Pages

#KomikKon Diary - 29 days to go


Wowza.

I have just gotten around to buy supplies for making my merchandises. I still have so many things to do and one of them is advertising / marketing my existence there. One of my preparation involves going to MGACE this weekend as it is not far from my house, and I will use it as a survey of what I should do on Komik Kon. Maybe more like getting myself more aware and psychologically prepared for the 3 day event. As a newbie and a wannabe I am so nervous. This is what one would call jumping head first,"you become involved in it too quickly, without having time to think about it carefully." I am still blur as to what I should do. I can't be drawing there as I feel that my drawing talent is too amateur.

Menjadi Paprazzo tak berbayar

 Apakahnye itu Paparazzo? Ia adalah sejenis pekerjaan buat jurugambar bebas, di mana dia kejar orang ternama untuk ambil gambar dan jual kepada majalah / media. Tapi aku kategori paparazzo pura-pura, kerana aku menghadiri majlis untuk mewakili bos aku tapi tetiba aku rajin nak snap gambar dan update di Instagram majikan aku. Ok baiklah, cukuplah membebel, mari kita tengok siapa ada kat majlis itu.

Pada Khamis lepas bos aku minta aku wakilkan dia ke program Jabatan di ECurve, program tu untuk para klien Jabatan aku la. Selain klien-klien ada juga jemputan program tu  dalam kalangan pelakon-pelakon, penerbit dan selebriti yang terlibat dengan program yang disiarkan di TV1, TV2 dan TVi. 

So aku yang tak betah berdiri nak duduk-duduk tengok orang sahaja, mengambil keputusan untuk merakamkan gambar-gambar di Red Carpet untuk akaun media sosial milik Jabatan. Tapi takkan la nak ambil gambar untuk kegunaan kerja je kan, haruslah selfie.



Dengan Nelydia Senrose.


Chef Adu Amran, ala MasterChef tu


Shukri Yahaya atau Shuk SYJ


atau Makcik Karipap
Aku nak ambil gambar dia kat red carpet, dia pulak ajak selfie.


Azrel Ismail, pelakon drama Fajar Di Bukhara


Rohana Jalil dan Salwa Abd Rahman


Aku selfie sorang kat luar lokasi

Nurul Alis @ Kiki, sangat peramah dan mesra. Tak sangka betul.


Dengan rakan sekerja, Renee Floretta dan Josh Sim, Renee ni DJ kat TRAXXfm dan Josh Sim ni baca berita + DJ. Aku hanyalah penolong penerbit :D. Dieorang ni antara 6 DJ yang mengacara malam tu.


Reen Rahim. Kecik je orangnya.


Sebelah kiri tak kenal, sebelah kanan Kuna. Dulu masa dia muda2 dia selalu berlakon jadi heroin drama, dan dia sama popular macam kakak dia Kuna. Sekarang bawa watak mak atau nenek. Sekarang tengah muncul di TV1 dalam drama Kasih Malisa jadi nenek Zara Zya.

Anne Abdullah dan kiri dia tak kenal hihihi.


Dan the lovely Fasha Sandha, Aku malas nak selfie dengan dia masa ni. 

Ada beberapa pelakon lain lagi yang hadir tapi sorang kat sini, sorang kat sana jadi maleh nak panggil ambil gambar. Ada Nad Zainal yang sampai awal jadi dia dah siap-siap duduk kat satu sudut ni. Kamal Adli juga ada tapi dah awal-awal masuk panggung nak tengok video screening dengan plus one dia. 

Sesungguhnya aku bukan paparazzo terhebat sebab cepat terasa. Sedang aku memamggil-manggil orang nak bergambar. Kat situ ada beberapa jurugambar dan juga-juga tetamu-tetamu yang sibuk nak bergambar jadi memang aku selit-selit antara mereka. Namun rupa-rupanya ada juga di majlis begini pihak-pihak yang terkenal namanya tapi menolak nak bergambar di Red Carpet. Dahla cara dia menolak tu macam "go away, go away". Lepas tu macam jauh-jauhkan diri sembunyi belakang husband dia bila aku ada cakap dengan dia pasal sesuatu. Biarlah aku bawa nama celebrity ini ke liang lahad hahhaha tak mau mention sape. Cuma aku kaget juga sebab ingatkan mesra sangat macam dalam media sosial dan kaca tv, tapi rupanya boleh dikategori sebagai kerek. Tak tau la apa masalah dia. Aku tengok macam ada masalah aje hari tu, mungkin tak sihat. Mimik muka dia macam lebih rela berada di tempat lain. Tapi lepas aku dah lepak tepi aku nampak dia menyapa selebriti lain ok pula. So aku anggap je dia tak selesa dengan orang asing dan pilih geng-geng dia je. Hmmm. Aku teruskan kehidupan jugale buat apa fikir lama-lama. Bukan aku wartawan hiburan nak bikin gosip aje.

Dan tak lama lepas tu penganjur panggil kami masuk ke panggung untuk video screening, Seat aku sebelah ketua komunikasi sebuah syarikat besar ini. Waaa sangat peramah orangnya, terus terubat rasa kena dikerekkan tadi. Aku sedar first impression is soooo penting dalam dunia penyiaran ini. Sekali ko kerek, itu je yang kadangkala melekat. Ini pun reminder untuk diri aku. Ada orang kata aku muka sumbung. Chaitt. Anyway, kembali kepada kisah bertemu orang PR tadi, maka aku pun terus minta no telefon untuk hubungi. Yelah dunia penyiaran / korporat / komunikasi / kewartawanan ni kecil. Balik-balik orang tu juga yang kau jumpa dan temuramah suatu hari nanti.

Tak best pun kadangkala sibuk nak jadi photographer tak bertauliah ni. Kadang-kadang rasa nak gelak pun tengok banyak nye gambar berselfie. Tapi kalau dulu kan kutip autograph, sekarang gambar selfie blur-blur pun dah cukup suka dah. Oklah nak choww.

#KomikKon Diary : Preparation

Aku berangan nak buat komik, sedate dan semata2 untuk Komik Kon. Bissell wannabe kena try semua benda sekali dalam hidup, ada orang panggil bucket list, tapi aku panggil wannabe. Wannabe sebab bila aku dah buat sekali, belum tentu aku akan nak buat lagi.

Aku ada idea macam nak buat kompilasi. Temanya seram. Baru tadi terbayang pasal kisah balik malam2, ditemani gelap lepas tu ada peneman dari belakang. Tengok 2 member dia saje prank dia dari jauh. Tapi bukan member dia rupanya. Eee cerita pepagi buta ni seram pulak.

Seken pasal kisah kemanusiaan, pasal kecik-kecik parents ko drop ko kat nenek ko dan menjauhkan diri. Ni inspired by cerita2 kawan aku. Tapi part fiksyen dia ialah kau menjadi seorang tough di luar dan x confident di dalam bila hal bab kasih sayang antara manusia. Biaselakan kena ada klise. Kisah cinta la yang pastinya. Ibarat macam you love me enough to break my tough exterior. Tapi dia punya resolusi belum ada.

Kemungkinan besar aku buat tema seram kot sebab aku memang ada bakat nak melukis makhluk huduh ni. Cuma nak cari satu je lagi cerita. Ok bai nak tido.

Ditulis pukul 2 pagi tadi. Zzzzz



Inktober #1 - Drafts

Inktober 2015. What is that? Read here

Ia adalah bulan untuk melukis menggunakan pen dakwat. Melukis kan ada banyak stail. Maka di sini aku baru buat draf, siap ada tarikh untuk mewakili setiap hari Inktober yang dah terlepas.

Aku lukis pakai reference, the internetto! Rasa tak konfiden nak lukis daripada imaginasi. Maklumlah enjin baru nak start setelah lama berhibernasi daripada dunia melukis selalu ni. 

Atas kanan tu konon aku la. Potret diri.


 Atas kanan tu Tun Dr Siti Hasmah, tapi tak berapa jadi.

Jom join Inktober. Satu hari satu lukisan. Pedulikan pasal teknik sebab kalau banyak sangat fikir kau takkan melukis punyalah. Biar mula-mula lukisan huduh tapi asalkan berlatih melukis. Tadi ada officemate aku ni duk menceceh pasal teknik lukisan la, pasal aku okla, melukis ada rupa kira okla. Peduli apa aku lukisan aku bentuk apa, aku nak berlatih je bukan nak kejayaan cemerlang pada saat ini. Maka aku akan melukis in private je supaya tak ada yang mengomen banyak time aku tengah nak santai ko sibuk menceceh pasal benda teknik la.

Throwback Sunday

Throwback Sunday. Catatan masa last day sekolah, time student junior dah balik tapi sebelum SPM. Aku memang patut jadi novelis tapi liatnya nak start. Nama2 berkenaan diblurkan untuk melindungi bekas schoolmate yang dah beranak pinak.

Ps: Husband I dah izinkan nak share in case ada orang wondering.






hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah