Pages

Tadi pergi pesta buku kali kedua

Tadi pergi ke pesta buku buat kali kedua. Tahun ni rasa macam tak meriah pula. Entah kenapa tah. Tadi pukul 7 malam bahagian buku antara bangsa tutup dah. Tapi sempat la membeli bekalan buku untuk masa bosan.




Sambil-sambil tu melawat kedai Gempak cekau satu t-shirt. RM20 je you. Cute design dia.



Pergi tingkat 3 jumpa kedai Creative Enterprise beli komik zaman2 kecik dulu.
Ini ialah kartun travelogue yang sangat informatif.



Ye dan juga untuk pembangunan diri.
Penat la asyik nak gugel resipi.
Beli je senang.



Hati aku memanggil2 suruh beli ini buku.
Ia kompilasi rencana pasal komik Malaysia dan negara lain dulu dan kini.



Kawan aku juga beli novel ini.



Dan ini.

Aku dah 10 tahun tak baca novel Melayu secara gigih. Entah kenapa tah. Pada suatu ketika aku terus tak nak baca dah. Ermmm hakikatnya nak menghabiskan satu novel pun payah sekarang ni. Tapi aku atasi ketagih membaca aku dengan membeli majalah dan surat khabar setiap hari dan minggu. Oh ya dan juga membaca artikel2 yang menarik di Internt ya.

Tata. Last day 1 Mei 2011 di PWTC itu. Tata.

Untukmu Loloq the story


Khamis malam aku mengikut kawan aku gi tengok Untukmu Loloq di Istana Budaya. Malam tu media preview dan laki aku ikut sekali la dah dia pun media juga. Malam tu juga kawan aku idah yunos dapat tiket gi tgk Justin Bieber. Setelah dia mencongak dan meratap hiba tak dapat nyanyi beramai2 dgn Beliebers yang lain walaupun dia hanya tau lagi Baby Baby dan Never say never yang kerap kua tibi tu, dia akhirnya akur nak gi tengok konsert Loloq. Lagipun aku dok sogok kat dia "Mana tau malam ni malam bertuah ko menang apape". Sebab dengarnya dapat tiket kapal terbang kalau bernasib baik. Dan teka siapa yang badan bertuah???????



Saya dan capsicum si Idah Yunos.
Kenapa capsicum, sebab nampak macam pedas tapi tak pun sebenarnya.


Ok terus kepada konsert itu. Mula2 aje adela video intro daripada rakan taulan dan juga penaung projek ni iaitu Dato' Seri Dr, Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia. Selepas tu bermula la persembahan. Semua lagu ialah karya Loloq ye. Loloq terkenal sebagai penulis lirik dan pelakon juga. Sebagai pencipta lagu aku tak pasti sila2 bagi info kawan2. tenkiu.


Koir daripada Badan Kesenian MinDef nyanyikan lagu Nafas Cinta (Misha Omar), Nur Nilam Sari (Search) dan Kau yang bernama Seri.



Ada sketsa tapi aku lupa part mana dia masuk. Yang melakonkan watak sebagai Loloq, Nurbisa dan Kristo Bimbo yang merupakan nama samaran Arwah Loloq/Rosli Kamis. Mereka dalam gambar ini ialah Azreen Nasir, Hasnul Rahmat dan Azrul Raja Lawok. Kadang tak paham sketsa mereka ni mungkin sebab aku tak follow sangat pasal Loloq.



Penyanyi pertama ialah Ella yang dengan gaya manjanya. Dalam usia 45 dia memang mantap la beraksi dan memakai dress dan jaket kulit.



Akak manja.

Aku duduk line no 4 dengan abe abe photographer sbb tu gambar masyukk la juge. Ella menyanyikan lagu Nuri, Layar Impian dan Bagaikan Puteri yang asalnya nyanyian Farrah. Masa aku Darjah 4/5, ada ujian menyanyi dan aku nyanyikan lagu Layar Impian sebab itu aje yang aku ada lirik dan selalu keluar tv/radio. Manalah ada youtube kan masa tu.



Kemudian Ramli Sarip pula masuk. Memang semua orang riuh la masa ni. Cuma riuh sambil duduk la sambil goyang senyap layan rock.
Sebab ada iringan orkestra maka hebat la menjadinya. Atuk rock nyanyi lagu Cinta Laila Majnun dan berduet dengan Ella lepas tu.



Lagunya ialah 'Dunia Batinku' yang asalnya oleh Ella dan Tam Spider. Tang note bawah tu Atuk rock tak sampai jadi Ella cover kan.



Selepas tu dalam sorakan hebat masuk la Datuk M.Nasir. Dia nyanyi Wak Jono, Apokalips, Andalusia dan Ghazal Untuk Rabiah (sorang2 je sepatutnya duet)


Apokalips, apokalips!
Aku duk dengar dia nyanyi Abu Talips, abu talips selama ni. Buta lagu sangta aku ni.



Lepas tu masuk props man pasang microfon stand tiga batang maka taula yang spider nak muncul. Hampir semua lagu aku boleh sing along, kalau Bieber tau tak?



Tam si vokalis Spider yang awesome, bak kata Idah Yunos "tua tapi seksi"
Mereka main lagu
Cinta Dewa Dewi
Lauk Ku Cukup Masin
Bila naik Saksi
Kasih Latifah
Aladdin

Lepas tu dalam pukul 10.45 mereka semua menyanyi ramai2 Mantera Semerah Padi. Seronok tengok Ramli Sarip dan M.Nasir duk bergurau senda atas pentas. Lagi kagum bila tengok penyanyi2 yang aku duk suka selama ni dari jauh beraksi depan mata. Aku pernah jumpa M.Nasir sekitar ofis aku dan mampu minta autograf aje. Ella pula di Uni dulu tapi masa tu takde la kamera. Sob sob.


Aksi datuk Rock dan Dato'.



Habisla cite. yipppee.


Maka kami naik ke atas tempat press conference dan makan nasi lemak dan kuih muih. Masa tu dah jauh malam pkl 11 gitu tapi nak dengar sidang akhbar la juga. Lepas sidang akhbar barula ada cabutan bertuah. Dah dua kali cabutan tak ada nama kami pun. Sekali cabutan terakhir teka siapa menang????

Aku la!!! Yeahhuuuuuuuuu :D. Tapi sebab keadaan aku tak mengizinkan nak fly dan offer tiket tu habis masa aku dalam pantang maka aku bagi kat Capsicum kesayanganku. Tapi aku gembira sebab dia akan kena belikan aku benda daripada Singapura. Jangan balik tanpa souvenier ok. Takpe Singapura sejengkal aje, balik kampung naik bas je gi sana. Boleh jalan kaki tapi pengsan rehat 2 jam baru boleh pergi shopping.

Untuk Loloq

He died in 2008 and his friends who are awesomeness decided to do a tribute to him. Last Night I attended the media preview. The show's on from 22nd April to 24th April 2011.

Awesome
although at one point Tam Spider forgot his lyrics and Ramli Sarip couldn't reach the low notes of a Spider's song which he dueted ngan Ella.


From left: Ramli Sarip, Datuk M.Nasir, Ella & Tam of Spider.

Here's a pic for u. This was at the end when they all sang Mentera Semerah Padi.

More later k. Wanna buy tickets go here.

CUN!

Cun sangat comel cerita dia. Ko jangan harap lebih-lebih pasal nak filem yang gah itu ini sebab filem ini untuk hilang tensen dan bagi ko menikmati cerita yang ringkas oleh pelakon yang ok. Cun diterajui Maya Karin dan juga Remy Ishak. Watak lain-lain pun ok, malahan Ning Baizura juga berlakon sebagai penerbit MeleTOPS dalam filem ini.

Cite dia bermula dengan Maya Karin sebagai Luna yang tensen sebab pakwe dia Ryan Hidayat iaitu Jehan Miskin bersekedudukan dengan pelakon lain. Kerana tensen dia terus nak lari balik kampung pembantu peribadi dia si Tom/Faezah Elai. Di kampung ni dia mengenali sedara si Tom, mamat kampung bernama Atan/Remy Ishak. Maka di situ dah boleh agak dah apa nak jadi.

Satu benda yang agak pelik ialah sebutan bahasa melayu si Maya Karin. Sebab dia watak utama maka banyaklah dengar suara dan voice over dia yang bila sebut memang pelik sikit. Tapi takpe sebab dia berlakon ok maka aku pun ok.

Dua Alam

Masa Dr Rozm3y duk kabar sekeliling Malaysia bahawa dia anggar keuntungan filem Dua Alam RM40 juta ramai yang kata tak percaya. Mungkin orang akan kata dia kuat berangan tapi cakap pum pang macam itu juga akan membuatkan orang mahu ambil tahu pasal filem terbitan dia. Mungkin itu taktik dia nak tarik perhatian mana tahu. Tapi memang berangan sangat nak dapat RM40 juta sebab filem tu... hampess.

Kenapa hampes pertama sekali sebab filem ni suka mengulang adegan yang sama sampai 3 kali. Taula adegan itu diulang untuk imbasan tapi sampai berkali rasa macam penyunting tak cukup bahan. Pelakon dah ok dah semua tapi haihhh teknik pembikinan dia sangat sedih.

Malam ni nak layan Ratu the Movie pula. Sekian.

Uptown Shah Alam

Berikut ialah pendapat aku, kalau tak suka boleh tak baca. Gambar takde sebab tak bawa kamera.

Aritu jalan2 15 minit kat Uptown Shah Alam @ Seksyen 24. Dulu masa belajar selalu la pergi tapi sejak bekerja dan melepak di KL jarang2 dah pergi ke sana. Uptown Shah Alam ni paling cocok pergi masa pukul 10 malam ke atas. Kalau datang masa ni atau awal sikit tempat letak kereta ada la dekat2 sikit. Kalau lambat sangat datang maka jauh la parking. Ada parking dalam tapi kena bayar atau tak I don't know.


Dulu last time aku pergi Uptown ada jalan yang semak je depan dia, tapi sekarang dah ada LKSA - Lebuh raya Kemuning Shah Alam. Tak jauh daripada tu ada Carrefour pula, wahhh makin maju Seksyen 24 ni.

Dulu Uptown duduk di sebuah tempat berbumbung besar dan gerai semua stail terbuka macam flea market. Jadi peniaga cuma ada meja dan kerusi aje untuk berniaga. Tapi sekarang dah ada lot2 jadi semua kedai dah ada bumbung sendiri dan dinding. Makanya semua pekedai boleh simpan barang dengan lebih selamat. Uptown ni tutup pagi buta tapi aku tak cek pukul berapa. Majoriti penjual dan pengunjungnya ialah orang melayu.

Aku kalau pergi ke uptown ni suka tengok benda2 yang pelik dan juga baju wanita. Sekarang ni aku nak cari dress labuh aje sebab itu je yang senang nak pakai sampai beranak nanti. Kebanyakan dress bunga2 tu rege dalam RM39 ke atas. Harganya takdela murah mana, kalau korang kerajinan boleh cari baju2 serupa di kedai baju yang berjuta di Berjaya Times Square.

Cumanya kalau nak cari baju waktu malam2 selepas waktu kedai tutup adala Uptown untuk korang. Selain daripada itu aku rasa tarikan di Uptown ialah kedai seluar bundle dan kasut branded seken yang banyak pilihan. Kat sini juga ada pet shop dan plenty of kedai makan.

Apa yang tak syoknya ialah space antara kedai makin sempit dan ditambah pula dengan orang yang suka nak berjalan lambat berwindow shopping. Rasa nak tepuk2 je bontot suruh cepat "Cepatlaaaaaaa makcik oiiii!" Keduanya udara menjadi kepam sebab takde pengaliran udara yang bagus, ditambah pula orang2 yang smoking dan melepaskan asap di sana sini. Kalau ko tak sihat postpone aje la nak pergi sini sebab tak selesa. Aku juga nak mencadangkan kepada pihak pengurusan untuk mewujudkan lorong kecemasan sebab kalau ada apa2 kecemasan macam kebakaran senang orang nak larikan diri. Kedainya sangat rapat-rapat youu.

Sekian.

I sux at designing


Although I am not a pro at designing one thing I know is that no one should quash a person's picture in any kind of way. Just look at the photoshopped picture above. That's me looking like a pumpkin. The bad thing is that some people resized the picture without maintaing the pic's aspect ratio just to fill up the canvas.

It looked like how a normal picture would look in a 16 by 9 monitor. Even today's tv have two kinds of dimension for the 4 by 3 and 16 by 9 display ratio. You no longer see a quashed picture on tv these days.

One more thing is too use readable fonts and not more than 3 kinds of fonts in a page. However in the matter of colours I don't know anything. I know that a tan skinned person should wear pastel colours and a fair skinned person can get away with any colours. Ermmm that's all :D

Me now


Fat and happy.

My friend said I looked so big pregnant after knowing me for the past five years in slim mode. BTW I'm due this middle of July.



New bag

The last time I got a handbag or bought one was during my wedding 8 months ago. So last month I decided to buy another one which is boxier so I can put my camera in it. The bag looked much more awesome in its boxy shape and to get that shape I'll have to fill it with lots of items. When my office mate saw my new bag they had another idea about it.

One said "A new bag?"
Me "Yep"
Another office mate who is a mother of three quipped "When the baby gets here the bag will be filled with diapers, milk and all baby things."
Ermmm, I know that already but I hated it when people started stuffing me with these trivial things. Like duuhhh. One thing she didn't say which is cringe worthy would be "the camera will soon be replaced with baby items". Now that would easily get irk me.

Komunikasi ialah kunci kebahagiaan

Sepanjang aku mula belajar pasal komunikasi 10 tahun dulu aku sering dengar "Communication is key". Aku rungkaikan ia sebagai kunci kebahagiaan dan kunci kesengsaraan. Pada aku lebih baik sengsara dalam mengetahui daripada sengsara dalam penipuan atau tahu lambat.

Komunikasi itu kunci yang membuka segala pekung dan kejelitaan hidup, baik dalam realiti mahu pun drama. Tapi dalam drama komunikasi selalu tak efektif sebab komunikasi disekat oleh halangan fizikal dan mental. Oh dan emosi semestinya sebab mental dan emosi berbeza katanya, mental ialah akal dan emosi pula nafsu. Itu pendapat aku jadi jangan ambil ia bulat-bulat.

Contohnya macam drama Trilogi Cinta, si Norjinah boleh pula buat spekulasi yang Razif bercinta dengan adik tiri dia sebab tulisan dalam kad. Lepas tu bukan nak tanya suami ko terus malahan duk membaca maksud-maksud tersirat pula. Taktik apa yang digunakan untuk memecahkan kod-kod tersirat tu aku tatau. Yang aku tau aku rasa macam nak je keluarkan carta komunikasi dan luangkan masa 30 minit terangkan pada dia.



Carta dipinjam daripada www.nrc.gov


Tapi itulah semua drama menjadi drama sebab komunikasi yang tak efektif. Kalau komunikasi tu efektif kerana maksud sampai jadi drama jugalah tapi drama sekejap. Mungkin kalau banyak cover2 jadilah drama 13 episod, tapi drama yang komunikasi dia efektif mungkin 15 minit aje.

Kalau tengok elemen yang dipublisiti oleh drama pun semua sebab tak nak cakap terus terang seperti penipuan, rahsia, helah dan konon nak jaga hati semua orang. HEH! Kalau ada drama bercakap terus terang jadi apa agaknya ya? Kebenaran yang dicari hanya keluar masa episod akhir aje maka mungkin akan jadi telemovie aje berbanding drama bersiri :P


Nak tengok sini ye - Episod 1- 20 Episod 21 - Terkini

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah