Masleha, berhenti daripada membelek telefon bimbit (telefon bimbit sangat ubiquitos sekarang, tak logik kalau tak masuk dalam cerita fiksyen), dia tetiba rasa macam tidak sedap hati. Sebenarnya dia sudah merasai ketidakkeyakinan ini sejak seminggu lalu namun kerana dia banyak kerja dan hidup pula terjadi lalu dia sisihkan ke tepi. Namun apabila perasaan tidak sedap hati itu muncul semula, dia terhenti daripada hidup. Dia cuma mengagak kenapa perasan itu kembali timbul,
Masleha memang banyak hal dalam hidup, maklumlah meminjam ayat tipikal pasal kehidupan, manusia dan masalah tidak akan pernah terpisah. Satu mesti wujud pada satunya, manusia akan sentiasa ada masalah dan masalah akan sentiasa ada manusia yang menjadi penyebabnya. Jika ia bukan daripada manusia, maka ia kerana ketentuan Illahi, namun itu juga untuk menguji manusia. Maka boleh dikatakan semua masalah di muka bumi ini ialah kerana manusia. Justeru manusia dan masalah tidak boleh dipisahkan.
Bagi Masleha, jika dia mempunyai masalah dia akan fikirkan sendiri macam mana nak selesaikannya. Dia bukan tidak mahu luahkan masalahnya kepada orang lain, jika ada peluang dia ingin sekali menceritakan segala yang terbuku di hatinya. Namun, tiada tidak mampu mempunyai kawan, mahu pun mendapatkan perkhidmatan pakar kaunseling. Maka, Masleha buat apa yang dia selalu buat. Berfikir sejenak apa yang berlaku padanya sejak seminggu lalu.
Mungkin jawapannya ialah balik kampung jumpa ibu, dah lama juga dia tak balik kampung. Rasanya ada 40 minggu, sejak dia melawat kakaknya habis berpantang tahun lalu.
......... to be continued and edited
Wonderful Wordy Wednesday
3 days ago
0 comments:
Post a Comment