Pages

Positively splendid 22 months already.

Yeahhh. Mikael dah setahun sepuluh bulan. Aku nak sambut ulang tahun ke-2 dia di JB, mungkin sambut semasa puasa tu pada tarikhnya atau semasa Raya buat sambutan sikit. Apa-apa pun anak aku dah besar dah sekarang. Masa untuk adiknya? Eh, apakah soalan itu? Memang dah on dah untuk anak kedua, tapi tiada rezeki. Yang sibuk bertanya pula boleh pulak sebelum aku jawab, boleh komen "Kau amalkan perancang ke anak kedua ni?" Amboi sibuk pulak dia. Perancang ke apa, itu syhhhhhhhhhhhhhhhhh.

Bulan Mei ni, sejak berpindah rumah ni makin busy pula hari-hari aku. Bila free je jaga kedai, bila tak free pun jaga kedai. Sesungguhnya masa-masa free aku sangat sikit sahaja sekarang. Terima kasih suami kerana bagi aku peluang untuk berniaga, nanti kita sesuaikan diri. Nak menjelang Jun ni pun bakal ada perubahan besar yang akan memberi kesan kepada keluarga aku jua, aku harap perubahan itu akan berjaya keluarga kecil aku hadapi. InsyaAllah.

Sementara itu ada lagi dua bulan nak menuju ke arah anak aku dua tahun.

Mikael, Ibu loves you soooooooooooo much. I will do anything for you, and I will do things for you too. Hope to have more you and me time, ibu sibuk mengejar material dunia dan harap tak tertinggal merangsang perkembangan anak ku sorang ni.

I love you!!!!!!!!!!



Phew

Many unfortunte things happend to me today. They said it's a test for Allah to see how far I could stand them. The problems aren't that huge but when stacked on top of each other feels like a mountain so high, it seems unclimbable. I'll climb the mountain when the time comes。But for now let me sing you my sad song。

Kyoot Khamis : anting-anting daun daripada felt


Aku rasa aku boleh buat anting-anting serupa ini.




Pandangan dekat. 

Jika dilihat dekat-dekat hanya menggunakan kain felt, jump ring dan wire earring bentuk S tu.

Maknanya

Bayangkan hidup ko bahagia aje setiap masa, bayar bil on time, pegi keje on time, masak makanan tak pernah hangus walaupun tak sedap pun, duit dalam poket sentiasa ada, tanam pokok mesti tumbuh, lif rumah sentiasa ok, anak tidur sepanjang 11 malam sampai 6 pagi, lampu isyarat sentiasa hijau, internet talipon sentiasa laju, bukak tv berita bencana sangat setahun sekali sahaja dan kaulah menantu kesayangan di kalangan menantu yang takde.

Tapi pastinya ko takkan kenal erti sedih, erti kreatif menangani cabaran, erti pasangan kau itu sempurna dalam tidak kesempurnaan, erti kau bertuah dalam dunia banyak cobaan.

Aku teringat isteri-isteri yang suami diorang tak tau hidup ke tak dalam kemusnahan kilang tu. Sorang satu pegang gambar suami dieorang laminated. Mayat dah banyak dikeluarkan tapi banyak reput jadi payah nak kenal pasti. Mereka tak tau suami, kakak, ayah, ibu atau anak mereka itu hidup lagi ke tak.

Tetiba aku rasa hidop aku mudah.

Kata-kata pertama anakku

Seminggu sebelum PRU13 pengasuh aku bercuti, maka aku ambil keputusan untuk menghantarnya ke kampung laman aku nun di JB sebab aku pun memang pulang mengundi 05052013 tu. Selepas mengundi aku bawa dia sekali naik bas balik ke KL. Bapaknya mengundi kat kampung laman sendiri dan lepas tu keje pada malam pengumuman keputusan tu.

Anak aku dia tak banyak ragam sebab masa tu pukul 7 petang dan selepas setengah jam bergolek sana sini akhirnya dia tidur sambil menikmati susu ibu. Usia dia dah 1 tahun 10 bulan, kalau ikut tuntutan Islam aku kena susukan dia sampai 2 tahun. Tapi ada juga pendapat mengatakan kena susukan selama 30 bulan yang bersamaan 2 tahun setengah. Lama la pulak tu.

Ok sambung cerita, dia tidur duduk beriba atas aku sampai Yong Peng. Kat Yong Peng dia bangun kejap, kiteorang turun beli sandwic. Peh sandwic daging inti burger sejuk RM5 untuk dua segitiga. Memang R & R punya makanan kadangkala tak sedap dan mahal tapi itu je yang ada, layankan. Nasib baik Mikael tak mau makan hehehe.

Ape pasal aku cerita pasal balik kampung selepas PRU ni, aku nak cerita pasal perkataan-perkataan pertama anak aku. Dua tiga minggu ni anak aku agak diabaikan oleh aku tapi aku dapati dia dah pandai sebut beberapa perkataan yang maintain je bunyinya. Sebelum ni macam tak berapa jelas dia sebut. Macam dia nak susu, dia akan sebut iiiiiiii iiiiiii je. Semalam dia tunjuk kat aku, huhuhuhu. Tak mahu dia menyebut susu lagi, mahupun versi pelat cucu.

Ok nak senaraikan perkataan yang dia dah pandai sebut dan label pada objek dan perbuatan:
air 

- dulu er dalam Ayer je dia sebut. Masa dia duduk rumah nenek dia first night tu tetiba dia pandai sebut Air. Alhamdulillah.

aba - abah 
wang  - buang
bash - bas
bee - tv
uwi - lori
besh - habis
jumm - jom keluar bilik air / tidur / balik.
ai - hai dan bai
nyiau - kucing
ti - roti

Dia bercakap sambil tunjuk la jadi aku paham apa dia maksudkan.

Orang lain duk la cerita anak mereka dah pandai sebut banyak perkataan tatkala usia menjengah 2 tahun. Bagi anak aku, aku terima je dia pandai sebut beberapa perkataan sebab dia faham apa yang aku cakap. Esok dah pandai cakap kang pasti petah giless.

Aku kenal seseorang yang hanya bercakap lancar pada usia 4 tahun. Mak dia kata orang-orang tua sajes bagi makan daging burung murai. Sekarang dah jadi wartawan dah pun. Alhamdulillah. Daging burung murai tu sebagai usaha akhir sahaja, mungkin bukan itu penawarnya. 

Allah lebih tahu apa yang sesuai untuk si kecilku. Selepas ni aku nak kena fikir pasal perjalanan susu aku, bila dan macam mana nak tamatkan. Kalau preggie menjelang anak 2 tahun senang la aku ending kan. Tapi kalau tak de zuriat seterusnya maka aku paling maksimum pun aku layan sampai 2 tahun 6 bulan. Antara 2 tahun ke 2.5 tahun tu aku akan cuba sesautu. Aku merancang hanya Allah yang menentukan. InsyaAllah.






Kyoot Khamis : Covered button without buying the tool

Dah lama dah aku inginkan benda ni. Namanya alat menutup butang. Harga dia dalam RM17 kot. Butang-butang tu pulak RM20 untuk 100 unit. 



Namun sebenarnya kalau kita nak butang bertutup kita tak payah pun beli alat ini. Malahan mak aku dulu ada ajar macam mana nak buat butang bertutup ni. Last aku buat masa mak aku jahitkan baju mengandung dulu. Baru la nampak comel sikit bila butang bertutup sama corak dengan kain.



Nak tahu macam mana, jom klik tutorialnya di laman ini

Brooch daripada fabrik felt.

Posting terlewat sebab minggu lepas aku sibuk dengan berpindah rumah. Memang semua aktiviti kokurikulum aku tinggalkan. Tapi minggu ni aku akan tumpu pada semua perkara lain juga, selain daripada mengemas barang di rumah. Maklumlah, masa pindah haritu barang aku semua sang suami masukkan dalam plastik hitam sampah tu. Senang nak mengemas kata dia, tapi payah nak cari barang pada aku. Sampai hari ni aku tak nampak mana cincin tunang aku. Adoilaaa. Bila la akan nak jumpa tu. Harapnya dalam masa terdekat ni la.





Comel kan brooch kambing biri-biri di atas. Aku nak buat dalam bentuk kucing ke. Kena ilhamkan atas kertas ni. Setakat pin tu aku ada berlambak di rumah. Aku memang kerja memborong pin dan barang-barang kraf je sejak mula berkahwin sampai sekarang.

Cerita membetulkan pam tandas saya

PRU13 datang dan pergi. Sekarang aku tengah berpindah rumah, sedikit demi sedikit. Esok baru ada ruang dan kesempatan nak berpindah perabot besar. Siang tadi aku dah repair dua pam jamban dan satu plag dengan khidmat seorang abang ni. Aku tetiba ada idea nak bertanya dengan kedai hardware dekat belakang pejabat aku ni jika dia tau sesiapa yang boleh betulkan pam2 dan suis. Aku belanjakan RM266 semua sekali untuk menggantikan semua.

Paip connecter ke pam jamban + Suis + Kabel + Tape paip = RM 43.10
Dua set tangki pam jamban = RM60
Paip connecter ke pam jamban = RM13
Upah (RM60 x 2 jamban) + (pasang suis RM30) = RM150
------------------------------------------------------------------------
Jumlah = RM266 semua sekali.

Aku rasa jumlah yang ok. Takpe lepas repair baru senang hati nak meninggalkan rumah.

Alhamdulillah. Walaupun lif minggu lepas tak ok namun minggu ni lif ok walaupun ada tersedak juga. Sejumlah besar barang-barang dalam rumah dah tak ada. Sangat Alhamdulillah. Malam ini ada buang lagi beberapa barang besar dalam rumah.

Malahan barang di dapur pun aku akan kurangkan separuh. Arghhh.
Malam ni menggerakkan majalah ke kedai.
Eh nanti aku cerita pasal kedai.


In the mean time nak babai!!!!!!!

Kyoot Khamis : Iced Water DIY

Selepas ini tak payah dah beli air kotak yang banyak gula tu. Bancuh ais sendiri, seal dan bekukan. Bila nak keluar rumah baru bawa.


 Sumber aslinya aku jumpa kat sini.
http://cute-tattoo.com/2012/12/26/adult-capri-suns-bag-o-vodka-lemonade-perfect-for-the-beach-best-idea-ever-pure-stinkin-genius-freeze-it-first-and-take-to-beach-and-squeeze-to-make-it-slushy-this-way-it-wont-get-watered/

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah