Apakahnye
itu Paparazzo? Ia adalah sejenis pekerjaan buat jurugambar bebas, di mana dia
kejar orang ternama untuk ambil gambar dan jual kepada majalah / media. Tapi aku
kategori paparazzo pura-pura, kerana aku menghadiri majlis untuk mewakili bos
aku tapi tetiba aku rajin nak snap gambar dan update di Instagram majikan aku.
Ok baiklah, cukuplah membebel, mari kita tengok siapa ada kat majlis itu.
Pada Khamis lepas bos aku minta aku wakilkan dia ke program Jabatan di ECurve, program tu untuk para klien Jabatan aku la. Selain klien-klien ada juga jemputan program tu dalam kalangan pelakon-pelakon, penerbit dan selebriti yang terlibat dengan program yang disiarkan di TV1, TV2 dan TVi.
So aku yang tak betah berdiri nak duduk-duduk tengok orang sahaja, mengambil keputusan untuk merakamkan gambar-gambar di Red Carpet untuk akaun media sosial milik Jabatan. Tapi takkan la nak ambil gambar untuk kegunaan kerja je kan, haruslah selfie.
Dengan Nelydia Senrose.
Chef Adu Amran, ala MasterChef tu
Shukri Yahaya atau Shuk SYJ
atau Makcik Karipap
Aku nak ambil gambar dia kat red carpet, dia pulak ajak selfie.
Rohana Jalil dan Salwa Abd Rahman
Aku selfie sorang kat luar lokasi
Nurul Alis @ Kiki, sangat peramah dan mesra. Tak sangka betul.
Dengan rakan sekerja, Renee Floretta dan Josh Sim, Renee ni DJ kat TRAXXfm dan Josh Sim ni baca berita + DJ. Aku hanyalah penolong penerbit :D. Dieorang ni antara 6 DJ yang mengacara malam tu.
Reen Rahim. Kecik je orangnya.
Sebelah kiri tak kenal, sebelah kanan Kuna. Dulu masa dia muda2 dia selalu berlakon jadi heroin drama, dan dia sama popular macam kakak dia Kuna. Sekarang bawa watak mak atau nenek. Sekarang tengah muncul di TV1 dalam drama Kasih Malisa jadi nenek Zara Zya.
Anne Abdullah dan kiri dia tak kenal hihihi.
Dan the lovely Fasha Sandha, Aku malas nak selfie dengan dia masa ni.
Ada beberapa pelakon lain lagi yang hadir tapi sorang kat sini, sorang kat sana jadi maleh nak panggil ambil gambar. Ada Nad Zainal yang sampai awal jadi dia dah siap-siap duduk kat satu sudut ni. Kamal Adli juga ada tapi dah awal-awal masuk panggung nak tengok video screening dengan plus one dia.
Sesungguhnya aku bukan paparazzo terhebat sebab cepat terasa. Sedang aku memamggil-manggil orang nak bergambar. Kat situ ada beberapa jurugambar dan juga-juga tetamu-tetamu yang sibuk nak bergambar jadi memang aku selit-selit antara mereka. Namun rupa-rupanya ada juga di majlis begini pihak-pihak yang terkenal namanya tapi menolak nak bergambar di Red Carpet. Dahla cara dia menolak tu macam "go away, go away". Lepas tu macam jauh-jauhkan diri sembunyi belakang husband dia bila aku ada cakap dengan dia pasal sesuatu. Biarlah aku bawa nama celebrity ini ke liang lahad hahhaha tak mau mention sape. Cuma aku kaget juga sebab ingatkan mesra sangat macam dalam media sosial dan kaca tv, tapi rupanya boleh dikategori sebagai kerek. Tak tau la apa masalah dia. Aku tengok macam ada masalah aje hari tu, mungkin tak sihat. Mimik muka dia macam lebih rela berada di tempat lain. Tapi lepas aku dah lepak tepi aku nampak dia menyapa selebriti lain ok pula. So aku anggap je dia tak selesa dengan orang asing dan pilih geng-geng dia je. Hmmm. Aku teruskan kehidupan jugale buat apa fikir lama-lama. Bukan aku wartawan hiburan nak bikin gosip aje.
Dan tak lama lepas tu penganjur panggil kami masuk ke panggung untuk video screening, Seat aku sebelah ketua komunikasi sebuah syarikat besar ini. Waaa sangat peramah orangnya, terus terubat rasa kena dikerekkan tadi. Aku sedar first impression is soooo penting dalam dunia penyiaran ini. Sekali ko kerek, itu je yang kadangkala melekat. Ini pun reminder untuk diri aku. Ada orang kata aku muka sumbung. Chaitt. Anyway, kembali kepada kisah bertemu orang PR tadi, maka aku pun terus minta no telefon untuk hubungi. Yelah dunia penyiaran / korporat / komunikasi / kewartawanan ni kecil. Balik-balik orang tu juga yang kau jumpa dan temuramah suatu hari nanti.
Tak best pun kadangkala sibuk nak jadi photographer tak bertauliah ni. Kadang-kadang rasa nak gelak pun tengok banyak nye gambar berselfie. Tapi kalau dulu kan kutip autograph, sekarang gambar selfie blur-blur pun dah cukup suka dah. Oklah nak choww.