Pages

Last day of 2014

#doauntukpantaitimur
#prayforpantaitimur

Last day of 2014. Bukan hari yang ada impak besar kepada kehidupan aku, melainkan ia adalah hari jadi aku. Namun aku ialah bayi Januari, jadi aku ada beberapa belas hari lagi nak rasa tua dan sesuatu. Esok cuti tapinya, maka ada juga impak kerana perancangan nak buat apa esok sedang rancak dalam kepala.

Mak bapak yang punya anak masuk darjah 1 paling excited la sebab si kecil dah jadi si budak. Dah kena pas kepada orang lain untuk di tunjuk ajar, kena masuk institusi pelajaran sama ada awam mahu pun swasta. Kalau berduit sikit ke swasta la nampaknya sebab lebih daripada pelajaran biasa yang anak dapat, di samping nisbah guru dengan murid lebih kecil. Kalau sekolah awam maunya 1 : 30 antara guru dan pelajar.

Sempena banjir ni sekolah akan ditunda seminggu, maka akan berlaku kekosongan jalan raya lagi seminggu. Aku rasa la. Haritu pertama kali aku memandu dariapada rumah ke pejabat, agak gerun juga dan dititip kata-kata suruh berhati-hati daripada semua orang. Aku rasa lepas ni kalau aku terpaksa membawa kereta sorang-sorang, aku akan bawa dengan berhati-hati terlebih. Kita hidup hanya sekali kan.

Okla. sambung blog menerusi handphone. Bye.

Banjir di Temerloh pada Sabtu 27 Dis dan Ahad 28 Dis 2014

Rumah mak mertua gua di Temerloh tak ada efek sebab atas bukit, namun di kawasan sekeliling dan jalan ke arah bandar Temerloh mahu pun Mentakab sudah dinaiki air. Kawasan yang bersebelahan dengan kawasan banjir semua memang dah putus elektrik. Mak mertua pun dah sedia dengan powerbank dan lilin. Air pun dah berbaldi simpan sebab dengar katanya loji akan ditutup kerana bah.

Tengok je la keadaan di sana. Tapi ini sebelum jalan ke Mentakab tutup habis.

Jalan Jerantut Temerloh

Jerantut ke arah Temerloh pada pagi Sabtu, pukul 11 pagi lebih kurang.
Ni atas jambatan Sungai Semantan





Jalan Temerloh ke arah Jerantut pada pukul 3.00 petang macam tu


 






Gegel nak lalu atas air sebab jalan dah ghaib



Di bawah jambatan yang dinick name "Tonggak 12" sebab dia ada 12 tiang. 









Landmark TEMERLOH dah hampir separuh tenggelam




Ni di kawasan depan klinik di tepi Sungai



 Kubang Gajah dah bye bye dah



Ni jalan nak ke arah Sanggang daripada Temerloh.
Sesi menyelamatkan kambing.







Beginilah keadaan sekitar bandar Temerloh, jalan Jerantut Temerloh dan arah nak ke Sanggang dan Kerdau pada Sabtu haritu. Kami pulang ke KL pada hari Ahad kira-kira pukul 3.00 petang. Air di kiri dan kanan highway memang dah tenggelam dah. Alhamdulillah kami selamat.

Semua orang menegur, kenapa tak bawa mak mertua balik ke KL. Oh tidak bisa sebab mak mertua gwe nurse di sana, maka dia kene standby di klinik tidak berjauhan dari rumahnya untuk menyediakan khidmat perubatan kepada mangsa-mangsa banjir yang berdekatan.


Fikiran rawak hari ini

Aku suka fikir pasal macam-macam benda semasa di pejabat. Ok, ada masa fokus sedikit lari. Lagi-lagi bila hari tu teringat pulak peristiwa tak best 3-4 tahun sebelum tu. Walau bagaimanapun, bila dah marah aku fikir baik aku salurkan kemarahan itu menjadi bentuk kreativiti yang boleh diamati nanti. 

Tenaga daripada kemarahan yang meluap-luap harus ditukar kepada sesuatu yang produktif. Contohnya, kalau marah pergi berjogging ke, pergi jalan-jalan ke kantin ke. Oh baru aku teringat satu pesanan tu pasal kalau marah; kalau tengah duduk kena berdiri, kalau tengah berdiri kena duduk, kalau duduk kena berbaring, yang penting ubah posisi la.

By the way aku suka benar membeli majalah pengantin, setahun sekali aku akan ambil gambar pengantin sama ada berbayar atau free of charge (berlatih namanya), maybe I should do something wedding related - mungkin, apakah itu agaknya? 2015 plan? 

Dan aku baru teringat ada 2 benda yang aku tak dapat sejak 4 tahun lepas ni, satu barang tu tak payah harap la nak dapat sebab macam tak ada can pun akan berjumpa dengan orang yang menghilangkan diri tak tau ke mana tu. Entah-entah rumah mak dia pun dia tak jejak 4 tahun juga. Banyak menipu orang pulak tu, ok ok. Dah. Manakala yang satu lagi tu pula dia artis so aku dah minta pengurus dia gerakkan sikit dia suruh bagi aku barang aku, lepas ni nak solat hajat la. Memohon pada Allah nak benda tu. Dah dekat setahun lebih habis bayar tapi hampeh. Tak tau macam mana dia teruskan kehidupan dengan menyonglap duit orang. Haihh la.

