Pages

Inktober #1 - Drafts

Inktober 2015. What is that? Read here

Ia adalah bulan untuk melukis menggunakan pen dakwat. Melukis kan ada banyak stail. Maka di sini aku baru buat draf, siap ada tarikh untuk mewakili setiap hari Inktober yang dah terlepas.

Aku lukis pakai reference, the internetto! Rasa tak konfiden nak lukis daripada imaginasi. Maklumlah enjin baru nak start setelah lama berhibernasi daripada dunia melukis selalu ni. 

Atas kanan tu konon aku la. Potret diri.


 Atas kanan tu Tun Dr Siti Hasmah, tapi tak berapa jadi.

Jom join Inktober. Satu hari satu lukisan. Pedulikan pasal teknik sebab kalau banyak sangat fikir kau takkan melukis punyalah. Biar mula-mula lukisan huduh tapi asalkan berlatih melukis. Tadi ada officemate aku ni duk menceceh pasal teknik lukisan la, pasal aku okla, melukis ada rupa kira okla. Peduli apa aku lukisan aku bentuk apa, aku nak berlatih je bukan nak kejayaan cemerlang pada saat ini. Maka aku akan melukis in private je supaya tak ada yang mengomen banyak time aku tengah nak santai ko sibuk menceceh pasal benda teknik la.

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah