Pages

minggu yang bizi

--- PRU12 ---

Dah seminggu berlalu semenjak pilihan raya umum ke-12. Tetapi masih banyak juga poster dan kain rentang wajah dan lambang ahli/parti politik yang belum diturunkan. Kalau tak silap aku mereka diberi peluang sampai awal minggu depan untuk ambil bahan promosi mereka. Bagi bersih sikit malaysia ni ye tuan-tuan dan puan-puan politik.

Dari rumah ke ofis, dari kantin ke blog dan frenster kami sebagai orang awam duk bercakap pasal keputusan pilihan raya. Keputusan pru12 kali ini memang mengejutkan dan keputusan ini menyebabkan ada yang berkata "Rakyat Malaysia semakin bijak." Adakah selama ini rakyat tak berapa pandai sebab sokong parti lain? Aku rasa rakyat semakin berani mencuba, bijak tu payah nak cakap sebab kena tengok hasil parti yang menang baru boleh kata pengundi ni bijak ke tak. Tapi entahlah apa yang menjadikan pengundi bijak, sesape tulun bagi pendapat.

Bila aku baca akhbar kadang2 rasa terusik dengan perkataan parti yang 'menang'. Perkataan menang macam dapat benefit untuk diri sendiri je. Ibarat bukan rakyat yang menang tapi parti itu. Kalau begitu nak guna perkataan apa ah? Aku kena pikirkan ni nanti.

Harapan saya kepada mereka yang menang ialah (oleh sebab I tak pergi mengundi so tak leh cakap banyak la, tapi kita kan negara demokrasi maka....) janji-janji rasional yang dibuat semasa kempen PRU12 dapat direalisasi tapi jangan gadai kepentingan rakyat Malaysia sejagat dan kestabilan negara pada jangka panjang.

Cakap pasal PRU12 ni memang penat sebab kata-kata beremosi dan kritis. Masuk hari Rabu minggu lepas je aku dah penat cakap pasal perkara ni, rasa macam nak demam pun ada. Mana panadol? I nak telan dua biji bagi reda demam ini. Bila dah kebah nak cakap pasal apa pula?

-------------------------------------------------------------------------------

--- Suda kawen ka belom? ---

Minggu lepas I pergi wedding my x school mate. Selepas event ni jumpa kawan2 lama yang tengah tunggu nak ambil pic dengan pengantin, kawan kami mempelai lelaki. Semasa sesi bermesra ni keluarla soalan faveret, "Ko bila nak kawin?" Among my friends yang datang tu sorang je dah kawin dan yang lain sama ada dah tunang atau single pingle . Di kenduri ni, I bawak my bopren yang bukan dari sekolah yang sama, and satu kawan jejaka i ni bertanya pada ku. "Ko ni bila nak tunang? Ke ko dah tunang tapi tak jemput." Jawapan aku pada dia pastila negatif, “tak tunang lagi.”

Pagi tu semasa on the way ke kantin selepas exam jabatan, juga ada soalan yang sama dituju pada aku. Akak yang bertanya ni dah kawin last year selepas empat tahun bercinta dan kini sedang mengandung tiga bulan. Syukur Alhamdulillah for her. Dia kata kawin best, ada teman rapat, that is teman ketawa dan nangis la kot maksudnya. Aku cakap kalau reason nak kawin sebab untuk ada teman bukan reason kuat buat masa ini untuk aku. Aku ada boifren dan dia dah duduk dekat juga dengan area rumah aku dan kami date bila free, rakan bersosial lain jantina yang boleh diajak massage and buat aktiviti girly seperti bershopping pun dah ada, so kahwin is not the answer for that.

Aku dan Kawin? Memang la aku nak kawin dengan boifren aku, kalau boleh sekarang ni juga. Tapi ini komitmen besar, kena preparation bagus, kestabilan and lots of moolah.

To my guy, aku tunggu dikau tau. InsyaAllah jodoh kita ada and when that time comes I hope it is for the best. Jangan risau yang, I tak desperate lagi, haha.

---------------------------------------------------------------------------------

---- Food allergy ---

Masa aku sekolah menengah dulu la first time aku dengar pasal orang allergy makanan laut sampai gatal-gatal kulit. Aku fikir allergi ni macam kemengada-ngadaan sebab aku tak pernah nampak tanda-tanda jelas yang mereka ni allergi. Mungkin alergi ni macam datang sekali-sekala je dan bukan setiap masa. Ada sorang senior dorm aku ni tak leh makan ayam sebab alah. Kealahan dia adalah kemenangan orang lain sebab kuota sorang ialah seketul ayam je. Jadi ayam dia selalu pas pada kawan-kawan la. Dapat la makan dua ketul ayam kawan tu.

Aku rajin tengok dokumentari dan ada satu kes ni pasal orang alah kacang. Satu kanak-kanak perempuan ni siap biru-biru tak bleh bernafas sebab makan kacang. Hasilnya pada peringkat ni aku cuma percaya yang orang boleh alah pada kacang je disebabkan oleh dokumentari itu.

Menjelang september 2006 aku join tempat kerja sekarang dan kami satu geng penerbit pergi ke Pangkor untuk buat program pasal industri ikan di sana. Masa ni first time aku start socializing dengan opis met ku dan masa ni juga kami makan banyak sangat sea food. Hari-hari makan ikan, udang dan ketam. Opismet aku yang sorang ni kata dia alergi sea food dan aku dengar je la. Dia nak elak makan seafood, tapi bila tgk ketam yang ditayang hari-hari pada kami siapa mampu elak. Aku tengok je la dia makan masa tu, dan aku juga makan.

Esok je dia gatal-gatal badan, kulit jari pun jadi cam sket2 kering and keluar kopeng2. Aku cam mula caya yang maybe memang wujud kot orang alergi full time pada makanan laut.

Next yearnya kita orang pergi Sarawak. Kat sana lagi hebat udangnya, fresh dan besar2. Opismet aku ni balun juga udang dan ketam walaupun katanya dia alergi. Hasilnya dia gatal-gatal lagi. Sian aku tengok dia. Masa ni aku caya la, yang alergi full time pada seafood ni realiti walaupun efek dia berbeza bagu setiap orang.

Aku ni rasanya tak de alergi pada majoriti makanan kot tapi aku tak suka beberapa makanan iaitu taugeh, timun dan jagung kecuali popcorn dan kuih bakar jagung. Dulu aku sangat tak makan tembikai tetapi selepas setahun di Tingkatan 1 mengadap buah tembikai dua hari sekali, aku telah bertukar haluan. Tetapi bagi sang timun dan taugeh, takkan aku makan selamanya.

exams

I'm mentally waking myself up for today's exam which starts at 9.30 am. The exam is for confirming my spot as a government employee. Yesterday was also another exam day, an open book test morning. Despite having thick reference books scattered on my desk during the exam I half-heartedly believe that I did well in that test. Hopefully today's tests will bring a smile to me (have any exams made me happy before?) despite me being ill prepared.

My mind is smogged in 'ngantukness' aka sleepiness. Yesterday I wasn't able to sleep well. My evening nap was disturbed by a phone call from my next door neighbour. I tried resuming my sleep but couldn't and for the next hour I lay on my bed in half dizziness and full conciousness. I tried memorising my exam notes but could only imprint them in my short term memory.

Last night felt like I wasn't sleeping although the last time I looked at the watch it was 1.32 am and when I looked at it again, it was about 7.30 am. The perasaan "mengidam tidur" plagued me like a second shadow. How am I going to stay cognizant in today's exam. Hmmmmm..... I think I better consume some wake up drink. That is drinks containing .... ngantuness caused me to be wordlesss..... aiyoo

Pantun Hari Ini

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga boleh ku cari
Mana nak sama cik adik seorang

Batu belah batu bertangkup
Pekan makan telur ikan tembakul
Takde idea nak bagi pantun ni cukup
Apatah lagi nak update blog ni, betul....

Aaaa... idea hilang dah

Hari Raya untuk memilih

Pilihan Raya dah datang dua kali sepanjang aku boleh mengundi ni, tetapi sayang aku tak sempat nak undi dua-dua kali ni.

Kepada parti yang menang, pimpinlah kawasan anda secara positif.

Good Luck

hELLO

hELLO
:D

Followers