**To be edited and continued in the future (wish me luck)
Kareena melihat aku dengan lama. "Selamat tinggal awak, awak dah tiada apa untuk berikan pada saya. Selama ini, apa yang awak dah beri, saya ucapkan terima kasih."
Air matanya menitis. Namun dia sapu dengan tisu yang dipegangnya sejak dia masuk ke dalam restoran 20 minit lalu.
Aku tidak pasti dia menangis kerana perpisahan ini atau dia sedih kerana terpaksa meninggalkan anaknya dengan ibu aku. Kareena kata, selepas kami berpisah dia akan menyambung pelajaran dan dia bersetuju untuk meninggalkan anak tunggal kami selama setahun dengan ibu mertua.
Kareena ada hubungan yang ngam dengan ibuku, namun tidak pula dengan aku. Aku hanyalah rakan yang pernah dia cintai dahulu, namun tidak lagi. Semuanya kerana Kareena terjumpa whatsapp aku kepada wanita itu.
Aku mengenali Saleez ketika kami berkursus tahun lalu. Dia sebaya denganku, 35 tahun dan belum berkahwin. Dia kata aku lelaki yang prihatin kepadanya, jarang dia punya rakan lelaki yang mengambil tahu dirinya sebegitu.
Aku sebenarnya bukan mahu sangat berkahwin dengan Saleez, namun kekerapan bertemu dengannya dan perhatian yang dia curahkan pada aku membuatkan aku rasa dihargai.
Kareena tidak mengabaikan aku. Walaupun dia tidak tahu masak, jarang mengemas rumah - siapa larat mahu mengemas rumah setiap masa jika ada anak kecil berusia 3 tahun yang sedang lasak. Aku pun menyapu rumah tiba hujung minggu, waktu-waktu lain aku hanya mengutip sampah-sampah besar dan kumpul dalam plastik. Aku sedar tiada suri rumah yang sempurna, namun sejak anak kami semakin membesar, Kareena kerap melahirkan rasa tidak puas hatinya pada aku. Bukan cara bercakap lembut, malahan menengking-nengking. Dia kata aku kerap menyatakan perkara-perkara kurang tepat kepadanya.
Pernah suatu hari aku katakan padanya, bahawa dia tidak bekerja pada hari Ahad, maka dia tidak sepenat aku. Sebaik sahaja aku berkata begitu, Kareena terus mengangkat anak kami dan masuk ke bilik. Selepas itu dia keluar semula dan pergi ke ampaian untuk menyidai baju, dia bercakap dengan kuat "Biar yang tidak buat apa-apa pergi tidak menyidai kain."
Selesai menyidai dia pergi ke dapur dan mula mencuci pinggan mangkuk. "Biar yang tidak baut apa-apa mencuci pula." Aku lihat sahaja dia bersikap sedemikian. Bukan hari itu sahaja dia sentap denngan ayat-ayat aku, malahan dia sering sahaja sentap. Kerana dia kerap sentap, aku menganggap itu antara perangai normalnya. Hinggalah satu hari...
Wonderful Wordy Wednesday
3 days ago
0 comments:
Post a Comment