Pages

Rocking Horse, Kuda Goyang

Kenapa kan, sesuatu perkataan tu kalau dalam bahasa Inggeris bila diterjemah ke bahasa Melayu akan jadi semacam bunyinya. Kuda goyang contohnya... ahahaha.

Enam tahun lepas aku pergi satu kedai barangan terpakai / antik kat Seksyen 13 ni. Aku terjumpa kuda goyang kayu yang sangat cantik. Rupa dia dah season dah tapi memang idaman aku ialah kuda goyang sejak usia aku 6 tahun. Sayangnya masa tu aku masih student dan kuda goyang itu dijual dengan harga RM100. Sob sob jadi aku kuburkan je la impian nak beli kuda goyang tu. 


Lebih kurang gini la ropanya.


Aku ni rajin jalan melaka, sekurng-kurangnya setahun sekali ke sana pergi Jonker Street dan makan ikan bakar. Almaklumlah 5 tahun aku spend masa kat sana belajar tapi jarang ronda bandar melaka. Jadi sambil berjalan-jalan sambil tu melayan memori lama. 

Pada tahun lepas aku pergi makan ikan bakar dan dekat-dekat situ ada jual barangan rotan. Aku belum beli sofa masa tu jadi aku kenan pada kerusi2 rotan dia, sebji dalam RM125 aje tapi sebab kereta takde ruang lebih jadi tak beli.

Kat kedai tu juga ada kuda goyang rotan, tapi reka bentuk kuda goyang tu bukan idaman aku walaupun harga dia RM100++ aje.

Kuda goyang rotan dari Melaka.


So hari ni aku dah terbayang-bayang kuda goyang. Satu sebab mengidam lama dah, keduanya sebab sementara anak aku masih kecik tubuhnya boleh dia main dengan kuda goyang ni kan. Aku rasa paling lama dia boleh main dengan kuda goyang ialah sampai dia 7 tahun, lepas daripada tu dia fizikal dia dah tak sesuai nak ditampung mainan.



So bulan ni dan bulan depan aku akan mencari dan mencari kuda goyang. Lama betul aku teringin, 26 tahun tuuu. 

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah