Pages

Jenab dan Zakry

Jenab suka sangat pada Zakry, tapi Zakry buat x heran. Macam2 Jenab buat untuk tarik perhatian Zakry macam kemas meja Zakry bila dia pergi solat Jumaat. Maklumlah sekolah asrama apa lagi budak pompuan nak buat kalau boring. Lepak kat kelas la macam boss, takde org nak pantau. Cikgu semua pergi rehatkan diri.

Meja Zakry selalunya semak sebab budak lelaki mana la pandai nak menyusun barang2. Jenab pun bukan la pengemas orangnya tapi kalau setakat nak susun harta benda dalam ruang bawah meja tu apa la payah, sekali seminggu je pun. Untuk orang yang dia suka juga.

Ni bulan puasa pula, Jenab ambil kesempatan ni untuk kirim juadah pasar Ramadhan pada Zakry. Maklumlah Zakry pun mesti nak makan fancy2 selain daripada makanan dewan makan kan.

Sebab Jenab tingkatan 5 maka suka hati je la dia pesan pada budak2 junior suruh hantar murtabak la, ayam percik la dan air katira pada Zakry. Jenab tak pasti Zakry makan ke tak apa yang dia hantar selama ni tapi dia ikhlas dan yang penting niat tu.

Tapi....

Zakry tak pernah kata apa pun, terima kasih ke atau tak suka. Dia buat tak tau je kat kelas walaupun jarak meja 5 meter aje. Jenab fikir, selagi Zakry tak kata "please stop" maknanya dia rela je kot. Sebenarnya Jenab dengan budak lelaki pun x mesra mana pun cuma dengan geng2 yang extra feminin tu je. Jadi no hal la pada Jenab.

Ini cerita lama sebenarnya, 12 tahun lepas. Masa tu usia Jenab 17 tahun dan teringin juga nak ada pakwe atau lebih kurang mcm tu. Bak kata orang sekarang 'teman tapi mesra'. Hakikatnya Jenab x kisah kalau Zakry reject dia tapi ni xde feedback je. Nampak la sangat bertepuk sebelah tangan. Tapi Jenab muka tembok jadi selagi tangan sana x menampar dia ok je.

Bulan berlalu dan Jenab buat je la apa yang dia rasa ok. Tapi pada suatu hari Jenab terserempak dengan junior dia. Junior dia kata "kak saya x sampai hati nak cite tapi ada kawan saya dengar kawan dia kata. Akak muka x lawa tapi ada hati nak ngorat Abang Zakry yang hensem lagi kacak tu". Waaaduuuhh menyirap darah Jenab dengarrr. Tak sangka dia yang ada juga insan yang sibuk nak tau cite pasal apa dia buat.

Terasa gak Jenab dengan kata-kata individu itu tapi Jenab x heran. Jenab x pernah rasa diri dia huduh berbanding orang lain, peduli la apa orang nak kata pada dia. Muka lawa bukan jaminan bahagia pun.

Ekceli Jenab suka2 je nak suka Zakry. Orang lain sibuk ada abang angkat la, adik angkat la dan pakwes maka dia teringin jue. Trend masa tu katakan.

Selang seminggu akhirnya Zakry hantar nota. Tapi Zakry pengecut, hantar nota yang reject Jenab tapi yang benar 'Haris'.

Jenab yang hanya rabun jauh baca tulisannya dan sah-sah tulisan si Zakry. Jenab gelak je la, sangat tak matang respon. Dua hari lepas tu masa kelas prep petang di waktu santai Zakry mara 5 meter ke meja Jenab. Dia duduk dengan muka serius sebelah kawan Jenab. Lalu dia kata "ko tak malu ke?"

Jenab kagum akhirnya Zakry bersuara juga pasal semuanya. Tapi Jenab x rasa la malu ke apa. "Nak malu apa, ada maruah yang ternoda ke?" Namun sejak haritu Jenab dah berhenti kacau Zakry. Tumpuannya beralih ke SPM pula.

Mesti anda terfikir kenapa Jenab sanggup cari timba kan. Sebabnya Jenab pernah skodeng nombor telefon Zakry dan telefon rumah dia masa satu hari cuti tu. Zakry angkat dan sambut dengan mesra. Tapi rupanya mesra kat telefon aje. Budak lelaki ni ada masa perangai macam perempuan juga kan. Pelik aje, kan senang kalau jadi macam aku. Tak nak kata tak nak je la.

Pada hari ini adakah masih dipandang senget orang perempuan kalau cari jejaka? Perigi cari timba? Makcik2 akan kata "Malulah kita orang perempuan cari lelaki." Tapi ada banyak kes lelaki yang kena paksa meminang si gadis. Kalau aku la tak de rasa salah pun. Masa ni la kita keluarkan kisah Siti Khadijah r.a meminang Rasulullah s.a.w.

Aku rasa aku pun yang memulakan langkah nak kahwin ni. Masa berkenalan dulu pun aku yang buka langkah juga. Tapi aku buka langkah pun silat belajar dalam 5 step aja.

What do you think?BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

5 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

erkkkk..kisah diri sndiri ke nih..hehehehe

AchiQue said...

true story?

btw, apa salahnya perempuan mengurat lelaki. asal tak keterlaluan udah ler..*been there, done that. hehe*

DrSam said...

Salam Ramadhan al-mubarak mizzyN. Jenab memang berani!

Nabyha said...

cuba kalo jenab tu lawa, takdenya laki tu nak ckp "awak tak malu ke?", suda jadik "awak, saya malu la"...

azieazah said...

Saya kagum dengan Jenab!

hELLO

hELLO
:D

Followers