Salah satu daripada job utama aku sekarang ialah sebagai petugas pameran. Pameran ni selalunya anjuran pihak luar dengan kerjasama agensi majikan aku, lepas tu kami ni jadi petugas kat booth itu. Selamat untuk dikatakan dalam setahun sekurang-kurangnya, ada 4 kali aku bertugas di pameran.
Semalam dan hari ini ialah tugasan pameran last minit gila. Aku tau hari Isnin pukul 6 petang, dan esoknya aku berada di lokasi pada paginya. Oleh kerana acara ini ialah acara antarabangsa, maka speaking Inggeris la kita.
Dua hari, duduk sekejap dan berdiri lama. Aku terus rasa bersyukur sebab kerja dengan komputer sepanjang masa, juga aku bersyukur bahawa aku ada peluang keluar dari pejabat dan menghadiri acara antarabangsa. Walaupun aku tak ambil peluang ini untuk berkenalan dengan orang dari Fiji, Botswana mahu pun Indonesia, namun aku ada juga pendedahan jumpa orang luar Malaysia.
Okla, esok gua sambung cerita. Masa makan lunch semalam (makan hotel sedap ooo) aku duduk sebelah orang Fiji, dia offer kudapan dari Maldives. Dalam bahan tu ada bilis, gajus, daun kari. Mcm sambal bilis versi goreng kering.
Manakala di booth pula ada peserta acara dari Botswana dan Myanmar datang lawat. Kalau acara industri media selalunya pengunjung tidak banyak soalan kerana selalunya, dia ada apa yang kita ada. Tapi kalau pameran di luar industri media, soalannya selalu menyeluruh.
Ok, see u oll later. Baru sampai rumah, nak exercise panjat tangga.