Pages

anak luar nikah dan sokongan keluarga

ulasan aku malam ini..........

Label itu jahat!

Siapa yang mengaku dia baik memang sah perasan. Pada aku label baik, jahat, kedekut, pemurah, gedik dan sopan itu hanyalah label statik semata-mata. Kerana, ia remeh dan boleh berubah sekelip mata. Contohnya aku boleh menjadi baik kepada office mate aku tetapi aku tak baik dengan orang office lain. Aku baik + pilih kasih, boleh tak label mcm tu? Ala-ala genre fusion filem Kelakar Seram Tragis, Muzikal Cinta Seram???

Seorang manusia melabel seseorang itu berdasarkan pandangan dia pada kamu, pendiriannya terhadap isu yang kamu hadapi dan mungkin juga jantina kamu. Hahah contohnya macam selalu orang kata kalau bos lelaki marah dipanggil tegas tetapi jika bos perempuan marah pula digelar meroyan.

Cara seseorang dibesarkan juga mempengaruhi cara dia melihat seseorang lain. Macam aku dibesarkan untuk bercakap terus terang, tapi bila orang suruh aku kritik dan aku offer kritikan, mereka kata aku mulut laser. Apooo, bukan ko tanya aku ke tadi?????

Jika kau seorang yang memang dididik untuk berjimat cermat dan sentiasa beli bila perlu sahaja, mungkin ko akan senang2 dilabel kedekut oleh Encik A. Namun begitu di mata Encik B pula kau adalah orang yang cermat. Label itu mengikut pandangan individu itu terhadapmu. Yang penting sekali kalau individu itu membenci kau maka semua label dia ke atas kau sah-sahlah negatif kan.

Melabel orang lain dengan panggilan berdasarkan penilaian mata kita sangat bersifat emosional dan berat sebelah. Lagi hina jika kita suarakan label kita itu kepada pihak ketiga. Contohnya macam kita cerita pada pekerja baru kat office kita bahawa bos kita itu sebenarnya mood swing walhal orang itu baru je masuk 48 jam lepas. Nak buat kad pekerja pun tak sempat lagi dah kite cerita kat dia keburukan bos itu. Sepatutnya biarkan budak itu mengenali bos itu dengan kaca matanya sendiri ok.

Label juga bersifat stereotaip kerana kita mengklasifikasikan seseorang itu dengan gelaran yang senang kita faham. Jika kurus dieorang kata x cukup makan, jika dia gemok kita kata kuat makan, jika dia senyap kita kata pendiam, jika dia bising kita kata dia outgoing. Nama-nama label itu difahami seantero masyarakat di situ. Contohnya kalau masyarakat itu faham 'poyo' ialah berlagak maka kau ialah poyo kerana berlagak. Kalau mereka menggunakan 'kekwat' sebagai berlagak, maka kau bukan poyo tapi kekwat. Cuma bila dorang x faham kau aje dorang akan kata kau pelik.

Pada aku memberi label ialah satu bentuk propaganda kerana bila kita sebut kuat-kuat label itu macam kau nie memang peramah maka ramai akan tertarik nak berkenalan sekali. Tapi kalau kau sebut label kau kuat-kuat dalam office kata budak baru office kau sombong maka orang lain akan dengar dan terfikir pula betul ke dia sombong. Propaganda ialah ideologi yang kita sebarkan dan cuba untuk tanam di kalangan orang sekeliling kita untuk tujuan membentuk fikiran mereka. Ala mcam masa pilihan raya, dok propaganda parti tu teruk dan parti dia bagus untuk raih undi.

Aku kata label ialah remah sebab selalunya orang kalau tengok ko 3 kali pertama dan kau senyap aje (walhal kau tak tegur dorang sebab dorang tak tegur kau juga) maka mereka akan kata kau sombong. Lepas dah borak terus aje label jadi peramah atau ‘ok rupanya’. Brengsek2 ini kadang2 nak aje sepak sebab tolonglah simpan pendapat kau dalam diri sendiri ye.

Kerana, apabila kau menjelaskan persepsi kau pada aku ia juga membayangkan engkau nie macam mana. Oleh itu ialah lebih baik ko jangan beritau aku apa kau fikir pasal aku tatkala dulu itu, melainkan kalau kita dah setahun kenal. Maka masa tu mungkin aku rasa ok sikit nak terima tanggapan pertama kau itu.