Ok, aku nak balik. Bye.



Tukar-tukar hadiah 2014

Minggu lepas satu office pergi makan-makan kat buffet Seoul Garden. Sedap sungguh makan di situ, aku suka coffee chicken dia. Dahla pula tu aku ambil banyak sebab aku ingatkan orang meja sebelah nak makan juga, tapi rupanya aku juga yang kena. Maka setel 60 peratus daripada kapasiti 'All You Can Eat ' perut aku dengan makan Coffee Chicken ajer. Lain kali aku nak makan bersama rakan-rakan lain dan menghabiskan lebih banyak masa di situ. Duduk 2 jam je nggak puas sih. 

Aku nak cerita pasal tukar-tukar hadiah sebenarnya, seperti dalam entri ini dahulu, boss aku pernah cadang untuk kami tukar-tukar hadiah sesama kami. Melalui cara ini semua orang akan dapat hadiah yang unik dan khusus. Kalau pada parti pejabat sebelum-sebelum ini semua orang akan dapat benda yang sama, dahla benda yang sama tu pulak barang generic macam cermin RM20, bantal dan mug. So boss aku kata cabut undi. Maka aku cabut undi dan dapat pula orang sebelah meja aku. Sang penerima tidak tahu langsung siapa yang akan berikan dia hadiah jadi ia memang wonderful la sebab masa hari makan-makan tu baru tau dapat apa dan daripada siapa.

Boss aku letak harga minimum RM50. Aku ada 1001 idea nak bagi hadiah apa, tapi last-last aku fikir lebih baik fikir praktikal. Maka aku bagi baju kurung cotton bercorak batik dan bersaiz XXL, yang dijual di hari orang berniaga di pejabat aku. Beli 3 dapat RM100, so baju sahaja dah RM33. Lagi RM17 aku spend pada sehelai selendang dan anak tudung. Lepas tu aku hadiahkan lukisan berikut.  


Konsepnya ialah bunga ros abstrak.

Kosnya ialah kanvas RM11.50 dan upah tak kira, tapi laki aku kata boleh jual sampai RM100 at least. So aku bundarkan hadiah aku berharga RM160 sekurang-kurangnya, hehehhe. 

Bagi para opismate aku yang lainnya, pastilah mereka berikan hadiah yang harganya lebih daripada RM50 kan. Ada opismate bagi sekumpulan frame pada boss. Wonderful betul hadiahnya. Tulisan dalaman itu dibuat sendiri katanya.




Beberapa hari sebelum tiba jamuan tu aku ada berborak dengan opismate lain, ada yang nak bagi kain sebab mudah dan tenang jiwa sebab tak payah fikir pasal hadiahnya muat ke tidak, ada yang tidak beli lagi - malahan dia beli pada hari jamuan itu sendiri sebab jamuan buat kat shopping center. 

Aku pula dapat sebuah beg macam beg ke sekolah kanak-kanak, mungkin sebab pemberi fikir aku ada anak kecil so itu yang dia bagi, baju lubang-lubang bayi, sarung kaki dan topi. Aku sedikit hampa sebab tak dapat hadiah untuk diri sendiri. Rezeki anaks hadiah ku ini. Laki aku cakap tak bersyukur, ok la tu orang nak bagi.

Kecewa

Gundah hati di kala senja
Harapan tidak tersampai jua
Mentari sinarnya merah di petang
Sekelam perasaan hampa yang bakal datang

Sedih hati tatkala ini
Mencari pengganti kesedihan hati
Merana dalam tiada siapa peduli
Di bibir tetap senyum meniti

Jauh di sudut perasaan putus asa
Perjuangan hari ini masih bersisa
Esok lusa bakal tiba
Sedih lama tiada gunanya

Bangkit dia dari memendam duka
Ke riba gembira singgah berkelana
Hari ini duka esok moga gembira
Kehidupan hanyalah fana usah sedih berlama

Apabila orang lain memberikan tips menjaga anak kepada anda

Apabila mula berkecimpung dalam dunia keibu-bapaan ini, pastinya banyak nasihat akan datang daripada orang di sekeliling. Aku pun setelah menjadi ibu anak dua pun mula menggunakan status aku sebagai ibu berpengalaman dengan menyampaikan tips dalam bentuk nasihat mak-mak. Bagi mereka yang baharu menjadi emak / ibu / mama / ummi, perkara sebegini harus diterima dengan tangan terbuka. Tapi menerima bukan bermaksud bersetuju dan harus mengikut sebulat suara. Menerima pandangan ibu-ibu yang tidak kita kenali secara dekat dengan sopan santun, hanya iakan apa yang mereka berikan, cadangkan atau suruh buat. Balik ko buat la cara kau, habis cerita.

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah