Pages

jumpa rete Pujaan 10 dalam office

Dipersembahkan khazanah daripada 17 tahun lalu...

Yang office mate aku terjumpa di office secara misteri. Tiba2 ada.

kulit muka
halaman pertama

close up muka hos-hosnya.

halaman kedua

page belakang

close up muka dj yang glemer ini

Zazmie Zain,
sekarang nie dia keje kat RTM Melaka jadi Ketua Bahagian Rancangan.
dulu2 dia jadi kaminye voice over untuk sebutlah yang betul.

"Sebutlah yang betul, produk! PRO-DUK, bukan PRODAK"
haha, tergeliat lidah.


HAPPY BESDAY JUGA SAYA UCAPKAN KEPADA CIK OUTTAHERMIND SEBAB DAH TUE HARI NIE., SEBAYA LA KITA. CONGRATS.

Cerita pasal Adnan Sempit

Hari sabtu aku pergi tengok Adnan Sempit yang lucu dan sempoi. Watak utamanya ialah Adnan (Shaheizy Sam) dan Nadia (Intan Ladyana) yang berada dalam dua dunia berbeza. Aku suka ceritanya sebab ringan dan tak penat fikir, tak ada rasa macam hadoihh dan tak ada juga rasa macam beria-ia sangat.

adnan keje sebagai tukang hantar surat di office nadia. nadia ini gadis yang bizi gila kerja sampai tak ada masa nak ada kehidupan cinta dan dah tua2 nie die kena pula buat reunion. kawan2nya yang datang kat office nak bincang pasal reunion dah tertanya pada si nadia, ada bf ke? kerana desperate nak menunjukkan bahawa dia bukan la anak dara tidak berpacar maka dia tarik si adnan ke office dan mengaku aje "inila boifren i!"

si adnan nie sangatla suka sebab dia memang minat sangat pada si boss dia nie. tapi sayangnya ini semua hanyalah samaran dan mula2 memang nadia suka keluar dengan adnan tapi bila orang keliling mula mempersoalkan pilihan pakwe dia 'si rempit' itu, dia mula merejek si adnan. Setelah beberapa kali dia rejek adnan depan orang ramai dan dengan alasan nak buat keje tapi adnan tetap nak tolong dia juga. ini yang aku tak boleh telan nie, pompuan tu dah kutuk ko berbakul tapi ko pulak boleh nak layan lagi haihh. tapi macam biasa muvi kena ada happy ending sebab ni bukan cerita serius kan.

komen aku?
1- adakah aktiviti rempit kelas bawahan hanya ragut (dalam nie aje ada 2 scene ragut) dan lumba jalan aje? takde benda lain ke dorang buat.
2- kenapa aku tengok shaheizy sam asyik teringat kat zizie ezette je? muka adik zizie sangat licin, jeles!
3- kalau buat drama bersiri ok juga!
4- tengok aksi 'akikah' yang dipixel kan. hahah.
5- intan ladyana agak kayu, kena polish lagi lakonan.

Adnan Sempit secara keseluruhannya tak bangang pun, ia ok untuk anda mengeluarkan rm1o dan tonton di waktu kosong korang. jangan serik tengok cerita meleiyu ok!


ps: aku ialah penonton yang agak kritis sebab dulu kena tengok movie dan buat assignment yang kena kritik dan ulas dan bagi pandangan. tapi aku rasa kadangkala sebab selalu sangat kritis tengok movie pun penat kerana ade je benda nak dipersoal. jadi kini bila nak tengok movie aku kena siapkan mood relaks.

tapi kalau movie bangang dan diri relaks macam mana pun tetap bangang aje rasanya sebab kena bayar tgk muvi bangang nak mati. syuuh syuhhhh, jauhi industri filem... filem bgg.

Your Best Vacation Moment


Hi, dah last minit baru join contest nie. Penganjur peraduan nie merupakan kawan ku daripada zaman sekolah. Klik gambar batu tepi laut kat atas ini untuk ke blognya.

Pertandingan ini kita kena cerita best vacation moment kita. Aku ada banyak moment best dalam bercuti tapi paling best ialah masa pertama kali ke luar negara. Destinasinya tidak jauh, cuma Bangkok sahaja tapi thrill keluar daripada Malaysia tu gembira gila rasanya. OYEAH!!!

