Pages

Tempoh hari

Teman
Masa berganti hari, sajak tipikal aku tau
Tapi tatkala 5 minit beredar jam enam hanya ini yang termampu

Tahun berganti makin lama dirimu bererti
Sakit hati, amarah, setia, kasih, rakan, persefahaman, semua sudah lalui
Berendam air mata, aku pun lupa bila
Gelak ketawa, itu yang pasti baru sebentar tadi
Keliru isu hidup, yang ini sentiasa ada

Persahabatan banyak ranjau
Jika kita kata kita masih sama, itu bohong lima puluh peratus
Aku yang dulu masih ada namun ada yang berubah pada diri ini
Jika tidak berubah apa fungsi meningkat usia
Dahulu tidak faham erti mendengar dan memahami sebelum ujar kata-kata
Kini diam berfikir baru terlontar jawapannya

Jika ada yang berubah beri aku masa untuk fahami
Namun aku berterima kasih dengan apa yang ada
Jika aku mahukan kesempurnaan, maka tiadalah rakan di dunia
Buat apa bersendirian dan katanya gembira
Walhal kesedihan, anjakan paradigma dan kadangkala kecelaruan
Itu yang membuatkan kita makin dewasa

Jika noktah persahabatan di sini
Aku berharap warisan perkenalan kita berakhir dengan titik bahagia
Hidup tidak semestinya bersama
Cuma memori utuh yang kekal mendakap jiwa

PS : Oleh sebab suntuk masa, aku bubuh sajak je le. K bye.

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah