Pages

Lagi beberapa hari lagi nak merdeka dan puasa

Dalam kesibukan nak pilihan raya di permatang pauh, olimpik, tilawah Al-Quran dan maha, aku kadang2 terlupa hari merdeka nak dekat. Momentum ingatan tu menghentam jiwa bila ternampak bendera malaysia gantung2 kat tepi jalan di sekeliling ofis aku. Masa ni la terfikir oh aku tak rancang lagi nak buat aktiviti patriotik apa tahun ni. Tahun lepas duduk kat rumah je masa malam merdeka dan pagi Hari M tu. Tahun ni nak pergi dataran merdeka pagi 31 ogos tu dan join sekaki apa2 sambutan yang dorang buat kat situ. Untuk pra-sambutan malam ni nak gantung bendera malaysia kat tingkap luar rumah iaitu bendera sama yang juga digantung tahun lepas. Dan nampaknya setakat ni rumah lain tak de gantung lagi. Biar kami jadi yang pertama.

mamamiahereigoagainmymyhowcaniresistyoumamamiahereigoagainmymyhowcaniresistyou

Ni memang sesi bitching sebab aku rimas glerr dengan minah sorang ni.

Senarionya: Aku gi satu expo besar ni dan aku tau dia plan nak pergi juga so aku call dia, tapi dia tak jadi pergi sebab dah ptg sangat alasannya.

Lima minit lagi dia call balik. Dia suruh aku beli satu item ni. Semua orang yang gi event ni juga sibuk beli item ni. Murah dan kualiti la sebabnya. Aku kata tak cukup duit la aku nak beli item tu. Balas dia, takkan tak cukup duit kot. Pinjam la kawan ko ke apa.

Aku terus hangen and fikir, banyak cantik ko nak order2 aku sesuka ati ko and aku terus tak belikan dia item itu padahal aku boleh sangat pinjam ongkos sesaper utk gi beli. Secara terang dan nyata aku kata aku tak boleh nak beli tapi suka2 ati dia je nak pakse. Kebulur sangat ke ko nak item itu hingga aku mesti dapatkannya walau apa jua...

Tolonglah aku tak sudi nak lakukan sesuatu itu kalau ko buat taktik paksa2, rimas tau. Even makcik rambut baru pun tau limit nak paksa2 aku. EEEEEE, baru habis geram.

mamamiahereigoagainmymyhowcaniresistyoumamamiaahereigoagainmymyhowcaniresistyou

Hari ni ofis aku buat potluck sempena farewell beberapa offismate aku. Aku mensedekah air oren dan air batu yang dibeli pagi ini daripada koop ofis. Bukan selalu dapat bekerjasama macam ni. Farewell to miss A - tercapai gak plan ko nak masuk situ, Mr M pula ingat2 lah mesia dan dia dah siap offer jadi pemborong di US nanti dan Mr K pula yg dah blah awal berjaya juga datang ke ofis utk makan sekali.

Hello, Farewell, it's time to say goodbye aye...

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers