Pages

KL Gengster

Aku nonton KL Gengster minggu lepas. Filem yang penuh dengan aksi, asyik2 aksi aksi lepas tu drama dan ulang lagi. Dari segi overall ok la tapi dari lain segi penat tengok. Watak utama si Aaron Aziz tu ada keluarga yang berpecah belah sebab dia masuk penjara, tapi kehadiran mereka dalam drama ini macam sekadar syarat sahaja.

Mak dia pula dilakonkan oleh makcik yang aku baru aje tengok di tv dengan watak yang sama. Drama tu disiarkan minggu sebelum tu di mana makcik tu jadi mak yang miskin dan ada anak lelaki lakonan Zamarul Hisham. Anak dia sangat suka berpoya-poya, kuat bersosial, kuat curi duit mak dia dan mengamalkan seks bebas. Hasilnya dia kena penyakit seksual berjangkit dan tersadai di hospital. Maka dia kembali ke pangkuan ibu dia setelah semua orang tak nak layan orang yang busuk dan berpenyakit ini.

Watak makcik ini serupa ajela, menjadi makcik yang merana kerana anak dia buat hal. Adik dia pula hilang separuh jalan.

Macam bese kalau cite Samsul Yusop mesti dia ada dalam tu juga. Dia jadi anak tiri kepada ketua kongsi gelap side sini iaitu Ridzuan Hashim sebagai King. Musuh si King ni pula ialah Dragon ketua kongsi gelap bandar bahagian sana lakonan Korie Lee. Aku rasa Korie Lee memang the 'go to' pelakon untuk bawa watak jahat masa kini sebagaimana 'Zila Bakarin' jadi pelakon 'go to' untuk watak ibu ranggi dan liar dalam drama.

Atau mungkin lenkali aku patut buat tak tau dan tengok filem tanpa sibuk nak menjadi juri tak profesional. Okla bye.

1 comments:

azieazah said...

Makcik tu adakah Mak Engku Faridah tu? Kak Azie belum lagi tengok KL Gangster. Heroin cuma sorang jer, si Sheera anak Aznah.

Betul. Kadang2 seorang yang serasi dgn watak tertentu, akan terus diberi watak stereotaip. Mungkin raut wajah dan gaya yg mengekalkan mereka dgn watak sebegitu.

Cuba bayang, si Asraf Muslim tetiba berlakun jadi ketua gangster? Tak kena, kan? :)

“Bogel Menuju TUHAN” by Zahiril Adzim...

hELLO

hELLO
:D

Followers