Pages

Gambar susun secara rawak daripada kerja luar kawasan Konsert PILIHANKU Santai ku.

Hello semua orang, aku sudah kembali ke Kuala Lumpur untuk bekerja hari ni, cuti esok (Khamis), bekerja Jumaat dan cuti Sabtu dan Ahad. Aku rasa Malaysia memang lemak lah dengan cuti. Oleh sebab kerja aku dah menjadi sebakul. Ni sebab kursus 3 hari dan masuk opis Khamis lepas dan keje 4 hari stret, maka aku tak bleh la cuti seminggu terus minggu ini. Kalau cuti seminggu nanti customer komplen program lambat siar di MYKLIK itu.

Semalam cuti Deepavali, jadi aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Deepavali terlambat sehari. Semalam juga aku baru menggerakkan diri ke Temerloh tempat suami dan anak berada. Gila lama tak naik bas ko, naik kat Pekeliling, namun kerana nak ketemu sama suami dan anak maka rajin la naik bas. Tiket bas dari Pekeliling ke Temerloh ialah RM11.20 aje. Kalau naik bas memang jimat la aku laki bini balik = kurang daripada RM50. Kalau bekereta pergi balik RM100. Kalau nak jimat lalu jalan kampung tapi aku tak suka kerana situ gelap macam jalan kampung yang lain. Macam biasa pagi tadi baru bergerak dari Temerloh ke KL.

Ok, nak cite pasal keje aku tiga malam lepas.

Ada Khalifah, Amir Ukays, Shima dan Ramli Sarip maa. Sebab dah pernah jumpa Ramli Sarip sebelum ni maka tidaklah hamba starstruck sangat. Malahan jumpa Ramli Sarip rasa macam jumpa pakcik sedara tak kenal aje rasa. Dengan Shima tak sempat bergambar kerana dia sibuk bertelefon semasa aku menjengah ke dalam khemah tempat dorang lepak tu. Pada Yabang, vokalis kumpulan Khalifah tu aku boleh tanya "Awak memang penyanyi kumpulan Khalifah ke macam mana?" Aku tanya macam tu sebab ada orang kata Khalifah dan Yabang dah berpecah. Namun Yabang menjawab "Saya memang vokalis kumpulan ini." Ooo.


Ok gambar daripada henpon aku semasa berada di Kubang Menderong ni.

Bunga tangan yang dihasilkan oleh OKU daripada Pemulihan Dalam Komuniti.
Look here untuk tau apa itu PDK.


Gambar anakku yang dimms oleh suami aku semasa tengah outstation.
Fuuuuu terubat la sikit windu.


Nasi ayam asam yang aku beli dengan harga RM4 kat Ekspo tu.


Para pengunjung yang berminat ambil tahu kat salah satu gerai pameran di sana.



Tengah jem dalam perjalanan nak ke Sungai Buloh ni.
Tapi sesampai aje di tol clear pula jalannya.


Penerima Anugerah Usahawan sektor tak ingat di Ekspo tu.



Headgear orang asli yang membuat persembahan pembukaan di Konsert Pilihanku Santai.
ASYIKfm radio untuk orang asli tapi dia ada la slot bahasa Melayu.
Boleh dengar di http://www.rtm.gov.my/filtering/asyik.php



Suasana di PenBEX.



Tan Sri Nor Mohamad Yakcop tengah berucap.



Posing la kan.



Restoran singgah makan tengah hari sebelum bertolak ke KL.



Udang dia besar tangan.



Sotong dan udang mentah.


Booth RTM kat situ. Promo produk online RTM la.


Gerai jual frozen food.


Malam selepas set up tu sorang juruteknik bawa kami makan Mee Udang.



Khusyuknya mereka makan.



Gerai buah di PenBEX - Kependekan untuk Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang.



Sebelum check out hotel sempat round tengok barang.
Ternampak tapi tak beli selipar comel ni.



Bunting di gerai pameran RTM.


Mereka kata Babai.

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah