Pages

Water colour painting - wanna do it, wanna do it!

I made a return back to drawing after being mesmerized by an instagrammer. 
Here's her Tumblr.

And because I was fired up, I googled for some tutorial. Looks easy peasy. What I hated most about water colour painting is the learning process. Learning to paint is such a kick ass process, of course everything hurts when you are in the learning phase. Plus when you use too much water and the paper thins and eventually tore apart.

Here's an idea of water colour panting. Really diluted colours.



NaNoWriMo2016

'8 years as a member' katanya.



Tapi satu story pun tak ada. Semoga tahun ini ada peluang menulis.
Amin.

Dreams are meant to be forgotten... tajuk sedih.

Ok tajuk bombastic inggeris manakala posting bahasa melayu okay. Sepuluh perkara dalam minda.


1. Sambung belajar

Awal March haritu aku dah berkobar nak sambung belajar ambil grafik secara sambilan. Tapi ada beberapa kekangan dan aku rasa aku sambung tahun depan sahajalah, sebab tujuan aku sambung belajar lebih kepada nak menambha ilmu berbanding nak memanjat tangga karier. Rezeki takde, ohohoh. So sekarang tengah menabung nak tunggu cukup perkhidmatan sepuluh tahun dan cuba-cuba mohon sambung masters secara sambilan. Ye tahun ni cukup aku kerja sepuluh tahun, selamat ulang tahun ke 10.



2. Fanfiction

Minggu ini tak dan nak nulis fanfiction. Ada sorang anonymous commentator ni suka benor suruh pegi mati, tapi aku tak pahamnya sebab sangat konsisten dalam mengomen. setiap kali aku masuk bab baru kemain mengomen, tapi aku buat bodo sebab ada yang komen kata story ok cuma lambatnya la storynye proceed. Bagi yang dah biasa dengan fanfiction anda akan dapati story2 depa punya teaser bab satu gempak kemain. Aku masuk bab 8 baru story sebenar nak start.


3. Senam u olls

Office mate aku masuk kerja hujung tahun 2015 selepas bersalin. Semalam aku berborak dengan dia mengenai aktiviti berenang dia dan member2 dia setiap Rabu dan Jumaat. Aku tanya dia ada kurang banyak berat ke? 

Dia tanya aku balik "Akak rasa saya ada nampak berbeza ke?"

"Ada. Dulu ko nampak puffy, sekarang nampak slim sikit."

So dia cerita kat aku bahawa selepas dua bulan lebih dia dah kurang sebanyak 13 kilogram hasil berenang dan lain2 senaman, oh dan semestinya jaga makan.

Waaa aku kagum. Aku ni sejak drive (aka semua tempat pergi nak naik kereta) dan gaya hidup duduk di pejabat hampir 7 jam sehari, bertambah sebanyak 4 kilo balik. Maka mulai esok aku nak pergi berenang kat kolam rumah aku, walaupun hakikatnya aku tak reti berenang dan hanya pandai terapung huhuhu.


4. Anime untuk anak-anak

Aku dah kembali melayan anime. Sape kata anime untuk anak-anak sahaja, mak-mak pun layan tau. Sejak dalam pantang 2014 aku terikut Slugterra, mungkin bakal terikut2 strok dia. Ok, so memang aku sebenarnya tak pernah berhenti melayan anime. Sejujurnya kalau aku tak tengok anime, aku baca komik keluaran tempatan yang kebanyakannya pelukis kat majalah Gempak Starz. Sekarang aku duk membaca fanfiction berdasarkan watak2 anime, dan walaupun aku terpaksa melangkau langkau adegan-adegan yaoi tapi aku gigih baca sebab depa penulis bagus2. 


5. Berenang

Alhamdulillah ada voucher Metrojaya laki aku dapat tahun lepas tak terspend lagi, so aku gi tapau swimming suit kat MidValley aritu. Of course la aku pergi tanpa kaum family tapi dengan office mate, dorang ke mana entah, aku pula ke kedai. Nak cari yang muslimah sampai tiga ratus rege, so aku beli yang rege rm125 cap ogilvy kot, tapi baju berenang sahaja. Jimat duit aku seratus lebih. Aku nak kene cari swimming pants yang selit tengah2 kotak-kotak yang belum diuruskan sejak berpindah. Beli masa pergi Gambang, kan skema so beli la seluar mandi rege RM30. Aku sebut kat sini harga-harga jadi tak payah korang tertanya-tanya berapa rege baju berenang. Haha, konon informatif. 


6. Comic Art Festival Kuala Lumpur

Tarikh tutup 8 April 2016. Sekarang dah 6 April, nak join tapi tak apply borang lagi. Ok bye.


7. Blog.

Aku masih kental menjadi blogger, tapi mungkin tahun depan cari domain ke kan. Mungkin aku patut donload blog ini jadi buku digital. Boleh ke?


8. Melukis

Anak aku dah menurun perangai melukis, dan juga mewarna, tapi aku tak minat mewarna. Aritu aku lukis rerama berdasarkan sebuah lukisan atas kotak pensel warna tu, dan dia warnakan. Skim warna hampir sama cuma kepak atas dengan kepak bawah punya warna terbalik. Bangga makcik.


9. Cuti-cuti

Aritu husband aku ajak aku bercuti, aku malas sebab cuti sekolah. Minggu depannya aku malas so round KL je, haha melampau kan. Dia pun tak de idea nak pergi mana sebenarnya dan sekarang kan tengah musim panas. Minggu depan pula setelah aku beli swimming top tu pergi berendam kat kolam rumah aku. Wahahah bestnya, anak aku yang prasekolah tu memula menangis tak nak. Tapi bila dah masuk, sampai tak mau pula keluar daripada kolam.


10. Model aku, tak ada alasan tak ada rujukan lagi.

Tadaaaa



Ok ini RM20 tolak beberapa sen, beli di Art.friend Gardens MidValley. Konon nak melukis sebab konon nak jadi indie artis. Ada minah aku jumpa kat Visual Arts Expo aritu, dia usia dah 36 baru nak mengejar cita-cita menjadi mangaka. Tapi dia kene berusaha keras sebab dia tak de bakat semulajadi melukis. Ada sesetengah orang tak ada bakat melukis tapi dia berlatih gigih, ada spesis macam aku yang ada bakat cepat belajar tapi malas melukis. Tahniah kepadanya. Keji tak aku mengaku aku pandai melukis. Nanti posting seterusnya aku akan bagi beberapa bukti.

Ok bye. Jumpa minggu depan.


hELLO

hELLO
:D

Followers