MY BEST VACATION MOMENT : AYUTTHAYA, THAILAND

Ok, aku ke Bangkok bulan Januari tahun lalu. Hari pertama kami bertiga pergi trip naik kereta sewa ke kuil-kuil lama yang terletak di sekitar Ayutthaya. Bayaran seorang ialah RM80 dalam nilai duit Malaysia. Kereta pakcik tu buruk gila tapi air cond power ooo. Nyaman gila tidur dalam teksi kalau mengantuk.

Masa tiba ke kuil pertama excited gila sebab tengok tinggalan sejarah. Bangunannya berumur beratus2 tahun dan ada yang masih digunakan dan ada yang untuk tengok je sebab dah tak elok dah. Masuk dalam kuil je kena bayar ala-ala menderma, dalam RM2 hingga ke RM5. Tapi kalau penduduk tempatan free aje.



Masa pergi sana asyik ambil gambar sahaje. Sorang-sorang bawak kamera sendiri jadi bila ada can nak posing dan nampak kawan sorang lagi tgh pegang kamera, tanpa malu dan segan terus je suruh dia ambilkan gambar kita. Ala kamera digital, tak luak pun memori tu ambil gambar aku berpuluh2.



Pergi berjalan tak boleh pakai selipar macam ne, nie selipar pergi pasar dan office je. Pakai selipar ke office? Bila sampai ke office mestilah bukak kan dan tukar ke kasut skema pejabat.


Masa balik daripada Ayutthaya tu kepenatan sangat dan lapar jadi pergi cari makanan. Masa nie kami tinggal di kawasan yang payah nak cari makanan halal jadi agak sewel sikit nak makan tu. Tapi tetiba ada orang menjual mee dengan kereta sorong. Beria-ia la beli sebab memang takde elemen daging dalam tu tapi... (yakin sikit la tak ada babs kan)


.......... tawar hebeh. Kena letak kicap berkoyan-koyan baru ada rasa. Sambal dia pun alahai. Terus pulak aku jadi pemakan pedas. Itula best vakasi momen aku di Thailand sana. Sekian.

Ok lily. Ini entri aku untuk pertandingan kau. Aku dah follow dan link dia so wish me good luck.

Hari ni last day. Haha, korang dah terlambat!


ADNAN SEMPIT

funny but sometimes untelanable, more on monday.

spam buster

i did not want to put the word verification thing on the comment box, but since there are a lot of spams infiltrating my posts i just had to. sorry for the inconvenience!

:O)

Suka tengok TV

Aku rasa aku mula faham apa maksud kandungan TV masa umur 5 tahun. Sebelum tu aku tak faham pun apa benda yang aku tengok. Mak aku suka melayan drama dan program wanita manakala bapak aku suka tengok cerita bersiri orang putih mcm Miami Vice, Dynasty, Mission Impossible dan wrestling. Kalau drama melayu sah-sahlah aku cepat faham tapi kalau cerita omputeh aku ingat montaj dia aje. Miami Vice ada bikini kaler merah dan speedboat tengah dipandu merentas laut dan misai lebat Magnum PI. Masa itu juga zaman kehenseman Pierce Brosnan dalam Remington Steel. Sampai sekarang aku tengok dia terbayang imej dia dengan muka hensem memakai kemeja putih dengan tangan dilipat. Oh ya aku tidak lupa juga kehebatan Six Million Dollar Man dan bionic woman. Semua benda yang hebat perlu di slow motion kan.

Menjelang sekolah rendah aku dan kakak aku suka tengok channel 5 milik SBC (sekarang MediaCorps) sebab rumah kami dekat JB maka dapatlah siaran Bandar Singa. Masa ini dah mula faham program apa yang menarik sebab sebelum tu ikut rentak bapak aku tengok tv je. Masa nie kami memang suke sangat tonton X-Files, cerita-cerita seram gred B setiap malam Rabu dan juga Beverly Hills 90210. X-Files selalu juga tertinggal, cerita-cerita seram tu kadangkala terlepas sebab esoknya hari sekolah jadi kena tidur awal, dan Beverly Hills sebab kembar Brenda dan Brandon yang cun dan Dylan McKay. Jangan tak tau kau aku hafal nama2 mereka dulu.

Brenda (Shannen Doherty) dan Brandon (Jason Priestly), David ( Brian Austin Green) dan Tori Spelling, Dylan McKay dan Kelly, Ian Ziering dan Gabriel. Oh hehe, dah reput dah memori aku rupanya. Tak ingat la dude.

Masuk sekolah menengah aku jarang tengok tv kecuali Melodi yang memang semua orang akan tengok ramai-ramai sebab ia disiarkan pada waktu rehat tengah hari. Kalau hari minggu aku layan la apa yang orang lain layan tengok. Teringat satu masa tu semua orang suka tengok Spellbinder padahal cerita tu biasa aje pun. Spellbinder juga menjadi inspirasi nama samaran aku untuk satu laman diskusi online ni.

Masa zaman VCD mula keluar kadang2 ada la sekolah buat tayangan video jadi aku pergi la tengok. Masa tu tengah zaman Jim Carey naik dengan filem Ace Ventura dan Mask. Aku masa tu kat rumah masih menggunakan VHS player lagi jadi la jarang tengok movie nie. Tengok pita Dil To Pagal Hai pun tak ada subtitle jadi main agak2 je la apa dia kata. Tengok kat sekolah guna bilik yang ada kerusi bertingkat-tingkat macam theatre dan selalunya sekali tengok sampai tak muat bilik. Movie lain masa tu ada Mask, Blair Witch dan kegemaran sepanjang zaman aku TEN THINGS I HATE ABOUT YOU! Aku suka gile kat Joseph Gordon-Levitt semenjak 3rd Rock from the sun. Bila tengok dia bawa watak pencinta kecewa dalam 500 days of summer pun lagi suka.

Ada satu hype masa tahun 90an ialah cerita pasal the unexplained, daripada hantu ke UFO semua ada. Tapi ini cerita hantu Barat la dan bukan spesis pontianak atau toyol tetapi spesis poltergeist dan misteri ESP.

Kalau anda hebat cuba teka apa ini?


Hadiah misteri menanti anda
(Ala kicin je pun haha)


TV pada hari ini ialah tempat mencari makan aku. Alang alang tu nak promote nie saksikan Pertandingan Irama Malaysia peringkat Akhir kat TV1 pukul 8.30 malam. Kalau nak tengok dekat sila la ke Angkasapuri KL dengan jayanya sebab masuk percuma! Tapi masuk awal2 la jadi dapat tempat best. Aku rasa lama la pulak tak pergi tengok konsert rtm sendiri. Last time aku tengok konsert rock leleh raya 2008.

Sampailah aku menyewa rumah sendiri barula aku melanggan astero. Sekarang memang masyuk kalau dapat tonton dokumentari sehari suntuk sampai mual. First sekali mestila aku tukar saluran Animal Planet sebab aku suka haiwan (walaupun x minat nak bela kerana kena rajin lebih) dan seterusnya Discovery Channel, National Georaphy. History dan lain lain cenel.

Ada satu masa semasa cuti semester di JB aku tengok rancangan kedoktoran setiap Rabu malam ke Khamis malam. Mula2 ER (zaman Nurse Sam beromen dengan Dr Kovac dan watak Noah Wyle bercinta dengan Kem (Thandie Newton), lepas tu Grey’s Anatomy dan akhir sekali cerita Boston Legal. Eh takdela semua cerita kedoktoran. Semua memang episode ulangan jadi lepas pukul 10 je aku dah konker tv supaya mak aku tak lepak lama2 dan tengok drama ulangan larut malam pulak. Zaman sekarang kadang-kadang mak aku yang join aku tengok Animal Planet.

Sekarang nie tengah zaman kegemilangan web. Memang loser gile kalau komputer ko tak boleh main flash sebab ko ketinggalan zaman. Takde flash tak boleh la tengok tv online. Kalau dulu nak buat website pun kena fikir pulak, kalau letak flash boleh ke pengguna menikmatinya? Zaman sekarang kalau ko kata tak boleh sila update flash anda. TV pun dah ada dalam web yang boleh dibuka di mana-mana. Di telefon? Di pemain MP3? Di gajet permainan mudah alih? (PSP ahahaha) Di jam tangan dan silap hari bulan di baju anda pun boleh.

Mereka yang asyik berkepit dengan web nie mengatakan akan habislah riwayat TV sebab ada tv di web. Web nie dahla interaktif dan sangat terkini dan mudah diakses makanya mesti TV akan reput tak lama lagi. Pada aku, tv dan internet melengkapi masing2 dan bukan bersaing antara satu sama lain.

