Pages

Merah Jingga 1 - SasuFemNaru Fic


Disclaimer : Semua watak-watak berikut ialah daripada Naruto Shippuden karya Kishimoto Masahi. Saya cuma miliki jalan cerita. Ini ialah fanfiction Alternate Universe, dan Naruto menjadi watak wanita bernama Naruko. Genderbending/Pertukaran jantina itu normal dalam penulisan fanfiction. Saya tidak mendapat sebarang faedah kewangan daripada penggunaan watak-watak berikut. Sekian, terima kasih.


----------------------------------------------------------------
Bab 1


Chidori dan Sharingan


Inspektor Naruko Uzumaki, 29 tahun, berkelulusan Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kriminologi & Psikologi Jenayah, pada asalnya berkhidmat dengan Polis Sunagakure tetapi mulai hari ini berada di Konoha atas jemputan kerja Ketua Polis Konoha. Wanita berambut kuning secerah matahari, dan bermata biru sesejuk lautan itu seorang yang mudah mesra. Kadangkala dia nampak tegas tetapi semua hanya kerana tugasnya sebagai pegawai polis.


"Selamat pagi, saya ASP Yamato, kami berbesar hati Puan dapat hadir ke Konoha secepat mungkin," ASP Yamato menyambutnya sambil mereka berjabat tangan.


"Terima kasih Tuan, saya juga berbesar hati dapat berkhidmat di bandar tempat bapa saya pernah berkhidmat, saya anak jati Konoha juga," ujar Naruko bangga. Bukan dia berniat untuk bermegah-megah dengan statusnya sebagai anak kepada detektif bersara Minato Namikaze, tetapi dia tahu ASP Yamato merupakan pegawai junior yang mengenali bapanya dengan rapat.


Bapa Naruko sudah lama bersara namun dia amat disegani di kalangan pegawai Konoha. Namun setelah bersara Minato Namikaze berpindah ke Sunagakure untuk tinggal bersama anak tunggal dan isterinya. Walaupun begitu, Konoha tetap di hati Naruko.


"Bagaimana hidup Tuan Namikaze sekarang? Sibuk menimang cucu?" tanya ASP Yamato.


"Ayah saya sihat. Cucu belum lagi, lagi sepuluh tahun mungkin?” Naruko rasa tidak perlu dia sebutkan bahawa dia anak tunggal bapanya. Maka, jelas sekali dia masih bujang jadi bagaimana bapanya mahu menimang cucu pula?


"Saya doakan yang terbaik untuk ayah dan keluarga kamu ya. Sila duduk, Obito akan memulakan penerangan sebentar lagi."


Naruko memandang kepada pegawai polis di sebelah ASP Yamato, dia mempunyai parut yang agak serius di bahagian kiri wajahnya. Namun dia masih mampu memberikan senyuman kepada Naruko.


“Saya Detektif Obito Uchiha, salam perkenalan Inspektor Uzumaki,” ujar Obito.


“Salam perkenalan,” jawab Naruko. Surname Obito itu mirip surname rakan lamanya, adakah mereka bersaudara? Naruko rasa mungkin dia boleh bertanya lain kali sahaja, hari ini dia ada urusan kerja penting untuk didahulukan.


Kehadiran Naruko ke Konoha ialah untuk membantu pihak polis Konoha dalam sebuah siasatan. Konoha berdepan dengan dua orang vigilante misteri yang menumpas kejahatan secara haram. Mereka membelakangkan pihak polis dan Datuk Bandar memandang serius perkara itu. Masyarakat menggelar vigilante berdua itu sebagai Sharingan dan Chidori.


Obito memainkan sebuah video temuramah seorang saksi yang pernah berhadapan dengan vigilante tersebut. Visual seorang makcik memakai selendang merah jambu dan berbaju kuning cair muncul di skrin. Makcik itu jelas nampak gugup.


Ada seseorang menutup lampu bilik itu agar bilik menjadi gelap dan visual di skrin semakin terang. Naruko menoleh ke belakang dan nampak seorang lagi pegawai polis bergerak daripada suis untuk berdiri di bahagian belakang bilik, namun pegawai itu tidak langsung memperkenalkan diri. Naruko kembali berpaling ke depan untuk menonton video tersebut.


----------------------------------------------------------------


"Di mana makcik berada ketika lelaki itu menemui makcik dan pencuri itu?"


"Dia bukan sebarang lelaki nak, dia ialah wira. Kami gelar dia Sharingan sempena legenda mata merah. Makcik gembira dapat bertemu dia. Memang tak sangka,"


"Ok, makcik terus ceritakan mengenai pertemuan makcik ya?"


Makcik itu senyum dan tertawa, "Hahaha, Makcik gugup nak. Ini kali pertama makcik disoal polis. Pada malam kejadian tu, yang ada di rumah hanya makcik dan cucu-cucu, seorang lima tahun dan seorang lapan bulan. Ibu dan bapa mereka bekerja luar kawasan. Hujan ribut tumbangkan tiang elektrik depan rumah jadi kami bergelap. Yang cucu makcik menangis jadi makcik keluar untuk cari lilin di stor yang ada di luar rumah."


Pegawai polis tersebut bertanya lagi, "Bila perompak menyerang makcik?"


"Ketika makcik tengah berjalan daripada rumah ke stor, tiba-tiba makcik ditolak. Makcik jatuh dan orang jahat tu rentap gelang emas makcik. Perompak tu halang makcik daripada meronta, dia tekan makcik ke bawah, tapi makcik tetap meronta-ronta. Makcik memang ingat dia nak mencabul makcik, tapi kemudian dia pegang kuat-kuat tangan makcik dan marah, "Kalau makcik nak selamat, bagi aku gelang makcik."


"Jadi makcik berasa marah sangat sebab itu sahaja harta yang mendiang suami makcik tinggalkan. Ia simbol susah dan senang perkahwinan kami. Tiba-tiba ini pencuri boleh datang dan minta sesuka hati dia.” Makcik itu berkerut-kerut wajahnya bercerita.


"Dan kemudian?"


"Makcik baru nak buka rantai itu, apabila ada lembaga muncul di belakang kami. Lembaga itu bercakap dengan kasar pada perompak itu, "Jika kau sayang nyawa kau, lepaskan makcik itu dan beri balik barang dia. Buat malu melawan makcik tidak berupaya." Lepas tu orang jahat tu lepaskan makcik dan cuba menyerang bayang-bayang itu. Makcik terus lari masuk rumah."


"Selepas itu apa yang berlaku?"


"Bayangan itu, makcik tau itu ialah Sharingan, dia melompat ke arah pencuri itu sambil menjerit, "Puan telefon polis!" Masuk je rumah, makcik terus kunci pintu dan telefon polis.“
   
"Bagaimana rupa Sharingan itu? Polis itu bertanya.


“Makcik tak nampak dia dengan jelas, tapi dia tinggi, mungkin 6 kaki lebih. Dia pakai serba hitam, daripada percakapannya macam orang sini. Tapi tak pastilah sebab menantu makcik yang asal Suna pun boleh dah cakap fasih macam orang Konoha. Rambut dia macam pacak-pacak, yang penting mata dia merah. Oh, dan dia seorang lelaki sebab suara dia macho, kasar. Tapi makcik tak nampak Chidori pula. Hanya Sharingan seorang yang ada."


"Ok makcik, kita berehat dahulu sebab dah tiba makan tengah hari. Terima kasih."


"Sama-sama. Makcik harap kamu tak tangkap Sharingan."


"Itu luar bidang kuasa kami makcik, ok silakan kita makan dahulu.


---------------------------------------------------------------------


Naruko memandang ASP Yamato setelah video itu tamat dan lampu dipasang semula. "Kes yang saya siasat di Suna, vigilante itu digelar Amaterasu. Amaterasu merupakan legenda tempatan Suna, ia kisah mengenai manusia separuh bunian yang bermata merah.”

ASP Yamato mengerutkan dahi, lalu berkata, “Saya sudah baca laporan mengenai Amaterasu, kerana itu kami memohon kerjasama kamu. Amaterasu ada persamaan dengan Sharingan dan Chidori, mata mereka dikatakan merah dan mereka sentiasa berpakaian serba gelap.”

Naruko menambah, “Jika di Konoha mereka ada dua orang, namun Amaterasu hanya seorang sahaja berdasarkan saksi dan bukti. Namu, saya pasti ada hubungan rapat antara Amaterasu, Chidori dan Sharingan. Kita perlu siasat sama ada mereka orang yang sama, peniru atau mereka ialah tiga individu yang berbeza."
       
Tuan ASP Yamato mengangguk. “Kami bersedia untuk membantu dengan apa sahaja yang Puan perlukan.”


"Panggil saya Naruko sahaja, Tuan ASP," ujar Naruko.

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah