Pages

Karnival Bakat MyGempak

Jika anda berada di Terengganu pada 1 - 6 Oktober 2012,  meh ke Taman Budaya JKKN, 
Terengganu untuk join uji bakat di Karnival Bakat MyGempak.


Warganegara Malaysia dijemput ke karnival kerjasama antara RTM & JKKN, menggabungkan 3 program pencarian bakat.

1. Mimpi Ke Bintang – Pencarian Bakat 1 Malaysia

    Mencari mereka yang berbakat:-
    Silap mata
    Meniru suara/bunyi
    Cipta sesuatu yang kreatif
    Formasi kreatif
    Atau apa-apa sahaja bakat unik
    (selain nyanyian, melukis dan menari)

      2. My Ekspresi

        Mencari belia berusia 18 hingga 30 tahun yang berbakat mencipta koreografi tarian tradisional dan komposer muzik tradisional Malaysia

        3. Lantai Cilik

          Mencari kanak-kanak bawah 12 tahun yang berbakat menari tarian tradisional berkumpulan (4 orang satu kumpulan)
          SYARAT-SYARAT
          1. Usia
            • Mimpi ke Bintang – Tiada Had Umur
            • My Ekspresi – 18 – 30 tahun
            • Lantai Cilik – bawah 12 tahun
            2. Warganegara Malaysia
            3. Profesional dan Amatur
            4. Bawa salinan Kad Pengenalan dan gambar 4R
            5. Bawa minus one sendiri dan alat muzik berkaitan bakat
            6. Borang penyertaan boleh didapati di lokasi uji bakat berikut

            Sebarang perbelanjaan untuk ke lokasi Uji bakat ditanggung sendiri.

              JADUAL UJI BAKAT SELURUH MALAYSIA


              Malas nak baca, tonton video ini.


              Khusus bagi mereka yang berbakat unik.
              Bakat selain daripada menyanyi, melukis dan menari.

              0 comments:

              hELLO

              hELLO
              :D

              Followers