TV tetap akan wujud untuk masa yang lama sebab tv ialah saluran untuk melarikan diri daripada hal dunia. Pure escapism. Tukar canel dan seraplah apa yang disiar. Sebab tu nama dia idiot box kata omputeh. Lagi satu high definition ialah idaman nak mempasifkan diri dan berhibur. Teringat masa aku baru belajar pasal media nie, ada kecoh pasal TV yang boleh dimerge dgn tenet. Kena beli set top box dan lekat kat tv. Siaran tv masa tu digital la. Sekarang dah hilang dah. Yang ada set top box mcm astro tapi melekat pada tv. Tak ada papan kekunci bersambung dengan tv tu. TV interaktif pun melalui sms dan bukan masukkan teks terus ke dalam tv.

I dreamt of being a writer.

I told a dear friend that I would like to do it before I turn 25. Today I am three years past that dead line and I am yet to type a single manuscript. Typing that sentence itself felt like a déjà vu. A thing that had happened before but can’t be remembered where I did it, but in this case it was something I wrote every year when mentioning about my none existent writing career. "I'll be writing a novel this year, come NaNoWriMo."

Fat chance la mizzyN.

Right now all I have is this blog which is my on and off writing pad. I only write when my mood comes and stare at it when I want to write and then nothing comes about. Or I’ll just blab and save it as draft for another day of writing when the mood finally comes.

I like to imagine things about me especially when I read an article about someone else. Like a favourite question to a celebrated writer, singer, actor or artiste “What would you be if you are not a writer, singer, actor or artiste?” If I am not what I am now I imagine myself as a dancer. Dancing is a passionate affair. I remember lazing around at UiTM in the huge in a rehearsal for a Merdeka Celebration when a girl and a guy stood on a spot and began dancing along to a song .The dance they did was similar to the contemporary dances performed in the tv programme ‘So You Think You Can Dance’.The dance by the two was very intimate and after the music ended I looked at them with jaws dropped. One day six months ago I turned on 'High School Musical' and copied the simple dance moves. After this who knows I can copy some moves of Michael Jackson's 'This is it'.

My birthday but I ain't wearing a birthday suit/

Dah tua!

A year older!

Meletakkan makna anda pada perkataan mulut orang lain.

Aku benci apabila ada orang suka nak meletakkan maksud dia sendiri di dalam perkataan orang lain. Contohnya ialah apabila aku kata aku tak makan taugeh, timun dan rojak. Mesti orang kata aku tak makan sayur. Walhal akulah kambing dalam badan manusia, segala ulam berdaun aku sental. Tapi jering dengan petai tolak tepi la.

Ciss... nak bebel lebih tapi nanti dulu. See you.

Deerland!

Sebagai makhluk mamalia berbaju, keinginan aku nak mengenali haiwan mamalia tidak berbaju sangat tebal dalam jiwa. Apa-apalah haiwan asalkan bukan kucing. Kucing-kucing semua tipikal je kalau jumpa. Ia mesti nak minta makan tak pun nak buat kaki aku sebagai tiang pengasah kuku. Ciss. Jadi semasa aku diajak oleh Py (tunang gwe) ke Lanchang untuk tengok rusa, aku terus setuju.

Hi, nama saya Bambi.


Tempat nie aku lupa namanya. Deerfarm? Eh Deerland la.
Hasil penggooglean aku niee ha ada cerita pasal ia (Deerland le).

Bayaran masuk RM5 masa nie.
Aku masuk dah pukul 5 jadi memang kedai dah nak
tutup la tapi ramai je orang lain baru datang juga.


"Hello, nama saya N. Saya tak pernah makan daging rusa.
Agak-agak macam mana ya rasanya."


"Lari!!!!"

Masa masuk tu penjaga rusa akan bagi satu rombongan satu bakul buah betik yang dah dikerat.
Rusa nie memang tau dah kalau ada bakul mesti ada rezeki namanya jadi dia akan serbu kita.
Tapi bila dia nampak je bakul kosong terus rusa tu semua jual mahal.



Memang nahas la siapa pegang bakul buah nie sebab akan diserang oleh rusa-rusa yang kalau berdiri dengan kaki belakangnya akan jadi lebih tinggi daripada kita. Silap2 dia akan panjat kita semata-mata nak mencapai buah betik itu.

Jadi apa kita lakukan jika terjadi perkara sebegini.
Kita larikan diri sambil angkat bakul tinggi2.


Siut betul masa nie, aku dah macam penari tradisional.

Perkara syok di sini apabila boleh bergambar dengan ular yang koma kekenyangan. Jadi sebenarnya aku ibarat pegang sehelai selendang berat. Tak payah rasa takut sebab ia statik dan tidak cuba menjalar ke seluruh badan anda.


Masa aku pergi nie ada tarikan baru yang belum ditunjukkan lagi. Ia ialah sepasang Sugar Glider. Haiwan ini dibeli di Singapura dengan rege sekitar RM400 dan yang bestnya bagi pemilik deerland nie ialah sugar glider nie tengah pregnant. Jadi secara tak langsung dia beli 2, free 1.


Selain daripada Deer di sini ada juga ostrich. Haha, jiran aku pun ada burung unta.
Tak percaya? Di kawasan perumahan lagi.
Nanti aku suruh adik aku candidkan gambarnya.
Seriusly.

Tapi aku rasa burung unta tu mesti bosan sebab dia tak dapat lari2 ke sana ke mari. Kalau ada kaki panjang mesti nak berlari kan, jadi kalau kaki tak dapat digunakan dengan maksimum mesti akan berasa tertekan.




Last but not least ialah beruang!


Tengok jinak gila.
Sebab dah dapat makanan jadi dia buat tatau pada sapa2 yang pegang dia.
Bulu dia kasar macam berus sabut.


Care bears!

Blogku dah dua tahun!

Sejak post ini aku dah berkecimpung dalam arena blog selama 2 tahun. Sabar sungguh aku ngadap blog nie setiap hari nak membebel dan menghiburkan diri. Kadang-kadang rasa mcm perasan sendiri bila bercerita dan tengok tak ada tukang komen ataupun tukang ikut. Malu gile bila fikir "ada ke org nak follow?" haha tapi hasilnya ada gak 31 org nak tau cerita aku. Itu pun ada la dua tiga orang aku paksa follow pada mula2 tu, ala ala i follow u dan u follow me okey. Macam nak masuk kedai, kalau tak ada org dalam kedai jangan harap nak masuk jenguk. Tapi kalau ada orang dalam kedai maka tetiba ramai pula nak meyombol.

Kepada kawan2 blogger yang di realiti dan kini di dunia web pula seperti idy biddy, azyze, aida, jackie, ecah dan hanasani mari kita berblog dengan jayenye. Kepada kawan2 mozac timakaseh sebab sama2 memeriahkan dunia blog nie. Kalau dulu berangan sorang2 je pasal zaman sekolah, tapi sekarang boleh say hi dan bye kepada yang dah lama dikenali sejak beringus dulu iaitu lily, farah, zura, ninie, achik dan wawa.

Saya juga nak berterima kasih kepada kawan2 maya yang mula follow mcm puravidakoo, dr sam, abgeldof dan yoon see yang sudah ku ketemu muka ke muka.

Aritu aku bosan gile rasa mcm nak berenti blog. Tapi ku kuatkan diri dan terus blog smapai ke hari ni. Bak kata sape tah "Kita buat dia. bukan dia buat kita."

Yippee

I am betrothed

Me in all the fineries


Posing

Put a ring on it

The symbolic engagement duit

The ring basket

Cake for me
Chocolate Indulgence

Fruits for me

White cloth for me

Sireh junjung for me

Tepak sireh as part of the ceremony

Cake for him
Tiramisu

White cloth for him

Office wear for him

Fruits for him

Chocolates for him

Sireh dara for him

Sireh junjung for him


Who made the sireh junjungs? See here.

Why?

I was reading a book, a compilation of inspiring stories for women which was supposed to warm the female hearts when I came upon a story which made me hot and burning all over. The story is about a mother who went to her single friend's house. She looked around and noticed how neat and organized her friend's house was compared to her chaotic family house and so, felt sorry for herself. But when she got back to her home and saw her children's pile of clothes, crayon drawings on the refrigerator door and her two dogs in the bathroom she immediately realized how full her life is and felt sorry for her single friend's 'neat house' instead.

How many times have I heard about how a woman who are not married like her friends, not having a child at an age when everyone else is, but instead living a spinster life well into her 30s - is at a loss. Of a friend who tells a single friend "Get married soon, it's fun!"

I am betrothed recently while my friend is single and suddenly she became a favourite target for everyone to ask "When will your turn be?" or "when will you get married?" As a friend I feel like slapping everybody for asking that question. You would feel like that too if your friend is being targeted for something everyone else think she should do just because I am about to do. Please do not impose your rule on her or I'll bitch slap you.

For my friend. Some people even suggested that she should be more ladylike and so could attract a lot of men and be married as quick as our same aged friends. That person also said point blank to her "You are beautiful yourself, someone will notice you soon and swept off your feet." And what? Be married and live happily ever after? Marriage is not a race and nobody can dictate when you will get married or when you will meet that mr right.

The way these people ask about marriage feels more like an interrogation rather than a simple "hello? how's your life? what's hapening there?" Marriage is after all a private thing. Do you ask your friend why they choose that boyfriend as a partner instead of some other guy? NO, right? We said it behind her because we do not want to look like a fool for trying to arrange someone's life. But when it's about marriage you fire away point blank like a machine gun.

The annoying interrogation does not just end there. They will fire five questions in a set with no follow up answers which makes bitch slapping them like a right thing to do.

When is your turn?
Have you ever had a boyfriend before?
How long have you been together?
Are you going to marry him?
When will that be?
Where is he now?
When did you get to know him?

For me after the third probing question I was already fire burning in the dance floor.

Hello there, don't try to lead me into a tango here. Just sit and stare.

These people have to realize that the question does not just end there. There will be a lot more I'm sure. The first question after marriage will be "When are you going to have a child? When will the next child be? Thirty years down the line... "When will you have a grandchild?"

One recently married colleague who was soon two months pregnant asked me.
"How long are you with that guy? Why are you not married after being together for so long? Married life is great as you will have a companion for the rest of your life and getting married early gives you a chance at getting a child early"

Because I felt like being bombarded with missiles I answered biatchily, Who needs companion when I have a housemate at home and a boyfriend outside? Not one but two! Some would say a sorry answer but waddahel.

Back to the story. How can you feel full when you feel pity for a friend who has a life her own way. Okayla sometimes when I felt like my world is falling apart and noticed that others have a worse day than mine, my world would feel a lot brighter. But this kind of happiness is temporary.

I have learned these few years that only I can make me permanently happy. Putting your happiness on something else or expect someone else to make you happy will only destroy you.

Imposing your life rules on someone else is also not nice. Play nicela. Everyone has a different life pace. Be married now or then, have a child now or then.

Marriage is after all fate and in the hands of God.

If you are feeling sorry for a friend who lives, breathe and did nothing to offend you by being single and not get married is an offense. The deed is done by saying "Just be patient and you will meet that guy one day" when all she did was answer "Not my time right now". It's like giving her discounts when she does not need any. It's a pressure thing.

When all these voices combined they become the community's voice. They pressure you to conform to the ideals and shaming you into being the outcast. It is akin to saying "just follow the crowd". People's opinion change in a blink of an eye and so does the wind.

But people like this will continue to haunt all the single ladies out there with their missiles and guns.

Katztales!

At last I bought the book!
The book that was originally in the star paper and blog.
http://www.lepak.com/katztales.htmll


Punyela aku suke, sampai camwhore buku pun terbalik.


Peace of mind.
Can sleep early tonight.


I bought it at b0rders, the curve at rm28.


:) senyumkenyit

2010

Di malam new year,
aku tersedar.
Aku dah tua.
Dan masih ada banyak azam tak tercapai lagi.
Baki dibawa ke hadapan la gamaknya.
sedey...





















Huhu tapi malam tu nasib baik aku sempat mengelak spray buih
Bau dah la tak best
Nasib baik juga ada spek mata
Ia berfungsi macam goggles plak yang
melindungi mata daripada efek dasat.



Hoyeah, Happy New Year 2010!
Malam tu gedik tak nak sambut kat Dataran Merdeka.
Konon nak melawan arus la.
Jadi aku dan suku sakat menuju ke arah bertentangan.
Kami pergi ke Damansara.

Apa pesen tah menyambut dengan spray buih.
Yang bodo ialah mereka yang spray macam nak mati malam tu.
Orang lain yang tengok pun terpengaruh nak main2 spray.
Buat free promo aje. Haha termasuk aku la tu.
Malam tu kaya la tokey spray tu sebab dia jual 4 cans for RM10.

Battle of the buihs

Tetiba je dah 12 malam.
Terkeluar la semua bunga api untuk memeriahkan langit.
Bintang hilang keluar bunga.

Please tick the appropriate sky.

Cantik.


Banyak sangat buih maka inilah akibatnya.
Memang macam parti buih.

Bila tengok nie tetiba terasa tua.
Yang pakainya pun umur 15.


Kaki dan sisa sisa botol spray.

I see you!


Selamat tahun baru.
2010.

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah