Bayam penuh dengan zat besi jadi selalunya aku minta mak aku masak bayam masa pantang aritu. Hasilnya masa aku cek darah slps sebulan tu Hb 15 dan bukan bawah 11 yang sangat2 x sihat. Bayam ialah pelengkap kehidupan lagi-lagi untuk orang kurang zat macam aku.
Ok on with the story.
Dulu aku beli mp3 player tapi suami aku pinjam utk interview sbb dia nye mp3 player k.o. Tapi lps tu nak minta balik pun bukan aku guna sangat sbb aku melekat dgn laptop and hp most of the time. Maka baru ni dia dapat pulak mp3 jenama yang sama tapi moden sikit, so aku siap2 declare tu aku punya.
My precious.
Aku masa pantang haritu pula menang kuiz Cleo. Perfume free siapa tak mau, lagi2 bila rege pasaran dia ialah RM150++. Hari2 aku call pyan untuk remind ambilkan dari opis Cleo sbb tarikh last amek 29 manakala raya 30 Ogos and aku bukan di KL lak tu. Jimots duit x yah beli perfume 6 bulan.
Pepatah asli "pucuk dicita ulam mendatang." Maknanya dalam aku duk berangan nak benda A tapi dapat pula benda B yang tak terbayang akan dapat masa ini. Rezeki jangan ditolak dan musuh jangan dicari. Musuh? Hmmm aku memang suka buat musuh kadang2 sbb x reti nak berpura2 dgn org yg menjengkelkan. Heheheh x reti berpura2 ke tau nak fire aje.Okla lepas ni x cari dah :P
Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Oleh itu amatlah patut kita ambil pendapat yang suruh "kita berterima kasih atas apa yang kita ada dan bukan benda yang kita tak ada." Ala2 peribahasa mat salleh tu le "see the glass as half full not half empty".
Aku maklum Tuhan dah siap2 rezeki anak dan tinggal nak usaha je. Masa aku preggie tu aku tengok kiri kanan kawan2 yang dah beranak. Untuk kepastian aku tanya mereka buktinya. Dorang kata Alhamdulillah ada je rezeki masuk, rezeki anak murah kata mereka.
Tatkala ini aku yakin pada Maha Esa tentang rezeki Mikael. Tapi jika tengok balik kerja aku sebelum ni aku x pasti datang daripada celah mana rezeki untuk dia. Gaji aku sedap2 la nak duduk kl tapi nak la lebih sikit so boleh menabung untuk anak aku tu.
Seblom cuti last aku keje office hour. Dua tahun x claim apa pe. Nak claim apabendenye sbb bukan gi outstesen pun sebab keje mainly di pejabat. Income lain pula yang datang bila rajin ialah jual tudung and amek gambo. Aku amek gambar murah2 aje, keuntungannya buat modal KL ke JB je pun.
Semenjak anak dah keluar ni aku sentiasa fikir pasal bajet kehidupan. Aku harap Allah bagi aku pedoman untuk mencari rezeki Mikael tuuuuu. Where are you from ye rezeki?
Adakah maknanya aku kena kurangkan beli benda x bermanfaat dan mula beli benda bermanfaat. Benda x bermanfaat macam baju murah tapi xde kualiti & kasut yang xde mutu macam gitu la. Nak beli henbeg pun kena yang tahan lama, hahhaaa nasib yang ini aku dah praktik sejak tahun lepas. Aku beli henbeg cap charles & keith sejak 3 thn lalu. RM200/365 jadila sehari 50 sen kosnya setahun.
Time cuti ni memang habis duit aku beli barang2 utk aku berbaby. Ni menjelang nak keje ni plak dah plan untuk susukan baby dengan ebm (expressed breast milk) time keje. Kos menyediakan ebm untuk bayi ke pengasuh sama je dengan beli susu formula tapi kos dia dtg sekaligus. Pam susu elektrik semahal harga telefon bijak. Tapi demi cita2 penyusuan susu ibu eksklusif sekurang2nya 6 bulan dan menyahut seruan kerajaan oooh aku sanggup.
Tu cite entry lain ye.
Berdasarkan apa yang aku peroleh sebelum ni memang kena extra effort dan masa jiks nak duit lebih. Hmmm... tapi buat masa ni aku x leh kerja extra2 masa sebab baby kecik lagi. Paling2 awal pun lepas dia 6 bulan sebab masa tu dah makan solid food so supply ebm (expressed breast milk) boleh kurangkan sikit. Tapi ada satu ibu tu boleh je gi kursus 2 minggu tinggal anak kembar dengan ebm maka aku rasa x de alasan kot nak ngengada kata xde masa.
Dan dan pula dalam drama tv yang tgh on air ni bagi quote hikmah ada dialog suami dan isteri. Si isteri duk bebel pasal duit
"Duit mana cukup untuk anak kita, sorang nak bayar yuran sorang lagi nak bayar itu ini lagi." Suami dia balas " jangan risau, kalau ada rezeki tu ade la".
Adakah ini petunjuk? Jeng jeng jeng...mungkin,
Maka sebagai hamba Allah aku rasa baik aku x yah penat2 fikir mana hala duit nak masuk tu. Ada rezeki ada la insyaAllah. Aku patut amek benda ni secara relax hari demi hari. Fikir hari-hari pun biol juga. Mungkinkah aku patut pergi hantar je resume itu? Eh aku bukan nak tukar keje, cuma nak try test cuba jadi itu aje. Apa dia? Cite next entry k. Bye
Mini-ManCat Monday
1 hour ago