Pages

Kyoot Khamis : Bunga Tangan Hydrangea

Zaman ni pengantin kalau tak ada bunga tangan rasa kosong.
Tapi bunga tangan pegang masa berarak dan bergambar sahaja.
Masa bersanding kenale tadah tangan dan masa makan pegang sudu garfu kan.

Ni bunga tangan daripada Hydrangea, aku tak reti sebut bunga ni.
Cantik dan tulus ikhlas kan bung tangan nu.

http://www.weddingchicks.com/2012/01/17/diy-hydrangea-and-mum-bouquet/

Kyoot Khamis : DIY kasut baby



How to make it. The website states that it is for personal use only.



Melankolik

Hari ni baru aku perasan kenapa aku melankolik dua tiga hari ni, preM Sindrom rupanya. Cett baru berangan nak ada baby no 2 bulan ni, kalau boleh bersaing Diana Danielle, ahahaha. Lawak nget aje ye, aku tak mahula nak bersaiing2 dengan sape2 bab2 beranak ni.

Kekangan nak berborak panjang di sini

Aku memulakan post pasal barangan DIY yang comel lote dan benda2 kyoot di label Kyoot Khamis kerana aku dapati bahawa kadangkala aku tak update blog lebih seminggu. Klise la kalau nak update dengan "lamanya tak update sebab sibuk bla bla bla bla." maka aku ambil jalan mudah buat scheduled post yang juga mengenai topik kegemaran aku sekarang. Satu hari buat scheduled post untuk sebulan. Nantikan juga barangan DIY aku tak lama lagi.

Seminggu yang padat ini, bulan yang padat sebenarnya. Hujung bulan ini aku bakal berkursus lagi. Di Melaka sahaja tempat tumpah air sirap dan teh sebab masa sekolah dulu air berdua itu yang paling kerap dihidangkan. Dua minggu lepas aku ada ke Melaka sebab rakan sepejabat suami aku kahwin, dan ibu bapanya menetap di Melaka. Rumah si pengantin pula di bawah kaki bukit sekolah aku sahaja. Masa kenduri tu aku sampai lewat, dalam pukul 4 petang. Masa tu tuan rumah dah berkemas sebab hujan nak lebat jadi dia kena la kemas awal. Para hadirin pun tak sampai sepuluh orang.

Sedang-sedang makan tu hujan turun dengan lebatnya. Apa lagi air hujan mengalir deras la kat kaki, dah rasa macam makan atas tepi sungai pula sebab jalan raya yang menjadi tapak khemah tu landai (sloping u all). Air setinggi 1 cm agaknya mengalir langgar-langgar kaki aku. Selepas makan duduk lagi tunggu hujan reda. Mulut pula duk meratah kek dan isi perut goodie beg yang dia bagi. Aku pas satu bunga telur kat anak aku sebab nak hiburkan dia tetapi dia pergi baling atas jalan, maka basahlah benda tu. Aiyohhh anak. Aku bawak la masuk kereta juga tapi aku buang telur yang dah retak tu.

Minggu depan kawan sekolah aku akan mengadakan majlis kenduri dia di Shah Alam. Ala dekat2 dengan Syed Seksyen 8 tu. Kalau datang silap hari pun tak apa sebab konon aku hafal sangat la kawasan itu. Aku pernah duduk situ malahan suami aku pun pernah duduk situ. Kiteorang cek, memang pernah duduk aku dan Pyan pernah duduk situ pada waktu yang sama tapi tak pernah terjumpa pun. Belum jodoh kot masa tu.

Oklah, aku nak memfokus tenaga kepada Nanowrimo yang tak berhabis ni. Ada kemungkinan nak lanjutkan jadi December Writing Month pula. Kita yang buat dia ekkk. Tata.
  

Kyoot Khamis : DIY Ribbons


A bow to decorate a bag, stick on to a hairband and adorn a present or basket.

Gambar susun secara rawak daripada kerja luar kawasan Konsert PILIHANKU Santai ku.

Hello semua orang, aku sudah kembali ke Kuala Lumpur untuk bekerja hari ni, cuti esok (Khamis), bekerja Jumaat dan cuti Sabtu dan Ahad. Aku rasa Malaysia memang lemak lah dengan cuti. Oleh sebab kerja aku dah menjadi sebakul. Ni sebab kursus 3 hari dan masuk opis Khamis lepas dan keje 4 hari stret, maka aku tak bleh la cuti seminggu terus minggu ini. Kalau cuti seminggu nanti customer komplen program lambat siar di MYKLIK itu.

Semalam cuti Deepavali, jadi aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Deepavali terlambat sehari. Semalam juga aku baru menggerakkan diri ke Temerloh tempat suami dan anak berada. Gila lama tak naik bas ko, naik kat Pekeliling, namun kerana nak ketemu sama suami dan anak maka rajin la naik bas. Tiket bas dari Pekeliling ke Temerloh ialah RM11.20 aje. Kalau naik bas memang jimat la aku laki bini balik = kurang daripada RM50. Kalau bekereta pergi balik RM100. Kalau nak jimat lalu jalan kampung tapi aku tak suka kerana situ gelap macam jalan kampung yang lain. Macam biasa pagi tadi baru bergerak dari Temerloh ke KL.

Ok, nak cite pasal keje aku tiga malam lepas.

Ada Khalifah, Amir Ukays, Shima dan Ramli Sarip maa. Sebab dah pernah jumpa Ramli Sarip sebelum ni maka tidaklah hamba starstruck sangat. Malahan jumpa Ramli Sarip rasa macam jumpa pakcik sedara tak kenal aje rasa. Dengan Shima tak sempat bergambar kerana dia sibuk bertelefon semasa aku menjengah ke dalam khemah tempat dorang lepak tu. Pada Yabang, vokalis kumpulan Khalifah tu aku boleh tanya "Awak memang penyanyi kumpulan Khalifah ke macam mana?" Aku tanya macam tu sebab ada orang kata Khalifah dan Yabang dah berpecah. Namun Yabang menjawab "Saya memang vokalis kumpulan ini." Ooo.


Ok gambar daripada henpon aku semasa berada di Kubang Menderong ni.

Bunga tangan yang dihasilkan oleh OKU daripada Pemulihan Dalam Komuniti.
Look here untuk tau apa itu PDK.


Gambar anakku yang dimms oleh suami aku semasa tengah outstation.
Fuuuuu terubat la sikit windu.


Nasi ayam asam yang aku beli dengan harga RM4 kat Ekspo tu.


Para pengunjung yang berminat ambil tahu kat salah satu gerai pameran di sana.



Tengah jem dalam perjalanan nak ke Sungai Buloh ni.
Tapi sesampai aje di tol clear pula jalannya.


Penerima Anugerah Usahawan sektor tak ingat di Ekspo tu.



Headgear orang asli yang membuat persembahan pembukaan di Konsert Pilihanku Santai.
ASYIKfm radio untuk orang asli tapi dia ada la slot bahasa Melayu.
Boleh dengar di http://www.rtm.gov.my/filtering/asyik.php



Suasana di PenBEX.



Tan Sri Nor Mohamad Yakcop tengah berucap.



Posing la kan.



Restoran singgah makan tengah hari sebelum bertolak ke KL.



Udang dia besar tangan.



Sotong dan udang mentah.


Booth RTM kat situ. Promo produk online RTM la.


Gerai jual frozen food.


Malam selepas set up tu sorang juruteknik bawa kami makan Mee Udang.



Khusyuknya mereka makan.



Gerai buah di PenBEX - Kependekan untuk Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang.



Sebelum check out hotel sempat round tengok barang.
Ternampak tapi tak beli selipar comel ni.



Bunting di gerai pameran RTM.


Mereka kata Babai.

I iz jelly

Bila duduk membelek internet dan melihat rakan-rakan ada itu ini, ke sana sini bercuti, kadang-kadang timbul cemburu di hati. Hati manusia aku seakan berasa ada sesuatu yang kurang pada diriku hanya kerana aku tiada apa yang dia ada. Seperti dilema "the neighbour's car is always going to be bigger and better" apabila meletakkan diri di samping kelebihan orang, maka akan terasalah seperti kekurangan.

Walaupun buruk rasanya bersifat cemburu dan seterusnya berasa diri ini kekurangan, namun ia ada impak positif. Kononnya apabila I iz jelly bolehlah menyebabkan diri bermotivasi menjadi lebih baik untuk menggapai material, percutian, atau apa sahaja yang belum dikecapi itu.

Pada masa ini aku mengejar ruang untuk berkarya. Setelah selesai cuti awal muharram dan kembali ke rumah  ku syurga ku mungkin baru aku ada masa untuk berkarya. Banyak perancangan ni. Aaaaaa.

Seminggu ini aku balik ke JB untuk berkursus di hotel 10 minit je daripada rumah aku. Haruslah aku angkut anak sekali ke JB supaya ibu ku jaga. Cuma sang bayi tak la ke hotel, dia aku tinggalkan di rumah dengan ibuku untuk 30 jam sementara aku melepak di hotel kerana sehari tu padat dengan kelas. Kalau nak tahu kursus Pemasaran Maju yang lebih tertumpu kepada Personal Selling sebab nampaknya peserta kursus lebih menjurus kepada meyakinkan pelanggan untuk membeli air time kami bagi mengiklankan produk mereka.

Kembali ke KL, bas kursus kosong maka aku pun mengambil kesempatan menumpang ke KL dengan anak aku. Lebih baik daripada aku kembali ke KL dengan bas ekspres kan. Sempat lagi tu menyinggah ke JPO. 

Jika anda tahu nak beli barang apa di JPO takdela rasa mewah nak mati tempatnya.
Anak jantanku yang rajin senyum 
dan juga mengamuk boleh tahan juga kalau mengantuk tuu.

Pagi tadi pula aku bertolak ke Pulau Pinang sebab ada Konsert Pilihanku Santai di Kubang Menderong, Tasek Gelugor, SPU Pulau Pinang. Artis memang gempak la Ramli Sarip yang akan menyanyikan lagu hits dia macam Kamelia dan Bukan Kerna Nama, Shima dengan lagu Teringin dan Setelah Aku Kau Miliki, Khalifah dengan Kasih Laila dan Cikgu Ayu dan Amir Ukays yang dulu popular dengan Seksa, Sebak dan semestinya anthem zaman 90an Di Sini Menanti Di Sana Menunggu.

Fuuuuh pulun la semalam aku duduk depan YouTube mengenal pasti mana lagu yang tidak berapa kenal sangat. Lagu Khalifah la yang agak tak kenal. Namun dah print lirik kira ok kot bila buat Live Streaming. Masalah di sini ialah tiada kemudahan Internet jalur lebar yang boleh membawa isyarat Live Streaming dengan lancar. 


Kalau ada dekat2 datang ya pada tarikh ni dan masa ini.

Konsert ini turut menampilkan dj NASIONALfm dan ASYIKfm. Sentiasa di hati lain dari yang lain.


I iz jelly bukan bermaksud aku ni hidup dalam ketidak puasan tengok orang lain punya kelebihan. Apabila sedar aje yang aku dah habehkan minit aku dengan duk jeles kat barang orang, baik aku bersyukur dengan apa yang ada. Duit dan material pun bukan segalanya dan bukan penyebab utama kebahagiaan.

Okla nak tido. Esok aku ada pameran!! Promo RTM Mobile dan semua produk RTM Online la.
Jom!



Kyoot Khamis : Kek Posto

Ingat tak kad birthday yang ada tulis,
"kalau boleh pos kek tu saya akan pos.
Tapi nampaknya kamu hanya boleh tengok kek ini sahaja."

Kali ni anda boleh hantar kek posto!
Ermmm tapi makan at yer own risk.


Resipinya di sini

Kyoot Khamis : Main tukar-tukar baju

Hari tu adik aku tanya felt boleh buat apa. Aku kata, boleh buat macam-macam. Kecuali buat benda yang kena menapung air sebab dia tak kalis air dan juga tak boleh dimakan.

Lately, ehemm sejak dah ada akun pinterest ni rajin la aku mengepin.
Check out my pinterest here 

Salah satu benda interesting ialah menan tukar-tukar baju daripada felt.



Kucing dan apakah haiwan ini?


Katak dan, apa tah ni? beruk?


Sumber asli di sini

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah