Pages

Testing ayam kicap kepsi.

Lunch kepsi ayam kicap meletup. Aku rasa ok je, takdelah kekicapan macam ayam masak kicap kat rumah tu. Rasa dia kurang sikit masin/manis berbanding kicap feveret aku iaitu kicap cap kipas udang. Member husband aku kata tak sedap, tapi aku rasa kalau ada cili padi duduk sebelah mungkin dia akan kata sedap. Menu terbaru sempena puasa, maklumlah dah seharian menahan lapar mesti nak makan sajian sedapkan. Untuk dua set RM21.90. Tengok, sekarang bajet lunch dah RM11 sorang dengan air sekali. Tepuk dada tanya selera. #lunch #makantengahhari

Post serius dan post merepek, mana satu lebih ramai pembaca ya?

Nampaknya post aku yang merepek dan fiksyen lebih popular daripada yang serious. Maka aku akan memperbanyakkanlah post2 yang fiksyen itu. Ok bye. Salam Ramadan.


Ramadan sudah 6 hari, cepat je rasa masa berlalu. Jom lipat gandakan amalan :D
This time last year aku sedang mengandung 39 weeks. Anak aku lahir 17 Ramadan.
Syukur.

Fiksyen - Kasih Kareena

**To be edited and continued in the future (wish me luck)

Kareena melihat aku dengan lama. "Selamat tinggal awak, awak dah tiada apa untuk berikan pada saya. Selama ini, apa yang awak dah beri, saya ucapkan terima kasih."

Air matanya menitis. Namun dia sapu dengan tisu yang dipegangnya sejak dia masuk ke dalam restoran 20 minit lalu.

Aku tidak pasti dia menangis kerana perpisahan ini atau dia sedih kerana terpaksa meninggalkan anaknya dengan ibu aku. Kareena kata, selepas kami berpisah dia akan menyambung pelajaran dan dia bersetuju untuk meninggalkan anak tunggal kami selama setahun dengan ibu mertua.

Kareena ada hubungan yang ngam dengan ibuku, namun tidak pula dengan aku. Aku hanyalah rakan yang pernah dia cintai dahulu, namun tidak lagi. Semuanya kerana Kareena terjumpa whatsapp aku kepada wanita itu.

Aku mengenali Saleez ketika kami berkursus tahun lalu. Dia sebaya denganku, 35 tahun dan belum berkahwin. Dia kata aku lelaki yang prihatin kepadanya, jarang dia punya rakan lelaki yang mengambil tahu dirinya sebegitu.

Aku sebenarnya bukan mahu sangat berkahwin dengan Saleez, namun kekerapan bertemu dengannya dan perhatian yang dia curahkan pada aku membuatkan aku rasa dihargai.

Kareena tidak mengabaikan aku. Walaupun dia tidak tahu masak, jarang mengemas rumah - siapa larat mahu mengemas rumah setiap masa jika ada anak kecil berusia 3 tahun yang sedang lasak. Aku pun menyapu rumah tiba hujung minggu, waktu-waktu lain aku hanya mengutip sampah-sampah besar dan kumpul dalam plastik. Aku sedar tiada suri rumah yang sempurna, namun sejak anak kami semakin membesar, Kareena kerap melahirkan rasa tidak puas hatinya pada aku. Bukan cara bercakap lembut, malahan menengking-nengking. Dia kata aku kerap menyatakan perkara-perkara kurang tepat kepadanya.

Pernah suatu hari aku katakan padanya, bahawa dia tidak bekerja pada hari Ahad, maka dia tidak sepenat aku. Sebaik sahaja aku berkata begitu, Kareena terus mengangkat anak kami dan masuk ke bilik. Selepas itu dia keluar semula dan pergi ke ampaian untuk menyidai baju, dia bercakap dengan kuat "Biar yang tidak buat apa-apa pergi tidak menyidai kain."

Selesai menyidai dia pergi ke dapur dan mula mencuci pinggan mangkuk. "Biar yang tidak baut apa-apa mencuci pula." Aku lihat sahaja dia bersikap sedemikian. Bukan hari itu sahaja dia sentap denngan ayat-ayat aku, malahan dia sering sahaja sentap. Kerana dia kerap sentap, aku menganggap itu antara perangai normalnya. Hinggalah satu hari...


Adakah wujud diskriminasi di sini?


Ada sekeping gambar iringan yang menunjukkan ramai-ramai pendatang tanpa izin ni naik bas dan bas tu punya seat ditutup dengan plastik hitam.


 Maka ramai yang marah kerana discriminatory katanye. Let me digest that, adakah wujud diskriminasi? 