Lebel ialah membakulkan semua benda dalam satu gelaran, sebagaimana semua orang panggil mee segera maggi dan semua lampin pakai buang pampers di Malaysia ini. Macam mana dorang suka melabel artis berbuah dada besar sebagai Pamela Anderson Malaysia dan penyanyi bersuara besar sebagai Whitney Houston Malaysia atau Mariah Carey Malaysia. eh tu stereotaip la tu maknanya.

Manusia suka bagi label kat manusia lain supaya konon2 dia lebih memahami orang tu jenis macam mana. Tapi label hanya sesuatu yang benar kepada pemberi label itu sahaja. Bagi orang lain labelnya lain pula. Label orang ke atas diri aku selalu, kurus jadi kena makan banyak. Blahhh la lu. Kalau aku label dorang, pemalas sebab tu mengembang kiri kanan depan belakang marah plak. Hhahahaha, kejisss. Okla ciao.

Au tengah bercuti :) cuti apa? cuti nak kaweng la.

Apa nak buat apabila kawan anda mula belajar tentang emosi

Kawan saya dirundum emosi baru-baru ini. Dia telah mengenali satu orang lelaki ini yang pelik tetapi menarik dan yang bestnya lelaki ini yang memulakan komunikasi antara mereka berdua. Tetapi setelah sistem komunikasi itu semakin rancak dan hangat tetiba sang lelaki menghentikan komunikasi itu secara tiba-tiba. Oleh kerana itu kawan aku itu dirundung kejatuhan emosi. Mula-mula biasa biasa aje tapi setelah call pun x nak angkat walhal update facebook macam 20 kali sehari mengalahkan orang twitter, tanda2 pelik mula timbul. Aku rasa mcm nak sekel2 aje kepala lelaki itu.

Sebenarnya mereka belum tahap nak bercinta la cuma geli-geli aje. Tapi kerana efek komunikasi yang terputus secara tiba-tiba rasa mcm nak sekel kepala jantan tu eeeeeeeee. Kadangkala aku tertanya pada diri aku jika yang membuat percaturan pelik itu ialah perempuan adakah aku akan give a damn? Semestinya maaa. Aku ingat ada kawan perempuan aku tu buat bordos kat aku walhal aku gedixx sangat jumpa dia. Maklumlah dulu satu dorm dan katil2 sebelah, konon emosi gembira sangat la terjumpa tu. Tapi kawan perempuan aku itu buat taktau aje kat aku, cuma senyum bila bersalam. Hahaha rasa malu pun ada. Aku duk sibuk bergambar ngan dia tapi dia tak de nak bergambar ngan aku juga.

So last week semasa dalam jem di Bangsar kawan aku meroyan la duk bebel-bebel pasal kenapa lelaki itu buat camtu. Kalau tak nak kawan cakap la kan. Aku rasa takde onar pun yang terjadi antara mereka jadi adegan menyepi ini sangat misteri.

Hmmmm.

Aku hanya mampu buat spekulasi aje sepanjang beberapa minggu ini dia duk meroyan pasal jantan tu kan. Aku pun muak ngan ayat-ayat aku tapi dah itu aje yang mampu aku katakan tatkala ini. Antara arahan aku pada dia ialah cari minat baru la, cari lelaki lain la, itu la dan ini la. Kawan aku nie boleh plak marah balik aku. Dia kata dengan keadaan dia sekarang yang keje dah banyak dan usia makin meningkat dah takde masa nak buat aktiviti baru. Malahan kalau boleh nak cari kawan baru pun malas. Hahahhaha, aku abaikan aje kata-kata dia sebab ayat orang tertekan nie jangan layan sangat. Merepek aje banyak.

Lagipun kalau orang tertekan nie kebanyakannya kalau die meroyan dia takkan dengar apa kau katakan. Bagi die bebel sampai die puas hati pastu agak2 emosi dia dah ok maka mungkin masa tu baru boleh start cakap perkara2 nasihat berat pada dia. Aku hanya pendengar yang baik dan bukan penasihat pakar. Aku rasa nasihat aku sekadar placebo aje berbanding pakar psikiatri di pusat kaunseling.

Lagi satu rasa nak pelempang orang tertekan nie kan masa dia bebel tertekan dan kau bagi pandangan dia akan marah2 takpun dia macam tak dengar. Tapi lepas dia habis tekanan dia akan ulang apa nasihat kita itu atau takpun dia duk meluah perasaan pada orang lain yang lebih senior dan orang itu akan katakan benda yang sama kite pernah kata. Masa tu rasa memang nak kata "aku dah kata dah aritukan". Ok nie tidak tertakluk kepada kawan aku sahaja. Benda nie ialah ciri-ciri kebanyakan orang tertekan yang aku pernah jumpa.

Eh tadi aku nak cerita pasal kawan aku tertekan nie dah cerita pasal ciri-ciri orang tertekan pulak. Heheheheh.

Sebenarnyalahkan aku teringat kepada perangai aku masa aku semester tiga dolu. Ini zaman sebelum aku bercinta 6 tahun dengan tunang aku skang. Masa tu aku kapel dengan sorang jejaka uitm cawangan malaysia timur yang aku kenali melalui saluran chat. Kami x pernah jumpa dan setakat chat, call dan pos surat serta hadiah aje.

Masa tu pula aku umur 19 dan duduk di rumah sewa. Room mate masa tu dah bertunang dan keje kilang, dia pernah cite pasal satu kawan dia yang selalu tanya pasal room mate baru dia. Aku pun macam mana boleh amek no fon budak lelaki nie dan call dia. Masa tu aku balik JB dan bila aku nak kembali ke KL aku minta dia amek aku kat Pudu. Beria-ia la dia amek aku kan dan masa tu memang mereng la nak naik kete stranger sorang2 tapi tah macam mana terjumpa plak dua orang budak satu batch aku di situ dan aku ajak dorang naik skali. Budak lelaki tu hantar aku sampai rumah terus dan tak ade la nak pergi mengeteh/minum2 ke apa.

Esoknya budak tu beritau rumet aku bahawa dia berminat nak mengenali aku dengan lebih dekat. Aku terus terfikir yang ada juga orang depan mata nak kat aku. Macam mana tah aku boleh terus berperasaan sangat negatif terhadap hubungan aku dan jejaka Malaysia Timur itu.

Masa tu aku sangat tak fikir bahawa lelaki payah nak terpikat ngan aku sebab tu aku menjadi seorang yang galak secara berhemah. Aku rasa macam kalau aku tak buat the first move lelaki takkan perasan kewujudan aku. Hahahah, memang perigi cari timba la kan, Tapi tak semua perigi aku usha. Perigi sekarang memang la aku yang usha dulu tapi hihihi nasib baik dia pun suka aku gax dan memang galak orangnya :) kan sayang kan?

Okey dalam masa 3 bulan aku tak call ke apa ngan pakwe chat drpd Malaysia Timur nie. Dia punya la call aku hari-hari dan inbox aku tapi aku bo layan. Sebabnya.... masa tu aku rasa hubungan antara aku dan dia tak realistik. Apa jadi kalau tetiba aku jumpa dia suatu hari nanti dan aku rasa lain. Tambahan pula sebenarnya aku dapati bahawa aku nie laku aje kalau aku bagi can pada diri aku untuk berjumpa orang depan mata. Okla aku memang jahat sebab itu fikiran budak yang pentingkan diri sendiri. Aku hanya 19 tahun maka bagi la diskaun :(

Akhirnyakan setelah dua ke tiga bulan aku menyepi maka akhirnya aku tergerak hati nak call dia guna public phone. Dia punya suara memang sangat bengang gila la dan dia tuduh aku ada orang lain. Aku kata mana ade sebab hakikatnya memang tak ada. Aku tak pergi pun berkenalan dengan kawan kepada room mate aku itu. Malahan sebenarnya aku takde pakwe pun 6 bulan selepas itu huhuhuuuuuuuuuuu.

Ok kembali kepada story aku itu, spekulasi terbaru aku terhadap kawan lelaki kepada kawan aku itu ialah dia suka pada kawan aku tapi dia tak boleh nak teruskan sebab dia tak sedia nak hadapi suatu perjalanan bercinta lagi. Dia akui kepada kami bahawa dia serik bercinta sbb xgf dia dulu main kayu tiga sepanjang dia bercinta. Orang trauma nie payah sikit nak pujuk.

Tapi apabila dia buat perangai tak nak contact ke hapa maka secara sendirinya macam terfikir, adakah dia senyap sebab dia ada rasa kat kawan aku maka dia terus tak nak contact sebab dia x nak lebih2? Subjektif sangat kan nak buat andaian begini.

Hei kawanku, mungkin sakitnya pedih ketika ini tapi aku tahu kau dah belajar sesuatu daripadanya. Mungkin sesak nafas sikit skang tapi bak kata butterfingers di sebalik awan ada cahaya, bercahayalah selamanya. Ala-ala behind every cloud is a silver lining kot maknanya. :)

Twitter atas jalan raya!

Aku di atas Jalan Kuching tengah melayan laptop bernyawakan broadband Celcom. Memang wilayah Celcom la sebab semasa bergerak pun line ok sahaja. Tapi kat rumah aku di tingkat X itu haram nak ada line hebat. Asal gerak aje hilang, siul betul pastu tetiba ia kata aku dah guna overload pastu mandai2 nak slowkan kelajuan. hampess. walhal aku cuma guna utk gugel, fb, twitter and blog nie. kat office lagi la jangan harap ada line. aku saspek memang kawasan meja aku tu kubu internet sebab line wifi pun mcm xde.

Hahahahahha baru je disconnect tadi. Tapi setakat nie aku tak test atas lebuh raya Utara Selatan lagi.

Oklah aku nak gie lari2 tayar hantar kad kahwin. sape nak kad boleh pm aku kat naderiey@gmail.com tapi tetakluk kepada terma dan syarat aku nak bagi. cheh cheh macam la pertandingan plak :P

Gedix Nak???? Kahwin laaaaaa

Obviously aku akan kahwin lagi 2 menggu. So aku dah menerai baju dan akan pergi fitting [mintak2 baju itu ada lagi :)] esok malam tapi appointment x buat lagi.

Cun kan baju nie. Oooo rasa sangat dara. Obviously masa bersanding masih lagi... Ahahhaa. Deymm. Puakanya aku nak gak sebut. Geli la minah kat diri ko sendiri tapi... blog aku suke hati akula.

Ini bajunya! :)



So wiken lepas lepas pergi ke Nilai ngan peeps terapat aku utk beli dan belah barang kahwin. Arghhh pening nak pilih kaler apa sbb aku manade tema kaler lagi masa nie.Pemilih barangan kahwin handalan amatur diimport drpd Kelantan dan Kedah tapi keje kat KL :p



Hahaha dorang riang ria pilih.
Tapi aku jadi blur as a blurry efek kat photoshop.



Masa nak balik tu of course kereta menjadi kecik ruangnya.
Aku pun tersepit belakang tu.
Haha, saya tak reti drive la harap maklum.
;(



Sebelum tu dorang teman aku beli henbeg dan kasut untuk hantaran tunang aku kepada aku.
Ye kawan-kawan bakal pengantin nie punya taste pelik-pelik jadi kena beli sendiri. Nampak tak mana pembeliannya? Hehe ada tuu ha.


hari nie asyik dengar perkataan mat salleh dan mat salleh

Tadi aku gi Giant kat rumah aku nak beli khemah sebab mulanya bapak aku nak beli kain kanvas kalis air tu pastu ikat tali dan tarik buat khemah untuk letak kat laman rumah. Tapi aku fikir balik baiklah beli payung aiskrim besar tu sbb harga baru RM100 aje. Malahan kalau tetiba nak jadi peniaga pun boleh guna kan. Lepas nie boleh bukak gerai tepi jalan dan bila DBKL/MBJB/MBSA/MBPJ datang angkat kain paras lutut dan lari laju2. Hahahihi.

Jadi masa beli tu biasa la keluar la mukadimah kenapa nak beli sebabnya, nak letak apa bawah khemah bagi berteduh. Lepas tu sebelah tu ada khemah 'camping' pula dan mak aku cerita ada sedara kami beli dan pacak khemah depan rumah sebab anak2 kecik dia teringin nak berkhemah kat luar.

Orang jualan tu katalah "Macam orang putih la pergi travel style backpack bawak khemah". Berenti mana2 pasang khemah dan tidur.

Lepas tu aku dah habis shopping naik teksi nak balik rumah. Macam mana tah mak aku dan drebar teksi perempuan tu boleh cite pasal kucing dan mak aku cite pasal jiran kami yang sangat sayangkan kucing jadi dia pergi buat rumah kucing kat laman rumah dia. Semasa merespon drebar teksi tu kata "Macam mat salleh sayangkan kucing"

Hah mat salleh dan mat salleh aje jadi contoh. Kenapa?

cerita seminggu lalu.

Buat julung2 kali dalam rumah ku ada kucing
Selalu ada hamster aje yang bercengkerama
Hari itu dalam sejarah jadi kena la bising
Tapi kucing duduk rumahku dua hari dan tak lama






kucing itu milik paksu
paksu itu sedara kawanku
masih lagi pengantin baharu
maksu nya pula bernama maksu
hahahha






mereka pergi kenduri jadi kucing kena hantar nursery
kepada anak kucing yang kecik ini
maka anak sedara menjadi nanny
di rumah akula tempat ia berlari-lari







pagi itu aku keluar bilik sejurus terjaga
aku keluar nak amek laptop tengok kucing tiada
ia nampak aku lalu ngiau tak henti-henti la pula
bila aku duduk dia naik ke pangku meminta-minta






kucing kalau mengeow tandanya nak sesuatu
tapi macam la aku tahu apa yang perlu dibantu
eow meow iau eow miaw apa maksudmu?
kalau lapar tu biskut kalau nak melepas tandas pula di situ







aku amek kamera usik si kucing
ia tak takut tapi mata sepet berpinar2 kena flash kamera
habis la semua posing aku setting
lepas 10 minit aku sambung balik layan dunia maya







kucing kucing kucing dan kucing
kucing memucing dikucing kucing
kucinglah kucing dan juga kucing
ada seekor kucing tapi aku riuh macam ada berkucing-kucing







apa yang ia pinta aku tak tahu
nak bermanja ke tapi mcm lain mcm je
sebab ia anak kucing adakah ia inginkan susu?
maaflah kucing makcik bukan ibumu le






semasa aku layan tenet ia duk berbaring di lantai sana
aku usiknya tetapi belum tidur lagi rupanya
aku IAU IAU dia MEOW MEOW lalu naik ke atas riba
dia duk mencari sesuatu aku masih tak tau apakah ia






kerana clueless dan rimas aku amek laptop masuk bilik
sila lah lepak sorang di luar ye si cilik
makcik tak larat dah nak layan haiwan kecik
sebab mataku sudah kembali mengecik

Dunia dia kucar kacir

Saya sedey tengok kawan saya.
Ok nanti update nape.

Memori sekolah menengah.

Masa aku sekolah menengah dulu kami ada perhimpunan hari-hari pada mulanya tapi aku rasa lama2 tu jadi kurang sehingga dua kali sahaja seminggu. Yelakan kalau hari2 berhimpun pun bukan ada benda sangat nak cikgu sampaikan jadi ia pun dikurangkan. Setiap Isnin ialah hari berkumpul untuk perhimpunan akademik dan hari Ahad untuk perhimpunan pasal asrama pulak.

Semasa perhimpunan ini cikgu2 akan menyampaikan arahan terbaru dan isu semasa sekolah. Selepas tu ada pulak sesi public speaking dan ini memang gilir-gilir la student kena. Selalunya aku akan kena public speaking sampai 3 kali setahun sebab orang lain selalu tak mahu. Aku bukanlah penyedia teks paling hebat mahupun rajin tapi aku suka la nak volunteer jadi tukang pengucap awam. Namun begitu teks speechnya aku selalu siapkan beberapa jam sebelum nak naik pentas.

Masa aku tingkatan lima ada satu masa tu setiap pelajar kena buat ucapan dalam bahasa Malaysia dan budak-budak nie semua sangatlah rajin nak membuat ucapan kan. Kalau kena student yang rajin dan berdisplin akan dengarlah perucapan awam pasal saham la pasal kebaikan internet dan keburukan kafe siberlah atau pasal isu semasa. Haha masa tu cerita pasal kafe siber sekarang free wifi di kedai makanan terdekat anda.

Kalau kena pada budak2 yang maleh nak buat speech habis la jadi rahsia di sebalik warna lah, fesyen rambut lah, makna di sebalik tahi lalat la, haram sungguh tajuk2nya. Macam tajuk rencana dalam majalah2 gaya hidup la pula. Pemalas sunggu perangai dorang nie hihi.

Last aku buat speech masa perhimpunan Isnin yang diadakan dalam keadaan grand dengan lagu Negaraku, Lagu Negeri Melaka dan Lagu Sekolah dimainkan dengan iringan piano dan gitar. Kalau ada masa rajin orchestra sekolah pun turut naik pentas memainkan muzik iringan untuk kami nyanyi.

Aku ingat aku bagi speech masa tu dalam bahasa Inggeris dan aku tak hafal pun apa yang aku tulis dan aku kononnya nak buat ala2 bersahaja sambil guna teks sebagai reference aje. Tapi sebab aku gabra aku memulakan setiap perenggan dengan Well. Hasil nya selama sebulan budak2 sekolah panggil aku kakak Well Well sebab duk sebut Well this and Well that. Hoho.

Mitos suka hati dalam masyarakat 2

Baru aku teringat apa aku nak tulis untuk item no 6 dan no 7.

6. Kalau bagi hadiah kain kat gelpren nanti jodoh tak panjang. Habeh kalau bagi kain potong masa tunang tu ok plak, tak de efek la ye masa tu. Apa kaitan kain ngan jodoh ada takde pun tatau. Break kerana kain, sadis sih.

7. Ada opismate aku dulu zaman2 kat opis lama kata kalau dah kawin xde jerawat dah. kalau jerawat naik x ingat maka konon2 mcm ada benda lain mcm. Huh? Adakah ikatan perkahwinan ialah rahsia kemulusan kulit wajah? Okla aku kahwin cepat le sebab apabila bersenggema hormon mungkin seimbang dan MUNGKIN kulit lebih orait? Haha. mengong betul budak ofis aku itu walhal jerawat kan norma kehidupan walaupun jarang2 berlaku pada waktu dewasa.

lain2 aku cuba ingat esok sampai 10 la aku nak buat nie. maka ada lagi 3 mitos.

Mitos suka hati dalam masyarakat

Orang kita memang suka buat mitos suka hati dalam kehidupan sehari-hari. Selalunya mitos itu ialah kepercayaan turun temurun. Antara mitos yang aku malas nak cari asal usul tapi selalu dengar ialah

1. Kalau asah pensel sampai lebih pendek lagi daripada jari kelingking atau asah depan belakang mcm pensel nak bertukang tu nanti emak akan mati cepat. Ini aku dengar masa darjah 2. Macam mana nyawa mak kau bergantung pada kepanjangan pensel sangat persamaan tak linear mahupun kuadratik.

2. Kalau kau rampas laki orang nanti orang lain rampas laki kau balik. Hah yolah, aku tengok ada je yang tackle laki orang berjaya hidup aman damai dengan 'laki orangnya' itu sampai mati.

3. Semasa isteri pregnant dan suami ada bunuh haiwan maka anak itu boleh terkenan dengan rupa bentuk haiwan itu. Cheitss. Allah tidak akan hukum anak tak berdosa itu dengan jadikan ia serupa dengan haiwan itu kot. Kejam sungguh kepercayaan ini.

4. Kalau aku baca Harian Metro selalu aje ada statement ini berikutan dengan perangai terakhir arwah x. "Perangai dia pelik sejurus sebelum dia meninggalkan kami, agaknya dia dah tau bila dia nak pergi'.

Tapi juga sesiapa pun takkan tau bila dia akan pergi meninggalkan alam fana ini sebab ada juga statement begini "Perangai dia mcm biasa aje tak de pun pelik2 sebelum pergi meninggalkan kami".

5. Bila sebut pasal kematian aje terus taboo walhal kalau mati bukan tanda Allah sayang kat kita ke. Mungkin kita belum bersedia tapi kalau kena panggil awal kurang sikit dosa.


6. Hmmm xde dah. Ok itu aje.

ps: aku nak tergelak dalam laporan berita suatu masa dahulu apabila dorang jumpa ikan berbentuk aneh terda mpar tepi laut. Laporan tu kata ikan tu badan mcm ikan lumba-lumba muncung mcm boye. Haha.

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah