Pages

ASA 2010

Last wiken 18 & 19 feb ada Anugerah Seri Angkasa 2010 di PWTC. Aku pegi kedua-dua hari sbb malam first teman kawan aku dan juga menggunakan kad jemputan dia untuk memboloskan diri pada malam kedua. Nak tunggu kad sampai ke tangah tak ade pun.


Kod berpakaian ialah hitam dan bling bling dan aku pakai baju hitam tapi takde bling bling.



Persembahan bukaan ialah nyanyian lagu tema ASA.
Kalau korang belum tengok boleh la tengok melalui link di bawah.
ASA Bahagian 1
ASA Bahagian 2
Senarai pemenang




Oh yeah out of my mind juga ada di situ sebab Xpresi Kembara dia dicalonkan untuk audio terbaik dan mixing juga. Tapi tak de menang pape.



Aku pergi dengan kawan daripada Klasik Nasional jadi kami duduk di atas tempat liputan radio.
Bilik atas ni pun kena guna headphone baru dengar sebab sound proof.



Masa malam anugerah pertama tu penerbit drama radio Kak Zuraidah menang untuk drama Tasik. Drama tu juga menang untuk skrip drama terbaik. Oleh sebab dah kena masa jadi kawan aku Nurul tu pun interview dia. Tahniah Kak Zuraidah.






Kak Zuraidah daripada view sini.



Ramai mcm ni je sebelum acara bermula. Aku boleh nampak exbox-exbos aku masa keje kat bahagian Radio dulu.

Lagipun malam 18 feb tu banyak pencalonan untuk anugerah-anugerah belakang tabir jadi x ramai dijemput.



Malam tu ramai penyampai antaranya ialah NYE, siapa tu? Itu Norman, Yusry dan Edry atau nama lamanya KRU. Hehehhee mana ada, nama dorang masih KRU juga.



Ada artis juga malam tu macam Intan Nor Saina. We studied together at UiTM years ago.



Me and the gigantic trofi. Each winner received a trofi and certificate.
The winners for Best Director, Best Drama also won a trip to Los Angeles.



Just before we went home we grabbed some photo opportunity with some of the winners.
DJ AIfm Chong Keat Aun ( Ai FM ) - Best Male Radio Announcer



DJ Lin Suria fm, best female radio announcer
Dia bagi kiterorang kongsi merasa pegang award gax.



penerbit drama tv - perempuan
Ni orang RTM tapi aku tak tau pe nama dia.







Bersama Elaine Daly yang menang pelakon drama tv terbaik untuk 'Apa Dosaku'.
Dia sangat tinggi.



Lepas anugerah kami pergi makan kat Syed Bangsar, terjumpa buah hati ny-mind, hahahahha chenta 10 tahun koooo. Lepas tu suami aku terjumpa Liyana Fizi yang dulu kerja sebagai PR Celcom. Aku dengan gembiranya terus tegur dia dan kata "Liyana Fizi?" dan terus amek pic. Kesian suami aku tak sempat photo op walaupun Liyana Fizi rakan bekerja dia bukan aku. Kalau anda tertanya siapa dia, dia yang dulu penyanyi Estrella. Nah ni video dia :D

BTW Liyana Fizi dah tak kerja Celcom dan bergerak solo sekarang.



hari ni ada mag baru kat kedai x agak2

aiyoyoyoo bosan xde magazine baru huuuuuuuuu

Siapa lagi nak ceriakan diri anda jika bukan diri sendiri kan?

Sebab dah 8 bulan takde parti opis maka lusa nanti aku buat la parti opis dengan lajunya. Kekuranya kelajuan aku ni walhal ofismate duk suruh buat dari bulan Jan lagi. Kali ni aku sukarela nak organize setelah turn org lain buat, lagipun sebelum meletup dan tak larat baiklah aku offer kederat aku ni. Jap lagi aku nak rayau cari hadiah. akt MidVeli. Kena beli 14 ketul hadiah nooooo. Cheh cakap utara tetiba.

Setakat ni baru buat invitation card, malam kang nak kerahan tenaga kreatif buat kad besday plak. Ayoyo aku lupa print sampel gambar plak. Aisehhh nyanyuk maaaaaa. Ok jap ekk.

Ok dah print. Teringat plak masa umur aku 20 ke 21, hmmmm 21 rasanya. Aku dan kawan ku Kajol sambut bday sama-sama sebab besday kami beza beberapa hari je. Kami sambut kat Taman Tasik Shah Alam.

Oh 21 la agaknya. Nuuu lilin 2 batang besar dan 1 kecil.


Kami sambut besday dengan potluck. Aku beli pizza Shakey's yang tengah promosi, saiz regular beli take away baru RM10 satu. Beli empat lai je dah cukup dan juga air gas. Kajol sumbang KFC sebaket sbg main menu. Kawan2 lain bawak mcm2 tapi cukup la semua makanan. smpi ada baki. Gambar beramai2 mana entah yang ada gambar posing2 aje tinggal. Manis betul kenangan zaman itu lelagi bila kawanku Azyze yang suka mendoodle bawak inai dan lukis kat tangan kawan2.

Aku tak reti nak harap orang ceriakan hari spesel aku, maybe pengalaman lalu mengajar aku untuk menghappykan diri sendiri jadi aku tak kisah nak ceriakan diri sendiri. Ada orang mungkin akan sedih sebab orang lain tak raikan besday dia. Okla aku sedey gak tapi kalau kita sendiri tak happykan diri kita sape lagikan. Maybe aku jenis tak geti sosial ramai2 kot maka tak adela sesape nak sepraiskan aku. Serius aku lebih selesa bergerak dalam unit kecil, 2-3 orang aje selalunya rakan sosial aku pada suatu2 masa. Tapi itu tak bermakna aku takde kawan ye. Cuma kawan aku sorang sini, sorang sana, mcm tu la gayanya dari dulu sampai sekarang.

K la masa utk shopping :D

ps: Masa besday lagi ramai minta belanja daripada nak belanja. Apa kes beday girl belanja?

ASA2010


Anugerah Seri Angkasa 2010 telah diadakan pada Jumaat dan Sabtu 18&19 feb baru ni. Aku hadir pada kedua-dua hari tu sbb fes day tu kawan aku ajak teman, seken day tu pulak sbb ada kad jadi aku ajak suami aku sekali. Nanti aku story lagi ye. Babai.


jangan baca sms semasa marah tau

Dalam banyak-banyak mesyuarat aku suka pergi satu mesyuarat dengan pihak Radio sebab dia punya pengerusi sangat hebat. Sekali tu aku pernah ikut bos aku jumpa dia untuk sesi konsultasi, biasa la nak buat kandungan media baru ni kena minta pendapat orang lama juga. Orang lama ni penuh dengan falsafah yang best2. Memang kalau jadi anak buah dia tenang hati dan perasaan sebab ada orang selalu bagi motivasi.

Masa mesyuarat tu dia sebut pasal jangan emosi sangat kalau baca sms pasal kerja. Sebab kerja di Radio ni kan banyak arahan semasa dan selalu maklumat segera dihantar dengan sms aje. Kalau amarah pun sampai melalui sms juga. Dia kata kena baca sms dalam keadaan relaks, Kalau lah terbaca masa marah kena biarkan dulu, selawat dan relaks lepas tu baca. lagi Sebab maksud sms tu akan dibentuk oleh perasaan kita masa tu.

Aku sangat bersetuju dengan kata-kata dia sebab aku rasa memori aku banyak berdasarkan emosi juga. Kalau kita marah, apa yang kita alami semua jadi tak indah tapi kalau kita gembira orang kutuk dan kita terdengar pun tak rasa apa sangat.

Jadi status aku untuk hari ini berbunyi "statuses on fb are only words, but the reader can easily be affected by it. So don't bother to decipher what your friends are coding when you're mad. Avoid reading friends' statuses when you are emotionally down because the way you feel might shape the way you perceive what you read." Siap ada orang nak pinjam lagi tau status ni lepas tu.

Teringat masa aku kerja pizza hut dulu, walaupun gaji kecik tapi motivasi sangat tinggi. Hari-hari ada aje sorak-sorak semangat lagi-lagi kalau masa pelanggan tengah ramai. Seminggu sekali ada aje event untuk bergembira yang motip sebenarnya nak pupuk team work dan rapatkan silaturrahim. Tapi aktiviti suka ria ni kalau libatkan semua orang akan diadakan lewat malam selepas restoran tutup. Tak kisahlah asalkan gembira pada penghujung hari.

MaulidurRasul

Hari ni Maulud Nabi atau MaulidurRasul. Mari berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Oh ye dan semestinya selamat bercuti :D

Bandar Johor Bahru tercinta

Aku jarang balik JB. Selalu balik pun jarang juga lawat bandar JB. JB sebuah bandar lebih kurang KL je. Barang pun sama je harga jadi aku takdela terasa sangat beza hidup di sana dan sini walaupun hidup di bandar mahal.

Kucing JB said Hi!


Malam kedua aku kat rumah mak aku ada kenduri sedara jauh. Dalam kad dia jemput mak aku dan suami sahaja maka secara teorinya tak bolehlah bawa anak-anak sekali. Majlis tu buat dekat IPG berhadapan Mutiara Motor tu je, hehe korang tau? Jadi kami hantar mak and abah aku jela. Rupanya bila mak aku jumpa mak and bapak pengantin mereka pula tanya kenapa tak bawa anak-anak? Mungkin dia nak kawal jumlah orang yang datang kot sebab tu dia tulis suami isteri je sebab kenduri tu kenduri makan beradab.

Mak aku kata bab-bab nak makan nasi kat rumah orang ni kena berhati-hati, kalau tak dijemput mungkin jadi haram kita nak makan makanan di kenduri tu. Maka kepada sesiapa yang nak kahwin tu bila isi kad jemputan tu kalau sedara mara je apa salahnya jemput seisi keluarga. Pada aku pula kalau kad dah kata bawa pasangan sahaja tapi kau nak ajak kawan atau sedara mara tambahan pergi sekali ke wedding orang yang jemput tu, sila la call penganjur majlis dan kata nak bawa sekian sekian sekali jadi mesti dia akan bagi izin. Maklumlah sebab penganjur wedding kadangkala terlepas pandang nak tulis Anda dan keluarga dalam tu.
Maka malam tu lepas hantar mak and abah, aku dan suami pergi merayau ke jalan menuju ke kempas cari tempat makan. Ada banyak juga restoran besar tepi jalan. Last2 aku pilih satu restoran siap hiasan bintang bulan macam dalam bendera Johor tu.

Bintang lima bucu dan bulan sabit


Aku order Mee Hong Kong.


Dia order nasi goreng USA.


Kitty pula order nak makanan aku.
Sorry kitty tak cukup stok nak kongsi.


Hmm mungkin lagi sedap makan bandar JB agaknya. Hehhehe.

Esoknya mak aku ada kenduri jiran belakang rumah pula. Bizi betul mak aku dalam usia tua ni dengan jahit baju, kelas agama dan kumpulan yassin dia lagi. Minggu depan ni mulalah sambutan Maulidur Rasul dan semua orang kawasan perumahan aku suka buat kenduri bergilir-gilir. Jadi sebab mak aku tak ada kat rumah jadi aku pun ambil kesempatan keluar jalan-jalan JB.


Ni aku masuk dalam jeti kat bandar JB yang terang2 tulis kawasan larangan sebenarnya. Kemaskini: Bangunan sebelah ni menurut kata Hazrey ialah Lot One Waterfront City. Mungkin akan dilahirkan semula dengan nama Lido Boulevard.


Sundown.
The sun rises in the east and sets in the west. Formula nak ingat matahari timbul dari arah mana.


Bukan aku sorang aje yang masuk dalam tu, ada ramai lagi sedang memancing. Tak pasti pula ikan apa yang dieorang boleh dapat daripada dalam laut tu. Air semestinya sangat gelap tak nampak apa dalam tu.



Sebelum gelap mari kita chow balik rumah.


Subhanallah, cun gile matahari petang hari tu.


Mari kita tengok apa ada sepanjang pantai JB.


Dataran Bandaraya, dibina masa JB baru nak jadi Bandaraya.


Tempat tumpah darah ibu masa melahirkanku, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.


Mahkamah Syariah Johor Bahru


Istana Johor


Pintu Gerbang Istana Johor


Wisma Persekutuan
Tempat aku buat kad pengenalan masa berumur 12 tahun dulu.



I will miss JB a lot. Hari2 miss sebenarnya.

Why are there 5 girls in Sucker Punch?



Why are there 5 girls in Sucker Punch? Why are there not 3,4,6,7 or more? Actually I don't know. Maybe because if you have 5 main characters it will be easier to focus on each character's story. Like Ocean 13, not all 13 characters are given equal focus. Or maybe only 5 characters so if you're bored you can draw the five characters on the fingers of one hand alone. So you can play finger puppet while browsing the Internet.

Yeah I am dead bored. See you later.


Mummy I jahit baju

Aku baru try baju tunang aku. Wow dah boleh pakai. Cop cop aku bukan makin kurus. Malahan sebenarnya makin demok. Demok yang best pastinya. Baju tunang aku tu dibuat besar oleh seorang tukang jahit tak jauh dari tempat kerja aku. Memang agak marah lah sebab akak tu cakap yakin dengan yakin masa dia ukur baju aku tu. Siap tanya aku "Biasa pakai baju kebaya ke?" Kononnya kalau tak biasa kena cepat biasakan sebab baju tu kan ikut bentuk badan.

Masa dia ukur tu dia tanya aku nak longgar ke muat2. Aku cakap nak longgar sikit aje. Sekali bila dah dekat hari nak ambil baju aku call la. Dia kata dia tak berapa sihat. Dia kata baju dah boleh ambil. Bila ambil dan balik try baju tu besar rupanya. Kena pin belakang lagi. Paling tak best sekali sebab baju tu dah siap ada pattern dah untuk kebaya tapi dia jahit tak betul. Walhal masa dia nak ambil tempahan tu dia macam faham aje nak stylekan baju tu. Tapi bila siap sangat tak puas hati.

Tapi hikmah di sebalik kejadian mungkin sebab aku dah boleh pakai sekarang. Ngeh ngeh ngeh. Ok nak lompat ke cerita lain. Mak aku pun jahit baju tapi dia tak reti jahit baju kebaya dan sebab tu aku upah orang.

Mak aku punya kepakaran baju kurung pesak. Sekarang mak aku suka buatkan aku baju kurung pesak besar macam baju kurung Johor tapi takla besar macam baju kurung Pahang asal. Sehelai baju dalam RM40 mak aku ambil. Dulu-dulu orang suka baju pesak jahitan sembat. Memang juling mata nak jahit tapi aku suka. Namun sekarang kalau nak baju cepat siap tekan aje mesin.


Ini mesin jahit tepi mak aku. Beli seken tapi tahan lama dah lebih sedekad oooo.




Ni mesin jahit yang boleh tekan (tekan tu bahasa pasar untuk jahit mesin) jeans. Suke bapak aku sebab boleh alter seluar dia. Mesin ni dah dekat sedekad rasanya. Beli seken juga tapi sebab mak aku jaga baik maka lama lah usianya hendaknya.




Mak aku tengah take a break daripada jahit. Mak aku jahit lek lek aje.




Macam kenal je baju kuning raja ni. Boleh bawa pergi bersanding ni. Selalu kat KL ni orang suka nak cari tukang jahit. Aku selalu diam aje sebab kalau aku rekemen mak aku mungkin lepas dua bulan la baru dorang dapat baju. Maklumlah aku di KL dan mak di JB.

Dulu ada orang kata RM40 tu mahal nak tempah baju, nak yang rege rendah aje macam RM45. Haihhhh adik dan kakak, kalau jahitannya kemas apa salahnya bayar mahal kan?

Malaysia Art Expo 2010

I like arts. During last year's Art Expo I had a good look at all sorts of art from countries like Spain, Hungary, Germany, Ecuador, Indonesia, China, Singapore and of course from our homegrown artists.

Unfortunately I can't recall where the arts are so heheheh you will only get to enjoy these arts without knowing who and where it actually came from.



Just arrived at the Expo which was held at MATRADE. The parking was RM5 per entry.




This looks like David Bowie circa the 80s. This portrait is very unique.
Wanna know why?




This one too.





It is made from folded papers. Totally awesome.




Wonder Woman from recycled parts and Michael Jackson from recycled parts too.




I bet any Michael Jackson fanatic would love to have this in their house.





This one seems like a combo of many little symbols collaged together.
Notice the scissors on the lower left hand side.




Here's a close up of the scissors where you can see a red MPV and some people hanging here and there.




Here's another one, from the same artists whom I don't where or who he/she is. Take a look at the lower right hand part.




Here's a close up of it. Frankly I don't know what the little people are doing or what it symbolizes. Some art are beautiful even if I don't understand what they mean. Sometimes ignorance is bliss.

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah