Pages

100 Doraemon Secret Gadgets Expo


Selamat Tahun Baharu 2014

Tahun 2013 ada beberapa jam lagi namun dah rasa kehangatan tahun baharu. Tahun baharu impak dia besar pada aku sebab harijadi aku bulan Januari, jadi selepas beberapa belas hari masuk Tahun Baharu je dah hari jadi aku pula. Menambah satu angka lagi pada usia ialah sesuatu yang mendebarkan tau lagi-lagi bila baru menginjak usia 31 ke 32, mungkin apabila dah hujung-hujung masuk 34-35 dah terasa janggal berada dalam usia 30an. 

Suami aku cerita ada orang teka umur dia 27/28. Haha, mulala perasan muda dia tu. Suami aku 33 btw.


Minggu lepas setelah busy kerja Sabtu dan Ahad, aku ajak Pyan si suami aku tu pergi berekreasi kejap. Aku teringat dia ada sebut pasal satu acara ni iaitu pameran Doraemon. Maka selepas menyelesaikan urusan di pejabat kira-kira pukul 5.00 petang tu kami terus ke Viva Expo Hall untuk jenguk pameran tersebut. Sampai-sampai je isi perut dulu sebab nak bersuka ria kena dalam keadaan selesa kan, nak masuk expo ni pun siap-siap ke tandas dulu sebab dalam ruang ekspo ni tak ada tandas.

Tiket untuk orang dewasa RM25 dan kanak-kanak 4 tahun ke atas RM15. Anak aku baru 2 tahun setengah jadi dia masuk percuma sahaja. Kamera boleh bawak masuk free je,  tu yang aku teruja nak pergi tu.
 







Masuk-masuk je kami disambut oleh mesin masa Doraemon. Benda ni duduk dalam laci belajar Nobita kan?




Selamat datang kata Doraemon.




Ni rupa Doraemon sebelum telinganya digigit tikus.
 ola



Sila baca cerita berikut macam mana Doramon daripada kuning jadi biru.



Menangis la robot kucing itu dan terus takut tikus.



Doraemon kaler biru.



Aku ambil gambar ni sebab aku nak buat wallpaper komputer.



Gambar ni untuk wallpaper handphone.


Saya dan 100 patung Doraemon dan gadget2nya.


Memang tak semua gadget kita akan kenal. Aku jalan tengok-tengok dan cuba kenal pasti mana yang ada. Yang pasti kenal macam alat buluh yang bubuh kepala dan boleh buatkan kita terbang tu. Ada lagi beberapa tapi teka-teka gitu jela. Sebab tiada sebarang penceritaan diletakkan pada patung-patung itu. Korang kena beli guide book dia yang dijual berasingan pada harga RM19.90 macam tu. Kalau la dia kira sekali dengan harga tiket kan best memang aku beli la. Ni dah masuk ruang expo mana nak tau dia ada jual. Kat kaunter tiket pun dia tak ada tanya nak beli guide book tu ke tak.

 Tapi jangan biarkan ketidak ketahuan itu meranapkan semangat anda.Patung-patung Doraemon dia memang smart jadi tak menyesal masuk dalam tu.


 Ada scene Nobita dewasa kahwin dengan Sizuka.


Oh 100 gadget yang aku tau hanya 5 je kot.



Anak aku yang mengantuk sebab tak tidur petang lagi.



Achamtit (masam + kecik = nama geli2 untuk anak aku) sembunyi dalam pintu masa.



Selepas tu aku bergerak ke suatu ruang di mana dia ada buat semula suasana rumah dan kawasan sekeliling rumah Nobita.

Ni taman permainan di mana Nobita selalu lepak. Kat lantai tu dia tutup dengan permaidani macam rumput so kena buka kasut. Achamtit geli bila pijak permaidani tu jadi dia jalan tertenjet-tenjet. Sebab tu dia pijak kaki aku dalam gambar ni.





 Kartun jepun dalam komik kan suka tepuk anak mereka kalau anak dia nakal. Tapi jangan risau melampau ok sebab ini lakonan semula sahaja.




Tu atas bumbung tu jiran Doraemon si kucing betina apekebenda namanya.


Dia ada sedia bilik replika bilik Nobita dan pengunjung boleh pura-pura keluar daripada laci bilik dia. Tapi sebab aku kedekut so aku tak masuk dalam tu. Tak tau la berapa kena bayar untuk dapat gambar macam ni. Kalau nak pose pakai kamera sendiri pun bole rasanya. Yang penganjur punya gambar siap ada frame dipenuhi kartun dan watak2 lain komik Doraemon.




Eh mak Sinyu!



Selfie dengan mak Sinyu.
Dulu-dulu selfie ni orang panggil camwhore kan sebab muka ko kemain keluar dalam gambar aje.



 Giant dan Sinyu.



 Ni mak Sizuka ke?


Hi kak, apa khabar?


Achamtit pelik tengok kenapa Doraemon nangis beria-ia.








Ada spek mata 100. Bole posing.



 Oh inila roti yang ada tulis sifir tu. Tulis semua nota atas dia dan makan.
Kalau nak SPM kena buffet roti la nampaknya.


Roti dia ada versi gluten free tak agaknya?


 Sini ada la beberapa penerangan tentang gajet Doraemon.
 


Tapi sedih yang ini rosak. Siapa la bertuah yang rosakkan barang pameran ni.
Gambar diambil daripada Facebook Doraemon.





Eh baru perasan budak yang sama duk belek Small Light dan Wireless Talk Box.



 Vending machine. 
Mikael garu kepala sebab nak beli air tapi duit Malaysia je ada.


Dan semestinya ada buluh helikopter.



 Guru besar dan siapakah itu di sebelah kiri?

Ok that's all folks. Kalau anak korang suka Doraemon memang bagus la datang sini. Kat pintu keluar dia ada banyak gila barang Doraemon. Haritu Pyan dapat lanyard, bekas passport dan badge Doraemon. Dengan bangganya aku bawak gi keje lanyard itu.

Korang nak apa souvenier semua ada, bantal, buku nota, T-Shirt (RM50 tolak 10 sen) untuk orang dewasa, baju tidur kanak-kanak, baju jalan, keychain, fridge magnet semua ada. Aku belikan Achamtit baju harian sebagai tanda ingatan. Oh ada kasut baby Doraemon yang sangat kiut.

Dan masa lalu jalan keluar barulah nampak orang jual guide book sighhh.......

Okla, selamat bercuti. Selamat tahun baharu.


0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers