Tadi masa konon2 raptai live streaming untuk esok tu ada akak penerbit tu tanya aku. Akak tu berusia pertengahan 40an.
Akak tu tanya, "Adik tak nak masuk tv ke?"
Aku jawab, "Anak saya kecik lagi la kak."
Lepas tu dia kata "Masa muda-muda ni la dik nak kerja producer tv. Masa akak muda-muda dulu, memang bizi la..." Lepas tu aku lupa sebenarnya dia kata apa, tapi aku paraphrase la apa dia nak sampaikan ya."
Aku pun memparaphrase "Masa akak muda dulu memang tak tau la macam mana akak bahagikan masa kerja dengan anak lagi... tapi Alhamdulillah anak akak dah menjadi la sekarang la. Masa muda-muda ni la nak jadi penerbit tv."
Aku pun menambah. "Kalau saya memang kerja bahagian tv tu memang saya stay je keje penerbitan tv walaupun beranak kecil. Tapi saya dah ada anak ni dan saya memang bekerja di bahagian online ni maka saya stay la di sini."
Kalau berdebat dengan orang yang kerja kat bahagian tv memang kalah la aku menjawab "anak masih kecil maka kerja tak sesuai selalu outstation...." Tapi itu la jawapan sedia ada aku. Jawapan malas barang kali...
Hakikatnya ada aje yang kerja bahagian berita, siap kerja shift malam lagi dah ada 6 anak. Takde la semua penerbit cerai-berai atau anak terbiar kerana menjadi penerbit TV. Suami aku sendiri spend 2 tahun macam tu berjumpa anak pada hujung minggu kerana emak dia sambung belajar nak naik pangkat jadi staff nurse. Masa tu dia anak tunggal jadi tinggal dengan makcik sebelah ayah dia dan jumpa emak masa hujung minggu aje.
Ada 1001 sebab kenapa aku menjadi penyedia kandungan laman web ni, sesekali aje aku menjadi penerbit live streaming program-program khas. Bila agak-agak sangap tu ada pula datang tugasan menjadi penerbit Live Streaming. Esok pukul 11.00 pagi aku akan live streamkan daripada sini www.rtm.gov.my/sidangmedia
Entah la kenapa tak de mood lagi nak bertukar bidang penerbitan. Satu sebab utama mungkin kerana aku tak ada lesen kereta kot. Kalau balik malam2 nak kena calling2 orang pula minta hantar balik rumah. Sebab lain mungkin sejak bos yang sekarang ni, kerja lebih bahagia dan ada potensi nak buat penerbitan untuk web pula. Aku rasa kalau aku buat proposal nak shoot sesuatu perkara itu, bos aku bagi je green light. Satu sebab lain, tetiba aku gemar mengkraf, dah satu plastik toyogo besar bertayar yang dipenuhi bahan-bahan kraf aku beli - maka nak spend masa untuk buat kraf. Masa yang banyak tu pula rasa macam bahagia duduk berkepit dengan anak apabila tak buat apa-apa. Alasan nak bermesra dengan anak leh tew.
Pehh banyak siut alasan aku. Ni yang dikatakan nak seribu daya, tak mau seribu dalih. Mungkin aku memang bukan nak jadi penerbit full time kat penerbitan tv nuuu, tapi apabila menghadapi rakan-rakan penerbit yang selalu je tanya benda ni - dia macam mengancam jiwa raga so keluar alasan buduh-buduh. Apapun sebagai penerbit yang belajar pasal broadcasting, itu patut jadi destinasi aku - Nadhrah Mohamad - Penerbit TV.
Apa alasan sampah mahupun alasan bernas yang aku bagi tertakluk juga kepada pihak yang bertanya. Dan aku pasti jawapan aku mungkin akan bertukar enam bulan daripada sekarang. Mungkin aku akan berkobar-kobar menulis surat tukar dan memohon bekerja di mana-mana bahagian penerbitan. Mungkin juga aku akan jadi pemberita, mengejar story pak menteri dan rakyat jelata. Mungkin jadi penerbit drama yang kena imaginasi tinggi nak bagi skrip tu mesra pengguna. Mungkin enam bulan daripada sekarang aku masih kekal menjadi penerbit di sini di bahagian laman web ini oooooooooooooooooo
Alasan bodoh, but I can't help saying that. (Malas nak edit jawapan "anak aku kecik lagi" buat masa ini)
Mini-ManCat Monday
1 day ago
2 comments:
Ada ketika bila kita rasa bahagia dan selesa dengan apa yang kita hadapi dalam karier, kita akan malas nak fikir benda lain lagi...
I didn't get most of this but you're having problems with a script and a producer? Maybe you should drop your language to kindergarten, eschew any idea of plot or characterisation, and put in some very simple to understand moral stuff. At least that's the rubbish that drove us away from local TV.
Post a Comment