Pages

Merah Jingga 5 - SasuFemNaru Fic



Bab 5

Ini malam kita reunion, hey.


Sakura memakai gaun berwarna pink pastel sepadan dengan warna rambutnya. Gaun yang dipakainya tidak berlengan dan bahagian kainnya chiffon, labuh sehingga paras buku lali. Dia turut membawa sebuah beg tangan besar berwarna pink salmon.


Sampai sahaja di meja buffet baru Sakura melepaskan tangan Naruko, “Maaf kami tak ada sedia ramen malam ini, tapi ada spageti kalau kau nak?”

“Eh takpe,” ujar Naruko cepat. “Aku semakin fleksibel bab makan ni, takpa.”

“Ah bagus. Tapi kau masih makan ramen kan?” tanya Sakura.


“Ya, masih tapi bukan setiap masa. Eh, mana lelongan tu nanti?” Naruko tidak ada mood untuk bercerita tentang dirinya, malahan Sasuke yang akan dilelong patut menjadi fokus utama malam ini.


“Oh, mereka akan dilelong di sana.” kata Sakura sambil menoleh ke arah tengah dewan.


Sakura ketawa, “Mengenali kau, aku tidak pelik sekiranya kau bertemu ramen tercinta kau dahulu berbanding rakan-rakan lama. Tapi kau sekarang di sini so tak payahlah aku ungkit2 kan. Anyway apa khabar sekarang?”


“Baik-baik sahaja. Aku kembali kerana tugas.” Naruko berasa sedikit bersalah kerana tidak memberitahu sesiapa pun kecuali keluarganya bahawa dia berada di Konoha.


“Aku usik kau saja Naru, aku tau kau kan pegawai polis yang sibuk,” kata Sakura.


“Eh cabutan bertuah akan bermulalah!” Tiba-tiba seorang gadis bersuara dengan kuat.


“Kau ada daftar untuk cabutan bertuah ke? tanya Sakura.


“Tiada.”

“Jika begitu, kita makan dulu.”




Naruko mengangguk kepada Sakura dan mereka mencapai pinggan. Sakura mendahului barisan dan Naruko berpaling pada arah pentas, dia hampir tergelak melihat Sasuke sudah ada di atas pentas dengan wajah yang masam kelat berbanding Itachi yang tersenyum hebat.


“Itachi!” jerit seseorang daripada khalayak hadirin.


“Ah, nampaknya semua sudah tidak sabar nak memulakan lelongan ya?” tanya Ino daripada hujung pentas.


“Ya”, “Cepatlah” dan “Kami tak sabar!” jerit hadirin.


“Tapi kita akan buat cabutan bertuah dahulu, nombor apa yang bertuah ya Chouji?


“Ah, nombor yang telah dicabut ialah 125. 358 dan 417. Saudara dan saudari boleh ambil hadiah dengan menyerahkan slip nombor cabutan di kaunter pendaftaran nanti ya,” beritahu Chouji.


“Seterusnya kita lihat atas pentas sana. Kita ada ramai jejaka malam ini, 12 orang semuanya.”


“Ya, kita ada adik beradik Uchiha, pastinya paling popular,” Chouji berkata sambil penonton menjerit nama Itachi dan Sasuke.


“Ah memang popular sungguh mereka, tapi bukan mereka sahaja yang ada malam ini kan Chouji,” sambung Ino.


“Ya kita ada wakil daripada setiap keluarga terkemuka di Konoha dan Suna, kita ada Nara, Aburame, Hatake, juga penampilan khas daripada Hoshigaki dari Kirigakure, ” maklum Chouji.


Ino terus menyambung, “dan kita ada tambahan seorang Uchiha lagi. Dia baru sahkan kehadirannya malam ini dan akan join kita sebentar lagi.”

“Ah macam tahu je siapa Uchiha tu?” balas Chouji.


Ino ketawa dan menyambung, “dan daripada keluarga Inuzuka, Hoshigaki dan Sarutobi serta kita ada waris Puteri Kaguya Otsutuski.”


“Chouji, pentas kita tak muat untuk meletakkan semua jejaka di atas maka kami menjemput semua untuk turun ke belakang pentas dan tunggu di belakang tabir ya.”
“Jom ikut saya.” kata Ino sambil dia mengenyit mata pada hadirin dan berjalan ke arah hujung pentas. Dia menarik tangan Shikamaru Nara yang berdiri di hujung sekali dan terus turun ke belakang pentas. Hadirin terus menyorak melihatkan perilaku Ino itu.


“Jangan lupa naik semula, anda sedang bertugas tau Ino,” Chouji mengusik. “Siapa agaknya yang akan berpeluang makan malam dengan peserta kita nanti sambil beramal ya,” tanya Chouji pada hadirin. Hadirin menjerit nama-nama jejaka pilihan mereka kepada Chouji.


Setelah pentas kosong, Ino pula kembali naik ke pentas dan mengumumkan, “Peserta kita kat belakang dah tak sabar, dan mereka semua gementar. Tapi kita ada maklumat untuk para pembida kita Chouji. Apa dia ya?”


“Ya Ino, semua peserta telah diberikan nombor giliran masing-masing dan kita akan lelong seorang demi seorang. Para pembida di bawah sana, anda perlu ada paddle pingpong macam ini,” kata Chouji sambil menunjukkan sebuah paddle sebagai contoh. Pada paddlenya tertulis nombor 4.


“Di atas setiap paddle ni ada tertulis nombor. Jika tak ada boleh daftar dengan petugas di pintu masuk. Lelongan akan diberi kepada pembida paling tinggi.”
“Ok, Yeah!” jerit beberapa pembida dan Chouji menunjukkan simbol bagus kepada mereka.


“Eh, kami tak ada paddle tu,” terdengar rungutan seorang gadis.


“Sila cepat daftar, kita akan mulakan lelongan nanti,” ujar Ino apabila dia mendengar kata-kata gadis itu.


Hadirin lain yang mendengar hanya tergelak dengan karenah peserta itu.


--------------------------------------------------


Sakura menghabiskan saki air jus di dalam gelasnya sebelum mengangkat beg tangannya daripada kerusi di sebelahnya dan terus membuka beg itu.


“Nah, satu untuk kau dan satu untuk aku,” kata Sakura.


“Ah, aku pun kena bida?” soal Naruko.


“Mestila kau kena, aku selamatkan Itachi, dan kau kena bida sampai dapat si Sasuke.”


“Tapi, mana aku nak dapat duitnya?” soal Naruko kaget. Dia hairan dengan Sakura, biar betul kawannya ini? Mana dia ada duit banyak. Dalam walletnya hanya ada sekitar 5000 yen.


“Jangan risau pasal duit, mama-mama mereka dah settlekan. Kita ditugaskan untuk menyelamatkan anak-anak kesayangan mereka daripada dibida wanita pemangsa.”

“Tapi?”


“Jangan risau Naruko, strategi ini pastinya berjaya. Kau ikut sahaja rentak aku.”


“Ah?”


“Dah, habiskan kek tu dan kita ke pentas sana. Mereka hanya akan mulakan acara apabila aku berada di sana.”

“Aku takde selera,” Naruko berkata sambil melihat pada paddle yang masih di tangan Sakura. “Kalau begitu jom je la kita ke pentas,” kata Sakura sambil tersenyum lebar.


Malam ini Inspektor Uzumaki yang tegas dan berani hilang dan diganti dengan Naruko yang agak gementar dan lurus bendul. Apa sudah terjadi?


Di atas pentas Ino mengumumkan cabutan bertuah seterusnya, “Seterusnya nombor bertuah ialah 117, 247 dan 171.”


“Jangan lupa untuk mendapatkan hadiah di kaunter pendaftaran, hanya serahkan slip cabutan nombor ya. Dengan itu tamatlah acara cabutan bertuah kita dan kita ke acara lelongan!” jerit Chouji.


“Music please,” kata Ino. Muzik romantik yang dimainkan dengan perlahan sepanjang malam tadi berhenti dan digantikan dengan muzik rancak. Ino dan Chouji mengeluarkan sepasang spek hitam dan memakainya. Hadirin menyorak kegirangan sehingga Naruko perlu menutup telinganya.


“Ya Ino, kita akan mulakan majlis dengan siapa ya?”

“Kita mulakan dengan Uchiha yang baru sampai, dia paling lambat tapi rezeki dia jadi orang pertama, sila ke pentas Shisui Uchiha.”

Sakura dan Naruko berhenti tidak jauh daripada pentas. Sakura menepuk tangan bersama-sama dengan para hadirin lain, manakala Naruko yang masih terperanjat hanya menepuk tangan tidak bersemangat.


Naruko berasa resah bagaimana dia akan membida Sasuke, macam payah saja fikirnya. Sasuke pasti banyak peminat, mungkin dia akan kalah dengan mereka. Apa akan jadi jika Sasuke berjaya dibida wanita pemangsa, pasti dia akan marah kepada Sakura dan mungkin mereka akan marah gile dengannya nanti.


Sedar-sedar sahaja Sakura mengangkat paddle ping pongnya dan menjerit, “30,000 yen untuk Shisui!”

Naruto terkebil-kebil, bila masa pula acara lelongan itu bermula. Sebenarnya dia yang terlepas kerana banyak sangat berfikir.


“Ya, Cik Haruno sudah memulakan acara, 30,000 yen untuk Shisui Uchiha, ada siapa mahu mencabar?” isytihar si Ino.


Naruko hanya ternganga mendengar jumlah itu. Jumlah lelongan itu bukan sikit, malahan sama banyak dengan gaji seorang pekerja am fikirnya.


“Kita kena mulakan dengan jumlah yang tinggi, semua yang datang di sini mampu bayar,” bisik Sakura pada Naruko, memberi penjelasan.


“Apa kata kau bagi mereka cabaran beb?” perintah Sakura. Dia lalu memaksa Naruko mengambil paddle yang diabaikan tadi dan mengangkat tangan Naruko.


“Ah Naruko Uzumaki, saudari mahu membida?” tanya Chouji daripada atas pentas.


“Saya bida, 40,000 yen!” jerit Naruko tanpa banyak fikir.


“Yeah, 40,000 yen untuk Shisui, ada lagi?” tanya Chouji.


Sakura tergelak sebelum menarik tangan Naruko kembali ke bawah, “Tengok mudah sahaja caranya, Sasuke akan dilelong selepas enam orang lagi, so kau bersedia sahajala. Aku nak terus bida Shisui ni, kau bersedia ya.”


Setelah membida beberapa kali Sakura berjaya membida Shisui dengan bidaan 111,111 yen. Naruko terus berkerut dahi sambil hatinya mengeluh panjang memikirkan tugas bidan terjunnya untuk membida Sasuke sehingga berjaya.

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah