Pages

Kyoot Khamis : Totally cute accessories

I just found a blog http://djenkowo.blogspot.com/ by DJENKA who is an accessory desginer. 

She creates really pretty accessories such as earrings, necklaces and rings.
Like this earrings.


Here's a video of how she creates one of her creation.

NANOWRIMO 2013 JOTS

What should I do for NANOWRIMO which kickstarts tomorrow? I have plenty of ideas but did nothing with them yet. I knew know that to be succesful one needs to plan, even if the plan is a skirmish of ideas jotted on a piece of word or scrawled on a tab's document.

Tonight I will have to get my ideas in order. Some ideas which have emerged are:

1. The story of the fathers of Snow White, Cinderella and Bawang Putih and Bawang Merah. The father is often absent or only play a minor role, so I will give them a chance to bring their voice to the forefront. I am deeply inspired by the drama series Once Upon A Time.

2. About being a student in the mass comm world. There's a few stories to tell here. I still remember the day my fellow classmate who also interned at me at a radio station, who almost kid by an older producer. I should dig further into my memories for crunchy subplots like that. Obviously from my own experience and of my mass comm mates.

3. About being a father who grew out to be bitter, estranged from his son before he had a chance to tell the son he loves him. The son came home to recuperate from his hectic life and inherits his father's friends and get to know his father from a side he never seen before. This plot I can dig from my mum's life, except my mum is not grouchy, who inherited her parents-in-law's friends when we moved to the house my late grandparents lived in.

4. A man who climbs into a house and goes travelling through places, but in a distant galaxy with similar human beings but with different styles. This one is my favourite day dream plot. I was a child with little resources so day dream is my escapism, much how one would go watch a movie.

5. About three teenagers who are friends, became enemies, became friends again. Maybe divided because of competition, but united by their nature to do good. They also have girlfriends whom they get at the end. Yes this is typical teenage novel. My elder sister used to tell me and my younger sister a similar story when we were young, but I can't remember the actual story. What I remember were that the boys were cute like all protagonists are and they kneeled to their girlfriends at the end.

Yeah. See you all the same spot on Friday night for my first chapter of Nanowrimo.

Sambutan Maal Hijrah : 5 hari lagi


Singing Kids

I just attended a kids singing competition. Half of the contestant needs major vocal classes. The parents were smiling and cheering their child cheerfully and it makes me wonder, are they tone deaf? I really hope that parents who wants to enter their child into a singing competition will send their kids to vocal classes when their child goes to the national level.

Kelmarin

Kelmarin resahku mengenai anak
Hari ini resahku mengenai kerja
Petang menjelma resahku mengenai masak
Malam resahku mengenai hari seterusnya

Siang malam petang subuh
Bulan menjelma suria menghilang
Hari hari terasa sama
Hari hari rutin terasa pening

Apa jalan dipilih
Bukan senang sentiasa
Hari ini hari dipilih
Hari esok bebas memilih

Dipakai digari hidup
Dianggap menjemput hiba
Disalah faham dikata nista
Digelang rasa duka
Dibuang jadi ringan
Mohon kekal tidak jangka

Jika kelihatan agak bosan
Namun bukan itu realitinya
Kehidupan satu perjalanan
Hari ini bukan jalan cerita hari esok
Yang bosan boleh jadi gembira
Nilainya masih dikira

Kyoot Khamis : DIY Braided T Shirt

Aku ada beberapa baju yang cedera di bahagian leher kerana kena makan dengan semut. Mungkin boleh diselamatkan dengan cara ini kan?

Ini cara buatnya.

Kyoot Khamis: DIY Shoe Clips

Semalam tengok Safiyya kat TV9 tu ada story pasal kasut colour block yang dihiasi dengan klip yang ada reben. Jadi kalau ada kasut plain yang rasa nak dibawa bersuka ria boleh bubuh riben, bunga atau bling bling.

So hari ni kita tengok apa itu klip kasut. Dan kalau nak buat sendiri macam mana. Ini ada beberapa gambar daripada laman INSPIRE MY WEDDING.


http://inspiremywedding.wordpress.com/2011/02/12/diy-oh-the-power-of-shoe-clips/
Klik la, anda akan dibawa ke laman lain yang ada tutorial klip kasut.




Ini kasut Voir aku beli sebulan lepas. Sangat plain so ingat nak embellish sikit.
Mungkin aku akan guna taktik perhiasan klip kasut supaya perubahan dia tak permanent.
Stay tuned ok.

Kyoot Khamis : Typography comel

Bagi kami kat dunia tulis menulis ni suka panggil kesalahan ejaan sebagai typo, tapi budak2 desginer /graphic panggil typography tu bentuk tulisan. Kira Arial, Tahoma dan Garamond tu ialah typo.

Baru-baru ni aku buat typo dalam frame untuk anak kawan aku dan anak aku.

Luna Zahra Khaeryna



Raief Mikael

Aku selalu teruja dengan typo yang dibuat guna kertas, atau quilling. 



Ni pula ialah Fancy Mood by Luke Brown.



Bila aku tengok ni, aku teringat kat industrial thingies. Wow sangat teknikal bentuknya, macam nak kena lukis pakai teknik Technical Drawing. Kalau nak tengok banyak lagi typo, pergi sini ok.

