Tuesday, February 14, 2012

Cara simpan susu tanpa cooler beg

Hari ni baru dapat tips kalau gi kursus kat camp site mcm Endau Rompin dan ada sungai je. Maknanya tempat yang xde peti ais dalam tempoh terdekat kena simpan susu dalam raga (letak pemberat) dan simpan dalam air sungai.

"Bakul yg lubang2 atau raga so air sungai tu boleh lalu dan kena botol susu tu. susu perahan kan bleh tahan 48-72jam kat bahagian bawah petiaias. sama ja ngan sungai. mmg bleh tahan 3 hari. ni kak roy d ppum yg ajar. Cuma masa nk balik tu kena ada coole bag la. mmg sejuk. nak nak dlm hutan."

-

Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan ibu yang kena gi kursus masuk hutan ni.

Wednesday, February 08, 2012

Terkenang sakit beranak

Sakit nak beranak memang tak boleh menandingi sakit-sakit biasa. Aku tak berkesempatan lagi nak tulis pasal pengalaman beranak. Walaupun aku beranak sakit half way tak all out sebab tak teran tapi nak gaj cite. Sekarang ni aku memang ada rasa ngilu sesekali kat tang caesar tu. Lemak pregnancy pun dah mencair smpi boleh rasa jahitan bahagian dalam. Kadangkala bila dipeluk secara ganas sakit oooo sebab parut tu kan tegang jadi bila ditarik kiri kanan sakit le. Setakat lepas beranak ni aku takde beli seluar baru sebab ada beberapa seluar aku yg saiz besar kena pakai tali pinggang. Tapi sekarang pakai tak payah guna tali pinggang. Jimat la kan, tapi yang penting sekali aku muat lagi pakai seluar kaler pink beli kat bandung. Oh lupa masa baby 2 bulan aku ada beli skirt labuh utk ke pejabat, saiz XXL gitu. Tu sekali je la beli kaki wear. Baju pulak aku dah insaf beli. Haha tipu la, selepas beranak ni aku beli 1 baju kebaya, 1 baju nursing and 2 blouses. 2 beli online 2 beli kat kedai sebab adik aku ada sekali. Sementara itu aku tengah nak menghabiskan let go baju-baju lama aku. Banyak yang elok lagi tapi sebab dah boring pakai so nak let go la. Kalau ada masa aku upload sini. K babai.

Thursday, February 02, 2012

Sejak ada iphone4

Sejak ada iphone aku.....

1. Mesti mahu check fb and rss feed blog sehari 4-5 kali.

2. Baca akhbar kertas sudah jarang-jarang, kadang-kadang. Tapi akhbar mobile pun tak sempat hendak baca jugak hahahaha. Tapi boleh baca dalam bergerak la, tak perlu singgah kedai jika hendak ketahui berita semalam.

3. Boleh cari idea gambar2 menarik untuk
- inspirasi amek gambar event
- verangan diy craft
- picture 4 work

4. Kalau tiada internet connection tapi perlukan gambar tertentu maka surf safari, save pic yg nak tu dan save dlm computer. Lps tu cucuk usb dan download ke pc. Lps tu place le dlm photoshop document.

5. Boleh draft blog dalam notes dengan qwerty board smbl tunggu apa-apa yg nak datang. Blog sebelom meeting, on the way blk rumah, smbl tunggu anak menyusu nak titon, atau surfing smpi tido.

6. Beli tiket gsc. Haha ni lama x buat.

7. Boleh tengok rtm di mana-mana. Caranya just browse ke www.rtm.gov.my dan akan keluar mobile version web RTM. Mula-mula tu keluar logo RTM Mobile and klik je atas logo sebesar skrin tu, dan dia akan ke main menu. Kat main menu pilih TV kalau nak tengok TV - ada TV1, TV2, TVi dan Muzik Aktif. Kalau nak dengar radio ada 9 radio boleh dengar - ada KLASIK NASIONAL, NASIONALfm, TRAXXfm, MUZIKfm, AIfm, ASYIKfm, SUARA MALAYSIA, MINNALfm dan KLfm.

Untuk pengetahuan anda siaran MUZIK AKTIF dan MUZIKfm hanya eksklusif online je, dedua takde kat tv.

8. Jadi aktivis breastfeeding amatur setelah mengumpul maklumat melalui iphone semata-mata semasa dlm pantang.

9. Sakit tengkuk sbb asyik tgk skrin phone aje yg memerlukan utk menunduk kan.

10. Tak pakai jam tangan pun tak apa sbb boleh refer pada skrin pong. Lagipun jam dah longgar selepas bersalin.

Dah sekian. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Friday, January 20, 2012

Nenek dan cucu

This is my son Mikael and his maternal granny




He was 2 months and 1 week day in the pictures. Our neighbourhood sponsored a Raya Makan-makan and I was back in JB before starting work that day.




I love 'em both.


Love you!!!!!!!!!

Monday, January 16, 2012

Jobby wobby - murah pun dapat jugela rejeki kan.

Intro dulu yer. Bulan depan ada dua job amek gambo menanti.

SATU dinner parteh kompeni kawan aku kat sebuah restoran. Bajetnya kecik, so dia minta aku rekemen photographer tahap junior pun ok sbb nak bayo murah aje. So aku rekemen kawan aku sbg lead pixgirl. Bajet less than RM400 untuk 4-5 jam punya keje, nak portrait untuk 60 orang, siap editing. Perggghhhhh tapi aku amek je :P. Maklumlah kawan aku dan aku photographer humble, job kecik pun amek je. Aku kata ko edit 30 aku edit 30m settle la, guna je photoscape. Hey you, photoscape pun juling biji mata tau edit. Daripada segi lokasi jimat la tambang sbb dekat je dengan rumah aku.

Sekarang ni aku suka jadik no 2 je sebab kamera aku key oh skang. Tengok la repair ke atau buat hutang baru kat kedai beli baru. Nak beli cash hmmmmmmmmmmmmmm. Nak beli seken hand entah la ek, macam x seswai je lagi.

DUA, besday parteh anak lily. Aku tak tanya dia lagi nak album sekali ke macam mana pulakkan. Tapi yang ni konpem boleh bawak anak so rilek lagila.

Alhamdulillah laku lagi skill photographerku ini :)

Sepanjang aku preggie and beranak ni dah 4 wedding aku amek gambo, tapiiiiiiiiiiiiiiii semua sedara mara belah laki aku. Bayo upah boleh la buat bayar bil tepon and balik kampung. Kalau tak sedara mara tak nak kot amek. Sebabnye bile sedara mara, of course nak minta price murah-murah, tapiiiiiiiiii anak boleh bawak sekali and ramai tukang jaga. Tambang dicover beramai-ramai (walaupun macam aku jugak je yang bayo tambangnya).

Bila wedding sedara ni boleh borak2 sambil belek gambo, takyah buat muka tekun sooo into the job, bleh pas kamera kat sang suami sebab mak andam suruh makan beradab dengan pengantin. Masa tu mak sedara semua dah siap makan kat khemah tetamu so khemah pengantin makan kosong. Tepat dua jam anak merengek nak menenen boleh bawak lari masuk rumah/kereta bagi susu dalam kereta.

Hehehe nampak macam banyak main-main aje kan aku kat kenduri kahwin ni. Tapi banyak la menunggu dalam amek gambo ni. Tunggu pengantin mekap, tunggu pengantin pakai baju 13 lapis, takkan nak join sekaki tengok pengantin berpakaian kan. Pengantin makan kita lepak dalam 30 minit ada. Pengantin pulak lepas bergambar dalam bilik, atas pelamin, depan rumah nak buat outdoor sikit dah penat, kita yang mencangkong, meniarap, berdiri balancekan diri atas tilam empuk, pun masih bertenaga dorang dah kiokkk. Maklumlah nama je pengantin walhal berhempas pulas 2 bulan sebelum tu rancang majlis mana tak penat. Semasa bergamabr pun berenti kejap sebab nak bermesra dengan tetamu yang datang dari jauh-jauh tu. Natijahnya aklau dah tau flow majlis taula bila nak adjust masa untuk menyusukan anak tu. Takdela time pengantin nak bersanding pun nak la sibuk menenen anak. Time pengantin tukar baju nikah ke baju pengantin sambar anak bagi makan. Time penganten babai babai dengan family sebelah lelaki nak balik dah pun sambar anak. So by the time pengantin kata ok kami dah ready nak amek pic, maka aku pun ready.

Yang tak best amek gambo sedara mara ni bila tolak kos album and minyak ke rumah dia macam cukup untuk makan Nando's je, semua nak murah. Sebab murah la amek la familia kan. Payment pun liat juga nak bayar tu kadangkala walaupun mahal lagi amek lesen L. DVD dah bagi pun selalunya tu yang pelahap nak duit juga hahaha.

Last wedding aku amek masa Krismas dulu. Anak aku bapak, datuk, nenek dan makcik2 dia yang pegang. Dari jauh aku nampak dia ok je memula, lepas 2 jam nangis kepenatan. Masa tu pengantin tengah makan and suami aku amek picca pengantin and akwan2 dia, aku pula tengah makan lauk penganten. Bagi susu, tepuk2 sikit, bagi ayat-ayat manis - "darling ibu amek gambo kejap" ok la kot.

Kenduri masa tu tetiba aku kena jadi organizer event pulak. Masa lepas nikah ada orang tanya aku, "Tak ada amek gambo pengantin sarung cincin ke?" Aku kata entah, ikut pengantin kot. Masa bersanding ada sesi merenjis tapi bunga telur xde orang bagi kat tetamu yang merenjis, ahkak juga yang kena suruh pengapit buat.

Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.

Akak ni dah boleh jadi wedding planner u olls. Macam dah terhapal aliran majlis orang Melayu ni. Esok akak pun dah bertukar usia jadi 30 drpd late 20s, boleh la akak tambah profession jadi wedding planner wannabe pulak ye.

Walaupun akak agak gagal jugak amek gambo orang kawin ni kalau sorang2, tapi akak rasa okla akak amek gambo kalau murah-murah nyer job. Kaang mahal kang nak skill tahap dewa pulak. Itu akak kena lebih pikir dan brainstorm selalu la untuk dapatkan idea lepas ni. Penat la refer internet je utk idea gambor - Hina tak aktiviti ini??? Boleh kata lepas beranak urat putus maka tak mampu den nak ingat apa posisi yang den dah plan malam sebelum tu?

Yang penting lps ni walopung sedara mara - aku, eh dah kembali jadi aku. Aku nak caj lebih RM500, dan tak termasuk minyak ye. Tak nak sudah. K thanks bye!

Lu sayang gua????

Friday, January 06, 2012

Plan minda 2012

New year selalu aku sambut dengan macam-macam perasaan. Tahun ni xde rasa apa sangat malahan rasa macam biasa. Malam tahun baru aku tido buat countdown dalam mimpi.

Aku memang la suka nak gi count down, gi jerit2 10 menurun sampai 1 dan ucap jerit ramai-ramai HAPPY NEW YEAR! Tapi tahun 2013 kot buat macam tu, anak pun dah besar boleh angkut pergi mana-mana tempat yang nak lepak tu.

Bila dah usia nak jejak 30 ni tak rasa apa. Yang magiknya rasa makin muda lagi ada. Satu sebab orang duk mengomen kata aku nampak muda la, makin kurus la (dah pasca beranak haruslah kurus balik) huahahahhah. Serius rasa macam 29 aje. Maybe selama-lamanya rasa usia 29 kot. Atau selama ni aku nampak usia 30 dan bila makin tua sebenarnya usia statik je nampak.... Hahaha apelah payah2 nak pikir. Perdevilkan aje benda alah tu.

Sebab tu ka kan orang kata age is just a number. Hanya kerana aku dah berusia 30 tak de maknanya dan dan itu masuk acuan usia 30. Seriusly ada ke kriteria tertentu usia 30 ni? Usia 30 ada cara dressing macam ini ke? Patut usia 30 dah kena ada A, B dan C ke? Patut usia 30 dah gi haji? Uuuhuhu itu x mampu lagi den nak pergi.

Sempena tahun baru ni aku nak pasang azam lama balik. Antaranya ialah nak round Malaysia, dah gi negara seberang tapi xde pulak round Malaysia. Nak gi Kelantan gi tengok pasar dia, nak gi penang gi sedut bau buku lama kat Chowrasta and nak gi Sabah untuk tengok Gunung Kinabalu. Kalau gi over the sea nak gi melawat sedara mara aku kat Bukit Tinggi Indo atau gi Cornwall lawat sepupu-sepupu aku dan anak2 mereka. Nak gi Indo mungkin boleh tapi nak gi Cornwall macam x mampu lagi. Eh, mana tau menang apa-apa pertandingan ke sana kan heheh.

Impian kecik-kecik nak teruskan breastfeed anak aku lagi setahun ni. 18 jan ni genap dia 6 bulan aku exclusively breastfeed sajer. Harap-harap berjayala menyusukan dia sampai 2 tahun. Dah boleh kenalkan makanan pejal... Pergghhh masuk dunia makanan bayi pulak lepas ni. High chair dah beli tapi x ada lagi set sudu, mangkuk ataupun peralatan memproses makanan. Nak kena ada slow cooker kah? Masak bubur malam ni, esok dah siap walla!

Bulan ni nak setelkan lesen L gua. Kena gi exam dia within bulan ni gak so februari boleh proceed dengan P dan rampas kuasa CCV dan paksa rela la Pyan kena naik AEL dia balik hehe.

Lain-lain impian buat seadanya dan akan aku update setelah berjaya buat. InsyaAllah. K bye!
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Sunday, January 01, 2012

Drama Melayu : Bercerita pasal Tentang Dhia, Dingin Lavenda dan Ombak Rindu

Tentang Dhia pun dah habis kan dan ramai yang marah dengan ending cite tu. Part ending aku x tengok tapi aku layan kadang kala sebab dah sampai rumah letih tengok tv kejap la. Apa yang aku dapat catch up cite dia banyak betul aktiviti membomoh orang. Sampai rasa macam nak letak tajuk situ Tentang Dhia : Mari berbomoh. Masa ending cite tu aku baru balik dari mana tah so belek facebook (fb) ramai yang keciwa ending dia. Kalau agak-agak rajin bolehlah aku belek kat tonton nanti episod akhir.

Semalam aku lepak2 dengan family and semua dah tido. Penat agaknya seharian servis kete la, laki aku gi meeting la, aku je la yang belek tv maka terlayan Dingin Lavender pulak. Cerita dia ok untuk dilayan sambil2 lipat baju.

Aku suka watak si Zarina aka Murni yang insecure gila. Sangat pelik tapi normal la ada spesis pelik macam tu. Cuma yang pelik lagi bila dia dah pecahkan pasu si Nana dan siap marah-marah dan ancam jangan rampas kawan baik dia. Kalau aku jadi Nana tu aku dah pindah bilik atau jauhi Murni. Gila psiko minah tu tak stabil langsung.

Dia jeles dengan Nana sebab kaya, cantik dam diminati ramai. Dia pula miskin dan kawan-kawan lelaki dieorang pun x pandang dia. Tapi lagi pelik bila si Murni tu jeles dengan bespren dia sendiri lakonan si Eira Syazira sebab baik dengan lecturer dorang. Dia siap tuduh bespren dia curi attention lecturer tu walhal tau yg dia suka gile kat lecturer tu.

Peh, sekali aku layan drama memang x ingat. Tapi drama bersiri kat Malaysia ni senang nak catch up. Tengok lompat2 pun ok. Dia x de subplot banyak2 mcm drama latin.

Hari ni lepak rumah sedara Pyan (mere hubby) tengok Ombak Rindu. Layan separuh je sbb lg separuh dvd dah kejung. Dan dan anak nangis so layan la syusyu sampai dia tido (smbl blogging ni)

Biasa je lakonan si Maya Karin yang dorang sibuk sangat kata best tu. Okla nak gi baca review ombak rindu. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Mereka Menyinggah

Followers

Related Posts with Thumbnails