lain punya dilemma tapi pengantin jarang ada masa tepat untuk ambil gambar di luar. Selalunya aku anggap 30 minit selepas majlis habis. Zaman sekarang kenduri habis awal dalam kol 4 petang jadi pukul 4.30 tu atau 5 dah boleh chow dah ke mana-mana mereka nak. Sebabnya sesi outdoor ni kena cepat sementara matahari ada, Kalau delay memang sampai pukul 8 la baru balik rumah.

Lagi best kalau pengantin boleh bagi kata putus nak ambil gambar pukul bila-bila jadi boleh kami get ready untuk outdoor shoot pulak.


Hahahhahahha itu aje. tataattattattatatta. Kalau ada pandangan lain sila kongsi bersama :D

3 comments:

Cik Embun said...

betol2..
tapi sekarang wedding dah nmpk terancang dah...
kalau ada wedding yg kucar kacir tu maybe pasangan tuh x wat homework kot.. ye laa.. kena laaa prepare mental gak kalau nak kawen.. ilmu before, during n after wedding tuh patut dah master la...

ninieZUERYANNIE said...

nadhrah, kes ko kat no 1 tuh lebih kurang aku.. sbb parents sibuk ngan persiapan & kerja2 kat luar umah maka pengantin terabai kat dalam umh.. dpt mak andam yg bile pengantin naik atas pelamin, die pon chow! pengapit last minute melarikan diri.. at last ktrg bersanding tanpa pengapit.. malu bile ingat balik! huhuuuu..

Naddy said...

cik embun,
kenduri kwen memang x nampak kucar kacir sbb part kucar kacir tu semua secara halus. tapi benda2 kecik yang boleh elak tu sila elak.

ninie,
biasa la beb jadi pengantin mesti terabai. takpe esok anak kite nye wedding kita jadi sangat teliti sampai semua benda ada ceklist har har har.

hELLO

hELLO
:D

Followers