Pages

Drama Mempengaruhi Aku

Sebagai kanak-kanak bila waktu malam aku tengok apa yang mak dan abah aku tengok. Abah aku pula suka tengok cite orang puteh mcm MacGyver, Mission Impossible dan Remington Steel. Mak aku pula antara faveret dia drama, program wanita dan Majalah 3. Budak kecik kan suka nak mencontohi apa yang dilihatnya jadi drama memang banyak mempengaruhi aku, tapi nasib baik aku tak terpengaruh dengan wrestling.

1. Kalau mak bapak bercerai, anak mesti membesar dengan masalah.
Masa aku umur 18 dan kerja di pizza hut ada sorang minah ni sangat ceria dan suka senyum. Bila dah berminggu kerja macam tu aku tanya la dia asal mana semua kan, dia pun cerita la asal usul dia. Rupanya mak dan bapa dia bercerai dan nenek dia yang jaga. Tapi nenek dia pun bekerja jadi pengasuh yang jaga waktu siang. Aku agak tak sangka dia begitu latar belakang hidupnya, maklumlahkan bukan selalu kita tahu asal usul orang tu macam mana. Dia kata ok aje la, tak rasa apa sangatlah tak dijaga ibu bapa dia.

Drama kan suka gambarkan anak-anak hasil perceraian bermasalah dan sentiasa buat hal. Konon kalau dia buat hal sebab nak tarik perhatian bapa dan ibu dia. Dan ayah dan ibu kepada anak-anak ini selalu tak faham dan lagi marah la jadinya. Maka apabila anak rasa terabai dan dimarah pula maka lagilah bermasalah jadinya. Tetapi dalam realiti tak semua macam tu.

2. Mak tiri itu jahat.
Semua drama yang aku tengok mesti mak tiri jahat. Jarang la ada yang baik dan ikhlas nak jaga anak tiri dia. Sampai kawan-kawan sekolah rendah pun selalu kata mak tiri jahat.

3. Orang jahat mesti dapat ending puaka hebat.
Orang jahat dalam drama mesti ending dahsyat selalunya, kena langgar, kena bunu, kena kanser dan selalunya mati. Walhal dalam realiti ada yang meringkuk dalam penjara, atau terlepas tapi hidup gitu-gitu aje. Namun mungkin ada juga yang lepas taubat nasuha hidup bahagia sebab dah Tuhan janji kalau bertaubat maka akan ok hidup dia sebab sesal daripada dosa sebelum ini.

Hehehehe. Ini semua klise cerita melayu la ni, sesuatu yang dah selalu sangat diguna sampai orang menyampah dengannya. Kalau dapat drama macam ni aku cepat2 aje chow daripada depan tv sebab tutup mata pun dah boleh tau apa penghujungnya. Kecuali Cinta Kolesterol dulu, rupanya Erra Fasira gemok masih ada dan Erra Fazira kurus hanyalah pelanduk dua serupa. Serius aku terperanjat juga dengan ending yang tidak disangka-sangka itu.

Drama ialah sesuatu yang pendek tetapi menggambarkan perjalanan hidup dalam sesuatu tempoh masa. Drama selalu ada tempoh daripada seminggu ke bertahun-tahun. Ia juga selalu ada watak jahat gila dan watak baik waras. Penggunaan watak yang satu dimensi ni menjimatkan masa sebab tak ada lah nak tunjuk cara hidup dia. Bila kamera on dia jahat je memanjang, kalau bini dia tempeleng, anak dia lempang, jiran sebelah rumah dia tikam, musuh semua dia tembak je. Samalah macam kalau nak lawak guna orang kurus kering atau orang gemok gila. orang sengau, orang bantut atau orang yang cacat. Kejikan??? Memang keji.

Jarang nak ada drama sejam dan 30 minit meletakkan watak yang ada layer2 macam manusia sebenar. Manusia sebenar tak jahat daripada pelbagai segi, ada part baik dan ada part jahat. Tapi watak dalam drama kalau jahat memang kaw kaw lah dan kalau baik jadi bodoh pula.

Tadi aku duk korek the net untuk rujukan da terjumpa ini yang menyenaraikan benda2 klise dalam drama omputeh. Antaranya ialah
- pasangan bercinta mesti berlari2 sambil gurau di pantai, taman atau atas salji
- adik-beradik/sepupu/kawan baik mesti terminat pada gadis yang sama walaupun ada ramai lagi calon2 lain.

Dan juga ini - antaranya semua orang ada cancer.



ps: Sekarang ni aku rajin tengok Trilogi Cinta sebab bila bebudak ni preview untuk jaga kualiti siaran drama malam lepas aku join sekaki tengok sikit-sikit. Malam sabtu hari tu aku tengok menantu tip top, okla juga. Drama-drama ringan yang tak berapa klise ni yang menarik nak tengok. Kalau setakat cerita2 tipikal tak yah la. Tapi kalau buat filem jalan cerita tak tipikal ada ke yang laku di pawagam kan?

Meh gossip jom?

Gosip office sangat berbahaya kan. Aku yang agak anti sosial di organisasi aku ini pun pernah difitnah sebagai poyo. Sangat unsangkarable. Tapi kita kena terima bahawa gossip itu mandatory dalam kehidupan. Kadang-kadang bahan gossip yang mewarnai kehidupan sosial. Jika kita tidak suka pada orang yang sama kadangkala boleh jadi alas an untuk bersama.

Ceritanya begini aku pergi ke sebuah kursus awal tahun lepas dengan orang-orang daripada pelbagai jabatan. Aku buat hal aku aje, bukan ada aku bercerita dengan gahnya kepada orang lain atau apa pun tapi rupanya ada yang menjadikan itu isu.

Minah ni beritau kawan aku yang baru masuk unit dia dengan mengatakan aku poyo. Tang mana tah yang poyo. Ajaib sungguh apabila aku tak mengusik barang sehelai pun bulu mereka, tapi mereka boleh sebarkan gossip kata aku poyo.

Kawan aku pun dapat gossip yang best juga. Semua orang kata dia tak mesra dan sebagainya. Lagi best bila mereka dah mula bekerjasama dan tetiba kawan-kawan baru di office dia boleh kata “Saya ingatkan awak ni teruk, tapi OK rupanya.” Itu yang kita katakan lain kali PLEASE KEEP YOUR THOUGHTS TO YOURSELF. Tak semua benda yang ko fikirkan tu ko kena beritahu pada orang.

Aku juga punya rakan sekerja yang reputasi dia mendahului dia. Jika mereka tahu saja aku bekerjasama dengan dia terus dieorang tanya dia macam mana orangnya? Kadangkala mereka ni tak pernah pun bekerja dengan dia malahan tak kenal pun yang mana satu dia, tapi sebab sebelum ni asyik dengar cerita pasal dia maka sibuklah nak tahu pasal dia. Aku tahu lepas ni bercerita yang elok-elok aje pasal rakan sekerja aku ni. Nanti tak pasal apa yang aku cakap akan diquote sebagai “MizzyN kata itu memang macam tu dan ini”.

Aku pernah duduk satu dorm masa baru belajar dulu dan aku bersama sorang ni tak suka dekat satu budak perempuan nie. Budak perempuan yang kami gosipkan ini suka pinjam henpon dan lepas guna letak sana sini. Kalau handphone ko mula-mula atas meja sebelah sini, bila dia habis berbual aje mesti dah ada kat meja hujung dunia sana. Bukan nak geti bagi kat tuannya semula. Masa ni semua orang tak pakai hp. Aku beli hp pun sebab dapat gaji akhir lepas berenti keje tu. Hp gua 3210 masa tu. Bayangkan masa tu hp ko jadi saluran orang nak call in. Takkan nak kedekut kata tak boleh kot.

Jadi aku dan kawan aku ni bergosip la pasal budak sorang ni. Kami menjadi sangat rapat, tapi bila lama-lama berborak mestilah tajuknya bergerak pasal benda lain pulak. Budak ni macam mana tah tak suka bila aku komen terlalu direct. Katanya aku laser sangat. Last-last kami berkawan macam biasa, aku pun malas nak sembang dengan dia sebab dia duk marah aku sebab aku laser. Tak paham la dah mintak pendapat tapi marah pulak dengan pendapat aku.

Aku teringat mak aku kena gossip dengan sedara kami sebab tuduh mereka, mak aku pandai aje na kata orang. Mereka kata mak aku kurang ajar. Dah sedara aku tu duk bercerita pasal problem sedara mara dia yang membawa banyak masalah maka mak aku bagi la pendapat. Lepas mak aku tau dia dikatakan kurang ajar mak aku cuma kata, “Memanglah aku kurang ajar, dah dia tak pernah ajar aku.”

The end.

HAPPY BDAY EDI NORAINII!

Hari ni besday my bestie!
Happy bday Edi Noraini. Selalu duk sebut nama bapa, hari ni kita bagi kredit kat mak dia pula. Sebab mak dia yang carry dia 9 bulan 10 hari ke dunia kan.

Oleh itu ...



Mari kita lihat galeri kehidupan beliau.


aktiviti faveret lepas tensionnya ialah Karaoke.



Kalau ada duit banyak dia suka travel.
Ni kat stesen ketapi Bangkok dulu.


Beliau baru masuk 3 tahun berjinak-jinak dalam fotografi.
Ni masa kiteorang test slow shutter aritu.


Of course la kan kegemaran peribadi ialah
camwhoring


Yahuuu sudah tua maaa!

Selamat menyambut besday ke semilan belas
Semoga bahagia aman dan damai
Aku mengwish tulus dan ikhlas
Semoga impian terlaksana dan sihat aman azali

UNMACHO MEN? Pt 1

I read a very interesting question in a Cleo’s Question & Answer section –

“My boyfriend has become a Gleek. He always listens to songs of the show, talks about the show and if he has the chance, he’d be singing Britney on a stage in a heartbeat. I thought boys were supposed to like hardcore rock, tough talking hip hop and so on. Am I wrong to judge him for his tastes and views this as un-masculine?”

My answer is Girl, man comes in all types and characters like fonts – some are readable while some are not. Hey I invented that comparison just now. Well, the first time I realized that adult men do like soft toys, was back in 2000. That year I entered university and while I was in line during my brass band activity I saw a guy with a small yellow soft toy protruding from his jeans pocket. I can see it 100 metres away. That year a fast food brand introduced small soft toys as collectible items, and I think at that time it was a rage to attach your key chains and zips to these squeezable thingies. Girls are naturally attracted to cutesy items, but when men carry them around it looks odd. I think my father would cringe at such things.

These days guys are in touch with their feminine side. They wear face powder and use products specially made for men. Show me a guy who can catch and ‘sembelih’ his own chicken anytime. I doubt that would be hard to find these days.

Teater Muzikal Tun Mahathir Siri 2

Jumaat lepas aku pergi tengok Teater Tun Mahathir 2 di Istana Budaya atas nama media. Terima kasih kawan-kawan yang supply tiket. Terima kasih walaupun aku tertidur masa lepas intermission. Biasak a it was a long day. Serius hari yang panjang sbb pagi tu aku nganga kat klinik selama 4 jam untuk test kandungan gula dalam darah. Tapi janganlah sesal nak bagi tiket media lagi ye. Okeh mari sambung.

Ini ialah tokoh yang diteater muzikalkan hidupnya itu.

Tun Dr Mahathir

Watak dia masa kanak-kanak dimainkan oleh budak kecik bernama Syafieq Shazwan, masa dia sekolah menengah dan remaja dimainkan oleh Ezany dan masa kawin sampai tua oleh Esma Daniel. Esma Daniel wa cakap lu tiru bulat2 gaya Che Det jadi kita macam tersentuh di situ.



Tun Dr Siti Hasmah

Watak beliau masa remaja dimainkan oleh Misha Omar dan masa kahwin sampai usia tua pula dimainkan oleh Elly Mazlin. Suara Misha Omar begema seluruh teater ko, gila hebat wa cakap lu.



Kisah muzikal ini bermula daripada saat Che Det dilahirkan sehingga dia umumkan dia nak bersara daripada UMNO kat PWTC beberapa tahun lalu. Selain lakonan, nyanyian dan tarian simbolik, muzikal ni juga guna skrin besar untuk membantu jalan cerita. Bagi cepatkan peredaran cerita la, kalau semua dilakonkan maka jadi mini series muzikal la mungkin. Sebab masa aku masuk tu lebih kurang 9 malam dan habis lebih kurang 12 malam termasuk la dengan 15 minit waktu melegakan kaki. Ok banyak plak info tambahan, ni nak cite yang skirn besar itu digunakan untuk memaparkan antaranta perjalanan Che Det masuk Pilihan Raya mula-mula tu.

Teater berlagu Che Det No 2 ni dimainkan di Istana Budaya mulai 21 Januari sampai 30 Januari ini. Kalau mau info pasal tiket teater ni sila rujuk sini

Semua gambar aku punya, diambil masa Tun DrM melawat MAHA 2008.

Platun Media dan Cyber Askar Wataniah

Aku baru tahu semalam Bahagian Pasukan Simpanan Angkatan Tentera Malaysia ada menubuhkan Platun Media dan Cyber Askar Wataniah sejak Julai lalu. Platun nie memerlukan 30 pengamal media tapi setakat ni 35 dah daftar dan 14 orang sahaja yang telah memulakan latihan. Oleh itu siapa yang bekerja dengan media tu dan badan agak-agak fit bolehlah join. Nak join kat mana aku kurang cek pula. Nanti aku update ok.

Sumber - Bernama

ps: Aku nak join tapi dah berbadan dua ni mana boleh.


Yippeee


Yippee!


Candawara Aktif 5

Nota: Pandangan saya sebagai penonton semata-mata, saya BUKAN PENERBIT program ni cuma keje kat tempat situ aje.


Tadi aku tengok Candawara Aktif 5 kat TV, masa tengok iklan di tv announcer tu dok sebut Candawara Aktif 5 tapi bila siaran akhirnya disebut tajuk Aktif 5. Sampai la siaran program tu hari ni baru aku tau Candawara tu maksudnya 'gameshow'. Entah kenapa aku tak rujuk Kamus Dewan dulu pun aku tak tau, selalu aku rajin je rujuk.

Perkataan lain yang seakan-akan sama dengan Candawara ialah.
Bicarawara - Talkshow
Jerayawara - roadshow

Perkataan-perkataan ini semua untuk ganti perkataan bahasa inggeris dalam usaha "mempopularkan beberapa istilah dalam bidang penyiaran yang telah diterjemahkan daripada istilah asal dalam Bahasa Inggeris dan telah diterima pakai."

Kembali kepada Aktif 5 tadi program ni ada 5 segmen dan 5 peserta. Pengacara dia nampak macam Ahdan bekas kumpulan Flava dan finalis Pilih Kasih. Esok aku confirmkan keh.

gambar pinjam daripada budiey.com


Masa aku tengok tu dah mula segmen pertama. Segmen pertama peserta kena menyanyi diiringi band dan diberi markah oleh juri episod ni iaitu penyanyi Siti Nordiana. Markah yang diberi sampai 10 aje dan Siti Nordiana pun bagi markah berdasarkan orang tu buat persembahan menarik ke tak pada dia, walaupun ada yang menyanyi salah lirik dan salah teka penyanyi bagi lagu yang dia nyanyikan tu. Setelah semua dah menyanyi maka masa untuk perbandingan markah pula sebab empat sahaja yang akan mara ke segmen kedua.

Segmen seterusnya pula, peserta kena menari ikut gerakan penari-penari yang dijemput. Dalam episod tadi penari-penari profesional dia menari macam tarian gabungan kaum-kaum utama di Malaysia aje, ala-ala tarian 1Malaysia. Ada tiga penari dan peserta jadi penari keempat dan kena menari. Tarian yang kena tiru sama sahaja untuk setiap peserta. Antara empat peserta tu ada yang ok dan ada yang fail. Peserta yang terakhir tu menari dengan lancar dan bila tanya dia penari ke dia jawab samar-samar. Aku saspek mesti dia dah siap hafal gerakan tu daripada masa peserta nombor pertama menari lagi. Kalau dia tak tau sekurang-kurangnya nampak la dia tere dalam menari secara spontan dan bukan sebab dia hafal step sebab tak adil untuk peserta pertam dan kedua yang tak sempat buat pemerhatian.

Maka aku nak cadangkan pada penerbit untuk tutup mata semua peserta yang belum menari buat macam sesi soal jawab miss Universe. Dulu masa aku tengok final Miss Universe, para finalis dia dipakaikan penutup mata dan dimasukkan dalam bilik kuarantin kalis bunyi supaya mereka tak dengar soalan yang diajukan kepada peserta sebelumnya. Masa tu soalan yang ditanya kepada para finalis sama aje. Sekarang tak tau macam mana sebab dah lama aku tak tengok Miss Universe.

Segmen 'next' pula hanya empat peserta yang markah tertinggi sahaja yang layak masuk. Holenga aku tau apa nama segmen dia 'Tukang Muzik' sebab aku tengok tv masa ni, masa lain aku baca paper selang seli tengok tv. Dalam segmen ni mereka kena pilih pasangan peralatan harian untuk dimain macam 'percussion'. Pemilihan alat dibuat secara rawak dan katalah dapat tong biskut dan mangkuk maka kenalah ketuk2 ikut beat yang dimainkan oleh band.

Masuk segmen baru hanya ada tiga sahaja peserta yang ada dan mereka kena jadi konduktor muzik untuk band tu. Lagu yang dimainkan pun berbeza untuk setiap peserta. Pengarah Muzik band tu ada bagi komen katanya, ada imaginasi tapi ada yang tak ikut beat lagu dan berhenti sebelum lagu habis. Macam biasa la semua markah ditentukan oleh juri Siti Nordiana.

Tiba segmen terakhir hanya dua orang peserta terakhir yang top aje masuk. Episod tadi kedua-duanya jantan, satu nama Alex dan satu lagi yang hafal tarian tadi tu. Alex tu main gitar sambil menyanyi manakala penari tu pula menari sambil memakai pakaian tradisi sabah yang warna hitam tu. Dan akhirnya 'penari' yang menang!

Aku rasa candawara ni nak fokus pada Orkestra la sebab tadi semua segmen melibatkan band tu. Ok la kan ada program game baru takdela asyik nak tengok pertandingan menyanyi aje memanjang. Tak sangggup dah nak mengadap program realiti menyanyi. Maka tv cenel semua bagi la kami penonton sesuatu yang baru k.

Tadi ada soalan untuk penonton di rumah. Sudah pasti aku tak bleh masuk kan sebab nanti ada kontroversi di situ tapi aku tak berapa ingat soalan dia. Aku google dan cari di fb tak ada pula laman facebook dia ke apa. Nanti ada kot tak lama lagi.

Kawan saya mimpi ex dia

Kawan saya mimpi jejaka idaman dia dua hari lepas. Lelaki tu dah nak sambut tahun kedua kahwin lagi sebulan tetapi...

Mereka tak bahagia. Bini dia aku tak tau spesis apa, spesis manusia tak ada hati dan perasaan kot. Bukan jahat tapi macam tak ada emosi la.

Dan ending mimpi tu dieorang kawin. Ahahhahah. aku suka. Kejikan aku. Daripada berbinikan orang yang tak appreciate ko baik ko kawin dengan orang lain. Second chance kot orang kata. Hahahhaha, meh rejam aku dengan halilintar. Lariekkk.

ucap selamat tinggal

Hidup kita ada permulaan ada pengakhiran, semua benda berubah. jadi logiklah kalau orang yang kau jumpa 10 tahun dulu mungkin makin mesra ataupun makin sombong dengan kau, makin matang banyak ataupun matang sedikit. Kadangkala baby-baby yang aku jumpa masa mereka masih belum pandai merangkak sangat mesra tapi selepas 2 tahun buat taktau sahaja kat aku. Ye aku memang perasa orangnya zaman dahulu. Sekarang perasa juga tapi aku selalu abaikan perasaan itu. Sesetengah sifat aku rasa akan tertanam selamanya dalam diri cuma bagaimana kita uruskan perasaan itu yang berubah. Jika dulu pemalu dan tak buat apa tentangnya, tapi sekarang walaupun pemalu namun dah boleh bercakap dengan orang walaupun tulung rusuk rasa nak roboh digegar sang jantung yang nerves.

Awal tahun ni je ofismate aku hilang sorang. Dia cuma pekerja freelance tahapnya tapi sebab kerjanya dikatakan tidak memuaskan maka ditiadakan lagi bermula Januari 2011. Aku dengar pun sosek sosek dalam opis je lebih kurang seminggu sebelum dia chow. Senyap aje perginya, masa last day tu dia ucap babai macam biasa. Aku tak fikir apa pulak.

Awal tahun nie juga ex kelasmate aku yang tak berapa rapat anak dia meninggal. Sebabnya biarkan rahsia ajela, tapi agak mengejut juga dengarnya. Sebelum tu anak kepada junior sekolah aku pergi menyambut seruan ilahi. Moga ibubapa mereka bersabar lah atas pemergian anakanda mereka.

Tahun baru juga opis aku dapat sorang pegawai baru. Dia ni dulu join isteri dia ke Los Angeles dan bercuti tanpa gaji. Dia okla, faham pasal internet dan media baru ni. Apa yang dah diutarakan oleh kami sebelum ni dia tau. Takdela macam asyik2 nak kata "saya dah tua, tak tau menda2 nie."

Kami pun tengah ngerjakan sesuatu yang baru di opis nie. Dah siap aku beritau ye. Yang penting dah nak ucap selamat tinggal pada rekaan laman web lama.

Bye

My Review: Season Of The Witch

Semalam tengok Seasons Of The Witch, lakonan Nicholas Cage dan Ron Perlman. Jika anda cam, Ron Perlman sebelum ini muncul dengan mekap tebal kaler merah dalam Hellboy. Aku tonton tayangan 10 malam dan keluar daripada panggung pukul 11.40 malam, maka aku teka jangka masa file mini dalam 90 minit sahaja.

Filem ni dah keluar di pawagam sejak Khamis 6 Januari 2011 lalu dan rating dia 18. Patutla masa dalam panggung tu tak ada kanak-kanak langsung oooooooooooooooh….

Filem ini hero dia Behmen (Cage) dan Felson (Perlman), dua orang kesatria Kristian yang gagah perkasa. Mereka telah mengorbankan banyak nyawa dalam peperangan memperjuangkan gereja mereka sekitar tahun 1400 AD. Namun sejurus setelah menyerang satu kota ni mereka dapati peperangan ini sudah tersasar daripada objektif asal gereja. Maka mereka pun meninggalkan gereja dan pasukan perang mereka dan mencari destinasi baru.

Sebulan lepas tu mereka sampai ke satu kota di mana hampir semua orang dijangkiti wabak penyakit membawa maut. Mereka singgah untuk mendapatkan kuda dan bekalan makanan tapi identiti mereka terbongkar. Sebabnya mereka meninggalkan gereja sebelum habis kontrak dan perlu dipenjarakan. Tapi Cardinal kota itu memberi mereka peluang untuk bebas, syaratnya dengan membawa seorang gadis yang didakwa ahli sihir ke gereja utama di Severac untuk dihukum. Dakwa Cardinal itu ahli sihir tersebut telah menyumpah mana-mana kampung yang dia lalu dengan wabak berbahaya tersebut dan perlu dibicarakan.

