Bila duduk membelek internet dan melihat rakan-rakan ada itu ini, ke sana sini bercuti, kadang-kadang timbul cemburu di hati. Hati manusia aku seakan berasa ada sesuatu yang kurang pada diriku hanya kerana aku tiada apa yang dia ada. Seperti dilema "the neighbour's car is always going to be bigger and better" apabila meletakkan diri di samping kelebihan orang, maka akan terasalah seperti kekurangan.
Walaupun buruk rasanya bersifat cemburu dan seterusnya berasa diri ini kekurangan, namun ia ada impak positif. Kononnya apabila I iz jelly bolehlah menyebabkan diri bermotivasi menjadi lebih baik untuk menggapai material, percutian, atau apa sahaja yang belum dikecapi itu.
Pada masa ini aku mengejar ruang untuk berkarya. Setelah selesai cuti awal muharram dan kembali ke rumah ku syurga ku mungkin baru aku ada masa untuk berkarya. Banyak perancangan ni. Aaaaaa.
Seminggu ini aku balik ke JB untuk berkursus di hotel 10 minit je daripada rumah aku. Haruslah aku angkut anak sekali ke JB supaya ibu ku jaga. Cuma sang bayi tak la ke hotel, dia aku tinggalkan di rumah dengan ibuku untuk 30 jam sementara aku melepak di hotel kerana sehari tu padat dengan kelas. Kalau nak tahu kursus Pemasaran Maju yang lebih tertumpu kepada Personal Selling sebab nampaknya peserta kursus lebih menjurus kepada meyakinkan pelanggan untuk membeli air time kami bagi mengiklankan produk mereka.
Kembali ke KL, bas kursus kosong maka aku pun mengambil kesempatan menumpang ke KL dengan anak aku. Lebih baik daripada aku kembali ke KL dengan bas ekspres kan. Sempat lagi tu menyinggah ke JPO.
Jika anda tahu nak beli barang apa di JPO takdela rasa mewah nak mati tempatnya.
Anak jantanku yang rajin senyum
dan juga mengamuk boleh tahan juga kalau mengantuk tuu.
Pagi tadi pula aku bertolak ke Pulau Pinang sebab ada Konsert Pilihanku Santai di Kubang Menderong, Tasek Gelugor, SPU Pulau Pinang. Artis memang gempak la Ramli Sarip yang akan menyanyikan lagu hits dia macam Kamelia dan Bukan Kerna Nama, Shima dengan lagu Teringin dan Setelah Aku Kau Miliki, Khalifah dengan Kasih Laila dan Cikgu Ayu dan Amir Ukays yang dulu popular dengan Seksa, Sebak dan semestinya anthem zaman 90an Di Sini Menanti Di Sana Menunggu.
Fuuuuh pulun la semalam aku duduk depan YouTube mengenal pasti mana lagu yang tidak berapa kenal sangat. Lagu Khalifah la yang agak tak kenal. Namun dah print lirik kira ok kot bila buat Live Streaming. Masalah di sini ialah tiada kemudahan Internet jalur lebar yang boleh membawa isyarat Live Streaming dengan lancar.
Kalau ada dekat2 datang ya pada tarikh ni dan masa ini.
Konsert ini turut menampilkan dj NASIONALfm dan ASYIKfm. Sentiasa di hati lain dari yang lain.
I iz jelly bukan bermaksud aku ni hidup dalam ketidak puasan tengok orang lain punya kelebihan. Apabila sedar aje yang aku dah habehkan minit aku dengan duk jeles kat barang orang, baik aku bersyukur dengan apa yang ada. Duit dan material pun bukan segalanya dan bukan penyebab utama kebahagiaan.
Okla nak tido. Esok aku ada pameran!! Promo RTM Mobile dan semua produk RTM Online la.
Jom!
Okla nak tido. Esok aku ada pameran!! Promo RTM Mobile dan semua produk RTM Online la.
Jom!
0 comments:
Post a Comment