Ini dia. http://www.fromupnorth.com/typography-inspiration-749/

Apabila sesekali baca novel.

Tadi pagi buta akhirnya aku habis baca e-novel Ellen Whyte of katztales. Dia tak bagi aku leak pada orang luar sebab dia kata nak jadikan novel itu pelan persaraan dia, maka aku pun menghormati permintaannya. Ada la 5 jam duration aku baca, sejam setengah on the way balik daripada Temerloh ke KL dan lagi3 jam setengah tu baca sana sini. Selain e-novel tu aku tengah baca KL Noir keluaran Fixi.

Namun apa salahnya cerita sikit2 kan asalkan tak leak plot asal novel tu. Tajuk novel dia Murder in Moscow, pasal Cassidy ex-cop yang jatuh hati pada Dmitri. Itu salah satu plot utama cerita dia la. Seperti tajuknya ada la cerita pasal pembunuhan misteri yang perlu diselesaikan oleh si Cassidy sebagai heroin nya itu.

Bila aku baca bab Dmitri beria-ia suka kat Cassidy, aku teringat plak novel Twilight yang geli gelemen baca. Setiap kali si Bella Swan tengok si Edward macam gembira dan terpegun nak mati. Pergghhh sebab tu watak Kristen Stewart tu dull mcm tu, memang Bella tu dull nak mati wataknya.

Anyway aku sarankan pada penulis dia untuk baut dua versi, versi story heavy dan versi romance lebih. Aku ni walaupun dah kawin takde la suka sangat baca tang-tang romance seks tu. Betul la. Aku lebih suka novel aksi lebih, walaupun selalunya aku tak dapat nak bayangkan aksi gaduh apa dia buat tu. Uhuhuhu.

Pe'el dapur dan makan

Membebel. Memang itu kerja aku kebelakangan ini. Semua serba tak kena. Semua serba nak kena buat. Ada hari rasa macam nak letak papan tanda kat semua tempat "sila basuh cawan selepas cuci", "sila itu sila ini." Ala-ala macam 5S, tapi buat di rumah.

Semua rumah ada sistem. Sistem kat rumah aku lain, sistem kat rumah mak mertua lain, sistem kat rumah mak sendiri lain, sistem kat rumah kakak aku pun lain, sistem kat rumah adik aku.... emmm adik aku tak sewa-sewa lagi rumah. Mana tah dia duduk. Ada rumah yang sistemnya selepas makan je semua barang kena simpan dalam peti ais, ada sistem yang letak makanan dalam tudung saji atas meja lebih 36 jam baru kemas. Ada sistem yang masak lauk cukup-cukup untuk sehari, ada yang sistem suka masak lebih-lebih sebab nanti senang kalau orang datang.

Sistem aku terpengaruh dengan mak aku punya sistem, apa-apa barang yang tak mungkin makan esok pagi akan simpan dalam peti ais dengan segera. Tapi dua tiga menjak ni sistem aku ialah kalau makanan tu masak 10 malam dan ke atas dan tak habis aku letak je atas meja sampai esok pagi. Semestinya dalam bekas bertutup supaya esoknya aku boleh makan sebelum pergi kerja. Kalau tak sempat aku bawa ke office, masuk dalam micowave panaskan. Guna bekas yang tahan microwave la yang pentingnya.

Suami aku kata aku kalau masuk dapur jadi rasaksa, semestinya jika di dapur kalau berminyak sana sini rasa tak selesa. Sepatutnya masuk dapur kena senyum kan sebab nak memasak kena mulakan dengan Bismillah, berhadapan dengan rezeki tapi aku jadi marah aku dapur aku kotor. Huhuhuhuhu. Sejak dah 5 bulan pindah ni dapur aku tidak ada seni lagi. Belum terjumpa cara nak menghias paling indah sekali.

Kesian suami aku selalu kena bahan kalau aku dah membebel di dapur. Si suami ni dia agak ringan tangan la nak cuci pinggan dia sendiri, kira okla tu. Aku pernah pergi rumah kawan aku masa umur 14 tahun dulu, ayah dia lepas makan pergi cuci tangan je. Isteri atau anak-anak dia yang bawa pinggan semua ke sinki. Memang kena caj servis ikutkan. Abah aku cuci pinggan sendiri selama ini jadi itu yang aku rasa pelik kalau lelaki tak cuci pinggan dia, lagi-lagi bila yang kemas tu ialah anak perempuan atau isteri... rasa macam ada double standard di situ.

Aku kagum dengan mak aku yang sentiasa ada je benda nak masak kalau aku ada di rumah. Tapi sekarang dia dah slow down sikit masak. Kalau dulu makanan pagi petang siang malam ada yang baru masak, sejak anak-anak dah tinggalkan rumah berkelana ke Lembah Klang maka mak aku masak waktu perdana - tengah hari dan petang sahaja.

Aku pernah cuba masak setiap masa di hujung minggu, penat juga jadinya. Kitarannya macam makan, membasuh pinggan, kemas dapur/meja, lepak 30 minit dan sambung lagi masak untuk waktu seterusnya pulak. Setakat ni memasak bukan kepakaran aku lagi la.















hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah