Pages

Nenek dan cucu

This is my son Mikael and his maternal granny




He was 2 months and 1 week day in the pictures. Our neighbourhood sponsored a Raya Makan-makan and I was back in JB before starting work that day.




I love 'em both.


Love you!!!!!!!!!

Jobby wobby - murah pun dapat jugela rejeki kan.

Intro dulu yer. Bulan depan ada dua job amek gambo menanti.

SATU dinner parteh kompeni kawan aku kat sebuah restoran. Bajetnya kecik, so dia minta aku rekemen photographer tahap junior pun ok sbb nak bayo murah aje. So aku rekemen kawan aku sbg lead pixgirl. Bajet less than RM400 untuk 4-5 jam punya keje, nak portrait untuk 60 orang, siap editing. Perggghhhhh tapi aku amek je :P. Maklumlah kawan aku dan aku photographer humble, job kecik pun amek je. Aku kata ko edit 30 aku edit 30m settle la, guna je photoscape. Hey you, photoscape pun juling biji mata tau edit. Daripada segi lokasi jimat la tambang sbb dekat je dengan rumah aku.

Sekarang ni aku suka jadik no 2 je sebab kamera aku key oh skang. Tengok la repair ke atau buat hutang baru kat kedai beli baru. Nak beli cash hmmmmmmmmmmmmmm. Nak beli seken hand entah la ek, macam x seswai je lagi.

DUA, besday parteh anak lily. Aku tak tanya dia lagi nak album sekali ke macam mana pulakkan. Tapi yang ni konpem boleh bawak anak so rilek lagila.

Alhamdulillah laku lagi skill photographerku ini :)

Sepanjang aku preggie and beranak ni dah 4 wedding aku amek gambo, tapiiiiiiiiiiiiiiii semua sedara mara belah laki aku. Bayo upah boleh la buat bayar bil tepon and balik kampung. Kalau tak sedara mara tak nak kot amek. Sebabnye bile sedara mara, of course nak minta price murah-murah, tapiiiiiiiiii anak boleh bawak sekali and ramai tukang jaga. Tambang dicover beramai-ramai (walaupun macam aku jugak je yang bayo tambangnya).

Bila wedding sedara ni boleh borak2 sambil belek gambo, takyah buat muka tekun sooo into the job, bleh pas kamera kat sang suami sebab mak andam suruh makan beradab dengan pengantin. Masa tu mak sedara semua dah siap makan kat khemah tetamu so khemah pengantin makan kosong. Tepat dua jam anak merengek nak menenen boleh bawak lari masuk rumah/kereta bagi susu dalam kereta.

Hehehe nampak macam banyak main-main aje kan aku kat kenduri kahwin ni. Tapi banyak la menunggu dalam amek gambo ni. Tunggu pengantin mekap, tunggu pengantin pakai baju 13 lapis, takkan nak join sekaki tengok pengantin berpakaian kan. Pengantin makan kita lepak dalam 30 minit ada. Pengantin pulak lepas bergambar dalam bilik, atas pelamin, depan rumah nak buat outdoor sikit dah penat, kita yang mencangkong, meniarap, berdiri balancekan diri atas tilam empuk, pun masih bertenaga dorang dah kiokkk. Maklumlah nama je pengantin walhal berhempas pulas 2 bulan sebelum tu rancang majlis mana tak penat. Semasa bergamabr pun berenti kejap sebab nak bermesra dengan tetamu yang datang dari jauh-jauh tu. Natijahnya aklau dah tau flow majlis taula bila nak adjust masa untuk menyusukan anak tu. Takdela time pengantin nak bersanding pun nak la sibuk menenen anak. Time pengantin tukar baju nikah ke baju pengantin sambar anak bagi makan. Time penganten babai babai dengan family sebelah lelaki nak balik dah pun sambar anak. So by the time pengantin kata ok kami dah ready nak amek pic, maka aku pun ready.

Yang tak best amek gambo sedara mara ni bila tolak kos album and minyak ke rumah dia macam cukup untuk makan Nando's je, semua nak murah. Sebab murah la amek la familia kan. Payment pun liat juga nak bayar tu kadangkala walaupun mahal lagi amek lesen L. DVD dah bagi pun selalunya tu yang pelahap nak duit juga hahaha.

Last wedding aku amek masa Krismas dulu. Anak aku bapak, datuk, nenek dan makcik2 dia yang pegang. Dari jauh aku nampak dia ok je memula, lepas 2 jam nangis kepenatan. Masa tu pengantin tengah makan and suami aku amek picca pengantin and akwan2 dia, aku pula tengah makan lauk penganten. Bagi susu, tepuk2 sikit, bagi ayat-ayat manis - "darling ibu amek gambo kejap" ok la kot.

Kenduri masa tu tetiba aku kena jadi organizer event pulak. Masa lepas nikah ada orang tanya aku, "Tak ada amek gambo pengantin sarung cincin ke?" Aku kata entah, ikut pengantin kot. Masa bersanding ada sesi merenjis tapi bunga telur xde orang bagi kat tetamu yang merenjis, ahkak juga yang kena suruh pengapit buat.

Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.

Akak ni dah boleh jadi wedding planner u olls. Macam dah terhapal aliran majlis orang Melayu ni. Esok akak pun dah bertukar usia jadi 30 drpd late 20s, boleh la akak tambah profession jadi wedding planner wannabe pulak ye.

Walaupun akak agak gagal jugak amek gambo orang kawin ni kalau sorang2, tapi akak rasa okla akak amek gambo kalau murah-murah nyer job. Kaang mahal kang nak skill tahap dewa pulak. Itu akak kena lebih pikir dan brainstorm selalu la untuk dapatkan idea lepas ni. Penat la refer internet je utk idea gambor - Hina tak aktiviti ini??? Boleh kata lepas beranak urat putus maka tak mampu den nak ingat apa posisi yang den dah plan malam sebelum tu?

Yang penting lps ni walopung sedara mara - aku, eh dah kembali jadi aku. Aku nak caj lebih RM500, dan tak termasuk minyak ye. Tak nak sudah. K thanks bye!

Lu sayang gua????

Plan minda 2012

New year selalu aku sambut dengan macam-macam perasaan. Tahun ni xde rasa apa sangat malahan rasa macam biasa. Malam tahun baru aku tido buat countdown dalam mimpi.

Aku memang la suka nak gi count down, gi jerit2 10 menurun sampai 1 dan ucap jerit ramai-ramai HAPPY NEW YEAR! Tapi tahun 2013 kot buat macam tu, anak pun dah besar boleh angkut pergi mana-mana tempat yang nak lepak tu.

Bila dah usia nak jejak 30 ni tak rasa apa. Yang magiknya rasa makin muda lagi ada. Satu sebab orang duk mengomen kata aku nampak muda la, makin kurus la (dah pasca beranak haruslah kurus balik) huahahahhah. Serius rasa macam 29 aje. Maybe selama-lamanya rasa usia 29 kot. Atau selama ni aku nampak usia 30 dan bila makin tua sebenarnya usia statik je nampak.... Hahaha apelah payah2 nak pikir. Perdevilkan aje benda alah tu.

Sebab tu ka kan orang kata age is just a number. Hanya kerana aku dah berusia 30 tak de maknanya dan dan itu masuk acuan usia 30. Seriusly ada ke kriteria tertentu usia 30 ni? Usia 30 ada cara dressing macam ini ke? Patut usia 30 dah kena ada A, B dan C ke? Patut usia 30 dah gi haji? Uuuhuhu itu x mampu lagi den nak pergi.

Sempena tahun baru ni aku nak pasang azam lama balik. Antaranya ialah nak round Malaysia, dah gi negara seberang tapi xde pulak round Malaysia. Nak gi Kelantan gi tengok pasar dia, nak gi penang gi sedut bau buku lama kat Chowrasta and nak gi Sabah untuk tengok Gunung Kinabalu. Kalau gi over the sea nak gi melawat sedara mara aku kat Bukit Tinggi Indo atau gi Cornwall lawat sepupu-sepupu aku dan anak2 mereka. Nak gi Indo mungkin boleh tapi nak gi Cornwall macam x mampu lagi. Eh, mana tau menang apa-apa pertandingan ke sana kan heheh.

Impian kecik-kecik nak teruskan breastfeed anak aku lagi setahun ni. 18 jan ni genap dia 6 bulan aku exclusively breastfeed sajer. Harap-harap berjayala menyusukan dia sampai 2 tahun. Dah boleh kenalkan makanan pejal... Pergghhh masuk dunia makanan bayi pulak lepas ni. High chair dah beli tapi x ada lagi set sudu, mangkuk ataupun peralatan memproses makanan. Nak kena ada slow cooker kah? Masak bubur malam ni, esok dah siap walla!

Bulan ni nak setelkan lesen L gua. Kena gi exam dia within bulan ni gak so februari boleh proceed dengan P dan rampas kuasa CCV dan paksa rela la Pyan kena naik AEL dia balik hehe.

Lain-lain impian buat seadanya dan akan aku update setelah berjaya buat. InsyaAllah. K bye!
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Drama Melayu : Bercerita pasal Tentang Dhia, Dingin Lavenda dan Ombak Rindu

Tentang Dhia pun dah habis kan dan ramai yang marah dengan ending cite tu. Part ending aku x tengok tapi aku layan kadang kala sebab dah sampai rumah letih tengok tv kejap la. Apa yang aku dapat catch up cite dia banyak betul aktiviti membomoh orang. Sampai rasa macam nak letak tajuk situ Tentang Dhia : Mari berbomoh. Masa ending cite tu aku baru balik dari mana tah so belek facebook (fb) ramai yang keciwa ending dia. Kalau agak-agak rajin bolehlah aku belek kat tonton nanti episod akhir.

Semalam aku lepak2 dengan family and semua dah tido. Penat agaknya seharian servis kete la, laki aku gi meeting la, aku je la yang belek tv maka terlayan Dingin Lavender pulak. Cerita dia ok untuk dilayan sambil2 lipat baju.

Aku suka watak si Zarina aka Murni yang insecure gila. Sangat pelik tapi normal la ada spesis pelik macam tu. Cuma yang pelik lagi bila dia dah pecahkan pasu si Nana dan siap marah-marah dan ancam jangan rampas kawan baik dia. Kalau aku jadi Nana tu aku dah pindah bilik atau jauhi Murni. Gila psiko minah tu tak stabil langsung.

Dia jeles dengan Nana sebab kaya, cantik dam diminati ramai. Dia pula miskin dan kawan-kawan lelaki dieorang pun x pandang dia. Tapi lagi pelik bila si Murni tu jeles dengan bespren dia sendiri lakonan si Eira Syazira sebab baik dengan lecturer dorang. Dia siap tuduh bespren dia curi attention lecturer tu walhal tau yg dia suka gile kat lecturer tu.

Peh, sekali aku layan drama memang x ingat. Tapi drama bersiri kat Malaysia ni senang nak catch up. Tengok lompat2 pun ok. Dia x de subplot banyak2 mcm drama latin.

Hari ni lepak rumah sedara Pyan (mere hubby) tengok Ombak Rindu. Layan separuh je sbb lg separuh dvd dah kejung. Dan dan anak nangis so layan la syusyu sampai dia tido (smbl blogging ni)

Biasa je lakonan si Maya Karin yang dorang sibuk sangat kata best tu. Okla nak gi baca review ombak rindu. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Tahun Baharu 2011

Happy new year 2011
16 more days to my 30th. I should do a wholesome life make over :D - attitude, lifestyle, fashion, house! And be a minimalist.


17 more days to my baby's 6th month so according to World Health Organisation I can safely introduce my son to solids. The rule is 4 days of eating the same stuff to detect any allergies. If baby have constipation feed him BRAT - banana, rice, applesauce and toast.

Ok done. A whole new year, a new baby and so many new new things to plan. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah