Tadi pagi kawan aku update pasal anak sulung dia (usia 7 tahun) bertanya kenapa arwah adik dia meninggal. Lalu dia cerita pada anak dia bahawa arwah anak dia hanya ada separuh jantung. Maka ramai la mengomen dan like status itu, aku tidaklah mengomen mahu pun mengklik like pada status itu.
Aku ingat masa aku berjumpa dengan kawan aku ni (aku kenal dia laki bini dah nak dekat dua a bad) dia dan suami dia di kenduri kawen kawan kami sorang ini. Aku terkagum sebab tengok dia sedang mengandung perut dah besar, dia ni pula jenis yang tidak berapa rajin nak update Facebook. Maka aku hanya anggap mungkin bila sampai masa mengandung anak kedua, dia pun tak serajin dulu nak kongsi kisah kegembiraan mengandung ini. Tapi masa anak pertama pun dia tak adela rajin sangat nak update bagai.
Walaupun kami makan satu meja tapi sebab ada anak kecil yang sibuk berlari sana sini atau sibuk moody, maka tidaklah bertanya banyak-banyak sangat pada dia. Aku cuma tanya jantina anak dia, dah berapa bulan mengandung. Kami dah kenal sejak usia 13 tahun jadi natural la nak tanya berderet-deret soalan umpama pegawai penyiasat.
Selepas pertemuan tu aku berbual dengan rakan kami yang lain di peti surat media sosial, dan aku sebut yang kawan kami ni mengandung. Kami bersetuju yang dia macam agak perahsia dengan kisah mengandung dia. Masa ni belum viral lagi pasal "Jangan post pasal mengandung nanti karma la, atau nanti orang yang tiada anak akan berasa cemburu dan sebagainya tu."
Bila anak dia lahir dah usia lebih sebulan, dia kongsi di Facebook pasal anak dia ada komplikasi gitu. Maka tiba-tiba baru aku faham kenapa wajah dia macam solemn juga masa aku jumpa dia kat kenduri tu. Juga kenapa dia tak share sangat gambar dia mengandung, kisah bayi dia dah lahir atau sebagainya. Aku ternampak gambar dia dalam pantang sebab ada saudara mara dia tag nama dia.
Selepas anak dia pergi baru dia bercerita dengan lebih banyak. Aku rasa dia dah boleh cerita tanpa perasaan sedih sangat setelah 3 tahun berlalu ni.
Sebenarnya aku nak kongsi bahawa dalam banyak benda-benda kat Facebook yang dikongsi, benda paling membuatkan aku tertanya-tanya ialah benda yang tidak dikongsi. Kita nampak depan mata kita, tapi kita pelik kenapa tak nampak di Facebook. Mungkin 3 tahun dulu aku masih menganggap Facebook sebagai tabloid pasal kisah hidup rakan-rakan, yang dilirik seharian dan dikomen dan dilike bila perlu.
Tapi sekarang baru aku sedar media sosial hanya menampilkan satu versi hidup kita. Ok, aku sedar dah sejak tiga kelima tahun dahulu, tapi aku kan insan biasa. Kalau aku hebat dah lama perasan, tidaklah ada blog post ini.
Rahsia dalam Facebook yang paling takut nak like dan komen. Sekarang kalau terlalu tak jelas status tu aku biarkan sahaja. Maka apabila bertemu di hadapan mata, lupakan pasal nak update, atau kenapa tak update. Pengajaran pasal media sosial ni berbeza bagi setiap individu, kalau rasa perlu luah semua, dan rasa sesuai, silakan. Mungkin dalam media sosial ko hanya ada 30 rakan yang memahami, mana aku tahu.
Aku sekarang ada hari check facebook, ada hari scroll sekadar perlu, lagi pun kerja aku ada 25 peratus menggunakan media sosial jadi aku tak mengelak la semuanya yang media sosial. Namun perkara ini memberi aku perspektif baharu dalam kehidupan, manusia macam aku yang semula jadinya suka mengetahui akan cuba mengorek info. Mungkin aku perlu bubuh sempadan dan hanya ambil tahu apabila diberitahu, walaupun rakan yang ko pernah golek2 satu katil masa sebelum akil baligh pun, bila dah besar dan beza hala kehidupan... maka akan pasti wujud titik buta. Tang mana yang dia tak kongsi tu kita buat2 tak nampak bila nampak depan mata.
Namun masa mengubah arus hidup dan apabila muncul media sosial, ia ibarat sesuatu yang baharu tapi sebenarnya sangat tradisional fungsi dia. Ingin ambil tahu dan ingin memberitahu. Tak payah risau makcik astro dah.
Okla, dah masa nak balik babai.
Mini-ManCat Monday
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment