skip to main |
skip to sidebar
Pada suatu hari anak katak pergi lompat2 kat tepi sawah dan nampak seekor lembu. "Besarnya haiwan ini! Tak pernah aku tengok haiwan sebesar ini. So aku kena balik cite kat ayah ni."
Lalu si anak katak pun cepat2 lompat balik ke rumah. Sesampai je di rumah dia terus cite pada ayahnya.
"Ayah, Ayah!" Jerit si anak dengan nafas yang mengah.
Bapa katak yang tgh surf internet tanpa menoleh pada anaknya berkata.
"Kenapa mengah sangat ni?"
"Ayah, tadi kat tepi sawah ada seekor makhluk sangat besar. Lagi besar dari ayah!"
Bapa katak menoleh ke arah anaknya kerana tertarik dengan kata-kata anaknya. Lalu bapa katak bertanya "Ye ke? Kau pasti ke anakku?"
"Pasti ayah! Tapi ayah takyahlah nak kembungkan perut dan cuba untuk menyamai saiz haiwan itu sebab ayah hanya akan meletup saja akhirnya."
Mendengarkan kata-kata anaknya bapa katak berkata "Kurang ajar punya anak, daripada layan kau baik aku layan Internet aje.Dah, pergi keluar dari sini." Kata bapa katak dengan bengangnya.
0 comments:
Post a Comment