Penghujung tahun 2014 kami spend masa berkereta daripada Temerloh sampai Muar. Trip satu malam dan memenatkan tapi berbaloi-baloi apabila memikirkan pemandangan indah dan perubahan suasana yang dinikmati sepanjang jalan.
Kalau ke Muar Johor, makanan yang muncul dalam benak otak ialah Asam Pedas. Asam Pedas Johor lain daripada Asam Pedas Melaka, mana bezanya aku tak pasti tapi aku rasa Asam Pedas Melaka masam dan pedas lagi. Eh ini yang rasa nak pergi cara asam pedas esok lusa ni untuk makan malam atau makan tengah hari.
Kami makan di kawasan Dataran Muar tu, kalau tak puas makan boleh beli pes dalam peket tau. Maka boleh jamu jiran sebelah rumah.
Makan dengan nas putih, sambil rasa asam pedas tiga jenis lauk - ayam, ikan dan daging kot.
Asam pedas ikan paling aku suka.
Selepas makan, lepak2 sekejap berjalan di Dataran Muar.
Lebar sangat sungai Muar ini.
Atas kaki lima dia ada design ikan lumba-lumba. Aku tengok seronok anak aku main.
Masa ni umur dia 3 tahun.
Of course bendera Johor kebanggaan aku.
Berdekatan dengan kawasan kami makan ada enjin keretapi lama, dia kata jangan panjat :P
Ok itu sahaja. Sepanjang tahun lepas kami mengunjungi Kuala Terengganu, Sungai Lembing, Pulau Pinang dan Alor Setar. Ada pergi sebab ada kenduri kahwin dan ada yang pergi kerana sahaja cuti-cuti. Apa pun see you later.
0 comments:
Post a Comment