Maka Behmen & Felson - bersama-sama penunjuk jalan dan ‘penipu’ Hagamar, seorang paderi Debelzag, seorang kesatria kota itu taktaupenama, serta seorang budak suruhan gereja yang menyeludup ikut mereka – pun mengiringi ahli sihir tersebut ke Severac yang terletak 6 hari perjalanan daripada kota itu.

Dalam perjalanan itu masing-masing mempersoalkan identiti sebenar gadis tersebut yang kelihatan seperti gadis biasa tetapi miliki kekuatan fizikal luar biasa. Setelah beberapa nyawa terkorban dan sampai ke gereja itu mereka mendapati semua paderi di sana sudah mati akibat wabak tersebut. Kakau nak tahu tengok apa endingnya dan siapakah gadis tersebut silalah ke pawagam berdekatan anda.

Komen aku ialah tak berapa seram untuk orang dewasa, efek khas dia agak child friendly juga dan jangkamasa dia tak lama, jadi tak kan tidur sampai hujung cerita. Nicholas Cage serius aje dalam filem ni dan semua jenaka diutarakan Perlman dengan dialog satu baris dia.

Sekian, selamat menonton.

Ibu sengal dalam fb

Dalam banyak-banyak pic mak dia boleh post gambar ni di facebook. Tapi mak dia bukan kawan aku, mak dia kawan kepada kawan aku. Tetapi dengan pen-tag-an itu maka lagi 300 orang strangers boleh nengok anak ko nye tuuut. Gambar ni of course la aku dah censorkan wei.





"Waaah dah besar dah ko sekarang ye Mamat. Dulu auntie nengok gambo ko dalam facebook aje. Nie ha gambonya." Malu la sebab ada evidence plak tu, kalau sekarang kena usik pasal perihal kanak-kanak pun paling2 adegan tu ada dalam kotak memori sang pencerita aje.

Nasihat, jangan pos gambar anak anda tidak berpakaian langsung okeh. Cover-cover la sikit, anda masa kecik mak anda takde tayang2 gambar anda dalam birthday suit keliling Malaysia. Sila hormati badan anak anda.

Ada idea tapi broadband pulak kong

Warghhhh USB broadband aku dah ko dah, sudah tidak boleh didetect uwaaaaaaa. Ia sudah patah dan kena hantar repair. Haishhh mana nak repair pun x cek lagi nie. Kena google la gamaknya. Aku enggan hantar ke mana2 kedai dia sbb kerek dan tak tau pape, tanya pusat servis kat mana pun tak tau. Syarikat telekomunikasi warna biru sila la upgrade customer serbis ko tu, lagi2 yang duduk kat kaunter tu.

Dan sebenarnya aku ada idea meluap2 nak blog dalam blog aku satu lagi tu tapi nampaknya kena pendam la jap. Malam ni aku hanya akan mampu menyerang Mikrosop Wed je la.

Sekian, raungan hati saya tatkala ini.

ps: bil jan 2011 baru bayo semalam tao.

Kawin bukan kunci kegembiraan

Seorang kawan aku baru je update status pesbuk.
"married life is so complicated...single is better!"

Aku komen when you are single all you see are happy married people,

when you are married all you see are happy single people -lifted from twitter.

Aku amek tweet orang dan aku agak rajin twitter. Nak follow, cari je mizzyN tapi aku kena approve dolulah.

Hmmm, memang kalau kahwin akan menyebabkan hidup berubah 360 darjah. Kahwin itu juga bukan penyebab untuk selamanya happy. Kalau ko kawin sebab nak hepi silap besar la sebab ko yang menghappykan perkahwinan, bukan perkahwinan yang akan happykan engkau. Tara faham? Macam kalau ko rasa happy kalau dapat 8A dalam SPM, kalau ko tak dapat 8A maka ko merana. Padahal kalau ko dapat 1A1 dan 3A2 pun ko patut happy sebab tak dapat 8A bukan penghalang ko berjaya dalam hidup. Ada STPM plak ahahaha.

2011

HAPPY NEW YEAR 2011
SELAMAT TAHUN BARU 2011

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah