Pages

Pakcik kahwin

Hari ni pergi kenduri pakcik bongsu suami aku, sama daddy dengan MIL tapi lain mummy. Arwah nenek mertua aku meninggal masa MIL usia 18 lagi. Lepas setahun dua meninggal arwah bapa MIL kahwin dan dapatla Pak Bongsu. Sama umur dengan suami aku jadi dorang memang rapat la. Masa aku nikah dia yang jadi pengapit. Kenduri kat Raub, dua jam youuuhh dari Temerloh. Sepanjang trip aku tidur je kat belakang. Menikmati saat-saat terakhir takde lesen, :P

Anyway sehari sebelum pergi tu mak mertuaku membeli baju baru. Petang2 sabtu semalam aku dan mereka meronda town Temerloh cari baju. Aku macam tergerak nak beli dan ada satu blouse yang sesuai dibuat blouse nyusu tapi corak adehhhhhhh. So pakai je la apa ada. Tapi aku cekau satu tudung awning lembik.



Peace yo!

Close up ropol-ropol. Mikael cuba rasa sedap ke tak tudung Dibu. Aku suka panggil aku sendiri Dibu sebab senang and gatal nak sebut drpd Iiiiii-bu.



Tahniah la aku ucapkan kepada Pak Bongsu. Bahagia bersama isteri aka makcik baru ya. Lafaz sekali je yang best.



Suami sedara yang majlis bulan lepas lafaz sampai 3 kali sebab gementar. Suami aku lafaz nikah dua kali sebab dia keliru rm22.50 ke rm23 sbb tetiba last minit tu jadi rm23 pulak heheh. Keje aku la tak beritau yang aku dah susun duit rm 1 23 helai dalam frame :P

3 comments:

azieazah said...

Memang tudung ada ropol tu dah jadi pesen, tapi kak Azie tak terbuka lagi nak beli cenggitu. Macam tak sesuai untuk Kak Azie yang besarrrrr nih. hehehe

Au and Target said...

We dropped by to wish you a Happy Healthy Fun Filled New Year. Meow from all of us!

DrSam said...

tahniah kepada pak bongsu.

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah