Pages

Pakaian hari ini aka Outfit Of The Day #ootd



Setiap hari Isnin sekarang ni, aku akan pakai baju korporat office. Ingat dah eksklusif la masa reka baju ini, kami pilih merah dan hitam warnanya. Namun bila dah mula pakai aku tengok ramai pula pegawai daripada Seksyen lain pakai baju korporat merah hitam. Warna paling popular abad ini agaknya. Warna garang kot tu yang popular.

Aku lukis gambar di atas guna photoshop. Aku hanya lukis bulatan dan kemudian ubah dengan warpkan bulatan itu mengikut kehendak aku. Macam main playdoh pakai mouse la. Kalau bentuknya tak berapa menarik, release kan warp tu dan ok kan transformasi dia. Klik Control T dan warpkan ia lagi. Warna pula aku tukar pakai Colour Overlay,

Sebelum raya haritu aku balik kampung jadi macam biasa la singgah JPO kan. Kalau dah duduk JB tu kira dekat la JPO banding dengan duduk KL ni jadi mesti pergi ok. Di JPO ni si suami nak beli dia punya seluar kerja, kasut poya-poya dan kemeja kalau ada. Lelaki kan, aku dah bebel sebakul baru gerak beli sehelai kemeja.

Kalau aku la... baju beranak tanpa disuruh, lagi-lagi sejak mengenal Jalan Kenanga ni. Kat kedai 3 RM100, kat jalan kenanga boleh dapat blouse RM14x3 dan RM100 boleh dapat 7 helai. Tapi kat sana kalau sorang kena beli baju sekurang2 nya 3, 6 atau 12 bergantung pada baju.

Anyaway lama tak posting pasal Kyoot Khamis. Minggu depan aku akan mula balik dan harapannya ialah bahan2 buatan sendiri juga akan masuk dalam posting.

K bye.

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers