Pages

Tempoh hari

Teman
Masa berganti hari, sajak tipikal aku tau
Tapi tatkala 5 minit beredar jam enam hanya ini yang termampu

Tahun berganti makin lama dirimu bererti
Sakit hati, amarah, setia, kasih, rakan, persefahaman, semua sudah lalui
Berendam air mata, aku pun lupa bila
Gelak ketawa, itu yang pasti baru sebentar tadi
Keliru isu hidup, yang ini sentiasa ada

Persahabatan banyak ranjau
Jika kita kata kita masih sama, itu bohong lima puluh peratus
Aku yang dulu masih ada namun ada yang berubah pada diri ini
Jika tidak berubah apa fungsi meningkat usia
Dahulu tidak faham erti mendengar dan memahami sebelum ujar kata-kata
Kini diam berfikir baru terlontar jawapannya

Jika ada yang berubah beri aku masa untuk fahami
Namun aku berterima kasih dengan apa yang ada
Jika aku mahukan kesempurnaan, maka tiadalah rakan di dunia
Buat apa bersendirian dan katanya gembira
Walhal kesedihan, anjakan paradigma dan kadangkala kecelaruan
Itu yang membuatkan kita makin dewasa

Jika noktah persahabatan di sini
Aku berharap warisan perkenalan kita berakhir dengan titik bahagia
Hidup tidak semestinya bersama
Cuma memori utuh yang kekal mendakap jiwa

PS : Oleh sebab suntuk masa, aku bubuh sajak je le. K bye.

Social media 'murder'!

Ok jangan nak kalut kerana tajuk. Tapi memang aku rasa macam aku baru je membunuh menerusi sosial media. Huhuhu.

Begini ceritanya, tadi pagi semasa tunggu seterika panas aku pergi la online jap sebab caj hp dan iron sebelah2 suis. Aku terbaca post kawan wanita aku ni, usia 30an, seorang bekerjaya profesional di Malaysia, masih bujang. Dia gurau2 pasal nak pakwe hensem, kaya, beriman so boleh kawin dan bila dah ada keluarga boleh elakkan komitmen yang melampau banyak. You know the higher your position is the more responsibility ko ada.

Silap aku ialah aku anggap bebelan dia macam bebelan satu rakan sekerja aku, yela ko takkan nak membebel kat rakan sekerja kau pulakkan, so aku terbahasakan dia. Aku silap, silap dan silap hei.

Ada beberapa dilema dalam diri wanita bekerja.

Situasi 1 : Mana2 wanita yang masih bujang, belum ada anak, tidak megandung atau anak dah beso panjang akan pasti menanggung komitmen lebih di pejabat. Lagi2 bila komitmen tu melibatkan hujung minggu dan selepas waktu pejabat. Maka apabila asyik dia, dia dan dia aje yang menanggung kerja tu dia pasti akan meroyan. Huhu dan perempuan ni kalau meroyan pasti dia akan tersebut ketidak puashatiannya itu di pejabat. Tapi office mate lain pula tidak akan menegur, sebab kalau tegur perang besar la jadinya.

Situasi 2 : Wanita beranak kecil, kalau anak berderet2 bawah 5 tahun pasti nak hantar anak sekolah la, pengasuh tak kerja wiken la, dan sebagainya. Ada pula yang jenis suami tak membantu langsung. Selalunya dorang ni akan mengelak outstation, kerja selepas 7 malam dan hujung minggu. Malahan ada yang sanggup tak aktif dalam aktiviti luar tugas hakiki pejabat kerana komitmen pada family.

Malang dalam situasi ini apabila tiada tolak ansur, sedihkan. Kadang2 tak ada titik tengah pun antara mereka, macam ok paperwork dan management sama2, tapi bila excution yang single2 pergi. takdelah muka yang sama pergi meeting, pergi recce, pergi bertugas, last2 ko juga yang penat, marah2 dan tidak puas hati.

Haiihh. Aku harap kalau aku jadi boss, mungkin tidak sebab aku nak bersara usia 50. Hohoho. Tapi kalau aku jadi, aku akan mencari titik tengah, biar adil, atau buat giliran, semua kena. Huhuhu.


Fanfiction style

Since I joined fanfiction, I found out that readers love to read a story with active interaction. So I should incorporate more of these in my fics. Do you have a fanfiction.net account? Drop me a link.

hELLO

hELLO
:D

Followers