Hmmmm. aku dok fikir lama sbb aritu aku naik bas masa belajo dulu, bas ekspress transit shah alam, dari klang ke jb. aku sorang je yang naik dr shah alam. bila naik seat aku penuh muntah. Amukan la aku kan. Maka dalam hal ini, kadang2 ok untuk tutup tapi macam bersifat sangka buruk juga, seperti kata-kata dalam komen kat FB The Star, ramai yang suggest maybe seat bas tu ditutup sebab tak nak kotor. Kerana pendapat stereotaip orang daripada negara itu tak jaga kebersihan badan.



Mungkin bas itu digunakan untuk pelbagai perkara, macam bawa peserta kursus ke majlis. Tapi kalau peserta kursus yang naik, mesti dia takkan tutup seat-seat itu kan. Hmm, dan aku masih berfikir.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Well, as everyone knows, the most interesting to read in social media is the comment wars. There's a picture which shows the deporters sitting in a bus with the seats covered in black plastic thrash. 


So these people started saying that this is discriminatory. It took me awhile to digest that actually.




Hmmmm. this makes me think about the other time that I took a bus which transited at Shah Alam, I was the only person hopping on from Shah Alam, and there was only a seat available. And that single seat is full of human vomit it stinks a lot. I was very angry and asked for a refund. Oh forgot to mention that it was an express bus. 

Therefore it seemed ok, to cover the seats should the seats be spoiled. Maybe the bus is heavily used so it won't get dirty for special events. But the people in The Star FB page, suggested that it was discriminatory because the bus owners think that the foreigners are dirty and smelly. 

What do you think? Is it normal or not?

It is easy to start something but so hard to sustain it.

Salam Ramadan and happy fasting.

I love blogging, it is an online place where I can find same voiced people who I can read their stories and share my feedback on their comments side. But it can sometimes awfully a lot like talking to silent readers (Are there any at all?) and never having any feedbacks. Sure at times it feels lonely but at times it feels fulfilling, like keeping a diary that I don't mind people reading.

Having a blog can be a burden when you think about the part where you need to maintain it, like changing the layout and upload a post every now and then. If the last post is more than 6 months ago, you are more likely to not get bookmarked. If your blog catches some readers interest, you might just get more motivated to write instead of just spilling some stories now and then.

Anyway, Ramadan is here. I decided that I should just relax and roll with Ramadan. Last year, my Ramadan was 3 days of fasting and the other 12 days spent heaving a 9 month old fetus here and there. I gave birth towards the middle of Ramadan, little Ilya was born on 20 th of Ramadan. 

Transgender, transsexual and now transracial.

A whole lot transitions there. What do you think of the three situations - transsexual, transgender and transracial.

Kisah pantang aku, bukan spesifik kepada kisah berpantang sahaja.

Sejak dua menjak ni tengok kisah orang berpantang di sana-sini, aku pun teringat kisah aku berpantang 11 bulan lalu. Uishhh, anak aku dah nak setahun dah. Sekejap je pun setahun tu, sekejap yang tak berapa lama dan tak berapa sekejap. Demi memudahkan aku berkarya sekali entry tatkala ini juga, aku bagi 5 point dahulu.

1. Menjadi ibu beranak dua - Semestinya apabila berpantang, aku mula merasa menjadi ibu berANAK DUA. Masa melahirkan anak tak fikir apa sangat, sebab anak pertama tak ada di sisi. Kisah semasa di hospital lebih menjurus kepada bab nak menjaga diri pasca kelahiran dan anak kecil yang nak menyusu sahaja.

Aku tak fikir apa sangat pasal status ibu beranak dua selepas melahirkan, sampai la semasa baru discaj daripada hospital dan nak naik kereta masa tu. Di dalam kereta si bayi baru lahir bertemu dengan abangnya. Masa tu mak mertua aku yang pangku bayi sebab aku gerun nak naik kereta sedan yang seat dia amat lowered sambil mendukung bayi. Abang bayi aka anak sulung aku, pula tengah tidur. Tak lama lepas tu anak sulung aku bangun, dia tengok baby dan dia terus sentuh baby secara light light. Lepas tu bercucuran air mata dia. Perghhh, apa cerita ini? Terus berdesup realiti aku ada dua anak. Mak mertua aku kata baby touching tengok adik dia, atau dia macam tersedar ada orang lain dalam hidup dia dah. Aku rasa sebab dia baru bangun tidur dan masa tu emosi dia masih mentah kan jadi dia mudah merasa hiba / sedih / suka.

2. Sibling Rivalry - Anak aku kedua-duanya lelaki, mungkin itu yang menyebabkan anak pertama aku agak agresif dengan adik dia. Mula-mula tu aku siap letak jauh-jauh lagi. Jauh sampai 8 meter sebab rumah mak mertua aku rumah kampung jadi banyak la ruang nak bubuhnya. Abang duduk dengan aku tengok tv atau time makan dan adiknya atas sofa di nun sana. Bayi baru lahir kan dia tak bergolek, maka bolehlah kita letak di atas meja dengan perasaan tenang sementara dia dalam pantang. Kalau tak letak, habislah anak pertama aku akan tenyeh adik dia. Tapi makin besar, makin ok pula. Maka, aku pun naikkan kemahiran memonitor dua orang kanak-kanak dengan mata helang, bagi memastikan abang tak mencederakan baby dan abang akan biasakan diri dengan baby.

3. Perbezaan sakit c section dan normal - Memanglah sakit beranak tu sangat pedih dan tidak boleh dilupakan, namun sakit sepanjang berpantang juga sangat tidak seronok. Aku ditinggalkan pada hari ke 17 sebab semua orang yang menjaga aku bekerja. Apabila berpantang seorang tu maka banyakla langkah sendirian kan, nak masak dan nak mandikan baby dan abangnya. Alhamdulillah kali ini beranak normal, vbac le kirenye. Sila google sendiri apabenda vbac itu. Apabila aku bersalin normal, maka langkahan kaki semasa saat berpantang laju sikit berbanding kena c section. Jika selepas c section aku takut nak duduk bersila atas lantai sebab tang nak bangun dan berdiri tu pedih, tapi semasa normal rilek je bangun baring dan bangun baring. Tapi aku banyak baring pada 3 minggu pertama sebab sakit kut tang cenel baby keluar tu.

4. Masak semasa pantang - Sambung cerita tadi, aku masak sendiri lunch aku bermula pada hari ke-17. Pada waktu pagi aku bersarapan nasi lemak or mee goreng, kadang2 aku habiskan roti canai anak aku yang dia tak nak. Sarapan semua pak mertua aku yang belikan. Aku tak reti nak demand sangat sebab rumah orang, lagipun dalam pantang selera kena tahan sikit. Waktu tengahari selalu aku jenguk dalam peti sejuk ada apa yang boleh dimasak. Pesen parents in law aku ialah simpan lauk untuk dua tiga hari je sebab kalau lama-lama, takut rosak sebab tak ada orang nak makan. So aku tengok la apa ada. Kalau ayam selalu aku goreng je. Kalau ikan aku masak singgang. Ala singgang bodo-bodo aje. Lupa pulak apa stail aku masak aritu. Anak aku makan nasi kosong dengan telur goreng sahaja, so senang kerja aku.

5. Penjagaan pantang - So, mak mertua aku seorang jururawat dan masih berkhidmat, namun dia percaya juga kepada supplemen pantang. So, dia yang belikan aku set berpantang. Dan ada je yang masih belum habis sampai sekarang. Yang aku habis pakai cuma ubat mandian herba tu je kot. Seronok mandi dalam tu, rasa macam pergi Spa. Kalau beli sekarang dan mandi sesaja pun ok. Sogar rasa badan den. Ada pilis liquid, macam gel kurus, pencuci vajayjay dan kain bengkung yang tali-tali banyak tu. Oleh sebab aku ni degil, aku takla rajin nak berikat badan nak kurus. Gendut sesekali heppi jugak, walaupun tak dapat nak pakai baju-baju lama.

Ok, sekian dulu. Nantikan part 2.

Main tukar-tukar hadiah edisi RM50 (updated)

Tahun lepas office aku buat jamuan hujung tahun di Seoul Garden. Itu juga kali pertama aku makan sana. Harga dah lupa tapi bos aku ada kad, maka mungkin ada diskaun. Aku makan ayam dengan.banyaknya. Kali ini makan buffet sangat puas hati sebab aku rasa semua benda, hampir 89 peratus aku cuba. Buat hari biasa maka tak ramai orang, tapi sebab lunch hour maka sekejap je dapat menikmati makanan.

Selepas puas makan, kami buat acara bagi hadiah. Bos aku telah cadangkan untuk tukar-tukar hadiah sesama kami. Tapi kena cabut undi lebih awal supaya dapatlah beli dan beri hadiah yang spesifik dengan tuan badan. So aku dapat orang sebelah meja aku je pun. Aku bagi shawl, inner awning dan baju kurung. Dan... dia pun dapat aku. Keciknya la kebarangkalianya hihi. Apala punya sejengkal je pilihannya pergi. Dia bagi aku beg sandang reka bentuk kanak-kanak, baju dan topi baby. Sekarang aku buat isi makanan dan mainan baby dan abangnya bila nak ke rumah pengasuh hari2. Rezeki anak la ni.

Officemate aku banyak yang bagi kain sebab dieorang kata senang, boleh penerima tu buat baju ikut saiz sendiri. Aku belikan je baju kurung cotton kat kedai harga 3 dapat RM100, manakala nak tepatkan harga RM50 itu aku beli inner neck RM15 dan shawl RM18. Lebih sikit la bajetnya, tapi dah kerja-kerja ini dah tak rasa kedekut sangat nak bagi lebih2. Bos aku dapat beberapa frame yang diisi dengan ayat-ayat 'the best boss award' dan replica Oscar. 

Bos aku pula bagi body spray Victoria Secret pada penerima hadiahnya. Last aku tengok body spray tu boleh beli dalam RM68 kat Amcorp Mall. Ada seorang tu dia bagi tupperware besar harga pada sorang lagi. Yang lain aku kurang pasti mereka dapat apa. Namun, niat menghadiahi tu yang penting kan. Apa hadiahnye tak le kisah.

Anyway aku baru menonton The World's End, yang ada Simon Pegg dan Nick Frost. Salah satu watak utama lain ialah Dr Watson. Ala lupa plak nama dia. Yang jadi Olliver tu. Esok aku komen ye. K, bye.

Random Novel Moment - Anak

"Jika ada yang mengimpikan keluarga, sepasang anak lelaki dan perempuan sudah cukup, aku hanya membayangkan beberapa orang anak muat dalam kenderaan pelbagai guna. Jika terlebih maka, aku akan beli bas. Jika kurang, maka aku akan gembira dengan berapa yang ada. Jika tiada langsung, maka aku akan ambil anak angkat." kata-kata Ilhamyah terngiang-ngiang semasa kami minum Milo bungkus sambil tunggu kenderaan untuk kembali ke kolej petang semalam.

Kata-katanya aku teringat kerana aku sedang perhatikan iklan Karnival Jualan Barangan Bayi di pasar raya bersebelahan rumah aku. Aku kira kerap juga pasaraya ini mengadakan karnival semacam itu. Aku ambil kisah kerana aku sudah ada anak saudara. Walaupun usianya baharu 2 bulan, namun aku rasa seperti aku tertua sebanyak 10 tahun sejak aku bertemu dengannya pada cuti semester lalu. Selepas ini, entah-entah jumpa dah boleh merangkak.

Aku bukan yang tidak suka kanak-kanak, cuma aku tiada adik yang kecil Ketika aku usia 10 tahun ada mak aku jaga anak kepada sepupunya, namun aku pula bersekolah rendah pada waktu pagi dan sekolah agama pada petangnya, maka aku hanya meluangkan masa dengannya sejam sahaja sehari. Dengan kadar masa itu tidak sempat nak merasa jadi 'ibu'.

Pada aku ibu kerjanya menjaga anak, bagi susu, bagi makan, tukar lampin dan tidurkan anaknya. Esok ulang semula rutin. Bapa pula pergi kerja cari duit, balik kerja main dengan anak. Hujung minggu kedua-duanya ada masa nak untuk keluarga. Itu sahaja yang aku nampak ketika ini. Jika ada tanggungjawab yang lebih halus daripada itu, mungkin aku akan mengetahuinya apabila ada anak sendiri. Buat masa ini aku hanya menghayati tanggungjawab sebagai anak, adik dan teman wanita kepada pakweku.

Siapa pakwe aku? Esok aku ceritakan.

To be continued

Pameran Gila Gila Di Galeri Petronas #Lagilagigilagila

Minggu lepas memang minggu menghabiskan duit.
Sabtu - ikut suami aku pergi ke Jitra, Kedah ada kenduri. Malam lepak Kedah.
Ahad - Pergi Pulau Pinang menjejak lukisan yang belum dirakamkan di Lebuh Chulia dan test jambatan baru, Tidur di Taiping.
Isnin - Jalan-jalan di Tasik Taiping sebelum pulang ke KL sebab suami aku kena recall kerja.
Selasa - Lepak KLCC sebab suami ada event dekat-dekat situ, meround di Galeri Petronas.

#lagilagigilagila


Bermula bila entah, sampai le 15 Jun ini turun le Galeri Petronas KLCC, dan ambil gambar-gambar menarik. Kalau ada Instagr@m upload dan bubuh hashtags #galeripetronas #lagilagigilagila dan tag @galeripetronas punya Insta akaun. Ada hadiah katanya kalau terpilih.

Ada banyak event best bersempena ni, tapi dah terlepas la pula. Hanya mampu menikmati hasil seninya sambil snap-snap pic sebab suami aku dah call nak pick up.

Nanti aku edit close up dan share pasal kenangan aku dengan majalah gila-gila ok. Bye!

































 czz















hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah