Pages

Kyoot Khamis : Zooey Deschanel dan Joseph Gordon Levitt

Filem pertama lakonan Zooey Dechanel yang aku tonton ialah 500 Days Of Summer, sebelum tu aku serius tak kenal dia siapa. Sebenarnya aku lebih berminat nak tengok Joseph GL sebab aku dah lama tengok dia berlakon sejak 3rd Rock From The Sun. Rasa macam tengok kawan lama berlakon aje. Harap-harap Joseph akan terus menua dan seksi ala George Clooney hehhehe.

Dorang kata dorang dah lama kenal. Dan kerana dah lama kenal maka dorang berlakon sama-sama dalam video clip nyanyian kumpulan She & Him ni. Kumpulan Se & Him ni nyanyian si Zooey ni. Satu benda pasal si Zooey ni, selain daripada kelihatan macam Katy Perry, dia punya imej dalam mana-mana filem pun ala dorky. Dalam promo cite bersiri kat tv apa tah tu bertajuk New Girl. pun sama je. Dengan mata besar dan bangs tu. 

Aku pinjam kejap artikel daripada Cracked.com ni.
Sumber : sini


Ok jom tengok video ni.





My favourite part. Menari dalam bank. Dan JGL sangat chomel.




Kyoot Khamis : Gambar bayi baru lahir yang suka tidur dan tidur

Oh comel nye baby ni posing.


Jom tengok banyak lagi gambar bayi baru lahir di laman web Kelley Ryden.

My boy

Last week I celebrated my 31st birthday and the next day my boy reached the age of 18 month where he will be vaccinated. But I haven't made an appointment yet. Maybe later in the month but not later than January 2013.


My boy through the months.

By the way, I have been having moments where I imagine Mikael older, like when he is 3 years and older. When he starts talking to me in a simple conversation. I don't know what spurred these thoughts in the first place. Maybe, it's because I have just realized that my baby is no longer just a baby, he is an individual now and he understands what I say. For instance when I say "Jom" and all dressed up, he will run to the shoe rack and take his shoes to me. The other day he took his shoes and I told him "you are not wearing shoes today, put this back and take your sandals ok". Surprisingly he took his shoes and placed them back on the rack and took his sandals. I also send him off to fetch his diapers when it's changing time.

As it is clear that he understands me, I must be careful of what he sponges of from me. Haha, I read just now that a child does not remember what we want him to learn - but he will remember us being us.

He also pulls mine and his father's hand whenever he wants us to go someplace. After a few steps, he will hug our legs and say something in his baby language, it actually means that he wants us to pick him up so he could see from the balcony. We live in an apartment and he likes to see things from up here.

BTW, getting him to take a bath is an adventure now. He will cry when I start telling him to take a bath and undressing him. He is also very afraid of the shower handle. But when I bring him to a public place, he will walk anywhere and surely I will have to run after him. My baby, I can't imagine life without him now that I have become his mother. My perception before I actually had a son was, I'll have to enjoy my life before my child comes and occupies my time. But turned out that he came just at the perfect moment in my life - not too late nor too early. He surely occupies my time but I still do create time to do what I want because being a mother and being me is equally important.

Kyoot Khamis : Wardrobe idaman - simple!


Comel nak mati kalau wardrobe macam ni. Tapi kasut aku takkan masuk ke wardrobe la, kasut duduk luar bilik la kan. Sumber asal dari sini ok. 

Pendidikan percuma (tetiba sampai hujung post lari tajuk pula)

Adakah pelajar di Malaysia sudah bersedia untuk pendidikan yang 100 peratus percuma? Aku dah tengok dengan mata kepala sendiri pelajar yang pergi sekolah naik motor sendiri, dapat duit belanja sendiri, tapi masih skip sekolah. Itu pendidikan yang bayar sikit sahaja belum 100 peratus percuma. Tapi kata kat orang, aku pun sama. Aku dulu sekolah asrama pun selalu sahaja skip kelas, dapat keputusan SPM pun ala kadar sahaja tak secemerlang yang diharapkan oleh sekolah bestari aku walaupun jika dikira dalam bentuk pangkat (masa tu batch aku, batch 1999 la yang last pakai pangkat dan agregat dalam SPM) dapat pangkat 1. Aku dapat 1A1 dan 3A2. Keputusan menyedihkan jugak untuk sekolah bestari yang sasaran dia 10A1. Kalau dikira pangkat dapat la agregat 15.

Perghh memang orang kata selepas jadi ibu ni baru la tau kerisauan terhadap anak. Aku bukan la pelajar contoh masa sekolah dulu, tapi bukan la pelajar paling durjana juga. Dapat pula anak lelaki, orang kata anak lelaki ni dugaan dia lebih sikit. Maklumlah konon anak lelaki terdedah kepada anasir-anasir macam gaduh-gaduh, merokok, ponteng sekolah dan lain-lain. Aku harap anak aku terpelihara la moralnya nanti, InsyaAllah.

Kembali kepada isu pendidikan percuma ini. Ada seseorang yang aku kenal tidak menghantar anaknya ke sekolah beberapa tahun sebab tak mampu (aku rasa la). Aku tak la pergi tanya dia sebab dia dan keluarga aku dah macam estranged kerana hal-hal lampau. Daripada facebook status dia aku baca yang anak dia baru masuk balik ke sekolah tahun ni sebagai pelajar tingkatan 2. Syukur Alhamdulillah untuknya.

Jika dilihat pada keadaan dia memang patut la pendidikan percuma. Namun tatkala ini aku rasa yang membebankan dia apabila ada anak bersekolah ialah bukan pendidikan percuma tapi nak kena beli beg, baju sekolah, stokin, kasut, duit belanja hari-hari lagi. Kalau sorang anak ok lagi, apabila masuk 5 orang agak parah juga la.

Apa yang kerajaan boleh buat mungkin menyediakan peralatan sekolah percuma kepada para pelajar supaya mereka berasa bersedia. Tak adalah rasa serba kekurangan apabila ke sekolah dengan tak ada pensel, pemadam atau beg sekolah yang elok. Atau mungkin syarikat-syarikat boleh beri bantuan kepada ibu bapa yang memang kekurangan bajet.

Aku serius macam nak membantu kenalan aku tu, tapi kerana hal-hal lampau tu takut dia akan meminta tolong lebih-lebih pula. Tapi niat nak membantu ikhlas tak boleh la nak overdose takut-takut kan. Nak bantu, sila bantu. Jika tidak mahu sila jangan ambil tahu langsung. No action, talk only.

Kenalan aku tu anak dia semua kecik-kecik. Aku terfikir juga suatu hari apabila mereka dah besar dan mereka melihat aku, mereka akan fikir "Dieorang-dieorang inilah yang masa aku kecil tak pernah tolong keluarga aku. Semua pentingkan diri sendiri." Dramatik pula nanti. Hahaha, eh aku nak tolong bukan sebab aku nak dorang respek aku tapi nak semua ahli keluarga aku hepi. Bak kata mat salleh, a little goes a long way. Rezeki kita biar kongsi ramai-ramai baru terasa lebih berkat. InsyaAllah aku nak stabilkan dulu kewangan aku baru fikir macam mana cara nak tolong dieorang.

Ke lain pulak kupasan aku. Esok aku buat research pasal benda ni ok. Sebab sekarang ni aku macam terasa akan menjadi wartawan tak lama lagi dan kena la kembali ligatkan kemahiran menyelidik dan mengkaji. Adieu.






Poya-Poya Melaka

Maka, minggu lepas aku berjaya ke Jonker Street dengan keluargaku. Suami aku la semangat gila nak berjalan, nak keluar rumah katanya. Oleh kerana ada orang semangat nak berjalan maka aku cepat je cadangkan Jonker Street. Last time aku ke Melaka ada kenduri tengah hari tapi lepas tu terus balik Johor Bahru. jadi bila nak jejak Melaka tu terasa mengidam la pulak nak ke Jonker Walk. Bukan mengidam sebab ada isi baby, mengidam saja-saja haha.

Hari Sabtu, selepas setel hal rumah terus bersiap-siap nak ke Melaka. Tetiba adik aku call nak apa tah, aku ajak dia balik sekali. Maka bertambah sorang lagi ahli rombongan. Last-last bertolak dari rumah pukul 7.40 malam. Gila lambat kan, tapi sebab objektif aku nak pergi ke Jonker Street aje jadi lambat pergi pun okla. Rasanya kalau duk KL pun round-round dalam kereta nak masuk sejam juga, jadi alang-alang tu jalan jauh terus.

Maka merempit la kami 2 jam dari Subang terus ke Jonker Street. Tiba di sana, dalam pukul 10 malam terus berjalan di Jonker Street. Aku tengok pintu gerbang ni baru aku perasan kali terakhir aku datang Jonker Street sebelum tahun 2010 lagi.





Tahun ini aku banyak kali ke Melaka. Memang la kena lalu Melaka kalau nak balik JB kan, tapi selain daripada pergi jalan-jalan cari makan, aku ke Melaka sebab kursus. Tahun ni je sekali kursus kat Tanjung Kling dan sekali lagi ke Paya Rumput.

Ini baru kali ketiga aku jejak Jonker Street tau, tapi memang banyak perubahannya. Pertama Jonker Street dah lebih meriah daripada dulu, barang tetap sama tapi lebih terang 50 peratus. Dulu memang ramai yang pergi, sekarang lagi la ramai. Sepanjang aku berada di sana rasa macam nampak lebih kuran 20 kamera DSLR, semua stok pelancong tempatan dan luar negara la.

Satu lagi benda baru di Jonker Walk ini ialah ada pula Uptown Jonker Walk kat sebelah-sebelah Jonker Walk tu, tapi aku kurang periksa la dia bukak hari-hari atau hujung minggu sahaja. Sebab Jonker Walk ni bukak hujung minggu sahaja.

Sedang kami berjalan-jalan  berjumpa dengan Jonker Walk World Heritage Park. Aku kurang periksa apa cerita di sebalik taman ini.






Gambar ni sahaja yang sempat aku rakamkan sebab masa ni nak balik
dan tengah hujan rintik-rintik.


Mikael takut nak dekat dengan patung naga dan gajah ni.
Anak aku takut dengan banyak benda juga. Takpela kecik lagi kan.


Ok. Kita bercerita pasal barangan yang dijual di Jonker Walk ni juga.
Jonker Walk ni dibuka atas jalan raya jadi kalau korang datang awal ada kedai yang masih dibuka.
Ada kedai t-shirt, kedai baju, kedai cenderahati dan kedai jual baju kebaya nyonya.
Tapi aku tak ada gambar kedai-kedai sekalian itu pula.

Kita bergerak kepada kedai-kedai di Jonker Walk pula ok.
Jika ada 200 gerai di sini, aku rasa 30 daripadanya jual benda yang sama.
Contohnya macam figure aksi daripada dawai ni.



Dan juga pop up card ni. Ada la 4 ke 5 gerai jual benda yang sama.



Selain tu ada juga terompah kecik yang kiut miut.


Close up.


Semestinya juga di Jonker Walk ni dia ada jual benda yang sama. Macam magic wallet ni, 4 tahun lepas aku datang pun ada jual. Magic sebab bukak daripada bahagian mana pun boleh.



Ni air apa tah.


Rantai yang 4 tahun lepas diaorang jual RM20 sekarang jadi RM5 sahaja.


Yang ni kiut. Spek bodo tanpa bingkai untuk orang yang suka pakai spek tanpa kanta atau hair accessory. Nak beli tapi rasa geli pulak. Aku tak suka tengok fesyen orang pakai spek tanpa bingkai.


Buku


Anak aku pun berjalan juga. Masa ni dah dekat tengah malam dah.


Uncle jual air tebu. Selain tu ada juga uncle and aunties yang jual dodol dalam plastik kecik-kecik tu, kuih-kuih tradisional, gula melaka (semestinya), kerepek dan macam-macam lagi.


Adik aku ada beli eskrem dalam plastik. Macam ni la contohnya. Seketul RM3 rasanya.


Patung!


Charms


"Saya ikut ibu saya window shopping kat Melaka sebab tak beli apa-apa pun"


Ok aku beli dua kotak air dan dua paket roti aje untuk isi perut. Jonker Walk dulu baru makan.


Akhirnya aku terjumpa juga terompah, nak ambil gambar je pun. Tak beli :P 




Adik ipar aku tak pernah tengok A Famosa dekat-dekat kan, jadi pusing sekejap, park kat luar Padang Pahlawan tu terus melepak 10 minit kat situ.




Jangan lupa Muzium Pengisytiharan Kemerdekaan. Aku pernah masuk sekali.



Thank you for coming here.

Selepas tu kami terus ke umbai makan ikan dengan sotong. Balik KL, siap berenti Senawang sbb semua orang dah zzzzzzz maka pilot pun dah sama mengantuk. Sampai rumah pukul 3.00 pagi. Yang bestnya kan lif rumah aku rosak, kedua-duanya pulak tu. Tapi kami gigih lagi nak pergi berjalan.



ps: aku nak tukar layout, gambar ni boleh jadi header kan. Tapi aku nak buat sendiri tapi tah bilanya nak belajar buat. Haihh.

Kyoot Khamis : Gelang zip yang menawan


Aku suka bangle stud yang sangat edgy ini.


Nak tau cara nak buat dia, lihat di sini ok.




Kyoot Khamis : Duct Tape Roses

Jika nak buat bunga sendiri daripada pita duct


Kelihatan di sini

XK Secret Project, 5 Jan 2013, 12.05 pm, TV1

Ooop 2 hari je lagi.
Apa dia?
Syyyyyyyyyyy ini la secret yang tak berapa secret.

Pastikan korang duduk depan TV1 pada Sabtu 5 Jan ni.
Atau tengok online di

Nah sneak peek.
All pics are by me.


Forteen kegilaan remaja sekarang. Orang dekat umur 30 paling2 pun kenal Izzue Islam je kot.
Sigh kita ni memang dah tak up to date dengan pop culture kan.


Izzue
 Islam menghiburkan penonton dengan bakat tersembunyi melekatkan syiling pada dahi.



Ni aktiviti sementara tunggu studio ready untuk shoot scene seterusnya.
Main game fast food katanya, fries bege dengan ape tah satu lagi.


Adik ni kalah, muka sedey. Ala menang tshirt aje pun.





Penonton paling muda tu.


Aizat.











Abang si Aizat tengah menggoreng gitar.







Shooting was Live Recorded. Tapi kalau tak perfect, ulang la lagi.
Shoot kat Aswara haritu.





Aizat dan misai oleskool dia.





Drummer Aizat ni.





Bunkface


Aku malas nak susun. So tetiba ada Forteen.


Bunkface





Ni je aku ahli Bunkface yang aku kenal, Sam namanya.





Ni lagu last nyanyi ramai-ramai.





Lan dan Aizat berduet?








Siapa tah nama adik ni.








Aku asek terberdiri depan kameraman ni je.
Nasib baik producer bespren aku, Eh kalau producer tak bespren takde la aku datang.


























Ni muka sebiji Farid Kamil.




Habis dah gambar.

Tengok tau nanti. Pukul 12.05 tengah hari, Sabtu ni di TV1 ok.
Kalo ada twitter follow Xpresi Kembara ok. 
https://twitter.com/XpresiKembara
dan pesbuk
http://www.facebook.com/pages/XPRESI-KEMBARA/154876222278

Ok ciaooo

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah