Pages

Kekangan nak berborak panjang di sini

Aku memulakan post pasal barangan DIY yang comel lote dan benda2 kyoot di label Kyoot Khamis kerana aku dapati bahawa kadangkala aku tak update blog lebih seminggu. Klise la kalau nak update dengan "lamanya tak update sebab sibuk bla bla bla bla." maka aku ambil jalan mudah buat scheduled post yang juga mengenai topik kegemaran aku sekarang. Satu hari buat scheduled post untuk sebulan. Nantikan juga barangan DIY aku tak lama lagi.

Seminggu yang padat ini, bulan yang padat sebenarnya. Hujung bulan ini aku bakal berkursus lagi. Di Melaka sahaja tempat tumpah air sirap dan teh sebab masa sekolah dulu air berdua itu yang paling kerap dihidangkan. Dua minggu lepas aku ada ke Melaka sebab rakan sepejabat suami aku kahwin, dan ibu bapanya menetap di Melaka. Rumah si pengantin pula di bawah kaki bukit sekolah aku sahaja. Masa kenduri tu aku sampai lewat, dalam pukul 4 petang. Masa tu tuan rumah dah berkemas sebab hujan nak lebat jadi dia kena la kemas awal. Para hadirin pun tak sampai sepuluh orang.

Sedang-sedang makan tu hujan turun dengan lebatnya. Apa lagi air hujan mengalir deras la kat kaki, dah rasa macam makan atas tepi sungai pula sebab jalan raya yang menjadi tapak khemah tu landai (sloping u all). Air setinggi 1 cm agaknya mengalir langgar-langgar kaki aku. Selepas makan duduk lagi tunggu hujan reda. Mulut pula duk meratah kek dan isi perut goodie beg yang dia bagi. Aku pas satu bunga telur kat anak aku sebab nak hiburkan dia tetapi dia pergi baling atas jalan, maka basahlah benda tu. Aiyohhh anak. Aku bawak la masuk kereta juga tapi aku buang telur yang dah retak tu.

Minggu depan kawan sekolah aku akan mengadakan majlis kenduri dia di Shah Alam. Ala dekat2 dengan Syed Seksyen 8 tu. Kalau datang silap hari pun tak apa sebab konon aku hafal sangat la kawasan itu. Aku pernah duduk situ malahan suami aku pun pernah duduk situ. Kiteorang cek, memang pernah duduk aku dan Pyan pernah duduk situ pada waktu yang sama tapi tak pernah terjumpa pun. Belum jodoh kot masa tu.

Oklah, aku nak memfokus tenaga kepada Nanowrimo yang tak berhabis ni. Ada kemungkinan nak lanjutkan jadi December Writing Month pula. Kita yang buat dia ekkk. Tata.
  

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers